INI KESINAMBUNGAN DARI BLOG AKU: http://hantukiller.blogspot.com/ atau KALAU TAK BOLEH BUKAK, GI KAT FACEBOOK DARUL HANTU, ISINYA SAMA
Ahad, 10 Jun 2012
ANGIN DITUBUH
Khamis, 5 April 2012
hehehe
Selasa, 27 Disember 2011
SAKA BUAYA PUTIH
SAKA BUAYA PUTIH
Hari krismas malam 25/12/11 aku didatangi sekeluarga yg bermasaalah. Sepasang suami isteri dan dua orang anak angkat yg comel dan mereka dibawa oleh abang pada suaminya yg dah beberapa kali datang kerumahku di majidee ni
Perbualan dimulakan, dan permasaalahannya ialah dah berkahwin selama 14 tahun masih lum dikurniakan cahaya mata. Sedangkan permasaalahannya bukan tak leh mengandung, tapi manjang hilang. Yg menjadi persoalan ialah salah satu yg hilang tu dah sampai 9 bulan, dah nak kehospital untuk bersalin tetiba hilang dari kandungan, yg lain dah 7 bulan, dah 5 bulan.... ada yg keguguran kembar baru dalam 4 bulan... kesian
Bila dengar begitu, aku terus menyimpulkan itu angkara saka... so aku minta alamat rumah dan zasst jin jin di rumah tu dari kejauhan, kemudian minta alamat alamat yg berkaitan juga dan kemudian zasst... kemudian si isteri tu aku suruh duduk membelakangi aku untuk aku bunuh semua jin dibadannya sekaligus... zasstttttttttttttt
Hampir pengsan/kerasukan tapi tak sempat dah sedar semula sebab jin tu terbunuh sekali hehe... kemudian duduk semula dikerusi dan kami sembang sembang... aku kata dah habis saka saka tu.. mereka mengangguk jek... tapi sang suami macam tak percaya katanya ada 2 ahli keluarga isterinya yg dah meninggal akibat dibuang saka tu, takut perkara tu terjadi pada isterinya pula... aku kata, ko takut pada jin? Kenapa? Jin bukan boleh buat apapun!! Dia pun katalah saka tu adalah saka buaya putih, yg datang akibat datuk bininya tu pernah terjatuh di laut selat johor –sungai perling dan diselamatkan oleh buaya putih tu, sebagai perantara, buaya putih tu akan terus menjaga seluruh ahli keluarganya(kononnya lah)..
Aku pun cakap apapasal tak beritau awal, aku nak sangat berbual dengan jin buaya putih tu.... dan bininya beritau tiap bulan Muharam dia boleh mengubat dengan buaya putih tu akan meresap dibadannya ‘menurun’... selalunya hanya adik beradik nye aje yg berubat kat dia... so aku suruh la dia cuba panggil buaya putih yg biasa meresap tu... panggil punya panggil tak juga datang... dia kata selalunya bila dia beri salam jek, kejap jek dah menurun.... aku kata, nak menurun macamana, jin buaya putih tu dah mati hehe
Kemudian dia kata, semua adik beradik diapun ada yg jaga, benda yg sama (buaya putih).... so aku suruh sebut nama sorang kakak beliau, dia sebut lalu aku tarik saka dari kakaknya tu masukkan kebadan dia, terus dia kerasukan... aku tanya nama ke apa, dia bagi signal ... bisu rupanya, dan suaminya kata yg saka kakaknya tu memang bisu tapi ganas, aku tanya ganas??? Hehe aku tiup jek terus hancur... sedar balik.. dan aku suruh sebut nama adik beradik yg lain... dan aku tarik juga masuk semuanya kat badan dia untuk suka suka buat ‘persembahan drama’ hehe... terus terasuk lagi, siap mengaku islam, nama aishah tu!!! Hehe.... walhal hantu laut jek, mana leh islam!!!
Maka aku pun dapat lah berbual dengan buaya putih tu.... dia siap marah aku kenapa memanggilnya dan mengapa aku bunuh tok tua (buaya putih yg selamatkan atoknya yg duduk kat tubuh si pesakit tu la)... aku kata la, sebab ko dah mengacau keluarga dia ni semua, jin tu kata balik, mana ada kami kacau, kami jaga mereka semua, aku balas mana ko ada jaga, dia kene hantar sihir pun jin sihir tu ko tak belasah, malah ko buka laluan, dia kata lagi aku buka laluan sikit jek, sebab jin jin semua sedara aku! Ceh!!!
Aku teruskan perbualan, ko kan yg curi janin dan anak anak orang ni sampai tak de anak, jin tu kata, memang le, aku ambik sikit je, sebab perjanjian, aku kata, sikit ko kata, tu yg sampai sekarang dia tak de anak tu ko kata sikit, jin tu kata ye, sikit je.... tengok, betapa jahatnya jin walau mengaku islam yg mengikut manusia, tetap juga ada tujuan jahat.... memakan janin, menyesatkan manusia , menyakitkan dsb.... sebab tubuh manusia dimakannya secara sikit demi sedikit...
Aku teruskan perbualan bla bla entah apa tak ingat... kemudian zasst... tumbang, keluar pula jin dari abangnya... bual bual juga.... pasal saka dll... siap broder tu tanya, buaya kuning yg timbul kat sungai perling tu buaya betul ke apa, jin tu kata, tu kan bapak aku, aku tanya lagi buaya betul ke, dia terus kata bodoh betul la ko, kan aku kata bapak aku!!, buaya jadian la, jin!
Hehe tak pasal pasal kene bodoh aku ni hehe... Dia tanya kenapa nak bunuh semua saka saka yg kat pesakit ni, bukan kacau aku pun, aku kata dah tugas aku, bunuh saka dan aku kata menyusah kan jek, nak ada anak pun tak boleh!, dia kata kan mereka ambik sikit jek, aku kata sikit ke apa, semua tuan ko ko sakitkan tubuhnya tu apasal? Dia kata, memang dah perjanjian, dan memang jadi makanan dia la kat tempat yg sakit tu...
So aku pun kata, oleh kerana ko pun dah lama sangat hidup dan dah nyusahkan orang, ni masa pembunuhan ko dah sampai, dia menangis dan kata janganlah binuh dia, dia yg jaga keluarga ni, kalau dia tak de, sapa lagi yg nak jaga mereka. Aku kata biar Allah yg jaga, ko semua tak de guna, menyusahkan jek, so aku tiup terus pengsan... sedar lagi dan rasukan lagi.... aku bual bual lagi dan zasst... sampailah yg terakhir merasuk tetiba anak angkat dia yg lelaki 5 tahun lebih terus memaki hamun aku, bodoh, babi, sial entah apa siap nak pukul aku nak terajang aku, nasib baik bapak dia pegang kuat...aku tiup dia elak siap menganjing hehe tak kene! tak kene, aku tiup lagi ngelak lagi tak kene tak kene... last last aku bangun ke dia, yg pesakit siap jerit, lari nak lari nak...dia siap sepak terajang aku, aku zasst jek la.... terus nangis tersedu sedu..... sedar... rupanya anak anak jin yg merasuk tu ada kat tubuh budak tu, banyak juga, bukan seekor dua
Kemudian aku bunuh la jin yg terakhir tu..... bila sedar aku kata, ok lepas ni ko dah tak leh mengubat lagi, sebab yg bantu ngubat tu dah mati, dia kata tak pe, memang nak buang.... so aku ajarla macamana nak halang jin lain dari masuk tubuh lagi, apa lagi selain sentiasa mengingati dan menyebut nama Allah siang malam pagi petang hanya semata mata untuk memuji dan mengingati Allah, ikhlas kataku... diapun mengangguk... lepas tu aku nak zasst kat suaminya... sisuami kata aku tak de jin, aku kata tak pe, sini! Nabi pun ada jin(qarin) ko pulak ngaku tak de jin! Meh sini aku zasst... lepas zasst aku kata ada 2 ekor, kata tak de... terdiam la dia...hehe
Ok.... selesai... balik la dia kerumah, mana tau leh dapat pula cahaya mata selepas nih... kene rajin rajin la.... hehe ... beramallllll ,kamu nih, ingat rajin yg tu jek! hehe
PEMBETULAN :
BAGI KEHILANGAN ANAK YG DAH 9 BULAN TU, SEBENARNYA DAH MASUK BILIK BERSALIN DIHOSPITAL SULTANAH AMINAH JB, DOKTOR DAH SELUK MEMANG ADA BABY TU... TAPI BILA DOKTOR TU PUSING DAN KEMUDIAN SELUK BALIK, DAH KOSONG... TINGGAL HANYA MACAM BUAH ANGGUR YG KELUAR... ALAH BAKI BAKI TEMBUNI TU LA.... PELIK TAPI BENAR
Khamis, 22 Disember 2011
Gangguan dari roh jahat
Ahad, 16 Oktober 2011
tak thrillllllll
Isnin, 11 Julai 2011
MERAWAT HISTERIA DI MAAHAD TAHFIZ JB
tengahari dlm pukul 12 seorang guru sek menengah majidee minta bantuan, kes histeria disekolahnya dari pagi, ada ustaz yg sedang merawat
aku sampai kul 12.20, terus ke bilik yg ustaz tu rawat, tengok dia tengah merawat..... aku tolong zasst sampai pengsan.... dan cari pesakit lain dibilik yg lain... ada 3 orang lagi, aku zasst sampai pengsan 2 org , tapi yg lelaki tak pengsan, cuma makin segar,
Balik kebilik yg pertama, ustaz dah hilang, tapi budak tu terasuk lagi... terpaksalah aku menghadapi kesaorangan dibantu guru guru wanita dan pelajar pelajar....
sedang buat, tetipa terdengar pekikan lagi diluar, seorang pelajar memberitau ada sorang pakcik (tukang ubat juga kot) tengah cuba tolong dia...
Aku cuba settlekan budak ni dulu, sebab kuat sangat rontanya... pengsan berkali kali tapi merasuk kembali... banyak la jinnya tu....
Bila keluar tengok yg menjerit tu masih kerasukan.... aku buat apa yg patut, buat dia dulu, kemudian yg liat tadi hingga pulih, pukul 1.00 siap
pukul 2.30 dapat call dari sekolah menengah tahfiz di JB, aku on the way ke opis, terpaksa teruskan sebab ada urgent dokumen kene tandatangan..... lepas tu bergegas kesana, jem pulak jalan.... pukul 3.40 baru sampai disambut seorang ustazah dan seorang ustaz... terus dibawa ke surau dimana seorang pelajar kerasukan diasingkan dan penuh surau tu dengan pelajar lain, beserta beberapa ustazah... aku zasst sampai pengsan... keluar, jumpa seorang pesakit yg sedang dipapah tapi masih kerasukan aku zasst juga sampai pengsan..
kemudian dibawa ke sebuah bilik mesyuarat guru, ditempat kan 3 orang pesakit... zasst zasst zasst sampai penat sebab pingsan, bangun bertukar, manjang gitu jek, banyak benor jinnya... kemudian semua pesakit dikumpulkan kesitu... aku buat berkesaorangan juga sebab ustaz tu tolong jaga pintu, ustazah tolong pegang, pelajar lain tolong pegang juga..... zasst zasst sampai penat
akhirnya pukul 4.50 lebihkurang selesai dan semua sedar.... alhamdulillah
Ahad, 3 Julai 2011
SMS DARI UTUSAN ALLAH??????????
Khamis, 23 Jun 2011
DENDAM HANTU@ PUTERI GUNUNG LEDANG
DENDAM HANTU@ PUTERI GUNUNG LEDANG
Cerita ni kira macam cerita dongeng lah... sebab apa? Sebab tak logik hehe
Cam ni, minggu lepas (19/6/2011) malam, rakan perawat aku, iaitu geng geng hantukiller call aku minta bantuan sebab mereka menghadapi kesukaran kerana menghadapi rasukan yg hebat, ganas dan sangat banyak... dah zasst tumbang, ada lagi, zasst lagi siap sepak terajang bagai, tumbang, bangun lagi sampai mereka give up....dah berapa jam tak habis jin jin yg mengacau.... punca? Jin jin serpihan sihir kepada pesakit lain yg aku rawat, balas dendam kat pesakit nih sebab dia bagi galakkan pada pesakit tu untuk teruskan berubat sampai sembuh sebenar....
Depa call aku masa tu dah pukul 10.00 mlm, aku pun setuju membantu mereka, dan bawalah prado aku menghala kerumah tempat rawatan tu dilakukan...sebab aku dipanggil???? Sebab jin tu dendam pada aku! Dendam lama yg dah 25 tahun dulu (tahun 1987/88)..... dia kata nak jumpa TUMINGAN (aku lah tu hehe)... hantu tu kata jangan bunuh dia, dia nak dibunuh oleh tumingan! Hehe
Dalam perjalanan, aku seperti diganggu, sebab? Ada sebuah kereta tu seolah olah tak nampak kereta aku yg besar nih... terus nak masuk lorong aku.... nasib baik tak berdentum ...Alhamdulillah
Ok setelah sampai, hantu tu terus pandang aku sambil berdiri, direnungnya aku dengan tajam... apa lagi aku pun tunjukkan ke brutalan aku le, aku renung balik dengan jengilkan mata, kejap je dia elak renungan aku tu... tak tahan beb, panahan mata aku hehe.... terus dia kata.... ko tumingan kan, ko tumingan kan? Aku kata mana ada, aku tom.... dia kata balik.. tak tak.. ko tumingan! Ko dah bunuh semua anak cucu aku kat gunung ledang tu dulu!!!! Hehe terkejut aku beb... dan teringatlah balik kisah lalu ketika aku bercamping dengan group seramai 57 orang(19 perempuan) pelajar kolej 3 UPM 1987/1988.... ok kalau ada kawan kawan aku yg sama camping dulu yg baca cerita nih... jangan malu malu, call aku sebab aku dah terputus hubungan dengan kalian... yg aku ingat man toba, din pungkok, rod...ah tak ingat lah......... dah lama sangat, aku ingat muka tapi nama hehe hilang dari ingatan...
Teringat masa perkhemahan tu, aku ketua salah 1 group, bukanlah ketua kontinjen .. mendaki seharian dari air terjun tangkak menuju kepuncak, penatnya bukan main... dari pukul 8 pagi, dah dekat pukul 6 petang baru sampai puncak kedua (bukan puncak sebenar).. ada kawasan lapang kat situ memang kesan tempat perkhemahan... so semuanya bersiap dirikan khemah, dan ada 3 orang studen lelaki ditugaskan mencari air dari sumber air gunung... turunlah mereka mencari punca air berdekatan, tanpa disedari ada 3 orang pompuan yg mengikut, salah sorangnya pegawai pengiring(lecturer/fellow) sama mencari air tanpa meminta kebenaran dari ketua kontinjen....
Yg tinggal menyiapkan khemah, aku tak ingat sangat apa yg aku buat... hehe tolong tolong kot... dah diri semua khemah, tiba tiba yg cari air tu sampai dengan mengusung si lecturer yg ikut cari air tuh!!! Lepak dan lembik..... tapi lum kerasukkan
Mereka menceritakan masa dipunca air tu, pompuan 3 orang tu jauh sikit kat bhg bawah, yg lelaki diatas sikit.... sedang mereka menikmati air gunung tuh, tiba tiba lecturer tu tercampak kerana ternampak seolah olah benda sebesar bola sepak menuju tepat kepadanya dan melanggarnya! Kemudian mereka menjerit dan didengar oleh yg lelaki... lalu dibawa balik kepada kami....
Bila disoal, ada kalian buat perkara yg tak elok kat sana ke? Yg lelaki tu kata ada yg kencing kat tepi mata air..... oooo itu je sebabnya....
Lecturer tu direhatkan, kebetulan ada 2 orang yg agak terer bersama kami, man toba tu dan Abang Rod (apa tah nama-lupa Cikgu Rodzi kot hehe).. so merekalah yg hendle.. aku buat bodo jek... kami pun buat persiapan untuk makan malam ikut kumpulan....
Dah siap makan.. masing masing kepenatan, yg tidur tidurlah, yg melepak melepak lah, tapi 2 orang tu(man toba dan rod) menjaga si lecturer tuh, sebab dia cakap dah mula merapu... cakap nak balik nak balik... tu jek... bila ditanya nak balik mana, ditunjuknya kawasan punca air tuh (agak jauh kebawah juga)...aku tak sempat nak rehat sangat, kebetulan cuaca tak de bulan, tapi agak terang dan langit nampak jelas, awan jauh sayup dibawah sana, nampaklah selat melaka merentangi.... ada bahagian indonesia yg kelihatan..... yg pelik bagi aku ialah diatas tu tak de sikitpun awan, tapi hujan rintik sepanjang malam... sedangkan bintang bintang bekerlipan????? Dari mana air hujan tu?????
Setelah bergilir 2 orang tu menjaga, tiba giliran aku pulak.... aku dari dulu memang amat brutal pada jin yg merasuk... so masa aku jaga, aku cakaplah yg bukan bukan, aku marah jin tu, dah tentu budak tu tak nampak, napa tak elak dari dikencingi? Aku cakap bodohlah jin hantu bagai.. sedangkan masa tu aku bukan reti sangat apa apa... hehe tapi aku dah hafal la beberapa ayat ruqyah, ayat 7 mubin, ayat ayat untuk jurus, 7 summum bukmum.... entah tak ingat apa yg aku dah hapal masa tu.... umur 20an hehe.... masa tu lah aku tunjuk bakat, aku baca ruqyah, aku jurus jurus, kat sekeliling tempat tu, kat lecturer tu, kat mata air tu... aku pun tak tau kene ke tidak, tapi lecturer tu meraung dan adakala pengsan kene jurus.... tapi tetap sama juga... nak balik nak balik... so aku ingat tak lut la jurus aku tu... hehe
Hampir sepanjang malam tu aku yg kene jaga, sebab yg lain dah tombang, barulah student yg lain tau yg aku ni leh merawat, bukan hanya takat abang hensem jek..hehehe tapi tu lah, melayan orang dirasuk, sesekali ganas juga sampai la dekat pukul 6.00 baru ada yg ganti.... nak tidurpun tak de tempat, sebab dalam khemah digenangi air sedalam 2-3 inci, ialah sepanjang malam hujan rintik tanpa awan.... so terpaksa tidur juga walau baring dalam air hehehe..
Oleh kerana semua tahu bahawa lecturer tu tak pulih lagi, hampir semua yg lain dalam ketakutan... ialah gunung ledang kan... tempat penuh lagenda dan misteri.. selepas menyiapkan sarapan, sarapan dan berkemas untuk meneruskan perjalanan, kami pun menuruni puncak tu menuju puncak tertinggi yg nampaknya dekat sebelah je.... nampak je dekat... nak sampai pun berjam jam...sebab terlalu curam dan jalannya batu batu besar dan licin.... aku di belakang tapi bila tiba di satu batu yg tegak tinggi yg memerlukan kepakaran, nama aku dijerit dari hadapan.. hehe abang tom.. kedepan!!!!!
Aku ditugaskan membantu peserta menaiki batu tinggi tu, so aku suruh 2 orang naik atas dulu bawa tali untuk menarik yg lain.... dan aku berada ditepi batu itu untuk mengangkat mereka dengan bahu (jadi tangga la gitu...) member yg besar besar pun selamba dek je aku angkat, sebab aku memang biasa angkat kelapa sawit, lagipun aku rugby player... tapi tiba giliran lecturer tu... kami ikat pinggangnya, 2 orang tarik dari atas, 2 orang tolak dari bawah, aku suruh dia pijak bahu aku untuk aku naikkan keatas.... tapi punya la pelik, aku rasa berat dia 10 x berat orang dewasa, yg 2 orang tolak semput, aku angkat merengkek, 2 orang yg tarik dari atas keberatan yg amat sangat!!!!! Hantu apa dalam badan dia, berapa banyak ekor sampai macam tu punya berat???? Huhhhhhhhh
Bila dah lepas semua, kamipun teruskan pendakian, aku ditugaskan jaga sepenuhnya lecturer tu... berat tugas tu... dan kene jalan dihadapan sekali hingga sampai kepuncak.... kat puncak tu agak memanjang dan rata, lebar dalam 10 kaki tapi memanjang.... dihujungnya ada batu yg amat besar sebesar rumah, ada tangga besi, kami pun naiklah dan lepak sebentar diatas sana menikmati pemandangan... aku didepan tentulah lama dapat berehat sambil menikmati pemandangan, tapi punyalah risau sebab lecturer tu duduk dipinggir dan hujung batu yg semuanya curam menegak kebawah 300 kaki... kalau dia terjun, tak tertarik aku, silap silap kalau aku tarik, dengan aku sekali terjun...... huuuuuhhhhhhh... nasib baik dia tak buat macam tu, Cuma terus cakap aku nak balik aku nak balik...... situ...situ situ..
Perjalanan diteruskan hingga agak petang baru tiba disatu kawasan camping lain lagi yg lapang dan berhampiran air terjun yg ada jeram yg curam di bawahnya.... disitu berapa hari jugalah sebab keseluruhan pendakian tu 7 hari/8 hari... tapi lecturer tu tetap gitu, Cuma lain perangai, mungkin yg merasuk dari atas tu dah keluar atau aku jurus jurus tu dah ter k o kot hehe... Cuma yg aku tau, dia paling tak suka aku... dia kata aku jahat, tapi dia suka rod tu, sebab rod baik dan lembut, man toba pun baik katanya... hehe.... masa tu man toba tu jauh hebat dari aku kot... aku rasalah... bukan aku tau sebab apahal masa kat u, aku pun rujuk padanya... hehe
Pada satu ketika, pagi, ada aktiviti, dan semua berkumpul, bila ditanya mana lecturer nih, ada yg beritau dia tidur di jeram tuh....dipanggil tak mau naik, sebenarnya dijeram tu ada kawasan yg seperti kolam ada batu besar sebesar katil ditengahnya dikelilingi air, memang cantek... tapi bila dipanggil, lecturer tu selambe dek, tak menyahut dsb.... so aku, rod dan toba mengepungnya sambil baca apa yg patut... dan dia bangun dan bergerak macam tarian lalu seolah nak melumpat kearah aku yg duduk dibahagian bawah dilereng cerun..... aku terus jurus dari jauh sambil baca Tabbatyada abi la habiwwatab, terus terjatuh dia tenggelam dalam kolam, kamipun cepat menghampiri dan menganggkatnya untuk ke khemah... ringan sangat macam kapas..hehe alah 7 langkah jek, terus beratnya kami 3 orang besar besar (aku la yg terkurus) melayang layang keberatan, siap jerit minta bantuan yg lain... hehe cilaka punya hantu....masuk yg lain le tu... bawa ke khemah dan baca baca dan jurus jurus... tak lut hehe... dan aktiviti diteruskan akupun tak ingat apa, sebab otak aku set tentang kerja mistik tu jek, macamana nak settlekan.....
Tiba masa turun, kamipun teruskan perjalanan menuju sagil/asahan...berjalan dan terus berjalan... dan lecturer pompuan yg sorang lagi pun macam dah hampir diganggu juga, dah lembek tapi tak de lah kerasukan seperti yg sorang tu...... sampailah di kawasan empangan sagil, diatasnya ada kawasan yg cantek sangat, air dari gunung sangat sejuk, dengan sungainya yg jernih.....man toba kata ada orang bertapa tapi aku tak nampak pun hehe... aktiviti diteruskan seperti biasa.... Cuma satu malam tu aku dipanggil sebab ada mistik yg berlaku... lecturer yg masih kerasukan sedar, kerasukan, sedar... maksudnya tak sepenuhnya sepanjang masa kerasukan.... dia tidur di khemah yg berkelambu..... aku dipanggil sesaorang sambil menunjukkan ditangannya seekor belalang pelesit.. aku tanya kenapa, dia kata dapat dalam kelambu kak zah (lecturer tu- baru teringat namanya).... kamipun kekhemah berkelambunya, yg lain teruskan aktiviti.... aku tengok kak zah tu rilek je tidur dalam khemah berkelambu....
Tapi aku test suruh budak tu bakar kepak belalang tu, ketika dibakar kelihatan tangan kak zah bergegar seperti menggelitik kepanasan, bakar sebelah lagi, pun sama, bakar kaki, menggelitik kaki, kiri kanan lantas aku suruh bakar semua bhg belalang ... menggelitik kak zah sampai pengsan... tak lama jumpa lagi belalang yg sama...dalam khemah berkelambu?????, aku buat yg sama bakar bakar, reaksi juga sama menggelitik...percaya tak, dalam kelambu tu boleh sampai 7 ekor belalang tu, masuknya dari mana????????????????? Sah hantu!!!
Tapi dah yg ke 7, dibakarpun, kak zah menggelitiknya sikit sangat... macam dah tak de apa apa...aku geram, aku terus cabar penghuni ghaib disitu dengan agak kuat, apa la ko hantu ni penakut, kalau berani tunjukkanlah muka! Ni takat hantar pelesit aku tak heran!!!!
Nak tau apa jadi???? Terus angin ribut datang sertamerta tu juga diiringi hujan lebat sangat, tapi tak sampai 2 minit berhenti dan disekeliling kami kedengaran bunyi belalang pelesit yg amat banyak seolah olah penuh sekeliling!! Cuak juga aku tapi aku terus baca apa yg patut dan berzikir...sambil berdoa pada Allah minta Allah bantu... Alhamdulillah tak lama senyap dan situasi kembali sediakala dan aktiviti diteruskan......
Sampai masanya kami pun pulang menaiki bas UPM, dalam perjalanan, kak zah tu pulih sendiri
Berbalik pada cerita kerasukan minggu lepas tu...
Jadi bila kes kerasukan tu, rupanya jin yg merasuk tu berdendam pada aku sorang (man toba dan rod tak sebab mereka tak bunuh jin tu semua)... aku bertanya dia akan kejadian 25 tahun dulu tu, ye saja jawapannya, aku didendami sebab semua anak cucunya termati ditangan aku dulu tu.... sebenarnya aku tak taupun aku dah bunuh mereka, sebab tak nampak macam clear masa aku jurus tu..hehe... lagi pun masa tu aku tak belajar bunuh jin, aku pun tak tau jin boleh mati, aku ingat jurus aku tu setakat keluarkan jin jin tu je...
Bayangkan, setelah 25 tahun, hantu tu masih ingat nama aku! Ko dah bunuh semua anak anak aku dan keluarga aku! Hantu dipuncak gunung ledang tu!! Sedangkan masa dulu tu aku sangka puteri gunung ledang tu kuat benor, yelah masa muda tu, aku ada juga jumpa geng geng yg leh menurun, suruh dia panggil tu ini, salah satunya puteri gunung ledang ni la... hehe
Aku pun berkata lagi, ko ni masuk budak ni pasal ko memang ada link dengan keluarga tuan rumah ni kan, ko ni memang mengikut keluarga ni kan? Ye jawabnya... aku kata pada tuan rumah,( member aku...) ni hantu gunung, hantu jek, tak kuat, ni lah antara yg menyamar jadi puteri gunung ledang terutama kalau bomoh menurun panggil puteri gunung ledang tu... Jantan tu! Kene tipu jek manusia bomoh nih.... bila dah siap perbualan tentang susurgalur member tu yg ada kaitan dengan perguruan di gunung ledang/ bertapa ke apa.... sah hantu hantu je yg dapat hehe.... kami pun bunuh hantu@puteri gunung ledang tu.... kerana memang kehendaknya mati di tangan tumingan bin ismail...
Inilah hikayat puteri gunung ledang karya aku.... jangan dipercaya.........
Aktiviti mengezasst diteruskan kerana banyak lagi jin jin, hantu hantu, dewa dewa, iblis iblis dan azazil pun ada dalam tubuh tu(tapi dari punca lain) hinggalah hampir pukul 12.00 malam baru selesai.......
Khamis, 19 Mei 2011
MENCABUT SAKA DIPENGHUJUNG HAYAT
MENCABUT SAKA DIPENGHUJUNG HAYAT
Banyak juga kes saka yg teruk pada orang lanjut umur yg aku rawat, tapi yg banyak sekali ialah yg nak meninggal susah sebab saka dlm tubuh.
Biasanya kalau dihapuskan sakanya atau ilmu kuatnya, orang tu terus lemah, malah ada sekali tuh, anaknya seorang doktor CVT yg top di JB nih dulu, dia yg minta aku tolong sebab bapanya dah nazak beberapa kali tapi tak juga pergi, doktor tu dah cuba guna rawatan buang saka kaedah CVT tapi tak berkesan, dan bapanya pun dah pesan pada warisnya suruh cari orang yg pandai pandai sebab dia pernah menuntut ilmu ilmu ghaib di Serawak......(macamle aku ni pandai sangat hehe)
Aku sampai lepas maghrib, kalau tak silap dalam tahun 2005, tapi masa sampai tu ada sorang ustazah tengah ubatkan, so aku dok sembang je dengan kekawan diluar rumah, bila lama sangat tunggu ustazah tu ubatkan, dekat 1 setengah jam, siap dia bagi syarahan agama lagi kat hadirin, kami pun bosan lalu kami pun gi makan seafood, doktor tu belanja![]()
Bila sampai semula kerumah tu, dah pukul 10.30, ada pulak sorang bomoh sedang merawat, siap berpakaian hitam lengkap dengan tengkolok, so kamipun tengok je dari jauh
... bila dia dah settle dan balik, bapa doktor tu gitu juga, masih senyum dan tawa dengan sanak saudaranya....
Kemudian doktor tu tanya aku bila nak rawat? aku cakap ok juga nih, jam dah pukul 11.30 malam.. ramai sedara mara dia dah balik, ialah aku nampak pakcik tu walaupun duduk atas katil ditengah ruang tamu, masih boleh berbual sambil ketawa dengan sedara maranya, siap dia leh cakap, tolong doakan abah ye, moga moga boleh sembuh..( aku tengok perut dia besar, ada canser diperut)
Akupun minta izin, jam aku tengok pukul 11.30, aku cakap dgn dr tuh, biar saya hapuskan dulu yg dalam bilik... so dia bawa aku masuk dalam bilik tuh, sangat banyak jin dalam bilik tuh, akupun zasst lah, kebetulan ada mak dia dalam tuh bersama sorang lagi, tak ingat aku sapa,maknya minta aku zasst tubuh dia sekali sebab sakit lutut.. aku pun zasst la juga, terus boleh bangun.. 'eh, dah tak sakit' katanya.. ada la dalam 5 minit juga melayan orang dalam bilik tu bersama dr tu...
Bila aku keluar dari bilik tu, aku tengok bapa dr tu dah lembik sangat, macam magik, sebab masa aku masuk bilik tadi kuat lagi dia, ni pulak siap nangis nangis minta maaf dikelilingi sedara mara dan yg ada, semua meraung, dan yg aku dengar bapanya tu cakap aku rasa dah sampai masa ni, dah tak berdaya langsung ni... aku teruskan pergi bilik bilik yg lain untuk zasst, akhir sekali aku berdiri dibelakang pakcik tu dan zasst agak lama diseluruh tubuh dia.... makin lemah dia dan dibaringkan.... aku berundur agak jauh dan zasst lagi...sambil mohon pada Allah, jika dah sampai masa, ambillah roh dia, dan minta juga dihantar malaikat pengambil roh.... jam aku tengok pukul 11.50... aku pun keluar jumpa kawan kawan yg duduk diluar je... aku cakap aku dah buat apa yg patut, kejap lagi kot...
Tepat 12.00 aku dengar tangisan ramai... rupanya dah meninggal orang tua tu........ Alhamdulillah selesai tugas aku! ni cerita dah 8 tahun lepas.... Dr CVT tu pun dah lama aku tak jumpa... kaedah buang saka yg CVT guna tu tak berkesan pada bapanya tu
kes lain... ada gak... tapi makan masa sehari/ sehari setengah baru pergi
Tapi kebanyakkannya yg kata kalau dibunuh jin saka yg ada dalam tubuh, tuan tubuh pun pergi juga, sebenarnya tipuan jin jin tu takut dibunuh
... ramai yg lagi sehat segar bugar walaupun bomoh lain dah kata kalau dibuang ni, dia pun ikut pergi
tipuan jin jin je takut dibunuh...hehehe
Rabu, 18 Mei 2011
Ustazah penyihir???????
Pada isnin malam selasa 16/05/2011, rumah aku didatangi seorang wanita muda bersama ibubapanya, untuk rawatanlah, takkan merisik kot..hehe
Akupun bersembanglah dulu, bertanya apa permasaalahannya.... ialah aku bukan tukang telek, leh tau apa yg belum diberitau..hehe.
Wanita itu merupakan seorang isteri kedua, perkahwinannya dirahsiakan dari isteri pertama, setelah beberapa lama barulah rahsia perkahwinan itu dibuka oleh sang suami pada isteri pertamanya... dan bermulah dari itu episod kesakitan dan perubahan pada sang suami dan wanita itu....
Wanita itu mendadak mendapat breast canser, sangat cepat membesar, nasib baik ada rakan di hospital yg dapat mencepatkan proses pembedahan dan rawatan radiotherapy.... masih rawatan susulan... dalam masa tu ada juga pergi rawatan alternatif... banyak sangat tempat dia dah pergi sebab memang ada gangguan....
Cuma yg ada nampak kesan perawatannya ialah ketika beliau dirawat di kluang dengan sorang ustaz, ada tindakbalas dengan keadaan rasukan... macam macam jin yg merasuk, siap boleh bercakap siam, asli dsb.. aku pun tak tau sangat sebab yg menyaksikannya ialah kedua ibubapanya, wanita tu pun tak sedar...
Bagaimanapun ketika rawatan ditempat lain dengan perawat perawat lain, walau dibacakan ruqyah yg panjang dan banyak, dia tak de rasa apa apa, siap ustaz ustaz tuh kata, awak ni ok, tak de gangguan jin ditubuh!!!(rawatan terakhir dia dgn sorang ustaz di kota tinggi, tapi tak de apa signal pun yg menunjukkan jin tu masih ada ditubuh)...
Selain itu tujuan dia pergi banyak tempat yg lain sebab gangguan masih ada dan bertujuan untuk memulihkan sang suami yg tiba tiba terus berubah hingga tidak balik kerumah langsung, sentiasa seperti ketakutan bila melihat beliau, pertemuan terakhir ketika dia dirawat akibat canser tu tetapi sang suami hanya berkata tentang cerai cerai... tetapi menangis, sedangkan dia masih kesakitan ketika menjalani rawatan... amat menyedihkan...
Wanita ini faham akan kedudukannya sebagai isteri kedua, dan sentiasa mengalah, tetapi sang suami seperti bodoh atau dibodohkan sahaja...
Ok aku pun mulalah buat rawatan, dimulai aku saja buat rawatan pada bapanya, buang saka saka dan jin jin yg menempel, zasst rumah dari kejauhan, tetapi ketika zasst rumahnya, si ibu dan wanita ini yg terasa currentnya! Bermakna tubuh mereka ada jin jin menginap yg ada kaitan dengan jin dirumah yg terzasst tadi.... kemudian giliran ibunya, pada lutut dan tubuh aku zasst...
Kemudian giliran wanita itu, suruh dia duduk dikerusi sebelah aku, aku pun jauhkan meja kaca sebab dah agak bakal ada kerasukan walaupun ustaz ustaz sebelum tu kata dah clear.. hehe..... dan pastinya jin jin yg berada ditubuh wanita ni jenis yg agak kuat sebab tak terkesan dengan bacaan ruqyah....
Seperti biasa aku suruh buka tapak tangan, aku sentuh jari aku yg lemah lembut dan putih gebu nih, hehe... dia rilek je, aku tanya rasa apa? Dia kata panas kat badan dan rasa kebas kat tangan tu.. aku teruskan agak lama (bukan ambik peluang pegang tangan pompuan tau! Hehe), hujung jari jek! Bila tengok dia macam biasa jek setakat panas badan, aku pun tambah power..hehe.. dan tiup perlahan.. dia masih selamba.. tapi aku tanya rasa apa.. dia kata macam nak pitam!.. aku teruskan tapi dengan hembusan yg mula agak kuat berulangkali dan tangannya mula bergerak gerak seperti orang menari, aku teruskan tiupan lantas dia tarik tangan tetapi mula adengan.....
Tarian tangan je, tarian siam...siap ada gaya macam orang sembah tokong tuh... aku tanya tanya tapi dia tak jawab apapun, pejam mata tapi terus menggayakan seorang sami budha, bila aku ugut pun dia selamba, aku zasst je, tergolek hehe.... tapi tak lama, dia jadi lagi, pun sama, agak bosan tanya tak jawab hanya ketawa ketawa aku zasst jek, tergolek lagi.... berulang lagi tapi ada bunyi pulak.... alah perkataan yg aku pun tak reti nak taip.. macam bunyi orang asli kuno ...yg cakap tuh... peteppeteppetep... ah apa entah... aku cakap kat mak bapak dia, nih kalau ambik gambar bagus nih, tapi aku tak ambik pun sebab tak ingat kamera aku letak mana... lagipun memorinya dah nak full tuh... mak bapak dia ketawa jek, siap cakap masa dirawat kat kluang tu dirakam jugak!
Bila aku tanya dia sapa yg hantar, dia bagi isyarat tutup mulut, tak mau cerita, aku sebut nama madu wanita tu pun dia buat dodno jek... teruskan peteppeteppetep.... ah lecehlah bual dengan ko nih, kataku.. hehe aku bunuh lah, akupun bangun dan zasst.... tapi liat juga, mengelak dan melawan siap ketawakan aku! Mendabik dada macam kuat, aku zasst dengan tangan kat bahagian belakang badan baru tergolek... hehe
Lepas tu jadi lagi dan lagi, ada yg bercakap, ada yg hanya pergerakan tangan dan aktiviti menyembah aku, seolah olah minta ampun, banyak cantek! Aku bukan tuhan ko!!!!! kataku dan aku zasst, tergolek..zasst tergolek..... dan bila ada yg nak bercakap aku biar lama sikit...ada yg bahasa cina, siam..... aku tanya sapa yg hantar dia tak mau cakap, tapi bila aku sebut nama baru mengaku..sebab aku kata.. betul ke? Angguk anguk.. dan zasst.... banyak kali sangat akupun dah tak ingat berapa banyak... dan ada masanya jin islam yg merasuk, siap beristighfar dan baca selawat minta maaf pada aku... dan berkata: dah dah dahla tu, cukuplah tu, minta maaflah, akupun dah tak mau kacau budak nih, aku tobat, aku tobat, tapi aku seperti biasa dengan kebrutalannya... oooo ko selama ni ada peluang bertobat ko tak mau tobat, nih dah mampos batu nak minta ampun!, sorry, seekorpun aku takkan lepaskan malam nih, aku tak kira ko islam ke kafir ke, tak de agama ke, siam ke, asli ke... pasti mati hari nih! dia cakap; abis, tuan aku suruh aku kacau budak ni!, aku kata, yg ko tu bodoh, ikut kata tuan ko tu sapa suruh? kalau tak kacau manusia tak boleh ke? tapi dia kata lagi, aku boring la kalau tak kacau manusia, tak de kerja kat alam aku tu! aku pun berkata lagi, aku tak kira, sekuat mana pun jin jin pasti mati kalau aku nak bunuh!!!(kecuali seekor ketua azazil tu la)Dengan angkuhnya aku menyombongkan diri! Hehe... dan aku zasst yg tu... jadi lagi dan lagi...
Ada masa tu dia dirasuk jin islam lagi, kebetulan aku di call oleh rakan, dan aku suruh datang jek, sebab ada kes rawatan jugak.... masa jin islam tu merasuk, kebetulan anak aku yg kecik menangis sebab terhantuk bergumpal dengan kakaknya, meraung kuat, jin tu ketawakan aku sebab aku jadi geram bising sangat, hehe aku pun tegur anak anak aku kat dapur tu suruh diam.... ketawa kuat jin tu... tapi aku tak banyak cakap, cepat ko mengucap, aku nak bunuh nih, dia selawat je, tak ngucap pun tapi aku zasst jek!
Tiba tiba satu jin merasuk pulak, islam juga kot sebab cakap melayu, terus bangun nak keluar rumah, nasib baik aku kat pintu, terus tutup pintu, berebut dengan dia, aku kunci, dia bukak, aku kunci balik, dia bukak lagi, berebut..sambil berdiri sebab aku kunci atas, bila dia dapat bukak kunci tuh, siap bersorak, ye ye dapat bukak kunci!!!, aku geram dan pelik, dia tu tak tinggi sangat tapi leh pulak sampai kunci rumah aku yg tinggi tu! Bila dia nak buka pintu jek, aku malas nak lawan tarik tolak pintu, aku zasst je dari belakang terus pengsan sambil berdiri, tau la kan kalau orang tengah berdiri tiba tiba kene tembak, apa jadi, hampir tersembam ke lantai la, nasib baik aku sempat sambut dengan kegagahan aku.... ingat bukan ambik peluang tau! Bini orang tuh! Hehe aku pun letakkan kat lantai dan alaskan dengan bantal... alah tak lama bangun lagi.. macam macam lagi...zasst zasst zasst
Ada satu jin dari jenis hantu merasuk, aku cakap ha ko kan yg buat canser payudara tu? Dia jawab ya, tuan aku suruh!, aku jawab habis ko makan la payudara dia, dia jawab ye la, sedap! Aku pun gerakkan tangan ke arah payudara wanita tu, dari jauh la, dan aku makrifatkan sesuatu, kedua belah sekali, lepas tu aku suruh hantu tu tengok, dia terus terbelahak dan hampir termuntah sebab makanan yg dikatakan sedap tu aku dah jadikan makanan padanya yg sangat menjijikkan pada hantu hantu sedunia... bila muntahnya dah hampir terjadi betul, aku zasst terus hantu tu agar tak muntah, kang susah pulak aku kene bersihkan rumah kayu aku tu... hhee hee... terus tergolek dan pengsan, tak muntah...
Salah satu jin islam, dampingan ustazah tu sendiri siap berkata sian budak ni, dia baik, tuan aku yg jahat sangat, muka dia teruk sangat, dia buat agar laki budak ni nampak budak nih macam mayat dan menakutkan, kat laki dia banyak sangat jin jinnya, macam macam jenis yg ada, sebab dibagi dalam makanan... tapi biasalah aku, jin jin yg dah kacau manusia nih tak de ampun, aku zassttttt tapi ada juga masa yg aku nak zasst boleh jerit, ko tak leh bunuh aku, aku kuat, aku kuat hahaha... macam iblis jek aku tengok, tapi biasalah aku kan power, hehe mula mula saja baca ayat quran(ruqyah) biar mak bapak dia nampak aku ni perawat islam la..hehe....tapi ruqyah memang tak de kesan pada iblis nih, dia ketawa jek, aku pun bangun dan zasst kat tengkuk , terkulai layu juga..... dan wanita tu dirasuk ifrit dipenghujung tu dan ifrit ditubuhnya tu menampakkan padanya tentang tubuh suaminya yg dah rosak teruk akibat sihir....menangis dia kesedihan kerana kesian pada suaminya tu.... dan dia nampak juga ustazah tu, rupanya dah terlampau menggerunkan kerana berwajah jin....
Aku zasst zasst sampai sedar, tapi walaupun dia sedar dia masih menangis dan berkata tentang apa yg dia dah nampak tentang suaminya tu ketika rasukan tadi... bila dah lega, aku suruh duduk membelakangkan aku untuk aku zasst bagi habis segala sarang jin ditubuh tuh beserta jin jin yg masih bersembunyi.... alhamdulillah selesai tugas aku malam tu, ada lah dalam 2 jam jugak, berpuluh ekor jugak tu.....
Pengajarannya : bahaya jadi isteri kedua walaupun madu tu dari kalangan ilmuan agama, kerana syaitan tetap berusaha menyesatkan seluruh umat manusia..... berhati hatilah mencari pasangan hidup!
-
ANGIN DALAM TUBUH(salur darah) Kali ni tak nak cerita pasal mistik sangatlah, pasal sakit yg sebab angin ditubuh jek, iaitu yg menyeba...
-
SAKIT KAKI Ramai yg mengalami permasaalahan ini, terutamanya wanita yg berat badannya dah ter’over’. Ada juga yg kurus, tapi nak mem...