Isnin, 27 Julai 2015

PETUA, ENTAH BETUL ENTAH TIDAK, KALAU NAK CUBA BISAA SAJAA... HAHAHA

Petua-petua untuk diamalkan.
✓ Semut benci timun, letakkan kulit timun berdekatan dengan lubang atau sarang semut atau di mana terdapat banyak semut.
✓ Untuk mengilatkan cermin, cucilah dengan minuman Sprite.
✓ Untuk menanggalkan chewing gum yang melekat pada baju, masukkan baju tersebut ke dalam freezer dan simpan selama 1 jam.
✓ Untuk memutihkan baju putih, rendam dengan hirisan lemon selama 10 minit.
✓ Untuk rambut nampak berseri, bubuh 1 sudu teh cuka makan dan sapu rata di bahagian atas rambut, kemudian terus dibilas.
✓ Untuk membanyakkan jus lemon, rendamkan lemon di dalam air panas selama 1 jam.
✓ Untuk menghindarkan bau busuk pada sampah di dapur, letakan sekeping roti ketika kita memasak.
✓ Kalau baju terkena dawat, untuk menghilangkannya, sapu ubat gigi pada tempat yang terkena dawat itu dan biarkan ubat gigi tersebut hingga kering kemudian baru cuci.
✓ Untuk menghindarkan tikus, taburkan serbuk lada hitam di mana tikus selalu ada. Tikus akan lari dan bermain jauh dari situ.
✓ Meminum air suam 1 atau 2 gelas sebelum tidur boleh mengurangkan 90% dari serangan jantung. Begitu juga bila bangun pagi.
Seperti yang kita maklum, air sangat penting pada sistem badan kita tapi kadang-kadang kita tidak ambil tau kenapa kita harus meminum air suam.
Meminum air pada masa yang sesuai dengan kadar maksimum yang diperlukan oleh tubuh manusia akan membawa kesan yang baik:
• Meminum 1 gelas air selepas bangun boleh mengaktifkan organ-organ dalaman.
• Meminum 1 gelas air 30 minit sebelum makan membantu penghadaman.
• Meminum 1 gelas air sebelum mandi boleh membantu mengurangkan tekanan darah.
• Meminum 1 gelas air sebelum tidur boleh menghindarkan stroke dan serangan jantung.
Copy & paste untuk saudara mara dan kawan-kawan........
****Jangan kedekut ilmu. 
Sila kongsi untuk manfaat bersama....
***terima kasih!!!

Ahad, 24 Mei 2015

DURIAN BELANDA(GRAVIOLA) UNTUK CANSER???

KHASIAT DAUN DURIAN BELANDA
Daun durian Belanda adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10,000 kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?
Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat pokok ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.
Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia, dikenali sebagai Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis, dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.
Kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika telah membuka tabir rahsia pohon ajaib ini. Fakta yang membingungkankan adalah: Jauh dipedalaman hutan Amazon, tumbuh 'pohon ajaib', yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup.
Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika. Graviola telah diuji oleh lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya.
Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon “ajaib” ini, selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini ? Jawabnya adalah : Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan!
Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh dihutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan. Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan !
Tapi… kisah Graviola hampir berakhir disini. Kenapa?
Dibawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semulajadi untuk ubat adalah DILARANG dipatenkan.
Perusahaan menghadapi masalah besar dan mereka berusaha sedaya upaya dengan pembiayaan sangat besar untuk membuat klon tiruan dari Graviola ini agar ianya dapat dipatentkan sehingga dana yang dikeluarkan untuk penyelidikan dan ujian dapat dituntut dan bahkan mengaup keuntungan besar. Tapi usaha ini tidak berhasil kerana Graviola tidak berjaya diklon. Perusahaan gigit jari setelah mengeluarkan dana jutaan dolar untuk usaha penyelidikan mereka.
Ketika mimpi untuk mendapatkan keuntungan besar beransur-ansur pudar, kegiatan penyelidikan juga turut berhenti. Lebih parah lagi, perusahaan menutup projek ini dan memutuskan untuk TIDAK menerbitkan hasil penyelidikan ini.
Beruntunglah, ada salah seorang ilmuwan dari kumpulan penyelidik tidak sanggup melihat kekejaman ini terjadi. Dengan mengorbankan kerjayanya, dia telah menghubungi sebuah perusahaan yang mengumpulkan bahan-bahan bersumberkan semulajadi dari hutan Amazon untuk penghasilan penawar.
Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita keajaiban Graviola, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya sangat mengejutkan. Graviola terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang berkesan.
The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu Graviola sangat berkesan menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan.
Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola, mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo!
Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahwa daun Graviola mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat, Pankreas, dan Paru-paru.
Setelah hampir 7 tahun tidak ada berita mengenai Graviola, akhirnya berita keajaiban ini pecah juga, melalui informasi dari Lembaga-lembaga seperti disebutkan di atas.
Kisah lengkap tentang Graviola, dimana memperolehnya, dan bagaimana cara memanfaatkannya, dapat dijumpai dalam Beyond Chemotherapy: New Cancer Killers, Safe as Mother’s milk, sebagai bonus istimewa percuma terbitan Health Sciences Institute.

Selasa, 31 Mac 2015

RAWATAN JIN YANG ISLAMIK?????

JOM CERITA BAB RAWATAN JIN

Dari zaman berzaman, jin syaitan dah ganggu manusia, dari nabi Adam lagi dah ada. Dan selain gangguan membisikkan kejahatan pada manusia, mereka boleh menyakitkan dalam banyak perkara pada manusia. Adam dan hawa terjerumus kebumi pun angkara bisikan syaitan.

Sejarah dulu dulu, anak nabi adam pun sampai berbunuhan kerana bisikan syaitan, dan terus terusan pada para nabi dan rasul, ada saja cerita ttg gangguan jin syaitan ni

Dalam banyak banyak nabi dan rasul, siapakah yg Allah uji dengan penyakit akibat gangguan syaitan??? Nabi Ayub kan????  Lalu apa rawatan yang Allah ajarkan pada baginda???? adakah Allah suruh baginda  baca baca doa tertentu, mentera tertentu, jampi tertentu ????

Dan bagaimana pula kisah kisah gangguan jin di zaman Nabi Muhammad??? kisah ifrit yg ganggu nabi sedang bersolat, kisah nabi merawat seorang budak yg diganggu syaitan(musuh Allah). Apa yang nabi buat untuk merawat budak tu???? adakah sama macam perawat perawat islam lain dari dulu hingga kini yang kononnya rawatan mengikut kaedah islam?????


Ingat tak kisah seorang sahabat merawat seorang bukan islam yang kene sengatan kala jengking??? apakah sahabat tersebut lakukan???? bukankah sahabat tersebut membacakan Fatehah sebagai jampi agar bisa jengking tersebut tawar????

Apa lagi kisah kisah rawatan yg pernah nabi Muhammad lakukan??? ada tak Rasullullah pernah memandikan pesakit dengan air yang dicampur tanah??? atau memandikan pesakit dengan air yang dijampi dengan AlQuran dan dicampur limau, daun bidara, bunga bungaan, atau sebagainya???? mana yang nabi pernah buat?????


Pernahkah nabi baca Manzil, ruqyah, mathurat untuk merawat, jika ada untuk jenis  penyakit apa??? adakah yang berkaitan dengan gangguan jin syaitan??? atau hanya sejenis penyakit gila?????

So, daripada sejarah dan kisah kisah nabi tadi, apakah kaedah yang nabi nabi lakukan untuk merawat gangguan jin syaitan???? jika ada, itulah sebenar benarnya yang dinamakan rawatan islam, kemudian bandingkan dengan kaedah yang dilakukan oleh perawat perawat islam diseluruh dunia ni, jika mereka buat dengan kaedah yang sama macam yang nabi pernah lakukan, itulah yang sebenar benarnya perawat islam, betul tak?????


Jika tak de pulak macamana???? adakah dipanggil rawatan tak islam?????

Entah, kalau perawat islam baca baca Quran sambil pegang keris, perasap kemenyan, guna wafaq wafaq, guna jampi jampi ayat quran, guna jampi jampi bukan ayat quran dan sebagainya tu dikira rawatan islam jugak tak???? islam juga kan!!!! sebab yg rawat tu orang islam.  kalau dia rawat guna colok, guna setanggi, guna mentera, tak guna ayat quran, tapi minta nya dari Allah juga, perawat tu buat rawatan islam juga kan???? sebab tak de satupun larangan jelas Allah dan rasulnya agar merawat pesakit gangguan syaitan mesti ikut kaedah sebegitu sebegini, kan????? yg penting kebergantungannya pada Allah.

Kalau perawat tu minta bantuan jin dalam merawat, macam doktor minta bantuan jururawat, boleh tak???? ada yag kata boleh, ada yang kata tak boleh, kan?????


Kita biasa dengar perawat islam mengutuk bomoh kerana menggunakan khidmat dan bantuan jin dalam merawat, soalnya, adakah perawat yang mengutuk itu sendiri bebas dari dibantu jin????? walhal rata ratanya perawat islam dlm bidang mistik atau perawat jin samada mengaku perawat islam atau mengaku bomoh aka pawang ni tak lari dari dibantu jin samada sedar atau tidak.


Siapa perawat islam yang bebas dari dibantu jin waimah jin islam sekalipun, angkat tangan!!!??? kenapa???? tak mengaku???? atau tak tau???? atau rasa diri bebas dari bantuan jin???? ye ker???? ada bukti??????



pedulilah, yg penting semua perawat tu berikhtiar membantu pesakitnya dengan jujur, bukan kerana nak bayaran. nak kaya, nak nama......sebaiknya elakkan diri dari berdamping dengan jin, dari dibantu jin samada sedar atau tidak, ingat!!!!! jin pun pandai baca Quran, dan jin pun diturunkan Quran yang sama pada mereka!!!! jangan ingat kita merawat guna bacaan Quran tu depa boleh terbakar semua!!! malah kalau ifrit, jin islam, hantu dewa dlll yg dah tua bangka yang dah hafal quran juga, pun ikut sama membaca apa yang kita baca...... so, kalau gangguan jin tu dari kalangan jin yag hafal quran, tak payah laaaaaa, carilah kaedah lain ye!!!!



Ok berbalik pada rawatan gangguan jin syaitan yang para nabi pernah buat, iaitu yang benar benar islamik, ianya sangat berkesan pada semua peringkat jin waimah iblis dan azazil azazil sekalipun. ifrit tu tahap bawahan je.....



DAN Allah beritau, sesungguhnya iblis dan konco konconya tidak mampu menewaskan orang yang ikhlas(mukhlisin).... senang cerita, carilah ikhlas, carilah ikhlas, carilah ikhlas..... tak payah berubatpun, kalau dah ada sikitpun ikhlasnya tu, inshaAllah jin jin tahap bawahan kalah dahhhhhhh, tak payah jumpa perawat punnnnnnnn


Kalau perawat pun boleh kene belasah oleh jin, maknanya perawat tu pun masih jauhhhhhhh dari mukhlis.... jauhhhhhhhhhhhh


lagilah kalau merawat pun kebergantungannya pada jampi, pada mentera, pada keris, pada ayat, pada wafaq, pada daun, pada batu, pada kemenyan, pada sirih, pada kapur bla bla bla...pada apapun yang ada didunia ni..... lagilah jauh dari ikhlas............... dan terus menjauhhhhhh walaupun tau dan amat menyedari bende tu semua hanya alat yang tak de kuasa apapun...............


So, kalau nak merawat, ikutlah yang apa nabi pernah ajar, apa yang Allah pernah beritau, inshaAllah takkan sesat



Bunuh jin pulak ada Allah ajar tak????????? hehehe....... kene tau jugak tuuuu, jangan tuduh tapi tak tau apapun, hehehe








Isnin, 12 Januari 2015

MELAYAN SYAITAN(JIN YG KACAU MANUSIA)

FIRMAN ALLAH
"Kecuali sesiapa di antara Syaitan-syaitan itu yang curi mendengar mana-mana percakapan (malaikat), maka dia diburu dan diikuti (dengan rejaman) api yang menjulang lagi menembusi. " As Syafaat 10


Sabda nabi
Dari Abu Said al-Khudri r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:Sesungguhnya di Madinah terdapat sekelompok jin yang telah Islam. Maka sesiapa yang telah melihat jin-jin ini, beri izinlah dia tinggal selama tiga hari. Jika sesudah tiga hari telah diperingatkan supaya pergi, tetapi dia masih kelihatan, bunuhlah. Kerana itu adalah syaitan.


وَحَدَّثَنَا زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ، حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ، عَنِ ابْنِ عَجْلاَنَ، حَدَّثَنِي صَيْفِيٌّ، عَنْ أَبِي السَّائِبِ، عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ، قَالَ سَمِعْتُهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏"‏ إِنَّ بِالْمَدِينَةِ نَفَرًا مِنَ الْجِنِّ قَدْ أَسْلَمُوا فَمَنْ رَأَى شَيْئًا مِنْ هَذِهِ الْعَوَامِرِ فَلْيُؤْذِنْهُ ثَلاَثًا فَإِنْ بَدَا لَهُ بَعْدُ فَلْيَقْتُلْهُ فَإِنَّهُ شَيْطَانٌ ‏"‏ ‏.‏
There is a group of jinns in Medina who accepted Islam, so he who would see anything from these occupants should warn him three times; and if he appears after that, he should kill him for he is a satan.


Syaitan jin yg mengacau manusia tentunya lebih jahat daripada syaitan jin di Madinah tu(jin islam yg degil tak mau meninggalkan madinah selepas diberi amaran 3 hari tu), takkan nak dipujuk belai je walau dah bertahun tahun atau puluhan tahun kacau manusia???


Oleh yg demikian, bunuhlah syaitan syaitan jin yg kacau manusia ni, mereka adalah musuh yg nyata bagi manusia, jika dikalangan mereka mencuri dengar berita langit(ucapan para malaikat) pun para malaikat bunuh( dengan rejaman api yg menjulang lagi menembusi), napa kita tak ikut????? so ikutlah...... jangan dipujuk rayu jin tu agar tak kacau manusia lagi, tak jalan punya!!!!!

Selasa, 6 Januari 2015

KIAMAT

NI SAJA JE NAK BUAT CERITA, TAK BOLEH PERCAYA... HEHE


Cerita tentang dunia, tentang alam, tentang cakrawala, tentang metafora, eh metafora  la pulak, metafora tu apa.... hehehe


Ok, dimulakan dengan penciptaan Manusia, Adam..... adam dicipta dari adunan tanah(tanah air api angin), masa Adam dicipta disyurga, dunia dah ada kan, dunia pun dah tua masa Adam tu dicipta, jadi, sebelum dicipta Adam, berapa ramai khalifah di dunia ini Allah dah cipta dan musnahkan???? tentu lah dah banyak kan, sebab dunia pun dah tua!!!

Sebelum manusia, yg jadi makhluk pentadbir dunia adalah Jin, kan, sebab tu bila Allah ciptakan manusia, jin tu marah, sebab jewatan kene rampas...lagipun jin kan dari api, panas jek, tu yg senang marah, sombong..... agaknya lah... hehe, dan jin pun Allah cipta dah ribuan tahun sebelum adam diciptakan, malah ketuanya dari golongan Azazil, kira azazil yg paling tua la, pernah Allah naikkan ke syurga menjadi ketua para malaikat walaupun azazil tu dari bangsa jin.... maknanya mereka sebelum adam dicipta pun banyak yg islam sentiasa beribadah pada Allah.

Beribu ribu tahun sebelum adam dicipta, jin dah ujud, jadi khalifah dunia, tapi sebelum jin, tak kan tak de????? yg setakat dengar dengar tanpa pembuktian, ialah sejenis makhluk yg juga tak nampah dimata kita, dipanggil Al hin, berjuta tahun mereka mentadbir dunia sebelum Allah hapuskan sedikit demi sedikit, lum terhapus semuanya, masih ada sedikit sedikit pun dah jemu hidup, tapi tak de sebab Allah nak matikan mereka....lum ada penyebab....tapi bilangannya pun takat berapa ratus ribu je tinggal.... agaknya lah, hehe


Benarkah ada Al Hin???? entah, bukan ada bukti pun!!! tapi kalau ikut kata dari alam mistik, mereka ni memang ada, dulu dulu memang kira penguasa dunia la, iaitu sebelum diciptakan golongan golongan jin,  tubuh Al hin diciptakan dari gabungan tiga unsur, iaitu air, udara dan cahaya, tiada tanah dan tiada unsur api.... agaknya lah....

Mereka bersayap yg besar, 2 sayap jek.... seluruh tubuh dipenuhi bulu bulu halus berwarna putih kebiruan...sangat cantik, sosok tubuh seperti manusia cuma berbulu dan bersayap, yg lagi cantik sebab ianya dicipta antara unsurnya dari cahaya. so tubuh mereka bercahaya kebiruan.... tapi tak la macam malaikat, malaikat cahaya putih.......... entah ye entah tidak... hehe

Mereka ni bukan musuh manusia sepertimana syaitan dari golongan  jin, tapi Alhin yg masih ada ni ada jugak yg kacau manusia, kerana kira depa ni antara golongan pengacau gak, tapi tak la kacau sangat, sikit sikit buat gurau gurau, kerana dah terlalu bosan hidup yg tak berpenghujung...... agaknya la... hehe

Memandangkan golongan Alhin yg juga berbagai bangsanya dulu tu pun tinggal sedikit jumlahnya, tidak lagi membiak kerana balasan Allah pada mereka kerana merosakkan alam, ini menunjukkan mereka juga mati, sedikit demi sedikit.....

Mati????? abis Jin mati tak???? tentulah mati jugak, cuma jin kan membiaknya cepat, sekali keluar telur seolah spora pada pokok fern tu, berjuta..... lalu tumbuh menjadi anak anak jin... sebab tu jin tetap banyak tak habis habis.... walau dibunuh berjuta tiap hari pun takkan habisnya mereka.... kalau Al hin dibunuh ye cepat habis, almaklum jumlahnya dah tinggal sikit, tak membiak lagi pulak tu.... Kalau Al Hin kacau manusia, boleh tak dibunuh????? jawabnya tentulah boleh, kalau Allah izinkan, dengan apa???? kalau dia dari cahaya biru, nak bunuh kenelah guna api yg lagi biruuuuu, hehehe tapi tak de sebab janganlah dibunuh, dosa tau!!!!

Sebelum Alhin, ada makhluk lagi tak???? tentunya ada, entah dari apa ciptaannya, tapi namanya kalau tak silap Al Al Jugak, Al Bin kot........ pedulilah, tak perlu dikaji pun....


Cerita di atas tu mengganbarkan bahawa Dunia ni Allah dah cipta lama sangat dah, kita ni manusia pun baru jek diujudkan Allah ni, Kalau Allah bosan, dihapuskan kita ni sedikit demi sedikit sampai habis, Lalu Allah cipta makhluk yg baru.... boleh je kan???? Sebab Allah tu Maha Berkuasa....

Berbalik pada Dunia yg dah tua ni, bila Allah nak hancurkan???kiamat???? abis kalau Allah hancurkan dunia, Allah nak buat apa????? takkan Allah nak tengok syurga neraka tu je???


Mungkinkan cakrawala yg ada ni cuma yg ada ni je? kan langit ni tak berpenghujung???? mungkin ada cakrawala yg lain yg hampir serupa dengan cakrawala kita ni, maksudnya planet bintang bulan bumi yg ada kat kita ni cuma satu cakrawala, mungkin banyak lagi cakrawala yg sama seperti ini ditempat yg lain, mungkin banyak, mungkin 2,5, 7 atau sebagainya, sapa tau??? kan


Cakrawala kita ujud ni, entah entah dah yg ke berapa ratus agaknya, mungkin banyak cakrawala sebelum ni dah Allah hapuskan.... sapa tau kan.... dan setiap keujudan cakrawala ni, mungkin jumlahnya Allah hadkan, mungkin takat 7 cakrawala je dalam satu masa, mungkin lebih, kalau lama sangat Allah boleh jek hapuskan, lalu cipta satu cakrawala baru, dan terus terusan sebegitu.... mungkin boleh kan?????? atau tak mungkin???????

So, bila pulak kiamatnya????? kata kiamat tu hancur apa yg ada???? ye la kot, kalau Allah hapuskan satu sistem solar atau cakrawala tu kira hancur la, kira kiamat la, kan???? dah tu bila ppulak balasan syurga neraka?????


Entah, suka Allah la nak buatnya bila, boleh saja Allah tak mau buat pun, atau boleh saja Allah cepatkan... itu bukan urusan kita, segalanya haq Allah, suka dia la nak buat ke tidak.... betul?????? atau entah????????? hehehe

Tapi kan, setakat yg aku tau la, lebih cepat bumi kita ni kita hancurkan, lebih cepat kiamat tu datang, tak kiralah kiamat akibat Allah hancurkan bumi atau cuma Allah hapuskan manusia seluruhnya dibumi, antaranya adalah kita memanaskan bumi, dengan berbagai cara antaranya melepaskan udara bertoksid hingga menyebabkan lapisan ozon menipis, atau yg kerap semua manusia lakukan ialah menebang pokok dan tumbuhan. Pokok dan tumbuhan tu sumber oksigen, kalau ditebang, mana la nak adanya oksigen, tak bernafas kita!!!, lagi banyak penebangan hutan ditukar jadi perumahan, lagi cepat dunia kepanasan, kalau tukar jadi pertanian yg hampirsama dengan hutan keadaannya, ok jugak tupun boleh menyebabkan perubahan ekosistem, menyebabkan tadahan air berkurangan yg menyebabkan banjir kilat.

So, tanda kiamat yg paling mudah ialah bila hutan didunia dah musnah, tiada lagi simpanan air tanah, tiada lagi hidupan hutan, tiada lagi sumber makanan haiwan dan manusia.... segalanya jadi hutan batu, panas, apa yg boleh hidup??? manusia akan kekurangan makanan dan sumber oksigen, lalu mati sedikit demi sedikit, kalau tetiba Allah nak hancurkan dibagi gempabumi yg dahsyat, gunung gunung bertebaran, air lautan naik kedaratan menjadi tsunami paling besar, dan hapislah seluruh manusia.... yg tinggal hanya bumi yg tandus untuk Allah cipta makhluk yg baru.......


Apa la aku merapu kali ni, tak de kerja ni.... hehehe



Ahad, 21 Disember 2014

Rawatan Sebelum STROKE???? NI AKO COPY JE TAU, TAK TAu KEBERKESANANNYA

Pertolongan Pertama Pada Orang Yang Kena Stroke
Orang yg kena STROKE mendadak (jatuh di tandas) pembuluh darah ke otak akan pecah sedikit demi sedikit. Ingat,untuk mengatasi hal ini janganlah gugup/panik. Jika korban berada di tempat kejadian seperti di bilik mandi/bilik tidur/ruang tamu dll. Jangan dipindah2kan ke tempat lain, kerana akan percepat pecahnya pembuluh darah, dan janganlah sampai dia terjatuh lagi.Caranya adalah dengan mengeluarkan darah korban dgn menggunakan jarum yg telah dibakar/disteril yg kemudian ditusukkan ke ujung setiap jari masing2 sampai darahnya keluar 1-2 titis.Kalau darahnya tidak keluar dapat diurut sampai keluar, sesudah itu korban akan sedar setelah beberapa minit kemudian. Jika korban mulutnya miring, tariklah kedua daun telinganya sampai merah dan langsung tusuk bagian bawah daun telinga dg jarum steril sampai darah keluar 1-2 titis.Setelah korban sedar dan mulutnya sudah pulih kembali, barulah dibawa ke doktor atau hospital.
Biasanya orang yg terkena STROKE pembuluh darahnya akan lebih cepat pecah karena goncangan dalam perjalanan ke doktor atau hospital.Orang tersebut dapat tidak sedar kembali/pengsan dan biasanya akan cacat/lumpuh. (Kita harus ingat MENGELUARKAN DARAH dari jari orang yg terkena STROKE, maka kita sudah boleh menolong orang tersebut dari penyakit STROKE).
Silahkan share & agar menjadi lebih banyak bermanfaat kepada mereka2... copypaste