Rabu, 22 Disember 2010

MERAWAT KETIKA MENGERJAKAN HAJI

PENGALAMAN MERAWAT DITANAH SUCI

Kisah ni saja aku tulis untuk kenang kenangan...., tapi jangan panggil aku pak hj pulak lepas ni, tak brutal gitue hehe

Musim haji tahun 2005/2006, tahun 2006 ni ada 2 kali haji, masa aku menjalani wukuf di Arafah pada awal januari 2006, dan ada yg wukuf pada disember 2006. Masa aku pergi tu Ada kejadian rempuhan ketika pergi dan balik melontar jamrah, bukan diterowong tapi disimpang 3 berhampiran jamrah, lebih 300 orang mati ketika itu, tapi aku di kem Msia ni selamat sebab ikut jadual pergi melontar bukan masa kemuncak, belah malam...

Selain kejadian rempuhan tersebut, ada juga tragedi dimana bangunan hotel buruk runtuh tiba tiba berhampiran masjidilharam... macam macam dugaan lah tapi semua tu angkara kesilapan manusia....

Aku pergi bersama seorang rakan karib, anak isteri tak ikut sebab nak jadi bujang, hehe .. tak lah, anak kecik lagi, lagipun wife lum bersedia, muda lagi katanya hehe, rakanku tu pun sama macam aku..hehe.... ada la peluang nak melaram di sana oppss...

Ok, memulakan cerita, ketika berada dilapangan terbang senai, aku lihat seorang jiran berhampiran rumahku yg aku memang kenali tapi tak rapat (dah hj dan ni kali kedua hjnya) kelihatannya mengalami kesakitan, terutama ketika berjalan, lantas aku bertanya, kenapa ji? Dia pun selak seluarnya dan menunjukkan kakinya yg bengkak merah menyala.... katanya denah, dah beberapa hari sakit.... ohhh kataku so aku biarkan saja, ialah nak berlepas terus ke Madinah kejap lagi..

Sampainya dimadinah, aku ditempatkan disebuah hotel 5 orang sebilik, aku biasalah dengan rakanku tu, disertai 3 orang yg lain, kami berdua ni kira muda remaja la diantara pak pak hj yg ramai ramai tu... hehe perasan... ok, aku sampai pagi jumaat, so dapatlah berjumaat di Mesjid Nabawi.

Hampir 10 hari di Madinah, kerjanya manjang dok mesjid, dah macam wali wali je... kawasan Raudah tu manjang aku book je, tak kasi peluang jemaah lain nak masuk, pentingkan diri sendiri la tu... tak la... kalau ada peluang je aku masuk.. Di ruang tu dan diseluruh ruang dalam mesjid tu sama je, kalau kita ikhlas berdoa atau beribadah, sama je Allah dengar..atau kabulkan

Masa masa lain aku manjang lepak kat bilik, ialah aku ni bukan suka no meronda ronda dan shoping shoping, ialah kalau ronda pun bukan nak beli apa kan kan, makan pun dah tersedia, pakaian pun pakai jubah je... alahmak kalaula aku kat Mesia ni manjang pakai jubah, alamat semua orang panggei aku ustaz la hehe, nasib baik di sana tu kalau tak pakai jubah tu jadi pelik, tu yg aku manjang pakai jubah je tu, ikut sunnah la kata... eh ye ke nabi dulu pakai jubah macam tu? Entah nabi pun aku tak pernah jumpa!hehe

Memandangkan aku ni suka lepak je dibilik bersama rakan yg bujang tu, member sebilik yg lain tu datang bersama isteri memasing, tu yg asik dating je mereka hehe... ok bermulalah episod rawatan pulak... bermula dengan isteri rakan sebilik aku, bukan aku yg offer, tapi dia dah manjang cerita masaalah sakit isterinya, apa lagi rakan ku tu pun beritaulah yg aku ni leh merawat, so kene la rawat pasal dia minta... so dia bawa isterinya kebilik kami, dan aku rawat la dengan cara aku... tak de sentuh sentuh tau! Aku kata ah ni saka saka je, so aku minta izin zasst je yg ada dalam tubuhnya dan minta alamat di Johor untuk aku zasst dari sana... dan selepas itu isterinya tu terus lega dan tak mengadu sakit lagi...

Tau lah bila dah sembuh tu, dia pun cerita kat teman sebiliknya yg juga suaminya pula teman sebilik aku, dah suaminya minta aku tolong cuba selesaikan permasaalahan isterinya, sakit mata yg dah lama, keluar nanah dan darah dalam mata, dah banyak berobat tak settle jugak, banyak dah keluar duit dan bila jumpa doktor pakar, doktor pakar nak buat pembedahan selepas beliau balik hj nanti, kosnya boleh tahan tinggi, ialah pakar la kata.... aku tanyalah agaknya berapa kos tu, dia kata paling kurang 5k, tu paling kurang tak termasuk luarjangka... dan kawan aku berseloroh, tak pe, kalau tom leh pulihkan, hj bayarlah kos tu pada tom ni.. hehe berseloroh.. tapi pak hj tu selambe je tak kata apa pun... alah bukan aku nak pun!

So dibawa isterinya jumpa aku dibilik la, tapi kes sebegini kalau tak sentuh macamana? Ye tak, kawasan bawah mata tu bengkak, urat matanya tu macam dah tak betul, tu yg manjang ada nanah dan darah tu.. aku minta izin la untuk urut sinus dan pipi isterinya tu, dia izinkan la, kalau tak izinkan, lagi bagus hehe, tak payah dirawat! Ok aku urut matanya tu sambil sembur sembur konon konon hehe, aku minta alamat rumah dan tempat dia berniaga di kastam jb, dia ni pegawai kastam... aku zasst je dari jauh... dan lepas tu si isteri tu terus sembuh, tak de lagi bengkak mata dan darah nanah lagi sampailah kami pulang ketanah air... dan si suami ni kalau aku rawat pesakit lain lepas tu dia siap boleh cakap, kalau tom yg ubat, gerenti sembuh, power tu tangan dia! Aku terus nafikan.... aku hanya minta Allah tolong aku sembuhkan pesakit, tu aje..

Di Madinah tu, aku jarang jumpa pak Hj yg sakit kakinya (jiran aku di Johor Jaya tu) bila terjumpa aku tanya je lama tak nampak? Dia kata tak boleh jalan, sakit sangat kaki tu bila berjalan... aku offer suruh datang bilik aku (sebenarnya walau kami berjiran dia tak tau aku ni leh ngubat) hehe sebab aku mengubat sorok sorok, takut tak terlayan! Tapi pak hj tu tak juga naik bilik aku, tak caya la tu hehe sampailah kami berangkat keMekah, sakit kakinya tu tak juga berkurang... merah membengkak, dahlah badannya gemuk, kaki sakit pulak tu! Hotel tu jauh pulak dengan mesjid, ialah ikut muasasah(maususah) la kata..hehe

Ketika di Mekah, hotel tempat aku menginap punya la jauh dari mesjidilharam, buruk pulak tu, lif dah la kecik, tapi manjang rosak, siap kalau naik tu bergegar macam nak terjatuh... aku yg brutal ni pun kekadang kecut perut! Tapi nak buat camne, bilik aku tingkat 8 tu, kekadang kene naik tangga sebab nak tunggu tu lama sangat kalau serentak ramai ramai nak naik bilik... fuhhh nasib baik masa tu aku muda lagi hehe bujang pulak tu(bujang sementara)..

Lebih kurang hari ke tiga di Mekah tu baru aku terserempak dgn pak hj jiran aku tu, aku pelawa lagi datang la ke bilik, so malam tu lepas solat isyak dimesjid, pak hj tu datang bilik aku untuk aku ubati la konon konon... bila aku sentuh je tubuhnya, terasa berkaren, eh aku cakap, banyak jinnya ni pak hj! Pak hj tu memang kaki bual, tak putus bualnya, dia pun cakap ko buat je la apa yg patut... aku cakap bunuh je ye jin jinnya, dia kata bunuh la... aku pun zasst lalu aku urut kaki dan tubuhnya.... lepas siap tu dia nak bagi duit, ek eleh aku ikhlas la.. aku tak nak... dan esoknya dia jalan punya la laju, siap isterinya ngadu kat aku, kaki hj tu dah baik, kita pulak manjang ditinggalnya! Hehe.. lepas tu sapa sapa yg agak tak sihat, pak hj tu terus suruh mereka naik bilik aku... dah macam doktor pulak aku hehe.. yg ada tu demam pun rujuk kat aku... manja betul le depa depa tu...

Selama tinggal di Mekah tu, teman sebilik aku dah berubah, aku biasa la dengan teman rapat tu, yg lain tu kira veteran la juga...hampir 60 atau lebih gitue.. salah sorangnya Pak Imam besar ditempat asalnya, banyak ilmunya termasuk ilmu ilmu tasauf, usul dan makrifat... sebab semasa dia berbual dengan roomate yg veteran juga kekadang berkisar kepada ilmu ilmu tersebut.. kekadang aku menyampuk juga.. ialah dah teman sebilik la kata.. tapi nampak sangat dia perlekehkan aku.. hehe aku ni muda lagi, banyak tak tau apa apa.... bual pasal bab makrifat ni dia anggap aku ni tak reti apa apa la.. no hal hehe.. tapi pak imam ni sebenarnya ada tekanan darah tinggi, itu masaalahnya..

Satu hari tu, lagi beberapa hari nak gi wukuf, pak imam tu gi cek doktor, tapi didapati tekanan darahnya amat tinggi dan amat merbahaya.... aku offer la nak tolong, tapi dia buat bodo.. ialah nak buat camne, aku Cuma nak bantu.. tu je. Lagi 2 hari nak gi Arafah untuk wukuf tekanan darahnya amat tinggi, doktor kata amat bahaya, dan doktor pesan, kalau tekanan tu masih tinggi juga, doktor tak benarkan gi Arafah tu bersama jemaah lainnya.. Dah tension pak imam tu, so lepas asar tu aku offer lagi, sini imam, biar saya usahakan, akhirnya dia setuju untuk aku picit, so biasanya kalau untuk rendahkan tekanan darah ni aku kene urut tubuhnya, biasanya guna losyen je...

Ketika mula nak urut tu, aku nak pegang je tubuhnya dah terasa ada sesuatu... aku cakap ji, banyak hantunya kat badan hj ni! Terkejut dia tak percaya, imam la katakan hehe... aku cakap tak pe lah kalau hj tak caya, tapi saya akan habiskan juga.. aku pun zasst dan urut terutama bahagian tengkuknya... aku minta alamat kg nya dan zasst dari jauh... banyaknye jin dampingan! Ah pedulilah, org brutal macam aku ni mana kira, asal jin dampingan tak kira islam ke tak islam, aku henjut habis... tak lama lepas tu aku ke mesjid maghrib dan isyak...

Malamnya kami semua tertunggu tunggu pak imam ni, kenapa lambat... dah malam baru sampai dengan muka cerianya sambil ketawa ketawa... dia cakap aku baru balik dari jumpa doktor ni.. nak tau apa cerita? Tanyanya... kamipun anggukkan kepala...

Tekanan darah aku normal!!!! Doktor tu pelik macamana boleh turun mendadak macam tu, dia tanya makan ubat apa, pak imam tu kata saya makan ubat yg doktor bagi tu la (walaupun ubat tu dah berminggu dimakannya) hehe tak nak pula dia cakap yg dia aku urut! Hehe.. lepas tu confirm leh bersama jemaah lain wukuf di Arafah...

Semasa wukuf, seterusnya bermalam di musdalifah kemudian berada di Mina untuk melontar jamrah, tak de kes kes rawatan berat, simpoi simpoi tu banyakla, mintak urut la mintak zasst la dll... Cuma ada satu kes tu ketika di Musdalifah, ketika menunggu bas untuk ke Mina, ada satu kes sorang pak hj yg agak dah sangat berumur sesak nafas, sedangkan aku ni voluntier untuk tunggu bas terakhir, jadi aku dok jauh dari tempat menunggu tu... tu la tiba tiba aku terdengar suara pak imam teman sebilik aku tu jerit dari jauh, tom tom tom tolong kedepan, ada orang sakit!! Berulang kali...lantang benor suara pak imam tu, imam la kata! lalu aku kene la berhimpit kedepan dan orang ramai beri laluan kerana disuruh oleh pak imam tu.. aku jumpa pakcik tu, aku minta orang disekelilingnya beri laluan dan aku bawa dia berhampiran bas dikawasan lapang, aku urut sikit dadanya kerana darah tak lancar sebab suhu amat sejuk ketika itu, hembus sikit sikit hingga dia beransur pulih dan boleh bernafas normal... dah lega tu aku bergerak kembali kebelakang tapi ditegur orang ramai, tak pe tom ko kat situ je, tak yah keluar balik... aku kata tak pe, beg aku pun jauh kat belakang, dia orang sanggup nak tolong ambilkan pun aku kata tak payah la tak pe... orag muda la kata hehe mengalah..

Banyak banyak rukun haji ni, bermalam di Musdalifah ni la yg aku rasa agak payah, ialah dengan keadaan dengan pakaian ikhram yg banyak pantang larang tu, keadaan disitu pula berhabuk dan debu lepas tu anginnya cukup sejuk, sangat sejuk bagi aku! Tapi terpaksa demi menjalankan perintah agama tu... mengigil gigil aku! Tau aje la kan, dah subuh aku masih disitu dan dapat solat subuh disitu je. Bersejuk sepanjang malam dengan pakaian ikhram je, siksa beb!

Aku pergi kan tak bawa bini, so biasalah senang sikit nak bergerak, tu yg aku kene jadi sukarelawan untuk jaga jemaah ketika perjalanan melontar ketiga tiga jamrah tu.. pun banyak juga pengalaman, ialah yg ikut muasasah kan banyak yg dah agak lanjut umur, jauh pulak jarak perjalanan kene tempuh.. biasala kan... Semasa di Mina ni pun ada kes juga dimana tandas terjerumus kebawah dan ada yg meninggal, tapi bukan di kem kami lah...

Ok, siap kerja melontar, kami pun ke mekah semula untuk menyiap kerja hj seperti tawaf wajib, saie dan bercukur... tapi aku saja melambatkan masanya sebab banyak lagi masa kerana penerbangan aku tak terlalu awal, tapi awal juga la... malas nak bersesak sesak!

Siap semua rukun dan wajib haji tu, aku bersiap pula untuk pulang, biasala cari juga buah tangan, tapi biasalah di sana mana ada buah tangan yg betul betul dari tanah arab, harap kurma aje la, yg lain tu made in indon, pakistan dan yg paling banyak made in china... beli juga la sikit sikit untuk cenderahati...

Ketika pulang, kene transit di Jeddah, kene bermalam di jeddah tu... dan pada petang tu ketika lepak lepak diberanda bilik(dorm) beramai ramai sambil sembang sembang... seorang makcik lalu sambil menolak suaminya yg duduk diatas kerusi roda untuk ke tandas, kami semua terpegun sebab rupa pakcik tersebut amat teruk melelas hampir seluruh muka dan kepalanya! Merah kuning seperti darah dan nanah! Kami pun bertanya apa yg terjadi pada makcik itu.

Makcik tu bercerita, sakit tu bermula di Musdalifah, iaitu padang tandus yg amat sejuk tu, mulanya Cuma gatal sikit dikepala, lantas digarunya... dalam masa yg singkat gatal tu bertukar jadi kudis/kayap ular, so dia ditahan di wad hospital Mekkah selama 4 hari (maksudnya dia hanya berada di mina sekejap) tapi doktor tak tau nak rawat macamana... doktor dihospital tersebut tak pernah jumpa kes kayap ular yg amat cepat merebaknya tu... ialah masa aku tengok tu seluruh muka belah kiri dah habis bernais dengan darah/nanah sampai dalam dalam telinga dan mulut sampai bawah dagu dan sebelah kanan pun dah nak jejak kebawah, dan dalam hidung pun dah dijangkiti juga! Mengerikan beb! Gua yg brutal ni pun ngeri! Kira tak brutal sangat lagi la yek! Hehe..

Biasa la, pak pak hj tu terus tunjuk aku! Ni ha dia boleh ubat! Makcik tu tanya, ye ke, aku kata inshaAllah! So aku suruh dia terus kebilik air tapi aku minta dia singgah ketika nak pulang kebiliknya yg kene lalu depan bilik aku dulu... tapi aku pesan jangan sekali kenakan air pada bahagian yg sakit, tak payah ambil wudu’, boleh tayamum je kalau nak sembahyang!

Setelah siap, makcik tu singgah, lalu aku zasstkan apa yg patut lalu aku sapu sikit cream gatal yg kebetulan memang aku bawa.. aku sendiri yg sapu diseluruh kawasan yg bernais tu, makcik tu kelihatan amat sedih kerana semasa diospital tu, semua doktor dan jururawat pun tak berani nak sentuh dan rawat sakit tu, ni aku pula yg brutal memandai mandai ngalahkan doktor! Lepas tu makcik tu minta aku doakan air, aku pun buat la lebih kurang......

Malam tu aku sibuk menguruskan menimbang beg beg bagasi, untuk semua jemaah la! Aku kan tak tau malu hehe... abis kalau aku tak buat, sapa nak buat, harapkan petugas tu, waduh payah! Slow sangat, bila nak siap... agak lewat baru siap, berpeluh peluh juga la aku...

Sampai dibilik, rakan sebilik terus kata, tom, makcik tadi nak jumpa ko, jumpa? So aku pun pergi kekatil pakcik tu, so makcik tu kelihatan amat gembira! Sambil menghulurkan wang kerana aku dah bantu suaminya... biasa la aku ikhlas membantu, tak mau aku! Dan makcik tu tunjuk kemuka suaminya, ye, 85% kulit yg bernais petang tadi dah tukar kaler coklat tua, dah kering! Alhamdulillah!!!! Tinggal sikit lagi, tu pun yg bhg dalam seperti dlm telinga, kelopak mata, dlm hidung dan mulut.... so aku tinggalkan dan pesan lagi jangan kenekan air...

Keesokannya kami pun menaiki pesawat untuk pulang... biasalah pesawat tu 2 tingkat dan besar... bila dah agak lama tu aku dah boring duduk, so aku jalan jalan meronda didalam pesawat sambil berborak dengan kekawan satu demi satu... sehinggalah aku jumpa semula pakcik yg kena kayap ular tu.. yes. Dah 100% kering dan berkopeng tebal tanda dah hampir sembuh! Alhamdulillah syukur... aku pun tak sangka boleh membantunya! Dia peluk aku sambil mengucapkan ribuan terima kasih.... so aku ronda lagi sampailah ketempat duduk aku semula... dan selamat sampai ke lapangan terbang senai...

Berita terkini yg aku dengar, Pak imam tu dah arwah, lum lama, ialah usianya pun dah lebih 70 ketika tu... teman teman hj lain aku putus hubungan, kecuali teman rapat ku itu yg kesana kemari tolong aku merawat pesakit kalau aku call! Dia tu leh merawat juga, tapi malas dan tak yakin! hehe

Isnin, 29 November 2010

BERUBAT DENGAN ALQURAN

ALQURAN SEBAGAI PENAWAR?

Setiap penyakit pasti ada ubatnya kecuali sakit tua dan mati

Bagaimanapun banyak lagi penyakit penyakit didunia ini masih belum dijumpai ubatnya, mengapa?Banyak kes kes penyakit zahir utama seperti barah, buah pinggang, darah tinggi dan kencing manis masih lum ada penawarnya boleh dikatakan sebagai yg sebenar nya penawar sedangkan ia adalah penyakit utama dan hampir semua manusia terdedah padanya!
Ini bermakna kita sebagai manusia berkewajipan dengan fardu kifayah untuk mencari penawar penyakit penyakit tersebut. Itu lum lagi kes kes penyakit yg sukar dikesan seperti hilangnya nafsu shahwat pada pasangan, penyakit aids, penyakit tidak mampu mengadakan zuriat dll.....

Walaupun banyak product dipasaran yg claim boleh menyembuhkan penyakit penyakit tersebut, benarkah seperti yg diclaim itu? Atau hanya satu andaian.... katalah dah diuji dan dicuba pada manusia, katalah yg menggunakannya 100 orang, katalah yg sembuh sebenar benarnya hanya tak sampai 20 orang, bolehkah ia dikira sebagai ubat yg paling sesuai dengan penyakit tersebut? Tentulah tidak bukan!

Kencing manis
Kebanyakkan product tersebut adalah sebagai pengawal penyakit yg dihidapi, contohnya bagai pesakit kencing manis, ubat ubatan yg ada dipasaran walaupun pengeluarnya dan penjualnya claim boleh menyembuhkan, tapi bila berhenti dari pengambilan ubat tersebut, penyakit hadir semula, so adakah itu ubat atau hanya sebagai pengawal gula(mengambilalih tugas pankreas)? Pada akulah, kalau nak claim sebagai ubat, guna lah pada sukatan tertentu, pada masa tertentu untuk tempoh tertentu, bila dah capai tempoh dan syarat tersebut, berhenti dan pastikan kencing manis tersebut dah hilang terus, barulah boleh diclaim sebagai ubat!!!! Maaf ye kalau ada yg terasa... ini hanya pandangan peribadi!!! Kebanyakkannya ubat itu hanya sebagai pengganti insulin yg mengawal gula dalam darah, bukan merawat punca mengapa kegagalan sistem tubuh tersebut berlaku! Kencing manis bukan hanya disebabkan kegagalan pankereas sahaja, banyak lagi organ dalaman tubuh tu yg bersama bertindak dlm penyerapan gula tersebut!


Darah Tinggi
Penyakit ini pun banyak melata... dari dulu dah ada, kalau pergi kedokter, ubat yg diberi hanya ubat merendahkan tekanan darah... bila dah rendah, dikira dah ok, walhal sipesakit itu darahnya tetap tinggi terus terusan, hanya turun jika makan ubat, tak makan je, naik balik!
Ubat ubatan dipasaran pun lebih kurang je macam tu, rendah bila dimakan, ada tekanan perasaan sikit akibat tension ke, sibuk sangat ke, anak bising ke, darah terus naik mendadak! Mana yg dinamakan ubat sebenar??? Mana perginya ahli ahli professional dlm berubatan kita? Mengapa hanya dan terlalu bergantung pada ubatan luar?????

Buah Pinggang
Ada ke ubat yg bole memperbaiki buah pinggang sebelum ia rosak atau rosak teruk? Bila pergi dokter biasanya kes dah teruk, buah pinggang dah kecut, boleh ke diubat lagi? Kene ganti je lah jawabnya! Yg tak mampu kene dialisis saban minggu sampai akhir hayat!!
Sakit sakit lain pun cam tu juga, hanya pengawal pengawal pengawal! Mana yg dinamakan ubat? Kalau penin kepala tu makan panadol terus sembuh, tapi air badan kene cukup juga, tu baru dinamakan ubat! Tapi kalau migrain??? Bukan panadol la ubatnya!

Katalah kebanyakkan penyakit tu lum jumpa penawar yg sebenarnya penawar, so bagaimana pada ilmuan islam yg mengatakan AlQuran adalah sebagai shifa’? takkan perawat islam hanya tau halau jin macam halau ayam je! Ni aku bukanlah nak hina perawat yg mengaku sebagai perawat islam sangat tu, bukan, Cuma sama nak ingatkan, tugas kamu@kalian belum selesai! Rawatan akibat gangguan jin pun banyak lagi kaedahnya yg jauh lebih berkesan dari hanya bergantung pada ayat ayat ruqyah tersebut, so kene tingkatkan pengetahuan dan kepakaran!!!

UBATAN ALTERNATIF PENYAKIT ZAHIR-AL QURAN DAN ZIKIR
Bagi pembaca blog aku ni, ni aku perturunkan sedikit sumbangan, itupun kalau yakin la... untuk ubatan sakit zahir guna kaedah islam

Sakit kencing manis :
Ayat AlQuran : surah Al-Munafiqun sekurang kurangnya 601X
Kalau tak suka baca ayat tu, bolehlah zikir dengan zikir Lahaulawala quata illabillahil aliyilazim paling kurang pun 300,000x mungkin lagi banyak kalau sakitnya dah teruk!
Ubat makan herba? Makanla bende benda yg pahit pahit, tapi ni tak berapa bagus sangat sebab tak menyembuhkan total, nantilah aku cuba buat satu ubatan herba khas untuk kencing manis ni, tapi bahannya banyak sangat dan amat sukar dicari pulak tuh! Kalau dapat nanti, ia akan memulihkan semua sistem yg mengawal pengambilan gula dalam darah termasuk tiriod, perut, hati, pundi hempedu dan yg penting sekali pankereas... doa doalah aku berhasil mendapatkan bahan bahannya tu, banyak tu 17 jenis!!!

Darah Tinggi? : tiada surah khusus dlm Alquran untuk ubat penyakit ni, zikir pun tak de... tapi baca ajelah mana mana ayat pun, zikir lah apa pun, mana tau Allah kasi sembuh juga, ye tak!
Ubat utama pesakit darah tinggi ni ialah senangkan hati! Ha, pelik kan? Senangkan hati ni bergantung pada individu tersebut, tengok apa minat dia, kalau dengan menyanyi pun leh senangkan hati, itulah ubatnya, kalau dengan mengaji ALQURAN boleh menyenangkan hatinya, banyakkan mengaji, kalau memancing tu boleh menyenangkan hatinya, pergilah dan keraplah memancing! Pilih je la apa yg disukainya...... Susah ke? Senang aje kan..... tapi kalau nak cuba guna teknik ni, boleh juga, minum air rebusan daun pokok ceri... ambil daun ceri agak agak 1 periuk kecil, tambah air 3 gelas, dan rebus sampai air tu tinggal 1/3, minum....buat selalu sampai darah tinggi tu hilang terus!!!

Ubat barah???
Pun tiada yg specifik, bergantung pada individu terbabit! Tapi kebanyakkannya hanya zikir zikir taubat......... Paling mudah dan amat sesuai pada ramai orang ialah banyakkan selawat nabi, target la satu hari paling kurangpun 5000x, buatlah sampai setahun ke, 2 tahun ke... sampai sembuh sebab biasanya penyakit zahir yg sukar cari ubatnya ni, selawat la paling ampuh, tapi bukanlah setakat 100x sehari je, tak jalan tu!

Ubat ubat yg lain???? Entah lah... sebab bergantung pada kesesuaian badan individu itu sendiri... contohnya kalau 4 orang ada panyakit resdung nak guna rawatan cara zikir, pastinya bukan zikir yg sama walaupun sakitnya tu sama, ia bergantung pada individu memasing, contohnya ada yg kene baca 2 ayat akhir surah yassin, ada pula yg kene baca alfatihah, yg lain pula ada yg kene baca zikir huruf huruf (alif sampai Ya) malah mungkin org yg terakhir tu kene baca selawat nabi je.........


UBAT PENYAKIT MISTIK
Adakah benar bacaan Alquran mampu memulihkan segala penyakit mistik akibat gangguan jin tak kira sumber sihir, saka atau jin liar?
Kalau aku yg jawab: jawabnya Ya dan tidak
Kenapa Ya? Jika AlQuran tersebut mampu dibaca oleh pesakit, dengan jumlah yg banyak contohnya 4x khatam atau lebih ke, atau boleh membaca satu satu surah spt surah yassin atau Almulk katalah 600x dan sebagainya, biasanya sipesakit akan sembuh secara perlahan lahan kerana jin ditubuhnya akan beransur ansur lemah lalu mati bergantung berapa banyaknya jin tersebut....... Bagaimana pun, bolehkah orang yg ada jin ditubuhnya mampu membaca Alquran sbanyak itu? Tentunya amat sukar kerana baru je baca biasanya jin ditubuh dah memberontak yg mengakibatkan sipesakit akan kesakitan dan rasa tak tentu arah....... logoknya macamana dia nak baca kalau ada gangguan sebegitu!

Katalah perawat yg merawatnya mampu mengeluarkan jin ditubuh dan menyuruh sipesakit membaca Alquran seperti kaedah tersebut, sebenarnya apa yg berlaku ialah bacaan AQ sendiri oleh sipesakit itu akan menghasilkan aura dalam dirinya sendiri yg boleh menghalang jin jin lainnya dari memasuki tubuhnya... dan jika pembacaan berterusan akan menghasilkan kekuatan dalaman(aura) yg mampu menghalang terus dari jin jin mendekati...... inilah yg dinamakan AlQuran sebagai ubat(shifa).........

Kesan Mendengar CD/MP3 ruqyah.... adakah mampu mengubat??
tentulah tidak!!!! Sebab perlu dibaca sendiri oleh sipesakit!!! Pendengaran CD/MP3 tu hanya mampu memberi gelombang disekitar kawasan pendengarannya sahaja, tetapi tidak mampu menghasilkan aura pada sipendengar/pesakit... so adakah aku bermaksud bahawa memperdengarkan CD itu sebagai sia sia? Tak juga! Ia mampu menghalau jin, Cuma tidak mampu memberi kekuatan roh pada diri sipesakit.... Bagaimana pula jika bacaan tersebut dibaca oleh pak pak ustaz ketika sesi rawatan???

Semasa sesi rawatan islam berlaku, pak ustaz yg membaca ayat ayat ruqyah tersebut sebenarnya mempunyai kekuatan dalaman tersendiri tetapi pembacaan tersebut ygnya sebagai alat atau suiz yg mengeluarkan kekuatan dalaman itu seterusnya mampu membakar/ menyembelih dll jin jin ditubuh pesakit... sebab tu, walau ayat nya sama, kekuatan dan lagunya sama, tapi dibaca oleh ustaz yg berbeza, kesan pada jin dalam tubuh pesakit akan berbeza... ada yg kuat ada yg tak berapa kuat bergantung kesesuaian ayat tersebut pada siperawat/pembacanya...

Kenapa pula tidak??
Sebab banyak juga penyakit mistik, jinnya tak terkesan langsung dengan bacaan AlQuran dan zikir zikir........ contohnya jin islam, iblis, azazil dan yg paling liat ROH GENTAYANGAN....bacalah ayat apapun ,,,,, zikirlah zikir apapun... depa buat BODOH........

OBAT HATI
Obat hati atau lebih senang difahami sebagai obat jiwa.... Aku teringat 1 lirik lagu nyanyian opick(kalau tak silap)
Obat Hati
Ada 5 perkara
Yg Pertama baca Quran dan maknanya
Yg kedua, solat malam istiqamah
Yg ketiga zikir malam berpanjangan
Kg keempat, perbanyakkan berpuasa
Yg kelima berkumpullah dengan orang soleh..........

Ya benar... obat jiwa yg utama ialah perbanyakkan membaca AlQuran dan Maknanya@ terjemahannya....... lebih kita memahami dan mendalami apa kata kata Allah dlm Aq tersebut, makin baiklah hati kita.............

Pengalaman aku merawat pesakit yg melibatkan penyakit mistik ni ialah makin rajin sipesakit berzikir dengan apa apa zikir yg aku ajarkan, makinlah dia cepat sembuhnya.... dan yg selalu aku ajarkan adalah zikir Laillahaillauloh... tapi kalau akibat sihir, aku kene banyak juga membantu terus terusan sampai sihir tu berakhir.... kekadang amat penat dan memenatkan.... apa nak buat, dah tugas!!!

Apa tak penatnya, kalau jin sihir datangnya berduyun duyun macam kita panjat pokok yg banyak sarang kerengga!! Kerengga terusan menyerang walaupun dah banyak dibunuh!!!!! Rasa nak terjun pun ada.. hehehe

Selasa, 23 November 2010

BABY MENANGIS MANJANG

BABY MENANGIS MANJANG

Pernah jumpa tak kes baby menangis manjang, siap sampai biru bibir! Dah bawa jumpa doktor pun tak de beza, tak ada apa apa sakit, tapi kalau malam je nangis! Nangis, nangis sampai ibu bapak pun dah naik bosan!

Kes cam ni sebenarnya sangat banyak berlaku, persoalannya apa sakitnya baby tu? Sakit perut ke? Letak le minyak telon ke, tapi manjang melalak jek! Lagi kalau dekat mak dia, tambah le lalaknya....

Selalunya kalau macam ni, puncanya tentulah ada gangguan (syaratnya dah jumpa doktor pun tak jalan le).... dan gangguan tu datangnya dari berbagai punca, tapi selalunya adalah dari gangguan saka belah ibu sendiri, kekadang saka dari belah bapa juga.... malah ada juga datangnya dari jin jin entah dari mana, kekadang ibubapanya lalu tempat berhantupun hantu tu mengikut balik, lagi la kalau pergi berubat yg rumah tok bomoh tu banyak jinnya, memangle mengikut..hehe

Ok, kalau ada anak melalak lain macam, dah cuba apa yg patut tak juga jalan, kenelah jumpa perawat yg mampu mengesan dan membuang gangguan tersebut, tapi janganlah pula jumpa yg bukan bukan, siap pakaikan tangkal benang hitam la, gantung tali pusat la... tak jalannya dia! Malah jin yg ganggu tu tambah suka sebab tambah geng! hehe

Aku dah jumpa banyak juga kes sebegini, punca utama ialah saka belah ibu itu sendiri, yg kedua saka belah bapa yg dah masuk tubuh siibu, dan ketiga jin jin yg datang entah dari mana....

Satu kes terbaru minggu lepas, si anak kalau menangis sampai biru, kalau mendekat kat mak dia, tambah jeritnya siap berpaling macam ketakutan, bila orang lain ambil ok pulak! Aku suruh je datang rumah aku ( rumah usang aku tu la di majidee tu, nak beli banglo tak mampu!) hehe

Hari dia datang tu budak tu ok, tak le melalak, sebab baru lepas hari, kalau tak ibunya cerita, lalaknya sampai semua orang tak leh tidur malam.... melalak manjang... ada satu misi yg leh nampak kata, dia ternampak ada hantu bergayut kat bhg perut budak tu, aku tengok baby tu ok je.. tapi kat ibunya ada la dalam berbelah ekor polong, patutpun budak tu melalak, polong kan berupa perempuan tua hodohhhh... nasib baik ko orang tak nampak! Ko ingat aku nampak ke? Tak juga, tapi macam ternampak nampak jek hehe

Aku pun panggil si ibu duduk sebelah aku, biasalah akukan pelik, rawatan macam macam kaedah yg tak masuk akal! Hehe.... aku pun letak jari aku kat tapak tangan siibu tu, si ibu menggeletar dan melayang macam nak pengsan, aku kata rilex, tenang je, aku pun alirkan elektrik hehe( aku kan chargeman A1- kira orang letrik la juga)... tu yg sekor sekor polong tu mampos kene renjatan letrik aku! Tak caya??? Bagus bagus!! Jangan percaya!! Tapi kalau ada kes berat yg tak leh setel dah pergi manapun tak juga sembuh, leh cari aku, usaha je.. mana tau aku leh setelkan kan kan
Agak lama juga(10 minit) baru habis semua polong dalam badan tu... ialah duduknya pun dah lama kan.... dan sampai sekarang budak tu tak nangis lagi! Pelik kan? Sebab aku tak ubatpun budak tu, aku Cuma ubat ibu budak tu, tapi budak tu yg baik tak melalak lagi...

Ada banyak keskes lain macam ni... tapi yg aku ingat kes ni, pun tahun ni juga....
Dia ni kira sedara aku juga, ada jawatan dan berijazah lah... kebetulan suaminya tanya aku minta tengokkan isterinya tu.. aku terus kata banyak jinnya dalam badan, saka belah bapa!
Bila dibawa datang rumah usang aku tu, macam ok je nampaknya... tapi bila aku sapa .. rasa apa datang rumah ni? Terus dia mengigil dan terketar ketar lalu bersembunyi dibelakang suaminya sambil menangis dan kata takut takut takut tak mau tengok muka aku yg hensem ni....geli je hehe
Aku pun kata kat suaminya, ni benda dah lama sangat, dari zaman isteri dia bujang lagi, kebanyakkannya saka sendiri tapi ada juga dari bekas pakwe lama... aku pun pegang kaki dia dan dia menggelupur, kejap menaggis kejap meraung.. aku terus pegang kerana banyak juga jin ditubuh tu, bukan seekor je... sampai lembik le siisteri tu.. tapi yg last, jin tu jenis liat, aku just alir elektrik tak jalan... aku pergi bhg kepala dan zasst kat ubun ubun sambil tiup tiup... tapi tak macam pak pak ustaz buat la, aku kan brutal hehe ..sampai la siibu tu lembik habis tanda habis jin ditubuhnya tu... bila sedar dia bertanya kenapa kenapa? Hehe tak sedar rupanya

Aku cakapla, benda lama... dah ikut dari zaman muda lagi... baru depa cerita .. patutla semua anak anak depa manjang nangis je masa kecik kecik... rupa rupanya banyak jin ditubuh siibu dan dirumahnya, tak sangka langsung melibatkan jin jan jun nih... yg dirumahnya aku zasst je dari jauh..clear...rumah mak bapak nya juga...tapi tak le habis segala saka, banyak lagi dari ahli keluarga yg lain tu.........ah pedulilah....banyak kerja lain aku nak buat dari menyusuri jin jin saka dia tu......hehe

Banyak lagi kalau nak cerita kes budak kecik nangis ni..tapi cukuplah sampai sini dulu... malas la nak menaip panjang panjang... nanti ada pulak yg kata aku ni nak menunjuk nunjuk.... tapi bercerita ni kira menunjuk juga lah kan!!! Minta maaflah ye kalau ter “riak” hehe

Jumaat, 22 Oktober 2010

SAKA MAHARAJA DEWA

SAKA MAHARAJA DEWA


Dewa adalah salah satu dari golongan jin, ia terbahagi kepada beberapa jenis seperti dewa kayangan, dewa angin, dewa api, dewa air dan sebagainya.

Sang kelembai yg agak popular dalam masyarakat melayu adalah gantinama dewa api. Dewa api dan dewa angin adalah agak kuat dari kalangan dewa dewa, tetapi dari semua golongan jin, dewa adalah terendah tahapnya walaupun kesemua mereka besar besar tubuh dan rupaparas.

Walaupun dewa ni banyak keberadaannya dalam masyarakat melayu sebagai dampingan dan saka, namun walau ia mahir dan hafal ayat ayat AlQuran, tak de seekorpun dewa yg memeluk islam, kebanyakkan mereka beragama hindu dan ada juga agama lain seperti kristian...

Kisah ini terjadi pada tahun 2008

Suatu hari aku bersama seorang teman lelaki dan dua wanita ingin menziarah sifu aku (bukan sifu sebenar sebab aku tak belajar dengan beliau, Cuma selalu merujuk kalau ada kekeliruan) atas urusan zakat menaiki kereta antik aku merz s class... hehe... sebenarnya kami tak sangka langsung akan berlakunya kejadian dan pengubatan ni kerana niat nya hanya tentang nak berzakat, dan budak tu pun tak de rasa apa apa kelainan atau gangguanpun.

Sebelum sampai ketempat dituju, kami singgah disebuah mesjid untuk solat asar, setelah siap kami agak lama menunggu 2 wanita tersebut kerana maklumlah, orang pompuan kan agak leceh kalau solat, hehe..... Setelah mereka berdua masuk kereta aku, yg sorang tu bertanya aku, tom ko tengok dia ni, macam dah nak pingsan pulak! Aku tanya apasal, dia cakap mana aku tau, sebab tu aku tanya engkau katanya, aku pun jawab, dalam badannya ada saka, tu dah takut le tu, takut kene bunuh! Hehe

Kamipun teruskan perjalanan menuju ke rumah sifu, setelah sampai, kami duduk dikawasan open air, ada beberapa meja plastik dan kerusi kerusi plastik, aku duduk betul betul berhadapan dgn sifu dan disebelah aku budak yg dah lain macam tu. Setelah dihidangkan minuman, kami minum serta sembang lebih kurang, aku pun berkata kat sifu, Hj, tolong tengok budak ni, dari tadi lepas sembahyang lain macam je, kataku.. hj tu pun tengok lalu ditiup lembut dari jauh pada budak tu, budak tu tiba tiba seperti tidak keruan, pak hj tiup lagi dengan lembut, tiba tiba budak tu yg duduk disebelah aku terus menepuk meja beberapa kali sehingga gelas dan pinggan atas meja hampir melambung lambung akibat gegaran. Dengan pantas aku dan kawan lain mengalihkan apa yg ada diatas meja takut jatuh ke tanah dan pecah...

Tiba tiba budak tu bersuara garau dengan garangnya sambil merenung pak hj ‘MENGAPA KAMU PANGGIL BETA?’ Beta? Kata ku dalam hati... Dan pak hj dengan berhemah berkata’ ampun tuanku beribu ampun, sembah patik harap diampun, tuanku ni siapa, datang dari mana? Jin itu menjawab’ aku dewa maharaja ............(aku tak ingat nama yg disebutnya) datang dari lautan............ pun aku tak ingat tapi kedudukannya berhampiran kepulauan riau indonesia. Pak hj bertanya lagi, mengapa tuanku ada ditubuh budak ni? Dewa tu jawab aku dah ratusan tahun menjaga keturunan budak ni... Sebenarnya budak perempuan ni anak sulung, tapi bapanya baru beberapa bukan meninggal dunia, bapanya juga anak sulung, dan saka maharaja dewa ni hanya menjaga keturunan dia yg sulung sulung aje... mengapa aku tak tau, perjanjian asal kot!

Pak hj tu pun berkata, tuanku, tuanku pergilah, jangan kacau budak ni, dewa tu cakap ‘ Beta bukan kacau dia, beta jaga dia!’ Masa ni baru aku menyampuk perbualan mereka, aku tanya, apa kelebihan yg dia dapat sejak ko jaga dia? Biasalah aku kan brutal, mana aku nak bahasakan diri patik patik dengan jin jin) hehe Dewa tu berkata, beta serikan wajah dia, beta buat dia lebih konfiden terutama kalau berurusan dengan client, beta buat dia berani, beta buat client dia terpegun dengan kata katanya dan mengikut apa saja cadangan yg diberikannya. Dan macam macam lagi aku tak ingat.

Aku perasan, pak hj tu kejap kejap tiup dewa tu kasi lemah, memang mula mula tu garang tapi bila pak hj tu manjang tiup dia, dia seakan kepanasan dan kesakitan.. Pak hj tu pun cakap lagi, tuanku pergilah, jangan kacau manusia lagi, dewa tu kata, beta tak kan tinggalkan keluarga ni, dah ratusan tahun beta jaga mereka, Aku menyampuk, jaga mereka? Apa yg ko jaga? Dulu bapa dia kene sihir, ko tengah jaga bapa dia kan, kenapa sihir tu tembus? Kenapa bapa dia menderita ? ko tak tolong pun? Dia jawab, sihir tu guna jin juga, semua kawan dan sedara beta juga, so, kalau jin jin yg kacau, beta tak tolong halang sebab jin tu saudara dan kawan beta. Beta hanya halang kalau manusia yg kacau dia. Aku tanya lagi, kalau gitu tak guna la ko dilantik sebagai penjaga, ko tak boleh jaga dia pun! Dewa tu kata, beta banyak dah tolong bapa dia, kawan kawan jadi gerun dengan dia dia, ada beberapa kali pencuri nak masuk rumah dia, tapi beta takutkan pencuri tu sampai dia lari lintang pukang.

Aku berkata lagi, ko silap ikut orang la, sekarang ko dah terjebak dengan kami ( maksud aku, aku dan pak hj tu la) aku kata lagi, tak akan ada jin yg kacau manusia yg meminta kami bantunya selain maut pada jin tu, tiada kesian kesian. Pada aku, nak hapuskan dewa ni celah kuku jek.....hehe perasan la..... Tapi dewa tu terus dengan kedegilan dia, beta ni maharaja dewa, sangat kuat, umur pun dah ribuan tahun, belum ada manusia yg boleh kacau beta. Aku cakap lagi, berlagak la ko ni, kuat konon, kenapa kepanasan dan menggeletar? Dia kata abis pak hj tu tiup aku, sakit tau! Aku ketawa, kata kuat!

Aku teruskan perbualan, ko berapa ekor yg ikut budak ni, dewa tu enggan beritau, tapi pak hj tu kata 4 ekor je... aku tanya dia betul ke, dewa tu mengangguk... biasa la aku saja suka suka nak layan maharaja dewa, nak main mainkan dia... hehe

Aku tanya dia, mana kawan kawan ko? Dia geleng kepala, aku tanya dia, ada dekat dekat sini ke? Dia geleng lagi dan kata ‘rahsia’ so aku tanya pak hj mana ji? Dia kata jebih kurang 3km je dari situ, 2 ekor! Merah padam dewa tu bila pak hj beritau aku, tapi dia diam je... aku pun katalah.. hehe ko tengok ye, apa yg aku boleh buat...., jangan salahkan aku, ko yg degil taknak tinggalkan budak ni, Sekarang ni aku akan bunuh kawan kawan ko dulu........

Aku pun pejam mata dan fokus pada rakannya salah seekor tu lalu zassttttttt, tiba tiba aku terasa aku di terajang dan aku terjatuh atas tanah, luka juga tangan aku kene batu batu kecil, cilaka punya dewa! Tapi biasalah aku walau jatuh aku tertawa terbahak bahak dan semua yg ada pun ketawakan aku.. kah kah kah... Hoi cilaka ko, berani ko terajang aku yg hensem ni! Jeritku...... weekkkkkk nak muntah yg lain dengar aku cakap, hehe.

Aku tanya dewa tu setelah aku betulkan kerusi yg tumbang kene terajang lalu aku duduk... kenapa ko terajang aku? Mentang mentang aku pejam mata, ko suka suka terajang aku, bukan aku buat apa pun kat ko! Dia dengan marah berkata, ko ingat beta tak nampak? Ko dah bunuh satu kawan beta! Aku cakap mana ada, dah tentu aku duduk sini (sebelah dia) kawan ko tu kan jauh! Dia cakap ko ingat aku buta ke? Aku cakap lagi tu la, ni salah ko juga, aku dan pak hj dah suruh pergi tu, ko pergi la, jauh dari alam manusia, jangan kacau manusia lagi... dia cakap, Beta nak pergi mana?, dah ratusan tahun beta ikut keluarga ni.., aku cakap lagi pergilah kelaut asal ko ke, ke hutan ke ke gunung ke atau kemana pun asal jangan kacau manusia!

Beta tak boleh, tak akan pergi, katanya... so aku sambung, kalau cam tu, aku pun tiada pilihan, kecuali menamatkan riwayat ko....akupun zassst lagi seekor rakannya yg bersama yg mati tadi sambil pejam mata (aku lupa yg aku dah kene terajang tadi tapi jarak aku dah jauh sikit dari dewa tu) tiba tiba aku kene tendang lagi tapi tak tepat sebab aku dapat elak sikit, tapi kene juga la, walau tak jatuh! Cilaka punya dewa kataku sambil ketawa berdekah dekah, dia nak terajang aku lagi tapi aku dah lari sambil ketawa.....hehehe menjadi juga silat langkah seribu aku tu
‘Pantang betul beta diketawakan manusia, tak pernah ada manusia yg berani ketawakan beta selama ni’ katanya dengan geram yg amat sangat... sambil menggetab getab bibir....aku dengan selamba terus ketawa... pak hj dan rakan pun turut ketawa....

Ok ok, aku sambung lagi..... mana kawan ko yg seekor lagi? (Yg last la sebab termasuk dia Cuma 4 ekor...) Tanyaku, dia diam tak kata apa apa.... so aku cuba scan (sebenarnya aku bukan tau scan pun) hehe tapi macam terbayang rumah dia pula

Aku pun zasst dari kejauhan, berkecai dewa seekor tu yg dirumahnya, tapi dewa yg sebelah menjerit lalu berdiri mengejar dan cuba menumbuk aku, (mungkin yg baru aku bunuh tu permaisuri dia kot, hehe) apa lagi aku pun buka la silat langkah seribu sambil ketawa dan mengelak tumbukannya, kalau kene sakit beb, budak tu dengan aku, besar dia, kalau kene tepat boleh lebam biji mata! Hehe sambil mengelak aku tepis dan zasst tepat kat tengkuk budak tu (tak de sentuhan pun) tapi budak yg ada dewa ditubuhnya tu terus terkulai jatuh ke tanah, macam menggelupur sikit, hehe power juga zasst aku tu, tapi dia cuba nak bangun lagi, dan aku zasst kat belakang pula, bila dia cuba nak bangun lagi, pak haji pula bantu aku tepuk kedua belah telinga budak tu dan pak hj kata, dah dah dah... ko perasan je tu, dewa tu dah mati.... ( habis dah semua sekali saka maharaja dewa yg ikut budak tu.. )

Rakan aku pompuan yg sorang lagi bantu budak tu bangun, dan duduk semula dikerusi dan kami teruskan perbincangan tentang zakat dan perkara perkara lain hinggalah agak petang, kami pun pulang.... selesai

Rabu, 8 September 2010

ROH GI MELEPAK TAK RETI BALIK

ROH PERGI TAK RETI PULANG

Kes ni berlaku dalam tahun 2004 lebih kurang, aku pun dah tak berapa ingat..

Satu hari tu, aku diajak oleh kekawan 2 orang untuk merawat seorang rakan perempuan yang kerasukan. Masa ni aku dah terer sikit(hehe) sebab pengalaman bunuh iblis dah ada... so kalau setakat jin ifrit, bunian, hantu jembalang, pocong, pontianak, bajang, dewa dewa aku dah confident la leh settle! Ni setakat aku perasan je la.. hehe

Masa sampai dirumahnya di Taman Johor Jaya, sebuah rumah teres setingkat coner lot dan dibelakang rumah ada longkang yg besar, ada 2 pokok pelam yg besar dihadapan rumah.... kami pun memasuki rumah setelah dipelawa oleh pesakit yg pada masa tu ok lagi, Cuma rasa gundah gulana dan tak tenteram... Dirumah tu ada bapanya yg ketika itu bertongkat kerana kakinya dipotong sebab penyakit kencing manis, ibunya, adik lelaki 2 orang dan suami pesakit. Setelah duduk aku pun bertanya apa masaalahnya, so diceritakanlah masaalahnya tapi taklah berat sangat iaitu setakat rasa something, marah marah dan rasa sering nak pingsan.

So aku minta izin tuan rumah iaitu bapa pesakit tu (pesakit tu tak tinggal situ, kebetulan nak berubat dia datang sebab dekat dengan opis aku) untuk membersihkan seluruh rumah iaitu membunuh segala jin jin yg ada dirumah tersebut. Aku bermula didapur, kemudian bilik air, bilik belakang 2 buah, bilik tengah tetapi tak dapat masuk bilik yg dihadapan kerana berkunci sedangkan kuncinya dibawa oleh seorang lagi adik pesakit (itu bilik dia la tu, sebab tu dikunci) . so bila tak dapat masuk macamana aku nak buek, so aku biarkan je dulu dan tembak guna makrifat je. Perghhh banyak betul jin kat bilik depan tu! Banyak sangat!
Bila aku zasst tu, sipesakit pula yg tak tentu arah, so aku minta air dan konon baca baca, alah baca ayat yg simple je..lepas tu cecah jari telunjuk aku dlm air tu... hehe nak tipu je jin tu... tapi yg peliknya bila di minum je terus pesakit jatuh pingsan! Hehe power juga air sentuhan jari aku ye, kata hatiku dengan perasan... cam gitu je pun leh pingsan..

Tak lama pesakit bangun dan duduk, selama je macam tak apa apa, macam manusia sepenuhnya sambil senyum senyum kat kami semua... tapi aku yg macam terer ni pun perasan, tu bukan sipesakit, tapi hantu yg merasuk... aku pun cakap, hoi ko sapa? Lain macam je aku tengok! Eh ni aku la, dia sebut nama dia... aku pun kata ah bukan, pandai ko menyamar ye... kalau ko handal cuba ko minum air ni, so aku ambil baki air yg dia minum tadi dan aku cecah lagi jari aku, tapi dia dengan selamba minum! Amboi kataku, hebat! Tapi eleh tak sampai 2 minit pengsan lagi.. hehe (Cuma seekor tu je yg ganggu pesakit tu selama ni)

Tak lama bangun balik, dan kali ni aku tengok jin lain pulak, aku tanya ko ni sapa? Dia cakap ah aku dah lama kat rumah ni, ni rumah aku! So marah tuan punya rumah dan dia cakap sapa kata ni rumah ko, ni kan rumah aku! Jin tu cakap aku duduk tu ha, kat bilik depan tu yg berkunci tu haha... ramai lagi kawan aku kat dalam tu! Aduh tension aku bila dengar, dah la bilik tu berkunci, banyak pulak lagi jinnya!

So aku tanya, napa ko leh ada dibilik tu? Dia cakap adik budak ni (yg keluar bekerja tu la) ada belajar dengan sorang guru, so guru tu ajar dia sesuatu ayat AQ, jadi budak tu amal hari hari, setiap kali dia baca, lebih 10 ekor jin datang dan tinggal bersamanya untuk jaga dia... terkejut aku, aku tanya balik, ko kata dia baca AQ? Jin tu kata ye la, mana aku tau dia baca ayat apa, yg aku tau dia panggil kami sebab baca tu (ayat pendinding diri walau ayat AlQuran tapi dibaca bukan kerana Allah tetapi bertujuan dibaca untuk mendinding diri si pembacanya, menghasilkan aura berwarna selain putih berkilau yg mengundang jin).
Aku pun tak bunuh jin tu, sebab aku ni bukannya kashaf pun, aku tak nampak jin jin ni, hehe setakat guna mata hati je... aku tangguhkan sebab nak guna dia jadi ‘mata’ aku hehe... aku pun cakap lagi, kan tadi aku dah bunuh jin kat dalam bilik tu? Dia cakap tak habis sebab banyak sangat, beribu ribu lemon! Banyak lagi yg bersembunyi tu... dan aku terpaksa guna makrifat lagi untuk bunuh yg dalam bilik tu sebab masih berkunci.... dan aku tanya jin tu, macam dah habis lum yg dalam tu, dia cakap, ada lagi, ada lagi dalam kotak! Dalam kotak? Ye katanya... ala kotak tu guru dia bagi, ada apa entah dalamnya tapi ada kawan kawan aku(jin) duduk kat situ... oh ye ke... tak pe aku cuba.. so aku makrifatkan pada kotak dibilik tu walhal kotaknya pun aku tak pernah tengok! Hehe

Lepas tu aku tanya lagi apamacam? Dia cakap ok, dah habis, handal ko ye! Eh mana de handal, aku bukan buat apa pun, dia cakap eleh aku nampak! Dia kata lagi tapi tak habis lagi sebab ada 5 ekor lagi ikut budak tu so aku minta nama budak tu kat mak dia dan zasst dari jauh.. aku tanya apa macam! Dia kata ok, settle... so aku cakap sekarang tiba giliran ko menemui maut, dia cakap, mana boleh, kan aku dah tolong ko tengokkan jin jin tu untuk ko bunuh, aku cakap lagi terima kasih, tapi aku tak janji pun nak lepaskan ko, ni aku bagi pilihan, ko nak keluar dari badan dia atau mati... dia cakap, jin kalau dah masuk badan manusia, mana nye nak keluar, best dalam ni, aku pun baru dapat merasa ni! Ceh! Cilaka punya jin! Aku ugut ko sanggup mati? Dia mengangguk! So aku tujukan tangan aku dalam larak 5 kaki dari tubuh dia dan zasst, tergolek pengsan! Kira mati lah tu.

Tak lama bangun balik, ala leceh, mana pulak ko datang ni! Dia kata tadi masa ko tembak rumah ni, aku sembunyi dalam badan dia (ditunjuk mak sipesakit)! Adoi! Aku tanya ko sapa pulak, aku ni jin yg satu apek tu hantar sebab orang tu (ditunjuknya bapa pesakit) mulut celupar suka suka maki orang, aku terdiam tapi bapa pesakit pula bertanya, apek mana? Jin tu cakap ko tak ingat ke, apek yg berniaga makanan tu, yg buang tulang babi dan lebihan makanan dalam longkang belakang rumah ko ni! Terkejut pakcik tu, tapi dia menengking, dah tentu apek tu buat benda tak betul, mana boleh buanh tulang babi ke apa ke kat dalam longkang suka suka, jin tu jawab ye la, tapi ko tak de budi bahasa, kalau ye pun cakap la elok elok, tu yg apek tu pergi jumpa tokong kasi hantam ko, tu kaki ko yg kodong tu, tu kerja aku la! Ni ko tengok kaki makcik ni, ada kudis yg tak baik baik dah bertahun walau jumpa pakar pun tak baik, ko tau apa sebab? Sebab tiap hari aku hisap darah dia lalu situ!

Baru makcik tu cerita dan tunjuk kakinya yang sentiasa sakit tu, sebesar syiling 50cen .... dah puas berobat tak pulihnya... baru dia tau penyebabnya, jin sedut darah lalu tu! Aku pun cakap pulak, teruknya ko, sanggup menganiayai manusia, apa upah yg ko dapat? Dia cakap ada la, ni salah satunya.. ditunjuk kaki makcik tu! So aku cakap.. oleh kerana ko dah kasi anaya ini keluarga apa kata ko pulak pergi makan kaki apek tu! Jin tu cakap mana boleh, aku jin, setia pada tuan aku (tokong) dia tuan aku aku Cuma ikut arahan dia.... ak kalau gitu ko mati, dia cakap tak pe, mati matilah, aku puas dapat kacau manusia! Gitu???

Akupun zasst tergolek dog hehe, kira power la aku rasa aku time tu, ye la penonton ramai le juga! Hehe, mana orang lain leh buat cam gitu! Hehe... tapi yg lecehnya sipesakit tak bangun bangun, dikejut, disiram air dll adalah setengah jam pun tak sedar pingsannya! Yg ni aku pening, ye la kalau setakat jin, aku zasst mampos, tapi kalau dia pengsan terus tak bangun macamana? Pening betul aku masa tu...

Aku guna mati hati aku yg tak berapa clear ni cari roh budak ni keliling rumah, tak jumpa, pusing sana pusing sini tak de juga, atasp pokok, bawah pokok pun gitu juga... tarik je sana sini pun tak mengena! Las last minta tolong sorang teman yg leh scan, ko tengokkan mana roh minah ni, merayau tak reti balik!

So teman tu pun merondalah dengan mata pejamnya dialam bati mancari roh siminah... tak lama dia cakap... tom, belakang ni ada longkang besar, aku dah susur dan sampai dekat dengan bangunan hypermarket giant tu, ada sebatang pokok tombang kayunya merentang longkang (anak sungai) tu, aku jumpa dia terbaring kat situ atas batang pokok bersantai/tidur, aku cuba panggil dia tak sedar, aku tarik tak kuat, ko buat lah!

Oh ye ke... so aku pejam mata, dan betul roh minah tu bersantai atas dahan! Ceh! Aku sentap dan henjut je masuk tubuh minah tu, tersentak dia... hehe lega aku... aku pun baru tau yg aku leh tarik roh orang macam tu mudah!!! Tapi roh yg kat luar tubuh la.. kalau tarik roh dalam tubuh, dah jadi malaikat maut nanti hehe... tapi cerita ni memang tak logik la, tak leh diterima akal mahupun hukum! Tapi nak buek camno? Memang maso tu den leh buek! Hehe

Settle.. minum minum dan balik

Khamis, 1 Julai 2010

RASUKAN IBLIS



RASUKAN IBLIS

Adakah iblis juga merasuk? Adakah iblis seekor? Adakah iblis asalnya azazil?Adakah syaitan-syaitan anak iblis????????
Azazil adalah azazil, iblis adalah iblis... rupa pun lain, jasad pun beza, perangai tak sama, kekuatan lagilah jauh beza!!!

Kes berlaku lebih kurang tahun 2002/2003, lama dah.. banyak dah lupa...
Kawan aku, seorang akauntan wanita, meminta aku kerumahnya di plentong, johor... so aku bersama 3 sahabat (2 lelaki 1 pompuan, semuanya golongan professional gak.. hehe) menuju kerumahnya petang tu..pukul 5 lebih... sebenarnya aku pun tak tau masaalahnya apa..dia tak pernah ceritapun

Sampai dirumahnya, aku bersama rakan sampai dulu, dia lewat beberapa minit, sampai dirumahnya aku lihat rupanya merah padam tak seperti biasa..macam tension dan marah... masa tu dirumahnya Cuma ada anaknya beberapa orang, kebetulan mertuanya hanya tinggal disebelah rumah..so anaknya berada dirumah mertuanya itu..aku dipelawa masuk rumah...aku duduk sebentar dan bercerita sepatah dua masaalahnya.. tom ko tengok aku ni.. aku dah lama sakit yg tak nampak..tolong ye tom... sebenarnya masa tu (tahun 2002/2003) aku masih tak banyak membuat rawatan...takat bunuh jin, hantu dewa tu tak de masaalah sangat.. so aku confidentlah boleh tolong minah ni.. hehe

Aku pun kata, ok aku clearkan dulu rumah ko ni..aku pergi ke semua bilik dan semua ruang kasi zasst.. berkecai yg ada.. aku duduk balik di ruang tamu..atas kerusi bersama rakan yg lain, minah tu aku suruh duduk depan aku tapi membelakangkan aku.. belum sempat buat apa apa..baru gerakkan tangan kearahnya pengsan dah! Ek eleh.. apa ni!!! Baru nak bual-bual dah tombang!! kata kawan aku yg pompuan..

Tak lama, yg pingsan tu bangun dan duduk, lepas tu jeling pada aku dgn garang, aku arahkan tapak tangan kebelakang badannya, dia mengeliat dan alihkan badan, aku tanya ko ni sapa, dia jawab IBLIS, aku tanya balik ye ke iblis? Ia la, abis ko ingat aku sapa? Aku ingat ko jin ke hantu je! Tak, aku iblis.. dari siam.. oh ye ke dari siam? Aku suruh kawan aku yg pompuan ambilkan air masak dan aku bacakan beberapa ayat ruqyah, aku suruh dia minum, dua teguk je dia minum, pastu bakinya dibaling pada kami.. cilaka punya iblis.. abis baju aku dan kekawan basah!!! Kalau cam ni memang le kalau merawat pakai air yg dibaca confirm tak jalan, paksapun tak boleh, abis disembur balik yg diminumkan tu! Air ko ni tak sedap, pahit!!! Katanya.. abis camne???

Kalau betullah yg dalamnya tu iblis, ini bermakna ilmu aku pada masa tu belum cukup untuk melawannya!! Ni yg leceh ni, nak buat camne ni, nak rujuk pada sapa pun tak de, kalau rujuk pada ustaz ustaz, lagi le tak jalan, pasal setakat baca ruqyah dan beri air yg dibacakan memang tak jalan!!!

Akupun terus layan iblis tu, ialah dah jurus pun tak lut, pakai air, dihembus keluar, di azankan, dia buat bodoh malah diketawakan (sambil cakap, hoi aku dengar azan tu hari hari, tak de herannya aku!! Aku baca Yassin 7 Mubin, dia sedikit kepanasan, tapi still tak de kesan, baca As Shafaat dan ulang ayat ke 7 berpuluh kali pun masih tak berkesan, picit jari.. alah takat jerit je

Aku bertanya, ko sapa yg hantar? Dia dengan selamba cakap, hoi aku dah 12 tahun dalam badan ni, aku disuruh oleh tuan aku sami budha dari siam untuk kacau budak ni, tu ha sami yg power tu, alah yg kat temple budha yg ada patung emas baring terbesar didunia tu!!! Katanya. Abis aku tanya lagi, sapa yg upah sami hantar ko ni, tu aku tak leh cakap, aku tak dibenarkan beritau... Kenapa ko tak jemu kacau dah 12 tahun ni! Ini kan memang kerja aku, aku kena patuh sampai bila bila!! Abis ko tak takut ke kene belasah dengan aku? Dia kata lagi, hahaha umur aku dah 1000 tahun, dah banyak sangat manusia yg aku anayai, tak de satupun manusia yg leh kalahkan aku!! Kalau setakat ko, eleh umur ko baru berapa? Aku dah jumpa macam macam orang yg mengubat, kalau yg nama ustaz dah berlambak!! Tak de satu pun yg leh keluarkan aku dari badan ni!

Ye ke, tak de manusia yg leh kalahkan iblis, tanya aku. Ye, sebab tu aku dah berbelas tahun dalam badan budak ni pun tak de yg leh keluarkan! Aku cakap tak pe, nanti aku bunuh ko! Haha, ko mana boleh bunuh iblis, katanya, ye ke aku tak boleh bunuh iblis? Tanyaku sambil ketawa, ya, jawabnya, ibliskan sangat kuat, mana ada manusia boleh bunuh iblis! Katanya berlagak! Aku ketawa dengan kuat, hahaha, penipu betul la ko ni, dah tentu tadi aku dah bunuh 13 ekor kawan kawan ko yg duk dalam bilik tu! Dah mati pun! Jangan berlagak la kataku lagi... iblis ke apa ke, walau aku lum pernah berurusan sebelun ni, ternyata aku dah mampu bunuh iblis, kataku sambil ketawa!!

Eleh, tu sikit sangat, katanya, banyak lagi kawan kawan aku yg akan datang nanti, tak de herannya aku! Aku cakap lagi, tak pe, berapa banyakpun, aku tetap akan berusaha mengalahkan kawan kawan ko!!!

Dia pun bercerita apa apa yg telah dilakukannya kepada budak tu, biasanya menggerakkan hatinya untuk sentiasa bergaduh dengan suaminya, sentiasa marah marah pada anak anaknya, supaya bertengkar dengan sesiapa aje termasuk ibu mertuanya yg duduk hanya disebelah rumah... dan yg aku ingat antaranya dia gerakkan hati budak ni meninggalkan rumah dimalam raya dan tidur di offisnya!! Yg paling kerap iblis tu sentiasa mengingatkannya pada bekas kekasihnya yg sama belajar di KL dulu (dia ni le yg upah bomoh siam tu), bagi hatinya sentiasa merindu rindu pada bekas kekasihnya itu yg juga telah lama berkeluarga!

Aku bertanya lagi, berapa banyak budak ni dan suaminya bawa berubat? Dia cakap dah banyak sangat, semua bomoh dan ustaz bodoh!! Dia kata lagi antaranya satu pak haji di taman gembira tu, ada ke nak halau aku Cuma setakat kebas badan budak ni dengan kain putih!!! Bodoh betul pak hj tu, aku iblis tau, sangat kuat!! Beberapa minggu lepas pula,dia dibawa jumpa 1 ustaz kat Taman Imegresen JB, ustaz tu kuat, tapi dia tak ambil kes budak ni sebab dia banyak kes lain yg kene handle, so dia bagi amalan je kat budak ni, bila budak ni baca hari hari, tu yg badan aku sakit sangat, seluruh badan, cilaka punya budak !! katanya marah.

Bila aku lihat sekeliling, rupanya dah maghrib, kes tak selesai juga, macamana nak buat ni! So kami rehat kejap...

Iblis tu masih lagi merasuk, walaupun tak aggresif...

Tetiba ada seorang datang, rupa-rupanya adik sipesakit, lelaki yg tubuhnya agak besar, marah marah kami yg cuba membantu kakaknya... siap dia kata ni bukan main main, kenapa berani berani ubat dia! Dia pandang aku dan kekawan aku dgn marah! Aku cakap tak pe la, sini tolong sama sama ubatkan dia! Dia balas ni bukan masanya, nanti aku nak sembahyang hajat dulu.... lepas tu dia azan dgn kuat.... iblis tu terus cakap eleh aku dah hari hari dengar azan le! Aku tak heran dgn azan ko tu!

Mamat tu kemudian buatkan air jampi disuruh kakaknya (yg terasuk tu minum) apa lagi iblis tu kata air tu tak sedap lalu dibuang semua..hehehe.. Aku pun cakap kat mamat tu, dik ni iblis, bukan jin jin biasa, tak herannya dia dgn air jampi nih! Mamat tu makin marah.. peduli apa aku dengan iblis ke, jin ke apa ke... nanti aku sembahyang hajat dulu! Lepas tu dia blah.

Memandangkan masa tu (dah lebih 7 tahun dulu dari tarikh karangan aku ni hehe) aku tak pernah berlawan dengan iblis pun, inilah kali pertama! Tu yg aku hilang punca! Baca ayat AQ ....7 mubin, surah surah 4 qul, ayat qursi, as-shafaat dan macam macam semuanya tak de kesan langsung! Tapi semua kekawan, aku minta baca AlIkhlas jangan berhenti... tapi masih tak de kesan! Agak agak nak buat macamana lagi? Kalau setakat picit jari dah hampir nak melecit le!!! Patutpun sampai berbelas tahun sakitnya, dah berpuluh ustaz yg dijumpa, tok moh pun tak kurangnya masih juga tak sembuh sembuh! Ialah aku pun bukan ustaz, bomoh pun bukan, hanya akauntan cabuk je, ada hati nak lawan si iblis la pulak! Hampeh! Hehehe

Akupun terus melayan berbual dengan iblis tu. Antaranya hoi iblis, sebenarnya ko ni diupah oleh siapa? Dia tak mau jawab.. katanya tuannya tak bagi jawab, aku tanya balik, kalau ko jawab kenapa? Dia jawab nanti dia belasah aku, aku tanya balik dah belasan tahun ko mengacau budak ni, tak jemu ke? Dia cakap iblis mana tau jemu terutama untuk kacau manusia, lagipun aku dah ditugaskan untuk kacau budak ni sampai bila bila, aku gerakkan hati dia sentiasa ingat kat pakwe lama dia tu, aku kasi rumahtangga dia panas, aku buatkan dia cepat marah, suka merajuk dan sebagainya biar laki dia cepat cepat ceraikan dia supaya tuan aku tu (yg mengupah bomoh siam tu) dapat kahwin dengan dia... Aku pun ketawa dengan kuat hahaha bodoh punya iblis, tuan ko tu pun dah tua, dah kawin dan beranak pinak, kalau dia jumpa budak ni pun aku rasa dia dah tak nak! Yg ko bodoh sangat masih kacau budak ni supaya sentiasa ingatkan pakwe nya tu buat apa, bodoh punya iblis!!!! Engkau tu yg bodoh, dibalasnya balik kata kata aku, selama ni mana ada manusia boleh kalahkan iblis! Aku jawab balik, tak boleh konon, yg petang tadi iblis berbelas ekor kawan kawan ko dah mampus tu apa hal? Kalah kan? Dia cakap lagi eleh baru belasan ekor, ramai lagi kat temple patung emas baring disiam tu, senang senang je dia leh sampai! Sekurang kurangnya aku dah buktikan kat ko, iblis kawan ko pun leh mampos aku bunuh!!! Eleh sikit je..katanya sambil mencebik...

Sebenarnya ko ni dibayar dengan apa? Tanya ku lagi, Ada la, best sangat katanya, best tu macamana? Dia jawab tok sami tu buatkan telur direbus campur macam macam darah binatang spt darah babi, anjing, lembu, orang dan macam macam lagi, huiii best sangat, katanya lagi. Aku kutuk lagi, telur rebus je? Eleh kalau cam tu aku leh upah ko keluar dari budak ni, berapa banyak telur ko nak? 1 lori pun aku leh bagi! Kataku dgn serius! Dia kata balik tak nak, ko buat tak best! Pastinya tak sama!
Aku pun saja tanya lagi pasal iblis ni, iblis, sebenarnya apa makanan ko, hehe nak tau apa jawapannya? Sebenarnya aku makan taik aku sendiri! Best wooo!!!
Aku pun ketawa weeeekkkkkkk geli aku! Taik ko sendiri ko makan! Memang le iblis ni sangat kotor! Dia jawab, tak pe ko ketawakan le, peduli apa aku, best wooo makan taik sendiri! Ok ko belah dari sini, kalau tak aku siksa lagi! Dia cakap tak boleh, nanti tuan aku(tok sami) dan ketua aku (tok guru Iblis ditemple patung emas baring disiam) akan belasah aku! Abis aku belasah ko ko tak takut? Dia kata takut juga tapi aku lebih takut dgn tok guru aku, dia kuat wooo, umur dia pun dah lebih 1 juta tahun!, jauh sangat dari umur ko yg budak sangat nih!!!
Aku pun sambil sambil juga baca baca dan jurus jurus kat iblis tu, meraungnya kuat benar, tapi tak juga mati mati, kalau baca baca tu dgn ayat kursi ke apa ke dibuat pekak telinga je, lebih lebih seperti kepanasan je... bila jurus dia meraung kuat tapi tak tembus juga... masa tu aku tak tau kaedah lain untuk bunuh jin jin yg merasuk tubuh, tu yg jadi bodoh sangat tu aku masa tu.. hehehe

Akupun cuba tengok guna mata batin aku ( ye ye je aku ni, mata batin konon! Hehe) tapi ternampak juga akhirnya, iblis yg merasuk tu tak seperti iblis yg biasa, ia menyerupa dan berbentuk dinasour dengan kulit tebal bersisik yg tebalnya dekat 1 inci!!! Patutpun zasst aku tak lut!! Atau zasst aku yg tak power? Hehehe... abis nak buat macamana??

Adalah dekat pukul 10 mlm gitu, suaminya pun balik dari berniaga, dia tengok keadaan bini dia cam gitu terus dia marah marah, hoi apahal semua ni?? Apa ko orang buat ni?? Tak sedar rupanya penonton yg dengar perbualan aku dengan iblis ni ramai sangat, ialah dia punya jerit masa aku belasah punyalah kuat!! Patutpun ramai jiran jirannya jadi penonton... kira macam artis juga aku masa tu hehehe.... lakinya pun bising bising tapi siiblis terus tunjuk dan bercakap dengan suaminya, hoi engkau, cepat engkau ceraikan N........ ni supaya dia dapat kawin dengan tuan aku! Laki budak ni pulak tak faham tentang bebenda ni, kira bodoh le walau dia dah bawa budak ni kebanyak tempat berubat tapi tak faham faham bahawa dlm tubuh isterinya tu bukan lagi isterinya, tapi iblis!!

Akupun bercakap dgn suaminya ( nasib baik memang dah kenal, kalau tak jenuh juga menerangkan padanya, ialah rupa aku dan kekawan yg merawat tak de tokoh sebagai perawat pun, hensem gitu(weeeekkkkk hehehe), rilek la, yg bercakap ni bukan N.., tapi iblis yg merasuknya, tapi dia sengaja tak faham terus marah marah ni apa ni, minta cerai cerai kebenda ni??? Aku cakap kat dia tu bukan bini ko lah, tu iblis!!!

Akupun teruskan proses rawatan, adik budak tu yg nak sangat sembahyang hajat petang tadi tu pun dah ada, tapi tak buat apa apa, sebab dia tengok iblis tu macam bukan tandingan dia la tu kot, sebenarnya dia tu ada belajar belajar juga, tu yg macam pandai benor!! Hehehe... tapi bila dia tengok aku main zasst zasst ni, dia ketepi... dia tak tau le tu... ialah aku zasst tak jejak pun, tapi iblis punyalah meraung hehehe

Bila dah penat tu, agak dah pukul 12 mlm juga la, aku pun dah lepak juga tu, iblis tu pun gitu jugak, dah lepak sangat kene belasah tapi Cuma tak mati mati, masa tu(sebelum aku confirm dah bunuh iblis petang tu aku ingat iblis memang tak leh mati juga, sama macam kefahaman ramai ulama’).. tapi aku confident aku mampu kalahkan dia juga... akhirnya iblis tu cakap ok aku keluar, tapi ko tolong tolak!!! Aku pun tolak keluar lalu ubun ubun kepala budak tu, tarik lepas tarik terlepas berkali kali, dia jerit hoi ekor aku tersangkut kat leher budak ni, sebab tu aku tak pernah dapat keluar dari badan dia( iblis dlm tu macam dinasour yg ekornya ada cangkuk macam mata anak panah tu... alah macam gambar gambar lukisan vodooo, pernah tengok kan?? Macam tu la rupa iblis tu masa tu, napa tah dia ikut rupa tu...aku tak tau le
Bila tak boleh keluar tu, kami sembang lagi, dia cakap kalau dia keluar pun dia nak sembunyi ke kalimantan, dia takut guru dia belasah dia sebab misinya kacau budak tu sampai bercerai tak berjaya.... aku pulak boleh percaya cakap iblis tu.. ialah nak bunuh pun dah berapa jam tak jalan hehehe.. dapat pujuk dia keluar pun ok pe..

Aku pun cuba lagi berkali kali tarik dia keluar tak juga menjadi... akhirnya aku dapat idea....... jeng jeng jeng..... oleh kerana yg sangkut hanya ekornya, cara senang potong je ekornya, tapi nak pakai apa pulak??ish ish ish susahnya... akhirnya guna makrifat je ... nampak ekornya pegang, kemudian aku patah patahkan sampai patah... boleh pun!!!! Bila dah patah ekornya tu, aku tarik je terkeluar iblis tu, budak tu terus tersedar, letih, beri minum air jampi (AQ le) ... segar sikit... kemudian baru dapat keluar makan... huiii lepak beb, sebab masa melawan tu siap tomoi siam lagi, tampar menampar bagai... sakit seluruh tubuh aku..... lepas makan disebelah rumah..warung mentua...kamipun blahhh...

Keesokan harinya aku bekerja spt biasa, tapi tengahari tu si N... yg dirasuk iblis tu call aku , dia kata iblis tu dah masuk balik dlm badan dia dan nak lawan aku lagi, dia siap tau iblis tu datang banyak dengan tok guru iblis dari temple patung emas tu!!! Akupun contek kekawan yg lain berserta sorang lagi kawan yg leh “scan” sikit sikit... aku tak reti scan scan ni!!! Aku minta depa kumpul kat rumah aku lebih kurang jam 3.30

Dalam menunggu tu, hati aku berdebar debar, aku cuak, ialah yg nak dilawan ni musuh yg tak dikenali, umurnya dah lebih sejuta tahun.... nak pakai apa? Senjata memangle aku tak de... dan aku hanya terbayang bayang rupa sami budha yg besar sangat, dengan pandangan seperti kemarahan yg membara... so aku tak pasti, itu bayangan si sami tu ataupun guru iblis tu... entah le... tapi dalam hati aku berdoa agar Allah beri aku kemenangan dalam melawan musuh allah itu. Yg aku ingat dalam doa aku tu.... Ya Allah, tolonglah aku, bantulah aku melawan kumpulan iblis yg banyak ni, takkan ko nak aku ditewaskan oleh musuh utama manusia ni, takkan ko nak ilmu ko ditewaskan oleh ilmu iblis, oleh itu bantulah aku.... entah apa lagi aku tak ingat.........

Setelah semua ada, iaitu 2 org yg menemani aku semalam, dan sorang lagi yg leh tengok tengok, kamipun bergerak kerumahnya, sampai lebihkurang pukul 4ptg. Ketika sampai, si N... on the way dari opisnya, so kami lepak dulu kat warung ibu mertuanya pekena teh

Tak lama dia sampai, dengan muka merah padam dan masam.... hai.. tu aje katanya dan dia terus mempelawa kerumahnya... kami ikut...

Masuk je kerumahnya, aku tembak lagi diseluruh rumahnya, dia terus terasuk.. dan aku cakap..... hoi, ko lagi, kan semalam ko janji nak pergi kalimantan, kenapa ko masuk balik! Dia dengan selambanya bercakap...aku kan iblis, ko kan tau iblis tu macamana, aku memang pembohong, yg ko percaya tu buat apa, aku cakap tu pasal aku takut pada ko, tapi bila dah keluar tu, aku duduk je atas pokok pelam depan ni(ditunjuknya pokok pelam depan rumah tu)... cilaka punya iblik, bentakku...

Dia pun membebel lagi... hahaha hari ni aku nak lawan ko, hari ni aku bawa kawan yg sangat ramai... tok guru aku pun ada sama hahaha... ko pasti kalah.. katanya dengan berlagak.... aku tanya mana kawan ko... tu ha kat luar tu.. lebih 600,000 ekor tu... terpegun aku mendengar jumlah iblis sebanyak tu, sedangkan aku hanya berempat, yg leh bunuh pun aku sorang la pulak.... sebenarnya masa tu aku buntu, patutnya aku leh bunuh semua yg diluar tu gitu aje macam aku bunuh jin jin yg lain.. ialah dah buntu, lagipun yg datang tu iblis, aku tak terfikir langsung... sekarang ni baru terfikir..hehehe

Dalam aku terpegun tu, aku cakap balik, ye la, sekarang aku berempat je, tapi tak pe nanti aku minta bantuan dari Allah... akupun menadah tangan minta Allah beri bantuan pada aku...... tak lama aku terasa sejuk dan nyaman... entah aku tak nampak apa apa... tapi kawan aku yg leh nampak tu kata... ha tom tu dah turun tu... banyak tu, duduk bertentang je dgn iblis iblis tu, dia hanya kawal je iblis tu jangan masuk campur yg ada kat rumah ni.. katanya.... ya ya... aku hanya terbayang je... tak nampak jelas.. dan sama macam yg member tu cakap... lege sikit aku (aku pun tak tau sapa yg Allah turunkan untuk bantu aku tu) lantak le, yg penting dia bantu aku, Alhamdulillah

N.. yg sedang dirasuk iblis duduk dikerusi, sedangkan aku berdiri... hahaha aku cakap... ok sekarang member aku dah datang, takut pun ko... dia tertunduk.. takpe tok guru aku ada, dia kuat sangat... ye ke kuat aku tanya, betul dia kuat, umur dia lebih 1 juta tahun.... hmmmm ye ke kuat... aku tak nampak pun mana guru dia duduk, ialah aku ni bukan terer pun, tak nampak apa pun dgn mata kepala aku ni..hehe... tu ha ditunjuknya disatu penjuru... oh kat situ ye guru ko.. aku terus buat jurus ( ye je aku ni jurus , ingat silat ke hehe ) menuju tepat kearah yg ditunjukkan tu tapi bukan jurus untuk membunuh, hanya untuk melibas gitu. Serentak itu iblis yg dlm badan itu terjerit awwwwww... la apasal pulak kataku... tu ko buat tu, terkejut aku, kata iblis tu lagi.... oh ye ke... hehe.... aku tanya dia mana pergi tok guru ko tu, dia tunjuk tu sana, dipenjuru lain pulak...
Aku cakap pada iblis dlm badan tu, haha macam? Kene ke senjata aku tu kat guru ko? Dia angguk, aku cakap balik kene? Hehe so tak le power mana tok goru ko yg lebih 1 juta tahun umurnya tu... aku tanya balik, luka tak, dia pun memalingkan mukanya kepenjuru yg tok gurunya duduk tu, luka tak bos? Kemudian dia berpaling pada aku, luka juga, sikit! Ha luka?? kata ku, sakit tak... dia tanya lagi guru nya tu, sakit tak bos? Lepas tu dia jawab, guru aku kata eleh sakit sikit je... aku pun ketawa dengan kuat...hahahaha ko kata tok guru ko kuat sangat, tu aku baru main main, ingat tu, main main, dia dah terluka , kalau aku hentam betul tadi, berkecai dia!

Tok guru dipenjuru tu, aku biarkan je.... dan aku minta semua kawan kawan aku jangan henti baca surah AL Ikhlas!!!

Ok sesi perawatan pun bermula, belum sempat buat air ke apa N.... tu dah bangun, bertomoi... dia terajang aku.. aku elak hehe ialah tomoi iblis merasuk mana sama dgn tomoi asli, dia pinjam tubuh pompuan, tentu gerak nya banyak tersekat, tu yg aku sempat elak, dan tepis dan aku lipat dia tergolek... macam lagak pendekar jugalah aku ni hehe, yg kesiannya kepala budak tu berdentum kene simin, tak sempat aku tahan... yalah orangnya pun lebih besar dari aku, almaklum masa tu anak dia pun dah 5 hehehe. Dalam setengah jam juga aku hentam iblis tu(yg semalam juga masuk balik sebab ekornya patah tu) –pakai rukyah dll lah, bukan sepak terajang tau....menjerit bagai dan aku terpaksa guna kaedah terakhir yg aku guna malam tadi, makrifatkan tubuh iblis yg bersisik tebal tu, tangkap kepala sebelah tangan dan sebelah lagi pegang badan (masa tu tak sentuhpun budak tu tau) aku terus gerakkan tangan aku seperti meramas makhluk tu sampai hancur, lama gak dan dia semakin lemah dan bercakap lagi.... cilaka punya tok guru, tadi cakap hebat sangat, ni aku dah nak mati ni, dia malah lari keluar pulak, patutnya dia tolong aku! Nak tau apa sebab tok guru tu lari keluar? Sebab rakan aku tu semua tak henti baca surah Al Ikhlas tu, power tu aura surah tu!

Ah ko ni dah nak mati, sempat marah lagi, hoi matilah ko, aku pun ramas tubuh iblis tu sampai budak tu terpengsan... kira matilah iblis dlm tu,... member semua cakap, ok settle 1 kes.... lega

2 minit je pingsannya, bangun balik, dan yg masuk tu tok guru iblis pulak, sebab iblis yg lain dikawal oleh tentera Allah tu... entah sapa... malaikat ke wali ke mana aku kenal..hehehe

Yg tok guru ni tak banyak cakap, diam je tapi banyak bertomoi, memang liat gila, aku baca apa ayat pun dia selamba je, aku jurus pun dia gerak sikit je, tak jerit pun.... tension aku... hampir 1 jam juga berlawan, adik dia yg malam tadi pun dah ada, tapi sebagai penonton je, suami dia tak pulak ada, business kot.. jiran jiran pun entah bila sampainya, menjadi penonton kami....
Bila semua cara dah tak menjadi, aku give-up.... aku rilek tapi iblis tu dah lembik juga kene jurus jurus maut tu (walau tak maut) hehe. Dia terduduk lembik, aku dibelakangnya, last last member aku yg leh tengok tu, tapi tak leh zasst cakap, ok tom, ko baca Al Ikhlas 100x kumpul kat tangan dan zasst... aku pun buat.... baca.....100x zasst waw! Hebat, aku ternampak keluar api dari kepala budak(iblis tu) aku je yg nampak le, meraung dia sekuatnya terus lembik tapi masih kuat, aku buat lagi dan lagi sampai le ke 6x nya, iblis tu dah tak bermaya langsung, angkat tangan pun dah tak mampu, akhirnya dia buka rahsia kenapa dia dihantar, sapa yg mengupah dia, apa yg disajikan padanya dan yg last dia cakap SETELAH UMUR AKU LEBIH SATU JUTA TAHUN INI, INILAH KALI PERTAMA DAN AKHIRNYA AKU JUMPA JUGA MANUSIA YANG BOLEH KALAHKAN DAN BUNUH IBLIS, AKU REDHA SEBAB KALAH DITANGAN MANUSIA SEPERTI ENGKAU.... kemudian aku ulang lagi 100x alikhlas dan zasst... tergolek N.... dan tersedar..... minta air...

Bila dah settle tu, kami pun pulang jam 6.00 ptg lebihkurang

Sampai la ni ok minah tu.... tapi kalau ada masaalah je dia cari aku... hahaha tak pasal pasal ada kerja tanpa gaji hehehe

JUN 2010... tom @ hantukiller

Rabu, 30 Jun 2010

SIHIR OLEH BEKAS IBU MERTUA DAN BEKAS ISTERI

Semalam 18 Mei 2010, seorang rakan perawat mengajak aku membantunya dalam satu kes rawatan di Ulu Tiram, johor....

Kami pergi berdua, tiba dirumahnya pukul 3.00 lebih kurang, dan kami bersalaman dan berkenalan. Rupa rupanya rakan aku tu pun pertama kali berjumpa sipesakit. Kami dipelawa masuk dirumahnya yg 2 tingkat tsb. Sambil duduk dan menonton tv, Sipesakit (tuan rumah-lelaki) pun mula bercerita tentang masaalah yg dihadapinya. Dia menunjukkan rakaman video yg diambil ketika beliau dirawat di Darul Shifa’ Johor iaitu tayangan video ketika beliau dirasuk dan sedang diubati dgn aksi aksi pelbagai dan jeritan serta perbualan. Beliau juga menunjukkan video ketika isterinya yg juga dirawat ditempat yg sama.
Beliau menerangkan walaupun video tsb seolah olah yg berbual dan yg beraksi tsb adalah jin, tetapi beliau sedar dan boleh mengawal keadaan, Cuma dibiarkan laluan jin itu menguasai untuk memudahkan sesi rawatan. So semua apa yg diceritakan dan dibualkan oleh jin yg merasuknya diingati beliau dan amat berbeza dengan yg berlaku terhadap isteri beliau kerana isteri beliau tidak sedar langsung seolah olah pingsan.
Beliau bercerita telah mengidap sakit tersebut lebih 3 tahun, dan telah banyak tempat pergi berubat, dan telah begitu ramai ustaz ustaz yg cuba membantu tetapi keadaan masih sama, dan yg paling lama ialah beliau berulang setiap minggu ke Darul Shifa Johor selama 1tahun 6 bulan....
Sipesakit menerangkan bahawa dia telah disihir oleh bekas Ibu Mertuanya dan juga Bekas isterinya menggunakan ilmu yg diperolehi dari seorang Batin Asli. Akupun meminta nama dan alamat sibekas mertua dan isterinya dan akupun cuba clearkan apa yg ada dirumah bekas mertuanya itu dan juga bekas isterinya. Serta merta sipesakit mula menggeletar sama spt yg dlm video yg ditunjukkan pada kami sebelum itu tetapi dapat beliau kawal. Aku pun mengarahkan kawanku untuk menghapuskan/ clearkan semua yg ada dibilik atas sementara aku clearkan yg dibawah termasuk bilik air.
Sipesakit pula mengarahkan anak kecil beliau beserta seorang kakaknya dlm 4 tahun naik keatas takut perkara yg tak diingini berlaku sementara siisteri beliau sibuk didapur. Sipesakit yg masih menggigil teruk tapi sedar tu pula menyediakan ruang tamu untuk sesi perubatan dgn mengalih meja dll.. Rumah telah kami clearkan banyak tu ribu ribu lemon...Cuma dlm badan... oh banyak nye.. dlm badan pun penuh.... sebelah kaki je pun dah beratus ekor!!!!! Dewa dewa
Sipesakit duduk melunjur, goyangan badan makin kuat, aku arahkan rakanku mengambil tempat dibelakang dan aku dari depan... aku sentuh kakinya, macam renjatan letrik disentapnya kaki tapi aku terus pegang kaki (tak kuat pun) sambil tangan yg satu lagi menuju tepat arah tapak kaki... Rakanku pula sebelah tangan ditujukan kekepala dan sebelah lagi ditujukan kebelakang badan...Sipesakit terus meronta dan menjerit, kejap pengsan kejap sedar berulangkali dan kami teruskan kaedah spt jurus tadi...sebenarnya kami alirkan current je kat seluruh badan dia..hehe... kejap dia tukar suara org tua, kejap jadi orang muda kejap jadi orang asli... kami layan je sambil teruskan dgn kaedah tsb... banyak juga dah mampus tu... ribu ribu juga le dlm badan tu... tapi nak abiskan segaligus memangle tak mungkin... sedangkan sipenyihir dah terasa kami dah bunuh jin/ dewa dewa nya... so dia seru lagi dewa/jin jin lain untuk mengikut petunjuknya.... letih... berduyun duyun dewa dewa datang...macam tebuan!!!!!
Jin dlm badan pun bercerita..macam macam cerita sebab sihir dilakukan, tujuan sihir, macamana dapat ilmu tu dsb... aku pun bukan ingat sangat..Tapi aku cakap ko ni dewa je kan? Jin tu angguk angguk.. ah dewa je kataku..takde yg islam... so yg ustaz tu dah islamkan tu sah kene tipu..hehe.. Aku tanya apa nama ko? Dia kata dewa..aku cakap lagi abai ketua ko panggil ko apa? Dia kata dewa dewa dewa je.. hehe
Untuk menghalang sipenyihir Bekas ibu mertua dan bekas isteri dari terus menyihir, kami terpaksa membunuh segala dewa dewa disekeliling rumah sipenyihir... pun tak berapa menjadi.. sebab ada hidangan untuk mereka...so kami terpaksa mendengki dgn cara merosakkan hidangan tsb.. dan kami paksa dewa dlm badan tu bercakap apa hidangan tu... ahhhh hanya pulut yg dimasak bersama telor je... bbodoh betul dewa tu...sanggup mati hanya nak makan hidangan yg tak lezat camgitu..hehe
Ketika hampir reda, dewa dlm badan tu cakap..tu banyak lagi dihantar tu... beribu ribu tu... dah masuk kat bilik atas..kat luar pagar pun banyak..tu kat luar dapur pun.. ah banyak lagi tu... so kami pun hayun je tangan menuju tempat yg dikatakan... aku sebenarnya tak nampak apa apa pun...dah penat kot hehe.. yg terakhir ditunjukkan kat penjuru atas rumah tu tu ada lagi... aku malas dah guna tangan.. aku tiup je!! berkecai... haha aku ketawa kuat... aku tiup pun berkecai dewa dewa tu? Si dewa dlm badan tertunduk lesuuuu!!!!
Aku terpaksa meracun makanan untuk puja dewa tu dari jauh, aku ludah puihhhhh...yekkkk (sebenarnya aku bacakan 7 ayat AQ(yg huruf huruf Kaf Ha...) dan makrifatkan ludah kat pulut tu).. dewa tu tertunduk lesu kembali (yg ni dari org asli tu punya dewa).. lemah dia pasal makanannya dah tak leh dimakan oleh semua dewa dewa... Dia bersuara “alah besok dia masak balik bersama telor tu.. dia akan puja lagi”...kata dewa tu.. tapi aku cakap lagi “takpa esok aku ludah lagi dan lagi” hehehe
Kami pun hancurkan semua dewa yg mendatang...banyaknya macam tebuan... ada yg lari... dan aku pun rilek kejap untuk berbual lagi dgn dewa tu... ko pernah jumpa perawat macam kami, dia menggeleng, aku tanya ‘kami kuat tak?’ Dia geleng.... huhu.. dia kata ustaz ustaz yg lain(perawat sebelumnya) lagi kuat, dia amat kepanasan dan menggelupur! Oh ye ke kami tak kuat! Ye lah tu hehe, memang kami tak membakar mereka.....tak baca baca sangat macam ustaz-ustaz buat... tapi aku cakap lagi kami tak kuat? Aku picit kang! Maksud aku picit jari kaki...dia minta ampun sambil tangan macam menyembah nyembah dan kata kuat kuat... Cuma tak macam ustaz tu bakar mereka... dan aku tanya ustaz tu ada yg bunuh dewa ke? Dia kata tak..dikeluarkan dgn bakar je...nanti masuk balik... Habis cara aku macamana? Aku bunuh je!!! Dia kata bunuh tu macamana? Aku cakap kasi mati! Dia cakap pulak mati tu macamana? Aku tak tau mati tu macamana...kata dewa ru lagi. Bodoh betul dewa tu.. aku cakap lagi memang le ko tak rasa mati tu macamana..pasal ko belum mati!! Bodoh betul ko ni!

Aku cakap mati tu sekarang ada tapi tiba tiba tak de, ko dari api kan? Dia mengangguk, api kalau mati abis gitu aje kan? Dia menggangguk lagi, so kawan kawan ko tu semua dah mati... tinggal beberapa belas ekor je dlm badan..dia diam... Oh gitu ye...patutpun, tadi kawan kawan aku banyak sangat, kat kaki kanan ni je ada lebih 300 ekor katanya... ni tinggal 2 je.. 1 kat sini ditunjuknya dan satu kat sini ditunjukkannya.. kami senyum je... Aku tanya dia.. berapa banyak kawan ko yg dah mati... ada ke dia tunjuk 10 jari je..10 ekor tu maksudnya.. so aku jerkahnya penipu punya dewa...dia pun angguk..ye ye aku tipu... aku cakap lagi 20000 lebih kan? Dia pun menggangguk bersungguh sungguh... aku bantai je, mana boleh kira macam tebuan tu..hehe.. kalau dlm badan tu ok sikit..lebih2 pun 2k je...

Aku cakap ko kenal aku tak? Dia geleng..aku tak kenal ko..hehe aku cakap memang le ko tak kenal aku..jumpa pun baru ni..hehe... Aku cakap lagi banyak dewa kenal aku.. dia geleng tak.. entah aku dewa dari belah selatan..tak kenal ko... aku cakap lagi... ko tanya dewa kat sini sini..(aku sebut nama tempat.). entah, aku duk selatan ni tak duduk sana, nanti aku tanya mereka..katanya dan kemudian dia pejam.....dia guna isyarat dia tanya dewa kat sana.. dia angguk angguk yeyeyeyeye ko ko ko tom kan... yg dah banyak bunuh dewa tu yeye dewa kat sana cakap ko tu pembunuh dewa dulu.... ok aku cakap lagi... aku malas nak bunuh banyak banyak lagi..baik ko suruh rakan rakan ko yg lain blah dari sini... jangan sampai aku buat benda yg aku dah tak mau buat..bunuh dewa banyak banyak le... so dewa tu cakap ok dewa dari sana dah panggil dewa dewa yg nak kacau tu patah balik!!!.... agak nye le..

Kan dewa ni pun penipu je, macam jin hantu juga.. aku pun bukan percaya sangat.. saja layan hehe.. dewa yg seekor dlm badan tu aku biarkan dulu..buat bual bual dan aku clearkan badan anak anak dia(sipesakit) 2 org yg ikut mak mentua dia(dari jauh jek), dan yg 2 orang kat rumah tu... lepas tu isteri dia aku suruh duduk melunjur.. alah sikit je dlm badan ada le 2-3 ekor... zasst clear dan aku suruh anak dan isterinya mandi....
Aku malas nak habiskan sekaligus.. ada 19 ekor lagi dlm badan...dan sipesakit sedar dan duduk .. dalam keadaan sedar, dia terus tunjuk lagi kat tubuhnya bahagian yg dirasanya ada lagi dewa tu duduk.. aku zasst je beberapa tempat tu... aku malas nak clearkan sekaligus..sebab kes sihir memang biasanya berkali kali malah kekadang setiap hari yg kekadang mengambil masa sampai sebulan lebih! Letih tu.. dan ini pun bukan kes aku..hehe kes kawan aku tu... biar dia settlekan sampai abis.. aku bantu sikit je
Bila dah nampak segar, dia kata badanpun dah ringan... kamipun suruh dia mandi..(ada le tu, bukan mandian biasa).dan ajar sedikit amalan untuk diamal (zikir Al Ikhlas je)... ambil segala wafaq dan benda diseluruh rumah tersebut yg diberi oleh perawat terdahulu untuk dihapuskan.. ada yg macam ayat AQ pun...ah wafaq... kalau benda tu boleh mengubat atau menghalau jin sihir, tak mungkin rumah tu macam lebah banyaknya si dewa dewa ..hehe.. biasalah berubat dengan kami.. kene ikut cara kami! Brutal gitu!!
Kamipun Blah (dekat 1 jam lebih juga kat situ)
Pagi tadi member tu call, sipesakit call malam tadi katanya sakit, dan member tu dah buat je dari jauh, pagi tu call lagi dan member tu minta aku bantu bantu hehe.. pas tu dlm pukul 10, aku tanya balik member tu.. dia kata lepas aku bantu tu sakitnya dah kurang.....

Info terakhir dari kawan aku tu.... sipesakit dah kurang sangat sakitnya.. sebab proses rawatan masih berjalan... ah settle le tu nanti nanti... (darul shifa pun buat 1 tahun setengah tak settle, takkan kami nak settlekan 2-3 hari!! ).. kami bukan ustaz pun..
Info terkini : hampir pulih sepenuhnya, boleh kerja.....

DIGANGU HANTURAYA DAN SAKA


DIGANGGU HANTURAYA DAN SAKA

Sebelum maghrib semalam(09/05/2010) ada bini kawan tu histeria, dia panggil aku...aku sampai kat rumah dia (Kg Melayu Majidee), dah ada perawat lain.. aku tengok je la... siap ada yg kene sepak terajang.... bila dah agak reda..macam kene balik..pakcik tu buat lagi..dan buat lagi tapi masih tak buka mata dan berkata(meracau) ada yg marah marah padanya kat belakang rumah dia...sambil menunjuk nunjuk belakang rumahnya...
Bila aku tunggu tak setel-settle, aku pun tolong, aku tengok hanturaya je, tarik dari kaki.. hanturaya tu meraung, masih kata ada kat belakang rumah yg marah... aku pun pergi semua bilik rumah dia dan clearkan.. dan kat luar (terutama bahagian belakang rumah) sekali... aku datang balik cakap pada hanturaya yang kat bini member tu, dah abis dah semua hantu tu..., aku dah bunuh! Kata ku.. aku pun henjut(zasst) kat kepala/belakang dia.. pengsan... tak lama sedar dan dibawa masuk bilik oleh anaknya..
Sambil sembang dlm 10 minit lepas tu, sibini yg dah dibawa masuk bilik tu kene lagi...lain cara sebab yg masuk adalah saka kawan perempuan kepada kawan aku tu.. jenis dewa je... terpaksa aku clearkan saka kat kawan perempuan kepada kawan aku tu guna makrifat je (dari jauh), baru aku bunuh yg kat badan... barulah sedar sepenuhnya... settle 1 kes........aku minum juadah yg disediakan dan balik...
Sekarang aku merawat dah tak best macam dulu..huhu... sekali henjut dah pengsan ... kalau dulu, macam macam baca..macam macam aksi macam macam kerenah...

tapi still tak guna apa apa barang...hehe

DISIHIR OLEH PEMINAT GILA

DISIHIR OLEH PEMINAT GILA

25/05/2010 Malam hening..hanya bunyi LCD TV 42” je yg aku dengar sebab memang aku sedang menonton pun hehe..aku menunggu tetamu yg ingin berobat dirumahku di Majidee le.... ah lambat la pulak!
Pukul 9.00 baru mereka sampai... sebuah motor dan sebuah kereta... 3 org je..termasuk sorang pompuan muda..salam diberi ku sambut.. pintu dibuka...rupanya adik lelaki aku yg bawa mereka berdua. Aku pelawa masuk, tetapi yg pompuan tak nak, dia nak lari, terpaksa ditarik secara paksa.. aku kata tarik je, sini naik rumah.. hehe rumahku rumah bertangga...ialah rumah lama

Bila sampai ditangga, adik aku tu bersama si lelaki tu terus menarik si pompuan tu, dia meronta dan memegang bingkai tangga kerana tak mau masuk kerumah aku... dia takut aku pasal aku ke yg hantu? Hehe so aku pun tolong tarik, tapi dia meronta makin kuat, apa lagi aku zasst kat kepalanya terus pengsan dikaki tangga.. terpaksa kami bertiga mengangkat dia kedalam rumah... dibaringkan tak le atas tilam, hehe.. atas lantai je...tapi ade le bantal

Aku pun bersalaman dgn adik aku tu dan lelaki tu, diperkenalkan bahawa lelaki tu adalah rakan sekerja adik aku.. dan pompuan muda tu adalah tunangnya...jangka nak kahwin Jun 2010 tapi sakit pulak...dah lebih setengah bulan... aku kata alah baru setengah bulan..baru lagi tu.. Tapi situnang mengadu dah puas berubat juga sampai dia pun dah pokai, mak sipompuan pulak buat tak tau sebab dia tak suka pada silelaki (tunang) anaknya tu... ah macam macam.. ada orang nak tolong belakan anak dia pun banyak songel pulak si emak ni!

Sipompuan tu masih pingsan, kami pun berbual lagi.. dan dia kata ada perawat yg dia berobat minggu lepas minta RM600...dah bayar tapi tak settle jugak.. aku senyum je..
Aku tanya silelaki sapa nama tunangnya tu.... so aku suruh dia panggil su..su...pompuan tu hanya menggerakan kepala sedikit, aku letak 2 jari tangan di keningnya, tak lama dia menjerit kuat sangat, tenggelam suara TV aku yg besar tu hehe, dia terus menjerit dan meronta sekuat kuatnya sehingga kami bertiga yg pegang pun hampir tumbang, aku zasst kat badan, kat kepala.. pingsan... tak lama menjerit lagi, tapi kelakuan berlainan, meronta lagi.. fuh kuatnya jeritan dia, hingga jiran aku 2 orang datang menengok dan bantu pegang ketika budak tu meronta... ah biasalah.. jin sihir, bukan sekor 2, puluh puluh ekor dlm badan tu... bukan boleh sekali henjut dia mati...bertukar tukar tu...pingsan, bangun balik, pingsan bangun balik bersilih ganti, berbagai rupa berbagai gaya berbagai suara....penat juga

Aku tanya tunangnya, apa cerita sebenarnya... dia cakap tunangnya tu ada orang lain suka, 2 orang, yg sorang dia tau nama, masih bujang juga, tapi yg sorang lagi anak dah tiga, tak tau pulak statusnya bujang(duda) ke masih beristeri... So dapat info tang sibujang tu.. aku scan(hehe mana aku pandai scan scan ni) aku belasah jek guna makrifat cari nama yg disebut tu... oh banyak juga jinnya sebab atuknya juga tok bomoh.. ah pedulilah... aku belasah jek semua jinnya... dan Budak pompuan tu meronta dan menjerit lagi, aku henjut.. tu beberapa kali pengsan bangun pengsan bangun.. letih tak abih abis.. aku cakap kat mamat tu.. biasala jin sihir.. bukan seekor.. banyak tu.. berbelas ekor baru separuh je yg habis... ok jin yg dari sibujang dah abis...tapi tak ok lagi...aku tengok lain pula yg dlm badan... zasst punyalah liat... biasalah jin kan ada juga yg liat.. mati juga tapi yg ganti pun liat juga..beberapa kali dengan jeritan yang amat dahsyat..kuatnya le hehe(sampai jiran yang agak jauh pun dengar)

Aku cakap kat jin tu..kawan kawan ko banyak dah mati, yg ko berani lawan aku kenapa? Jin tu cakap aku dihantar orang, aku terpaksa ikut suruhan.. walau pun ko akan mati? Tanya ku..dia diam. Aku tanya lagi, ko suka mati ke? Dia tengking aku pulak! ORANG BODOH JE SUKA MATI!!!!.. cilaka punya jin, aku yg hensem ni ditengkingnya..hehe

Antara kata kata jin tu...Oi ko tak boleh keluarkan aku la! Oi ko tak akan dapat bunuh aku la, Aku tak akan cakap sapa nama tuan aku, Oi sakit la, kenapa ko kacau aku, aku tak kacau ko, aaaaaaaaaduiiiiii, dan antara kata kata aku pada jin tu.. eleh jin mana ada yg kuat, eleh banyak kawan kawan ko dah mati, eleh kalau ko liat cara ni, aku buat cara lain, ni baru main main, oi ko degil ye, sapa nama tuan ko yg sorang lagi tu..macam macam lah...banyak juga tu berpuluh ekor dalam badan menguasai silih berganti... berpeluh peluh aku yg brutal ni menembak jin jin tu..hehe rupa rupanya situnang dan adik aku pun lepak juga, ialah jin tu merontanya amat kuat juga tu..

Oleh kerana dah penat, aku cakap kat mereka, mandikan je la budak ni, biar habis semua sekali sekaligus... so aku henjut kasi pingsan, dan angkat bertiga kebilik air..masaalah juga, budak tu tak de persalinan, dan tengah pingsan tu, sapa pulak yg nak mandikan, kalau separuh sedar tu biasanya aku suruh mandi sendiri, nak harap mini aku sorang memang tak larat punya... ah leceh ni
Tiba tiba minah tu menjerit dan meronta dlm bilik air, nasib baik bilik air tu besar, dlm keadaan tegang tu, terpaksa kami bertiga pegang kuat sebab dia siap sepak terajang... aku minta bini aku pinjamkan tuala dan pakaian dia lah, nak buat camne dah terdesak... aku tadah air dan siram je kat budak tu yg terus meronta dan menjerit... ade le cara siram tu.. bukan siram biasa... makin lemah..siram lagi.. lembik dan pingsan..terbaring dlm bilik air
Ni satu masaalah lagi ni, nak salinkan camne.. bukan muhrim pulak tu.. aku cakap kat tunang dia..biarkan dulu, nanti sedar suruh dia salin sendiri.. ni baju dan tuala nya.... tak lama budak tu sedar dan rasa pelik kenapa baju dan pakaiannya basah... dan menangis entah apa pada tunangnya tu.. ah taknak dengarlah... akupun keruang tamu balik.. budak pompuan yg dah sedar tu salin baju sendiri.. tak lama dia keruang tamu beserta kami

Kami yg lain terus .. bual, kebetulan ada pesakit lain yg baru datang, alah kes kecik je, anak nya 3 tahun asyik ternampak hantu... aku henjut je budak tu dari jauh.. settle

Budak pompuan tu sebenarnya tak sedar sepenuhnya tu, ada seekor lagi jin dlm badan...tak abis rupanya...aku biarkan dia berpura pura, macam le aku ni bodoh sangat.. dia pujuk tunangnya balik..jom la balik, jom la balik, aku pun tegur, ala rilek la, kan ko baru sampai.. dia moncongkan bibir.. aku beri isyarat kat yg lain, tu jin tu, bukan dia.. baru masuk tu..tapi macam dah sedar sepenuhnya

Aku saja tanya budak tu, ko nak balik mana? Dia meninggikan suara, balik rumah le!! Hehe aku cakap lagi rilek le dulu, aku baru nak bual bual ni.. dia cakap nak balik nak balik... aku cakap lagi.. hehe ko ni jin ke manusia? Dia jeling aku. Aku manusia la!!! Aku cakap ko bohong! Kalau ko manusia, ko beritau aku nama mamat yg anak 3 tu( sebab aku memang tau jin yg baru masuk tu yg baru dihantar oleh mamat tu.. tapi nak settlekan sekaligus yg kat mamat tu kene tau sekurang kurang nama gelarannya..

Minah tu tak nak jawab.. aku paksa pun tak mau jawab.. aku cakap sah ko bukan manusia.. dia mencebik mulut mengejek aku... aku baca surah Asshafaat dan ulang ayat 7 banyak kali..baca kuat sikit... dia menggelisah dan seolah kepanasan.. dan aku teruskan soalan.. cakap sapa nama mamat tu? Dia kata aku tak kan jawab! Ko sanggup mati demi nak jaga nama tuan ko tu? Aku dihantar, aku terpaksa patuh! Walau ko mati?? Tanyaku... dia terdiam! Aku memang perlukan nama mamat tu untuk mudahkan rawatan.. takpayah dia datang berulangkali
Kalau aku bunuhpun yg lain datang! So aku terpaksa memaksa dia beritau.. aku pegang dia, aku cekak kepalanya, dan picit dia menjerit kuat.. aku cakap ko sanggup mati? Dia geleng dan akhirnya dia cakap.. namanya hi...... baru tunangnya teringat dan mengangguk ye ye betul nama tu, baru teringat! So aku makrifatkan bunuh segala jin dampingan mamat tu dan jin sihir yg bakal menyerang... clear

Aku cakap lagi, ok semua jin kawan ko tu dah mati! Jin tu kata lagi, tak guna, nanti dia cari lagi dan hantar lagi, aku cakap lagi, tak pe, hantarlah berapa banyakpun, aku tetep akan bunuh tanpa belas!!!

Aku cakap lagi, ok ni last, ko keluar, aku kira sampai 10, kalau ko tak keluar ko mati! Dan aku kira 1,2 dan dia pejamkan mata...seolah olah pingsan.. dan bila cukup 10, aku terus henjut..menjerit sekuatnya, aku cekak belakang kepalanya tempat dia duduk dan tekan..sambil zasst... pingsan

Tak lama tersedar... dia pelik eh ni kat mana ni? Napa aku pakai baju ni, ni baju sapa? Aku ketawa.. tadi ko datang hujan, basah baju tu! Ni pinjam baju kakak!
Ye ke? Kami semua ketawa! Ni kat mana ni? Aku tanya tadi yg ko ingat apa? Dia kata tadi dia ajak makan(tunangnya) pas tu jumpa dia(adik aku) pas tu pergi 1 rumah...pastu tak ingat.. yg terakhir masa tunang tu suruh salin pakaian kat bilik air.. dan ni tiba tiba dah kat sini(ruang tamu.. barulah dia nak bersalam dgn bini aku ... aku cakap ni dah ok sepenuhnya ni... ko boleh balik.. dan mereka balik... settle dan tak de berulang hingga hari ni.... 5 jun 2010

KG MELAYU SHELLOUT