Rabu, 3 September 2014

"Kisah Nabi Idris a.s. Dengan Iblis"

Iblis adalah bahan bakar api neraka di akhirat sana nanti namun iblis akan cuba mengheret anak-anak Adam agar menjadi peneman iblis kelak.
Iblis akan datang menggoda dan menghasut anak Adam dalam semua peringka. Tetapi Iblis amat sukar untuk menggoda para rasul dan para nabi yang bersifat maksum dan sentiasa didalam pemeliharaan Allah SWT.
Iblis berusaha untuk menggoda Nabi Idris a.s. ternyata usaha-usahanya gagal kerana kedatangan Iblis sudah diketahui oleh Nabi Idris a.s. terlebih dahulu.
Pada suatu hari Nabi Idris a.s. didatangi seorang lelaki yang membawa sebiji telor. Ketika itu Nabi Idris a.s. sedang menjahit bajunya. Tanpa ucapan salam, lelaki itu terus menegur Nabi Idris, “Wahai Idris, bolehkah Tuhan kamu memasukkan dunia ke dalam telor yang sedang aku pegang ini?”
Dengan izin Allah SWT. Nabi Idris tahu dengan siapa dia sedang berhadapan. Lalu berkata Nabi Idris, “Datanglah dekat denganku dan tanyalah apa yang engkau hendak tanya.” Lelaki itu pun mendekati Nabi Idris yang masih sedang menjahit. “Bolehkah Tuhanmu memasukkan  dunia ke dalam telur ini?” Lelaki asing itu mengulangi pertanyaannya.
“Tuhanku boleh memasukkan dunia ke mana sahaja, jangankan ke dalam telur yang engkau pegang itu, bahkan Dia boleh masukkan dunia ke dalam lubang jarum yang aku pegang ini.”
kata Nabi Idris a.s.

Kemudian dengan pantas sekali baginda bingkas mencucuk mata lelaki itu dengan jarum yang ada di tangannya. Terperanjat lelaki asing itu dan dia tidak sempat berbuat apa-apa. Kelam-kabut dia melarikan diri meninggalkan Nabi Idris a.s. yang telah membutakan matanya. Lelaki yang menganggu Nabi Idris a.s adalah Iblis laknatullah.

DOSA MEMBUNUH

MEMBUNUH MANUSIA.....TANPA SEBAB... BERDOSA MEMBUNUH ORANG ISLAM TANPA SEBAB...DENGAN SENGAJA PULAK TU... BALASANYA KEKAL DI NERAKA KAL...