Khamis, 19 Mei 2011

MENCABUT SAKA DIPENGHUJUNG HAYAT

MENCABUT SAKA DIPENGHUJUNG HAYAT

Banyak juga kes saka yg teruk pada orang lanjut umur yg aku rawat, tapi yg banyak sekali ialah yg nak meninggal susah sebab saka dlm tubuh.



Biasanya kalau dihapuskan sakanya atau ilmu kuatnya, orang tu terus lemah, malah ada sekali tuh, anaknya seorang doktor CVT yg top di JB nih dulu, dia yg minta aku tolong sebab bapanya dah nazak beberapa kali tapi tak juga pergi, doktor tu dah cuba guna rawatan buang saka kaedah CVT tapi tak berkesan, dan bapanya pun dah pesan pada warisnya suruh cari orang yg pandai pandai sebab dia pernah menuntut ilmu ilmu ghaib di Serawak......(macamle aku ni pandai sangat hehe)




Aku sampai lepas maghrib, kalau tak silap dalam tahun 2005, tapi masa sampai tu ada sorang ustazah tengah ubatkan, so aku dok sembang je dengan kekawan diluar rumah, bila lama sangat tunggu ustazah tu ubatkan, dekat 1 setengah jam, siap dia bagi syarahan agama lagi kat hadirin, kami pun bosan lalu kami pun gi makan seafood, doktor tu belanjahttp://mforum.cari.com.my/images/smilies/default/lol.gif





Bila sampai semula kerumah tu, dah pukul 10.30, ada pulak sorang bomoh sedang merawat, siap berpakaian hitam lengkap dengan tengkolok, so kamipun tengok je dari jauhhttp://mforum.cari.com.my/images/smilies/default/icon_lol.gif... bila dia dah settle dan balik, bapa doktor tu gitu juga, masih senyum dan tawa dengan sanak saudaranya....

Kemudian doktor tu tanya aku bila nak rawat? aku cakap ok juga nih, jam dah pukul 11.30 malam.. ramai sedara mara dia dah balik, ialah aku nampak pakcik tu walaupun duduk atas katil ditengah ruang tamu, masih boleh berbual sambil ketawa dengan sedara maranya, siap dia leh cakap, tolong doakan abah ye, moga moga boleh sembuh..( aku tengok perut dia besar, ada canser diperut)






Akupun minta izin, jam aku tengok pukul 11.30, aku cakap dgn dr tuh, biar saya hapuskan dulu yg dalam bilik... so dia bawa aku masuk dalam bilik tuh, sangat banyak jin dalam bilik tuh, akupun zasst lah, kebetulan ada mak dia dalam tuh bersama sorang lagi, tak ingat aku sapa,maknya minta aku zasst tubuh dia sekali sebab sakit lutut.. aku pun zasst la juga, terus boleh bangun.. 'eh, dah tak sakit' katanya.. ada la dalam 5 minit juga melayan orang dalam bilik tu bersama dr tu...




Bila aku keluar dari bilik tu, aku tengok bapa dr tu dah lembik sangat, macam magik, sebab masa aku masuk bilik tadi kuat lagi dia, ni pulak siap nangis nangis minta maaf dikelilingi sedara mara dan yg ada, semua meraung, dan yg aku dengar bapanya tu cakap aku rasa dah sampai masa ni, dah tak berdaya langsung ni... aku teruskan pergi bilik bilik yg lain untuk zasst, akhir sekali aku berdiri dibelakang pakcik tu dan zasst agak lama diseluruh tubuh dia.... makin lemah dia dan dibaringkan.... aku berundur agak jauh dan zasst lagi...sambil mohon pada Allah, jika dah sampai masa, ambillah roh dia, dan minta juga dihantar malaikat pengambil roh.... jam aku tengok pukul 11.50... aku pun keluar jumpa kawan kawan yg duduk diluar je... aku cakap aku dah buat apa yg patut, kejap lagi kot...




Tepat 12.00 aku dengar tangisan ramai... rupanya dah meninggal orang tua tu........ Alhamdulillah selesai tugas aku! ni cerita dah 8 tahun lepas.... Dr CVT tu pun dah lama aku tak jumpa... kaedah buang saka yg CVT guna tu tak berkesan pada bapanya tu






kes lain... ada gak... tapi makan masa sehari/ sehari setengah baru pergi




Tapi kebanyakkannya yg kata kalau dibunuh jin saka yg ada dalam tubuh, tuan tubuh pun pergi juga, sebenarnya tipuan jin jin tu takut dibunuhhttp://mforum.cari.com.my/images/smilies/default/lol.gif... ramai yg lagi sehat segar bugar walaupun bomoh lain dah kata kalau dibuang ni, dia pun ikut pergihttp://mforum.cari.com.my/images/smilies/default/lol.gif tipuan jin jin je takut dibunuh...hehehe

3 ulasan:

  1. En. Tom,
    Saya sejak mula berzikir tak kira masa ni selalu mimpi berlawan dengan hantu. Sebelum ni kalau tidur jarang sekali mimpi. Ada apa-apa makna ke?

    BalasPadam
  2. maknanya memang le jin nak mengacau tapi tak dapat..

    Cuma kene ingat, tujuan utama berzikir bukanlah nak lawan jin hantu semua, tetapi hanya untuk memuji ALLAH sahaja...

    BalasPadam
  3. Tepat sekali ulasan tuan hantukiller. zikir hanya untuk Allah bukan yang lain.

    BalasPadam

KG MELAYU SHELLOUT