Ahad, 16 Oktober 2011

tak thrillllllll

Walaupun aku laaa ni kira sibuk merawat, tapi kes kes berat macam dah tak de.... yg mengadu kes berat sehingga dah jumpa ramai perawat pun, bila datang tak le berat mana iaitu tak la ade kerasukan yg hebat sepak terajang bagai, kalau ada pun sikit sangat aksinya, satu dua kali zasst dah pengsan..


Tapi kes yg nampak tak berat iaitu tak de kerasukan yg hebat ni la yg lebih susah nak dirawat, sebab kebanyakkannya bukan sebab jin jin pun, kalau sebab jin pun, sebelum pesakit datang rumah, jinnya dah lari dulu sembunyi kat mana mana....


Yg lecehnya kalau pesakit rasa sakit, doktor tak dapat kesan apa sakitnya, perawat lain kata ada jin, tapi aku tak jumpa pulak jinnya, zasst pun kosong.... tapi sakit tetap sakit..... kesian kan.....


Tapi kalau ada kes yg mengalami kerasukan hebat yg tak pulih pulih, kami geng hantukiller's amat mengalu alukan kes sedemikian, kerana agak mencabar minda dan tenaga kami, lagi kalau ada tempat tempat yg orang kata 'keras' sangat.... bukan nak berlagak la ye, tapi itulah kegemaran kami.... menghadapi kes kes yg berat............

5 ulasan:

  1. wah dah update.....sekali gus tukar perabut n langsir baru......

    BalasPadam
  2. walaupun soalan ni mungkin yg ke-berape kali ditanyakan kepada abg tom.tetapi saya ingain tahu

    adakah setiap manusia mempunyai kebolehan membunuh jin ataupun hanya kepada orang yang dianugerah oleh Allah s.w.t sahaja ataupun ia nya ilmu Allah s.w.t yg boleh dipelajari?

    BalasPadam
  3. Salam,

    saya kurang pasti bab ilmu abg tom tetapi secara generalnya semua orang boleh mempelajari ilmu bunuh jin. Abg tom memang dianugerahkan Allah kebolehan untuk bunuh jin. Ada ilmu jenis boleh diajarkan kepada orang, ada jenis ilmu anugerah. Kene tanya abg tomlah bab nak belajar ilmu bunuh jin cara abg tom.

    saya belajar ilmu bunuh jin yang jenis memang untuk diajarkan kepada orang. Ikutkan apa yang saya belajar, semua manusia yang bertitle khalifah boleh bunuh jin. Ini bukan pasal kebolehan , semua manusia boleh bunuh jin cuma tahu atau tidak sahaja.

    wallahu aklam..

    BalasPadam
  4. Wasalam,

    Terima kasih banyak atas ulasan saudara danish,

    setelah baca blog abg tom ni saya mmg tertarik atas kebolehan membunuh jin, yg selama ni yang menjadi tanda tanye, maklum la bende halus "rahsia dalam rahsia"

    bukan apa, bidang yang saya akan ceburi nanti sebagai orang estate, terdedah dengan bende2 halus ni.sekadar ingin melengkapkan diri dan menambah sedikit ilmu pengatahuan sahaja.

    terima kasih,

    BalasPadam
  5. salam,

    saya pun sebenarnya banyak masuk ladang jugak, mostly kelapa sawit kat dalam hutan-hutan. Zass kat aje kalau ada yang datang mencari anda.

    BalasPadam

KG MELAYU SHELLOUT