Selasa, 10 Disember 2013

BUANG SAKA

Susah ke buang saka? sebenarnya kalau dibuang ye susah, sebab nanti datang balik, kalau saka ni, yg mudah hapuskan je semuanya. baru setel!


Nak hapuskan saka senang ke? senang bagi yg tau, tapi amat susah bagi yg tak tau.

Ada yg kata, kalau nak buang saka, dengan tuan tuannya akan mati! ni kenyataan yg amat teruk, kalau tak tau tu, jangan la sampai kata macam tu, ajal maut tu ketentuan Allah, kalau saka tak dibuang, ada kalanya susah nak mati, dan kalau kematian tu susah disebabkan ada saka, ye dibuang je saka tu, terus sampai la ajalnya


Tapi bagi kes kes lain, tak de nya........tak de kaitan pun.......


Macamana nak hapuskan saka, atau melepaskan diri dari saka? gi lawat blog aku yg ni: http://hantukiller.blogspot.com/2013/08/membunuh-saka.html


Jangan pelik la, orang melayu nih, jarang yg tak de saka, malah selalu memanggil jin untuk jadi saka tanpa sedar. Ko  tak de saka? jangan confident sangat ye! hehe, banyak tu !!!!!!!!

Selasa, 22 Oktober 2013

SLE (SISTEMIK LUPUS ERITEMATOSUS)


Apakah SLE?

Sistemik lupus eritematosus (SLE), atau lupus, adalah penyakit kronik “autoimmune” di mana antibodi seseorang bertindakbalas dengan tisu badan seseorang pesakit itu sendiri. Ini Menjejaskan beberapa bahagian sistem tubuh seperti kulit, sendi, buah pinggang, paru-paru, sistem saraf, atau organ-organ lain di dalam badan. “Lupus” berasal dari perkataan Latin bererti “serigala”. (Ini adalah kerana seorang doktor Perancis yang mula-mula merawat pesakit lupus mengibaratkan tompok-tompok kemerahan di muka pesakit sebagai gigitan serigala.)

Gejala yang biasa dialami oleh pesakit ialah radang kulit dan sakit sendi (arthritis), selalunya di iringi oleh keletihan dan demam. Penyakit SLE ada masanya tidak aktif, iaitu dapat dikawal (remission), dan ada masanya menjadi aktif (relapse).
 Antara sebab-sebabnya ialah sinaran cahaya matahari, tekanan emosi, pengambilan ubat-ubat tertentu, dan juga kuman virus.
SLE merupakan penyakit auto-imun yang terjadi apabila sistem daya tahanan badan menjadi bercelaru dan mula melawan tisu-tisunya sendiri. Puncanya tidak diketahui tetapi kemungkinan besar ia disebabkan oleh gabungan faktor-faktor keturunan, alam sekitar, serta hormon. Ia berlaku melalui pengeluaran auto-antibodi yang melawan sel-sel normal seseorang. Itu menyebabkan keradangan pada beberapa bahagian tubuh yang boleh merosakkan organ dan tisu.


Apakah Gejala-gejala SLE?
Setiap pesakit mempunyai gejala yang berbeza-beza, iaitu samada sederhana atau serius. Gejala ini juga boleh datang dan pergi. Namun gejala SLE yang lazim ialah sendi bengkak dan sakit (arthritis), demam yang tidak diketahui puncanya, dan keletihan yang amat sangat. Terdapat juga tompok-tompok merah (malar rash) di pipi dan hidung seperti bentuk “kupu-kupu”. Ruam juga boleh timbul di muka dan telinga, di bahagian atas kedua lengan dan tangan, bahu dan dada. Oleh kerana pengidap SLE sensitif kepada cahaya matahari (fotosensitif) tompok-tompok merah ini akan menjadi lebih teruk selepas terdedah kepada matahari. Samada seseorang itu mendapat gejala yang serius atau tidak berbeza dari seorang kepada seorang yang lain.
Ciri-ciri penyakit ialah:
  • Demam, keletihan, dan penurunan berat badan
  • Sakit dan bengkak sendi (arthritis) selama beberapa minggu
  • Tompok-tompok merah menyerupai kupu-kupu di pipi dan hidung
  • Tompok-tompok merah di kawasan kulit yang terdedah kepada sinaran matahari
  • Ulser di mulut dan hidung berlarutan lebih sebulan
  • Rambut gugur secara bertompok-tompok atau di sekeliling (hair line)
  • Sawan, strok dan gangguan mental
  • Risiko untuk mendapat darah beku
  • Kerap keguguran bayi
  • Darah atau protin dalam air kencing menunjukkan gangguan sistem buah pinggang
  • Bilangan sel darah putih atau sel darah merah rendah
 
  Rawatan.... gilah jumpa doktor
 
Kalau nak jumpa perawat alternatif, ye boleh cuba, tapi gilah doktor dulu... kalau puncanya jin ye bunuhlah jin tu, lepas tu kalau nak cuba  merawat diri sendiri, cubalah banyakkan zikir, terutama selawat ALLAH HUMMASOLLI ALA MUHAMMAD ..beberapa .ratus ribu kali atau zikir huruf huruf juga ratus ribu kali.... zikir jek sebanyaknya sesempatnya, lagi banyak zikirnya, lagi banyak baiknya

Isnin, 21 Oktober 2013

SESAK NAFAS dan SAKIT DADA

Sapa pernah kene sesak nafas secara tiba tiba tanpa sebab???

Nak bernafas pun susah... dada berdebar debar.... tapi cek jantung ok, peparu ok, dan apapun doktor kata ok ok ok... tapi bende tu kerap berlaku dan berulangkali...


Kenape ye?????


Mungkin yg pertama ialah akibat ada salur darah tersumbat kat bahagian dada depan atau belakang! tak caya, cuba tekan tekan dada tu rata rata guna hujung jari dengan agak kuat!!! jumpa tak tempat yg amat sakit???? kalau jumpa, sila lumur dengan minyak panas terutama BALM  lalu urut dengan KUAT guna hujung jari tu, tekan tekan tempat yg sakit sampai keluar air mata...  hehe, jangan la kuat sangat oii!!!!

Kalau tak jumpa kat dada depan, mintak sesiapa  urut bahagian belakang badan sambil letak Balm jugak kalau jumpa tempat yg sakit tu....


Kalau tak berkesan jugak, mungkin disebabkan jin..... yg ni, kene lah jumpa aku, hehe tapi aku tak berani la urut bahagian depan tu terutama kalau yg sakit tu anak dara atau bini orang atau mak janda, nak mampos????hehe...

Kekadang boleh sampai merasuk tuuu.... hehe


Kalau ada la urat bahagian dada tu yg sakit, selalunya orang tu kerap kene sesak nafas atau sempot atau lelah.... puncanya bukan apa, urat sumbat, mana la darah beroksigen yg supply ke organ dalaman dalam dada tu nak lalu, dah tu, kerongkong tu keluar la lendir, tu yg susah nak nafas tu.... tu yg tanpa jin la..... Lagi satu, kalau dada sakit, terutama belah kiri, jaga jaga, mungkin darah beroksigen yg supply untuk jantung bekerja tu tak dapat support tenaga secukupnya untuk mengepam darah!!! tu menyebabkan makin banyak darah tak mampu di pam dan menyebabkan dalaman jantung terkumpul segala yg tak bagus dalam darah terutama kolesterol dan lemak, makin la darah sumbat dalam salur darah tu.... dah sumbat tu maknanya apa???? sakit jantung la! takkan tak tau!!!


So, kalau dada selalu sakit atau sengal sengal, jawabnya ialah organ dalaman tu tak kira jantung atau peparu atau hati atau pankereas atau kerongkong atau testis, apa testis la pulak... testis mana kat dada!! haha..... beresiko rosak atau sakit!!!! ko biarkan la lama lama kalau nak selamat sampai ke alam kubur dengan cepat!!! kalau lum sedia nak mati, gi urut sana!!! haha

Khamis, 17 Oktober 2013

BERSILAT

Pernah tak nampak orang bersilat?

Kalau jin bersilat pulak? pernah nampak???


Aku pun tak nampak hehe, tapi kalau orang kerasukan jin kemudian berubat lalu bersilat, tu biasa..., kira jin tu la yg bersilat, cuma guna tubuh orang yang dirasuknya tu, walhal tuan punya tubuh mana la reti silat silat tu semua......


Bagi kes kes kerasukan sampai bersilat ni, biasanya ialah berpunca dari ji persilatan sebagai saka yang diwarisi dari atok nenek yg pernah mengamalkan ilmu persilatan.

 Kenapa jin merasuk tu nak bersilat? tentunya sebab nak membelasah si perawat, nak tengok sapa terer, jin ke, manusia perawat ke.... tapi biasanya jin tu tewas le, perawat kan terer terer.... hahaha, terer nih banyak terer tau, terer nipu orang pun satu, terer kaut duit orang pun ye jugak, terer bersilat pun boleh, terer makan lagilah ramai....tapi yg paling ramai ialah terer bercakap, ye lah..., lidah tak bertulang.... cakap sikit punya bagus.... habuk pun tarak... hahaha... macam jin la... kalau merasuk tu, rasa diri hebat sangat, kalau boleh perawat dia nak makan! tapi perawat yg terer, tenung  jek terus tombang jin tu.... tu tu lum lagi perawat yg kenyit mata jek terus tombang jin merasuk.... hahaha, mana ada oiii!!!!!!! hahaha


Macam aku la, kalau ada kes berubat, ada orang hampir kerasukan, sekarang aku malas dah nak layan, kalau boleh aku takkan bagi pesakit sampai kerasukan.... aku suruh kontrol manco atau kontrol chun... hehe.... penat la layan orang kerasukan yg sampai silat bagai nih, sebab kalau dapat bunuh jinnya pun, sekor sekor sekor matinya, tak dapat bunuh banyak sekaligus..... kalau jumlah jin dalam badan tu sampai ribu ribu ekor, berapa jam nak bersilat???? penat la woiiiiii..... lain la kalau macam doktor pakar, lagi lama kat sepital, leh caj puluh ribu... haha, ni jenis kerja sukarela, kalau berslat dahla penat nak layan, badan tu pun sakit sampai beberapa hari, esoknya nak gi kerja pun tak larat, ada orang kesah???? hehe tak de kan!!!!!!

Tu yg malas nak melayan orang kene rasuk tu, lagilah kalau ganas dan jumlah jin ditubuhnya tu sampai beribu ribu ekor... tak habis habis asik bertukar ganti.... badan dah la hampir tua, eh tua pulak, mana de, hensem lagi nih.... hahaha, perasan.......... tapi kalau ada geng, 3 -4 orang barulah syok nak cari kerasukan ganas nih, syok!!!!! hehe, lawan kekuatan dengan jin, dan dapat memperlekehkan  para para jin ni syok tau, syok!!!! lagi kalau jin tu boleh bual bual, masa tu la kita dapat buli jin tu sepuasnya, ejek dia, maki dia, hina dia, bodohkan dia... tapi amalan ni dosa tau!!! ko orang jangan buat! dosa aku tak tanggung!!! hahaha....


Malam tadi ada satu kes, minah indon kene rasuk, punyalah banyak hantunya....nak buat cam ne... kene ngadap jugak la, dah sampainya pun dlm keadaan dah dirasuk....  yg bencinya, bila dah pulih tu setelah beberapa jam, almaklum entah berapa ribu jin tu dlm tubuh bertukar ganti....bila dah pulih, kerek pulak minah tu... boleh kata... aku tak apa apa la, tadi cuma terkejut jek... walhal dah bersilat bagai....datang rumah aku pun dia tak tau sapa bawak, macamana... aku tunjuk jam tu, dah kul 12 tu, ko tadi terkejut pukul berapa??? pukul 8 kan, abis 3 jam ni ko macamana???? terdiam dia dengan kereknya... tak de lah, kita mana ada saka! kita punya mak bapak kuat sembahyang bla bla bla.... abis yg merasuk tu dia ingat sapa punya???? hehe... sendiri punya dah puluhan tahun bertahta dalam tubuh pun tak sedar!!!!

Jumaat, 11 Oktober 2013

SAKIT PINGGANG

Sapa pernah kene sakit pinggang?

Tentu ramai yg dah rasa kan, terutama golongan yg kerja berat macam aku.... apa??? tak caya???? aku biasa angkat sawit la, setakat potong sawit tu, ratus tandan sehari selamba jek..... tapi dulu la.... duluuuuuu.... hehehe

La ni tua dah, sawit pun mak aku dah serah kat felda untuk felda 'kerjakan' hasilnya, baki dan sisanya jek yg mak aku dapat.... dah memang rata rata orang felda suka macam tu, nak buat camne kan.... haha.....

Ok berbalik cerita sakit pinggang, doktor kata slip dish....
http://sakitpinggang.org/

atau  http://www.superindo.co.id/hidup_sehat/info_sehat/sakit_pinggang_dan_bagaimana_mengatasinya_secara_alami


Tapi cara aku lain lah..... dulu aku sakit pinggang, asal buat kerja berat je sakit, asal terjatuh sikit terutama kalau pikul tong racun untuk meracun kebun, baliknya sakit berhari hari, dah mintak orang urut tak baik, jumpa doktor takat bagi ubat, kang kene balik, pas tu jumpa pakar sarat kata slip dish, mahal.....

Akhirnya entah macamana aku jumpa tukang urut, dia urut seluruh tubuh aku, dan banyak banyak bahagian yang dia urut tu, ada satu bahagian yang aku tak tahan sakit, sakit sangat, tapi bukan kat pinggang la, kawasannya kat tulang kering kaki aku, masa tu jugak aku dah dapat jawapannya dimanakah sebenarnya punca masaalah sakit pinggang aku tu, iaitu ada urat tersimpul kat tulang kering!!!!!! haha, tak logik kan?????..... dan ternyata aku urut tu sekali jek, tapi lepas tu bertahun tak de masaalah sakit pinggang walau buat kerja berat....


So, rata rata orang yg kene sakit pinggang tentunya disebabkan adanya darah tersumbat yg tak dapat supply darah beroksigen ke pinggang tu! so jawabnya urut!!!!!!

Kalau tak jumpa tukang urut, meh datang jumpa aku, biar aku belasah kaki ko orang sampai menggelitik! hahaha, kata nak baik, pedulik apa aku! hahaha....



Napa????? takut????? haha.... tak de la..... main main jek....

Tapi kalau nak aku urut, aku nak caj mahal tau! haha.... jangan tak bawak duit pulak! aku urut 5 minit jek,  tapi bagilah seribu dua!! hahaha


tau takut!!!!!!!!! hehe


Tapi jarang sebab jin walaupun ada.... kalau sebab jin, senang sangat.... aku letak tangan kat pinggang tu kejap, pas tu aku suruh jalan jalan.... tengok la, kalau terus lega, tu jin puncanya la, kalau tetap sakit, barulah kene urut.....

Eh, tapi kalau pompuan aku tak urut lah.... mana boleh, kene tolak sampai paha tuuu, kang aku dituduh bomoh cabul pulak,  lelaki boleh la  tu pun silap silap kene tuduh jugak, homo.... hehe.....

Ala suka orang lah nak tuduh apapun.... aiman tak kisahhhhhhhh

Selasa, 8 Oktober 2013

PENDINDING DIRI

Ada ke pendinding diri????

Jawabnya tentulah ada, iaitu Allah


Pendinding dari gangguan syaitan jin???? ada jugak, Allah juga

Camne nak mintak pendinding dari Allah???? Mintak jek, mintak!!!!! kalau rasa kene gangguan jin, tak kira siang ke malam ke sedar ke tidur ke, mintak jek dengan Allah, mintak.... Ya Allah, lindungilah aku dari gangguan jin nih atau apapun lenggok bahasa, takkan itupun tak reti??? hehe


Kalau kene ganggu sibuk nak baca Ayat Qursi, sibuk nak baca 4 Qul????, ingat jin tu takut ke???? ingat bacaaan kita tu bagus sangat ke sampai jin boleh terbakar????

Bukankah Ayat Quran diturunkan pada sekelian alam??? termasuk untuk jin baca, kalau dia pun baca, ko baca nak halau dia??? haha kene ketawakan mereka je la.....


Mintak jek perlindungan pada Allah, dan terus terusan ingat Allah dengan hati dan lidah, boleh???? ni asal kene ganguan jin baru sibuk nak baca Quran, walhal masa lapang tak ingat pun nak baca walau sepotong ayat Quran tu!

Syaitan tak mampu menewaskan orang yg ikhlas, itu Allah yg kata, amat benar la kata kata Allah tu!!! so carilah ikhlas dalam ibadah, tapi jangan la pulak kalau dah rasa ikhlas, ibadah ciput jek... buat ibadah tu banyak banyak, sentiasa ingat bahawa ibadah kita tu tak betul, tak chun, Allah tak pandang untuk kita terus perbaiki dan perbanyakkan lagi ibadah tu....


Ni asal kene gangguan jek mintak pendinding dari perawat, apa daa.... rata rata perawat pun senang senang kena santau, sebab tak capai tahap ikhlas, ni nak mintak perawat bagi pendinding bagai, mana mereka mampu, diri perawat pun tak de dinding! hahaha




SENGAL SENGAL BADAN

Pernah rasa tak, seluruh badan sakit sakit, nak buat apapun tak selesa, kan

Berubat banyak tempat dah, tak kira moden atau tradisional, tapi sakit tak jugak hilang!




Kalau diri memang dah ada pengalaman tentang kene gangguan jin, maknanya jin dah membiak dan dah bersarang dalam tubuh tu semula, so, kenelah bunuh jin jin tu, dan hapus kan sarang jin ditubuh tu, jangan biarkan sarang tu jadi rumah banglo atau istana syaitan dlm tubuh kita, kalau dah jadi gitu, payah la, leceh jugak tu!


Tapi kalau bukan angkara syaitan jin, tentulah ada sebab lain, biasanya angin, darah sumbat, kolesterol yg banyak atau silap silap dalam tubuh ada penyakit kronik yg lum dapat dikesan


Kalau puncanya angin, makan la bende yg boleh buang angin, seperti halia atau bawang putih, kurangkan makanan yg berangin seperti nangka... Kalau nak buang angin, lagi mudah kentut!!! hahaha..... gurau la.... ok, kalau nak guna kaedah zikir, zikir yg paling sesuai ialah SUBHANAULOH, bacalah sebanyak banyaknya tapi fahamkan makna iaitu maha suci Allah, pijilah Allah tu yg sangat suci, maha suci seikhlasnya, pedulikla angin tu hilang ke tidak, tapi teruskan berzikir dengan zikir tu, subhanauloh, subhanauloh, subhanauloh..........


Atau nak lagi mudah, tapi ada kos, cuba makan suppliment iaitu Vitamin C 1000mg untuk beberapa hari, tengok berkesan!!!!


Minum air garam pun boleh dicuba, tapi amalan kaum cina la buat gitu.....hehe


Tak jalan jugak, gi lah urut, tak jalan jugak, jumpa lah aku, aku bagi lagi sakit! hahaha

RUMAH BERPUAKA

Puaka tu apa tah, hantu jugak la kan.... haha


Ok. Ada tak rumah rumah angker dan berpuaka yg sampaikan tuan rumahnya pun tak tahan kene ganggu?????


Kalau ada, apa yg biasa kita buat??? bunyikan MP3 atau CD Ruqyah dan seumpamanya kan???? konon untuk halau hantu hantu jembalang tu semua.....


Agaknya, lari ke hantu tu semua??? atau sama sama ikut bacaan tu??? atau pekakkan telinga selamba jek, atau malah nyanyi nyanyi mengejek ngejek??????


Ingat, AlQuran diturunkan tidak lain hanyalah sebagai peringatan kepada sekelian alam, so tentunya untuk jin baca jugak!!!! kalau  hantu atau jin pun baca Quran, nak halau depa guna Quran??????


Tak jalannye!!!!! kasi bunuh habis jek, datang lagi, bunuh lagi, datang lagi, bunuh lagi.... biasanya depa takkan berani datang lagi dah!!!


Nak bunuh??? pakai apa???? apa lagi, panggil lah sipembunuh upahan!!!!!!!! hahaha, kan ramai pembunuh upahan kat malaysia nih! kalau pembunuh jin, tak ramai la....tak dipanggil pembunuh upahan pun, sebab tak de upah!!!! hahaha


Kalau bunuh jin dapat upah, lama dah aku kaya, tak yah banyak la, seekor upah 10 sen, sekali bunuh sejuta ekor.... dah berapa tu?????RM100k tu!!!! haha, kaya kaya kaya!!!


Aku tengok, orang halau jek jin, yg sekejap jek masuk balik pun dah caj puluhan ringgit, tak sembuh pun, malah kene datang berulangkali, takkan jumpa si pembunuh jin RM100/ekor pun nak berkira????  haha.... tapi kalau kira la!!!!! tak terbayar punya!!!!!!! ingat jin tu sikit ke??? dlm sebijik rumah berhantu, biasanya bukan seekor, selalunya puluhan ekor, malah boleh jejak jutaan ekor jika punca??? jin tu hadir disebabkan persihiran/ santau/orang hantar.. kalau saka biasanya tak banyak, puluhan ekor jek..... sanggup bayar ke?????


Tak lah.... saja jek aku gempak..... tapi kalau ada kawasan komersial berhantu, ialah dah namapun komersial, pembunuh hantu pun kenelah komersial kan....tak ikhlas gitu!!!!!!!hahaha



apa apa la aku tulis kali nih.... merapu... hahaha

Isnin, 7 Oktober 2013

Sakit Gaut

Rujuk :
http://drsendiurat.com/gout


Ada kene sakit gaut??? sakit tak???? sakit kan!!!!! sakit sangat!!! tapi alhamdulillah aku tak pernah kene, harap janganlah kene!!! takutttttt


Bila kajian semua mengatakan bahawa sakit gaut adalah akibat lebihan asid urik dalam tubuh, kenapa lebih???? orang lain pun makan benda yg sama, tapi tak kene pun, kenapa kita pulak boleh kena??? apa masaalahnya yg perlu diberi perhatian????? adakah sebab makanan tersebut? atau sebab bahagian sendi kita tu yg bermasaalah?????


Bukan la!!!!!


Sebabnya sistem penghadaman kita yg bermasaalah, sistem perut kita problem!!!! sebab tu tubuh kita tak dapat kawal pengambilan asid tu sampai terlebih lebih dalam badan!!!! dan kalau nak pulihkan sebetul betul pulih, cari ubat yg boleh pulihkan sistem penghadaman kita keseluruhannya tu!!! ada ubat ke????? jawabnya tak de!!!!!

Tapi, Allah kata, setiap penyakit ada ubatnya, kan??? kenapa tak jumpa???? ribuan tahun manusia ni hidup, ubaat gaut pun tak boleh jumpa???.... ubat gaut yg banyak tu ubat gaut jek, bukan hentikan gaut tu dari kene lagi, betul tak????


Kalau tak jumpa ubat, nak cuba ubat zikir tak? kalau nak cuba, boleh jek amalkan baca fatehah terus menerus, atau baca bismillahhirrohmannirrohim terus menerus, atau cuba amalkan ayat ini: Innalillahiwainnailaihirojiun terus menerus.....


Kalau nak cuba ubat tradisi, cuba amalkan minum air perahan lempoyang, baik punya!!!!!


Dan kalau baru nak kene sakit, katalah dah mula sakit sikit kat sesuatu sendi tu, jangan biarkan dia terus sakit, cepat pecahkan pengumpulan asid tu kat situ, caranya ketuk tempat tu dengan bende yg lembut seperti selipar ke apa, terus terusan sampai sakit tu ilang, kalau brutak, picit dan urut kuat kuat tempat tu, kejap jek ilangnya tu nanti atau takkan terjadi gaut tu kat situ!!!!


Kalau dah sakit sangat tu, makan ubat jek la senang hahaha, atau gi doktor, injek! kalau nak pulih sepenuhnya ye cubalah tip yang aku bagi tadi, terutama lempoyang dan zikir tu!!!! nak sakat tak??? kalau tak nak, jangan malas! usaha!!!!! zikir!!!! tapi zikir begini memang la susah nak ikhlas, sebab bersebab nak sembuh!!! hahaha... ala zikir jek la! kalau dapat ye cuba diikhlas ikhlaskan, dengan fahamkan makna bacaan zikir tu.

SAKIT LUTUT

http://cederalutut.blogspot.com/


Ramai jugak orang yang sakit lutut dah gi sepital tapi tak jalan, akhirnya jumpa aku, ingat aku nih tukang urut agaknya! hahaha

Sakit lutut ni, bagi orang biasa la, terutama orang yg agak dah berumur, bila NAK BENGKOKKAN KAKI PUNYALAH SAKIT... terutama masa nak sujud tu.... doktor kata cecair lutut dah kering...
haha... ah apa apa aje lah...


Ok, ada jugak yg sakit lutut ni akibat gangguan jin, kalau jumpa aku, kalau hanya sebab jin punya pasal la, senang sangat.... just aku letak tangan kat lutut tu, atau aku tiup lutut tu, pas tu suruh bangun dan berjalan, kalau dah tak sakit tu, sebab jin lah tu.... tapi kalau sama jek, masih sakit, tentunya bukan sebab jin, sebab cecair lutut dah kering kot! haha...

Tak lah, mana boleh kering, cuma kat situ kurang darah beroksigen jek, urut la, tapi bukan la kat lutut tu jek, urut la seluruh kaki tu, terutama kat tulang kering dan bahagian dalam paha tu, pasti kalau ditekan ada yg sakit kat situ! tu tempat salur darah sumbat la tu, urutla bior darah tu mengalir agar sampai ke lutut tu.... inshaAllah boleh sembuh!

Urut jugak la kat lutut tu, terutama bahagian bawahnya dan bahagian pelipatnya.... kalau tak reti, meh jumpa aku, tapi kalau aku yg urut, sakit tau!!! mahal pulak tu!!!! ribu ribu rupiah!!!! hahaha



Rawatan stroke

http://www.ukm.my/news/index.php/ms/berita-penyelidikan/514-ukm-many-still-unaware-a-stroke-attack-is-reversible.html




Stroke adalah akibat salurdarah dibahagian otak tersumbat, ingat!!!! dibahagian otak!!!!


So, rawatan yang terbaik ialah gi doktor duluan, kalau doktor tak reti pulihkan, baru gi pusat rawatan tradisional terutama urutan.....


Ingat, bila stroke, yg berlaku ialah darah sumbat kat bahagian otak, kalau jumpa tukang urut tapi tak urutpun bahagian tengkuk dan bahu keatas, biasanya lambat la nak baik.... kekadang stroke disebabkan jin jugak, yg ada tu, hapuskan aje jin tu, terus stroke tu ilang, tetapi tu kes terpencil la, biasanya memang urat je....


Kenapa salur darah kat otak boleh sumbat???? tentunya banyak sebab, terutama darah tu pekat sangat, ataupun sebab banyak kolestrol dlm darah, atau sebab banyak fikir, atau banyak sangat tekanan hidup atau banyak sangat dosa!!! hehehe, entah entah banyak jin! sapa tau kan!!! hahaha




Caya tak, orang yg kene stroke yg teruk nih biasanya masa mudanya agak kurang baik perangainya, kira nakal la... dan stroke tu biasanya sakit 'balasan'....

Jumaat, 20 September 2013

Pisang

Perhatian:

Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.

Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS:
Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mood anda.

Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.

Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.

Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.

Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.

Stres:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok:
Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.

Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.

Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!”

PS: Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika! Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Menakjubkan!

Rujuk:
"Pakar Nutrisi Sihat"
 
 
Allah dah bagi ubat ubatan pada manusia sesuai dengan persekitaran kehidupannya.... ada yg sebagai  sebab penyembuh, ada yg sebagai penyebab pengawal penyakit dll.... Kat iklim seperti Malaysia, tentunya banyak Allah kurniakan dan tumbuhkan obat obatan yg sesuai pada manusia yg tinggal di iklim disini.

Selasa, 17 September 2013

HOW TO SURVIVE A HEART ATTACK WHEN YOU ARE ALONE??

A cardiologist says If everyone who sees this post shares it to 10 people, you can bet that we'll save at least one life..
Share -Share -Share -Save A Life!!!!!!!!!!!!!!!!!

Since many people are alone when they suffer a heart attack, without help,the person whose heart is beating improperly and who begins to feel faint, has only about 10 seconds left before losing consciousness.

However,these victims can help themselves by coughing repeatedly and very vigorously. A deep breath should be taken before each cough, and the cough must be deep and prolonged, as when producing sputum from deep inside the chest.

A breath and a cough must be repeated about every two seconds without let-up until help arrives, or until the heart is felt to be beating normally again.

Deep breaths get oxygen into the lungs and coughing movements squeeze the heart and keep the blood circulating. The squeezing pressure on the heart also helps it regain normal rhythm. In this way, heart attack victims can get to a hospital. Tell as many other people as possible about this. It could save their lives!!

A cardiologist says If everyone who sees this post shares it to 10 people, you can bet that we'll save at least one life..

Please SHARE this important info!!




Tu kalau dah kene... tapi kalau masih sihat, silalah cek sendiri jantung kalian, caranya mudah, gunakan hujung jari dan tekan tekan seluruh urat dada kita, kalau jumpa kawasan yg sakit, maknanya kawasan tu ada salurdarah yg sumbat, salurdarah yg membekalkan segala darah beroksigen kepada organ dalaman seperti jantung, paru paru, hati, hempedu, perut, tiriod, dll.... sila urut tempat yg sakit tu sendiri dengan agak kuat, kalau boleh sambil letak minyak panas atau balm..... biarkan darah tu jalan balik untuk membolehkan organ dalaman tu beroperasi sepenuhnya tanpa gangguan, kalau ada gangguan darah beroksigen kurangpun boleh menyebabkan organ tu tak beroperasi sepenuhnya, dan boleh jugak sumbat menyumbat, kalau bhg peparu, leh keluar yg tak sepatutnya keluar seperti lendir atau kahak yg menyebabkan semput, sesak nafas, batuk bagai tu.... ada rasa sakit dada????? terutama kalau batuk?????urut cepat cepat ye!!! urut sendiri terutama kaum pompuan, jangan mintak aku urut pulak, cabul namanya tu! hahaha

Isnin, 2 September 2013

Rasukan jin serigala

Aku malas nak update kes kes rawatan, tapi yg ni saja jek sebab lama dah tak update ... hehe

Malam tadi, ada kes orang minta rawatan..... aku bagi karen jek terus bertukar....


macam macam aksi... zast zasst zasst bertukar dan bertukar

tapi yg akhir akhir aksinya pelik, lidah terjelir macam anjing kehausan, dan melolong lolong gaya serigala melolong tu.... walhal aku dah pesan sebelum ni, kalau ada gangguan, buat aja kaedah mudah yg aku dah ajar, tapi degil.... masih nak mintak perawat bantu... pergi sana sini, akhirnya jumpa aku balik... banyak jin dari perawat yg dalam tubuh... aku jugak yg kene bunuh semua jin jin tu...



Dia mengaku kene bayar mahal berubat tempat lain tu, aku kata, mahal tak pe, kalau baik, ni dah lah mahal, bukan baik pun, malah menambah sakit!


aku jugak kene setelkan.... huhuhu

Isnin, 19 Ogos 2013

SHAWAL DAN RAMADHAN

SHAWAL KALI NI, HARI PERTAMA PEN DAH KENE SETELKAN SATU KES BADI MAYAT.  KAT RUMAH MENTUA

HARI KEDUA, KAT RUMAH MAK KAT FELDA AIR TAWAR 1, PUN DAH KENE NGADAP BEBERAPA KES,   HARI RAYA KETIGA ... KEEMPAT DAN SETERUSNYA.... HUHUHU


DAH LAH BULAN POSA KALI NIH HAMPIR TIAP HARI ADA KES.... KENAPALAH SYAITAN JIN NIH BANYAK SANGAT KAT MANUSIA NI!!!!


TAK RETI SERIK LANGSUNG, SYAITAN SANGGUP MATI DEMI NAK MENGHANCURKAN MANUSIA, TAPI PELIKNYA ADA JUGA YANG MASIH NAK BERKAWAN DENGAN SYAITAN(JIN) NI SEMUA.....


TINGGALKAN LA AMALAN YG BOLEH MENGUNDANG JIN JUN JULAI TU SEMUA, TERUTAMA AMALAN AYAT PENDINDING BAGAI TU.... TAKKAN HILANGNYA JIN KALAU MANGAMAL TU, MALAH MAKIN BERTAMBAH TAMBAH TAMBAH!!!


CARILAH IKHLAS YE SAYANG... HEHEHE, TERSAYANG SAYANG PULAH... YELAH, NABI SAYANGKAN UMAT, AKU SAYANG KAN UMAT JUGAK LA KONON KONON... HEHEHE
(MACAM LA AKU ADA UMAT HEHE)

Khamis, 1 Ogos 2013

PENIPUAN JIN


BUNIAN DARI GOLONGAN JIN

https://www.youtube.com/watch?v=SW1QEfkRdrM





TERLALU BANYAK PENIPUAN DARI PERBUALAN INI...KONON BUNIAN DARI CAHAYA BAGAI, SAMA MACAM MALAIKAT KONON.... PENIPUAN YG TERUK

Isnin, 22 Julai 2013

RAWATAN MISTIK DIBULAN RAMADAN



RAWATAN MISTIK DiBULAN RAMADHAN

Diantara Kelebihan Ramadan ialah “Jika tiba bulan Ramadhan, maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu semua syaitan (HR. Bukhari dan Muslim).”

Ni Cuma coretan aku je ye, tak boleh diikuti, tak boleh dijadikan sandaran…:-

Maknanya syaitan syaitan terbelenggu di bulan puasa ni, tetapi bagi pesakit misteri samada gangguan saka, gangguan sihir, atau apapun punca yg ada kait mengait dengan gangguan syaitan, mereka masih terus terusan sakit. Ini menunjukkan masih ada jin syaitan yg tak dibelenggu ditempat dibelenggunya syaitan syaitan tu.

Syaitan syaitan ini masih bertindak aktif untuk menggoda manusia yg sakit tu, macam macam godaannya terutama membuat kesakitan, tidak dapat tidur malam dan siang, tidak focus dalam segala urusan, tidak mampu membuat kerja dan urusan harian, jiwa terus terusan tidak tenteram dan sebagainya…. So persoalannya adakah hadis tersebut tadi palsu???

Jawapannya adalah tidak, sebab syaitan jin memang terbelenggu, ya! syaitan yg bebas akan di belenggu dalam belenggu khas yg dikawal sepenuhnya oleh para malaikat… dan tidak akan ada syaitan syaitan yg bebas kesana sini dibulan ramadhan ini, semuanya kene tangkap dan dikurung, TETAPI syaitan syaitan yg mempunyai tempat tinggal, atau rumah, tak kira apapun tempatnya tidak dinamakan syaitan bebas. Mereka tidak ditangkap, tetapi tidak boleh keluar dari kawasan tempat tinggal mereka tu….(perintah berkurung la). Kalau tempat tinggalnya dirumah kita, di sekolah, di kilang, di mesjid, di kuil, di temple, di pokok atau sebagainya, mereka tidak boleh keluar dari kawasan yg berbumbung, lebih sikit jek, terus kene tangkap dan dipenjarakan oleh malaikat bersama jin syaitan liar yg dah terbelenggu tadi….

Jin jin yg be'rumah' dalam tubuh manusia pun sama juga, mereka tidak boleh keluar sesuaka hati dikawasan lapang untuk berpindah ketempat lain atau ketubuh manusia yg lainnya, (ingat, jin syaitan ni boleh tinggal dlm tubuh kita, dalam aliran darah kita tanpa apapun halangan yg kita boleh buat, kecuali kita ni orang yg ikhlas) tetapi aktiviti perpindahan ini boleh mereka buat dengan bebas jika tubuh manusia itu berada dikawasan yg berbumbung tak kiralah dirumah, sekolah, mesjid dsb… mereka boleh transfer asalkan dalam kawasan berbumbung… katalah jin syaitan ini nak keluar kemana mana, masih boleh tanpa ditangkap, asalkan dia dibawah bumbung atau tubuh manusia, iaitu mereka akan masuk tubuh manusia yg boleh dimasuk(rata rata manusia memang senang sangat jin nak masuk tubuhnya) lalu ikut kemana saja manusia itu pergi… katalah dah sampai shopping kompleks, depa rasa nak lepak pulak kat shopping komplek tu, depa keluar la, atau katalah depa nak masuk tubuh manusia lain, mereka masuklah asal masih dalam kawasan berbumbung di shoping komplek tersebut…

Ok, dah faham tentang belenggu kan??? Ada yg dibelenggu tetap iaitu bagi syaitan tidak berumah, dan ada belenggu tak tetap/bersyarat iaitu bagi jin syaitan yg ber’rumah’ yg lebih pada perintah berkurung je...

Ok. Berbalik pada rawatan dibulan ramadhan, kenapa pusat rawatan islam tak buka pusat rawatan islam sedangkan masa inilah sepatutnya mereka berkhidmat pada manusia yg memerlukan??? Masa inilah segala persihiran sukar dilakukan sebab jin sihir tak semudahnya pergi menyihir pada yg disihir jika tiada laluan atau pengangkutan(tempat tumpangan seperti tubuh manusia atau kenderaan berbumbung). Pada masa inilah jin jin saka dari ahli keluarga yg lain tidak sewenang wenangnya hadir mengganti tempat jika jin saka pada pesakit telah dihapuskan sama sekali atau dikurung dilain tempat! Adakah kerana nak menumpukan ibadah yg lebih besar ganjarannya seperti yang di gembar gemburkan?? Adakah merawat pesakit kurang ganjarannya di ramadhan berbanding ibadah khusus tersebut???

Jika ikut pengalaman aku, bila pesakit dirawat dibulan ramadhan, proses kesembuhan amat berbeza berbanding bulan bulan yg lain, katalah dah dihapuskan segala jin ditubuh, hanya jin jin lain yg boleh hampir saja yg boleh kembali menyakitkan iaitu dari tempat tempat yg pesakit lawati setelah dibuang jin yg mengacaunya, jika di hapuskan yg baru masuk tu, biasanya kejap jek setel, sebab jin baru tu buat atas suka suka jek… tetapi jin jin dari punca sebenar sakit tu, takkan dapat hadir samada terkurung dirumah si penyihir atau dirumah adik beradik atau ahli keluarga(kes saka) … dan semasa tubuh kosong inilah, pesakit dapat menguatkan rohaninya tanpa gangguan, mereka boleh melakukan zikir sebanyak banyaknya dan membaca alQuran ataupun bersolat sepuasnya… bila roh dah kuat, nanti lepas ramadhan, kalau adapun jin sihir atau saka yg nak hadir mengganti tempat yg dah mati, agak sukar, kerana cahaya rohani tu agak bersinar bergemerlapan….lagilah kalau sipesakit dapat banyak berzikir puluhan ribu kali tiap hari sepanjang ramadhan tu….lagilah kalau dapat ikhlas pulak tu……mantop!

So, kesimpulannya, rawatan di bulan ramadhan jauh lebih baik dibandingkan dibulan yg lain, sayangnya tak banyak pusat rawatan buka…. Huhuhu


Selamat beramal… dan moga dapat lailatulqadar….

Isnin, 24 Jun 2013

UPDATE


Lama aku dah tak update cerita mistik kat sini, bukannya apa ... malas, lagipun kesnya tak menarik sangat, lagi lagi kes saka saka saka..... nak jumpa kes berat dah tak nampak beratnya, mungkin jin jin merasuk semua dah jemu nak lawan aku.... atau lagi perasan, depa takut kat aku!! hahaha...., sebab aku lagi hantu daru hantu hantu yg merasuk tu... hahaha....... kalau ada rasukan pun lembek jek hantu hantu tu semua... hahaha... tak best

Cuma pelik juga kan, hantu hantu lembek tu, yg ada tu menyakitkan sesaorang dah sampai puluhan tahun, dah berubat merata, tapi hantu tu segar bugar lagi dlm tubuh mereka... apa perawat sebelum ni buat??? kenapa tak kasi pancung habis semua hantu hantu tu... kalau setakat hantu hantu pun masih berlambak dlm tubuh pesakit, macamana kalau yg dalam tubuh pesakit tu dari jenis jin yg lagi tinggi dan advance seperti ifrit, jin islam, iblis iblis ataupun azazil azazil????

Alhamdulillah, dah tak jumpa lagi kes kes yg melibatkan azazil dan iblis iblis, yg ada jin tahap rendah seperti ifrit dan jin islam tapi yg banyak hanya dewa dewa dan hantu jembalang jek.... Aku harap sangat, kalau pesakit yg dah berubat dengan perawat perawat islam terutamanya, harap mampulah hapuskan hantu hantu dan dewa dewa tu... kalau yg lagi tinggi tu tak pe, aku leh bantu, ni kalau yg kecik pun tak leh setel, tapi advertise sikit punya hebat kata mampu buat dan rawat itu ini... kesian pesakit... kene tipu je.... sebab nak apa??? nek merawat, bukan nak usaha menyembuhkan pesakit, kan??? tu yg pesakit kene datang berulangkali.....$$$$$$$.... betul tak????? hehehe







Isnin, 18 Februari 2013

Migraine (sakit kepala)

Ramai orang yg kene sakit kepala yg teruk nih, kalau kene serang tu, macam nak percah kepala tu, macam nak tercabut biji mata dan macam macam rasa sengsaranya

Yg ada tu sampai puluhan tahun menderita.... kalau jumpa doktor apa upayanya???? bagi ubat tahan sakit aje la, kan????? kalau dah teruk tu, bagi la ubat yg paling power pun.... tetap sakit jugak kan, tak de kesan langsung!!!!


Sakit migraine ni bukan la semestinya gangguan jin, malah rata rata bukan gangguan jin pun, tapi gangguan urat saraf dan gangguan urat darah..... darah beroksigen tak sampai otak, tu yg jadi sakit sangat tu.


Punca utama ialah pasal urat tu sumbat, tak kiralah sebab kolesterol ke, sebab lemak ke, sebab angin ke, yg penting sumbat....yg kedua baru sebab jin, pun jin tu buat sesuatu agar urat tu sumbat... hehe



so, jalan penyelesaiannya?????? betulkan urat tu, kalau ada jinnya, sila bunuh jek......

Sapa yg pandai betulkan urat tu???? tentulah pakar urat atau pakar saraf.... doktor pakar le.....

tapi kalau doktor pakar pun tak reti nak bantu camne??????



meh jumpa aku, biar aku cuba, nasib la, kalau baik, alhamdulillah, kalau tak baik tu bukan urusan aku.... hehe

tapi so far yg ngadu sakit migraine ni la, alhamdulillah, fedback nya kata ok, malah yg ada tu siap bawak sanak saudara yg sakit sama untuk aku picitkan, depa ingat aku tukang picit agaknya....hehe

tapi kalau boleh, aku malas nak micit sebab mighrine nih, penat woiiiiiiiii, bunuh hantu tak penat sangat... hehe

Ahad, 17 Februari 2013

PERIOD TAK TERATUR

Ok, aku nak cerita sikit bab period nih,  period nih untuk pompuan aje la, kalau lelaki pun ada period... hehe dah tak jantan tu, dah tak asli! hehe


Tahun 2012, banyak kes yg mengadu pasal period tak henti henti, sampai berbulan bulan..... Alhamdulillah, fedback yg sampai pada aku, semuanya setel, dah normal semula..... Alhamdulillah


Tapi tahun 2013 ni pulak, kesnya lain, ada beberapa kes pasal period tak datang datang, tak ada bendera putih langsung sampai bertahun, 2 tahun dan 3 tahun... doktor kata, masaalah hormon jek.... tapi tak setel jugak masaalah tu....

Kalau tak period, bahaya, darah tu darah kotor, beracun!!!! mana boleh biarkan aje dalam tubuh! kalau berlaku gitu, jangan haraple nak mengandung, dah tentu racun tu boleh bunuh sperm si suami dan ovum yg terhasil.....


Tapi, biasalah kalau jumpa aku, aku mesti la kata akibat gangguan, hehehe, peduliklah orang tu nak percaya ke tidak.....

Dan aku akan beritau, punca gangguan tu adalah saka, takkan aku kata sihir.....  dan kalau sakapun, kes sebegini, jinnya hanya saka dari jenis hantu hhantu seperti polong, pocong, langsuir, pontianak dan hantu hantu lain yg makanannya darah hidup.... darah manusia terutama darah kotor tu....

Dan saka tu duduknyqa tentulah kat rahim atau peranakan tu, takkan duduk kat leher pulak! hehe



Yg satu kes tu, dah jumpa sepital, biasalah doktor kata sumbat dan hormon.... tu aje.... dah jumpa perawat, ada sikit reaksi, sikit jek, tapi kes tak settle gak...


bila jumpa aku pulak.... aku kata saka ko ni banyak! dari belah mak.... kebetulan mak dia ada, marah le si mak tu, kata dia mana ada bela bela untuk dapat saka..... aku kata ada!!!! ada buat amalan yg panggil jin!, lagikah mak tu tak caya!!!! hehe

tak pe, aku biarkan dulu..... so budak tu aku bagi current, lama gak, dlm 5 minit gitu baru ada reaksi, mula sikit jek, tangan tersentak sentak... zasst, jadi lagi zasst lagi dan lagi..... terus berulang.... sampai la dekat 2 jam,  aksi makin hebat, dah mula rasukan makin kuat, dah bersuara hantu, mengilai dll... aku terus terus zasst dan zasst.... tapi tak habis habis, penuh tubuhnya dengan hantu hantu, terutama kat peranakannya tu.... penuhhhhhhhhhh......

bila rasukan lagi kuat, tuan punya diri dah tak dapat kawal diri langsung, sepenuhnya dikawal oleh hantu hantu saka tu, ponti, hr dan macam macam..... siap baca AlQuran bagai selamba jek dia... hehe

Bila dia(jin merasuk) baca Quran, terkejut mak dia.... eh, ko boleh baca Quran?????? hahaha, ketawa jin tu... apa daa, aku memang boleh baca quran!!!! kata jin tu, walhal hantu pocong jek tu

Aku pun beritaulah kat mak dia, hantu hantu tu makcik yg panggil! terkejut la makcik tu, dia kata mana ada!!! aku kata, makcik kan biasa baca ayat pendindingkan, ayat Qursi, 4 qul bagai.... makcik tu kata, memangla, kan nabi yg ajar... aku kata la, ye ke nabi ajar baca tu untuk dapat pendinding????

Tu dah dapat pendinding tu, hantu hantu la kan, yg tolong jadi jaga!! terus aku kata kat jin, oi jin, betul tak??? jin tu mengaku dan buat soalan bodoh, eh tu kan rahsia kami, macamana ko tau???? aku kata, aku kan hantu macam ko, tentunya aku tau! hehe.... lepas tu jin tu berulang kali tanya aku sapa, macamana aku dapat ilmu bunuh jin jin rakan rakannya tadi, sebab dia tak pernah jumpa ilmu macam tu.... aku kata, mintaklah kat Allah! terdiam la hantu tu.... hehe

Bila dah sampai dekat 3 jam, rasukan tak habis juga, terlalu lalu lalu banyak jin diseluruh tubuh budak tu, dah banyak jadi istana din tubuhnya... hehe..... terpaksalah dimandikan sehingga habis sekaligus jin tu..... bila sedar..... dia beritau, dia sedar, cuma tak mampu kuasai diri sendiri.....


tu antara gangguan saka yg menghalang period, sebab hantu tu mengaku, mereka makan darah darah tu, menyebabkan tak de baki untuk jadi darah period.......... hehe


Apamacam????? ngeri tak????


Takkan ngeri, tak seram pun tuuuuuu...... hehe



Khamis, 14 Februari 2013

CERITA TERBARU

TIADA CERITA TERBARU.... hehehe

Sebab tak tau nak cerita yg mana..... hari hari ada kes, berat, ringan...., sedang sedang...... yg ada tu pasal sistem tubuh, tapi asal jumpa orang yg konon tau, cakap ada gangguan..... aku kata tak de, degil, kata ada gangguan, aku suruh la jumpa orang yg kata ada gangguan tu, suruh dia buang gangguan tu.... tapi tak pulak nak pergi......



Penyakit yg disebabkan sistem tubuh ni sama macam ada gangguan, lemah, tyak boleh tidur, badan sakit sakit.... bila di current tak rasa, bila di zasst tak hilang, bila di 'petir' tak de kesan..... hehe bila dimandikan pun sama... gitu jek....


Jadi ubatnya ialah zikrullah dan selawat, tapi rata rata tak mau buat atau tak mampu buat.... ialah aku suruh buat sejuta kali selawat .... banyak tuuuuu......


Tapi kalau yakin, bahawa Allah tu yg menyembuhkan, bukan la selawat tu, bukan zikir tu, bukan ayat quran tu yg menyembuhkan, inshaAllah akan sembuh..... tapi kene la usaha... bukan harap pada perawat je..... ni bagi kes sakit akibat sistem tubuh la, kalau sebab gangguan jin, kene la bunuh jinnya dulu, baru la zikir atau selawat tu dapat dilakukan tanpa gangguan....