Ahad, 8 Jun 2014

MERAWAT DENGAN ALQURAN

ALQURAN adalah syifa', amat benar sekali

Syifa' yg macamana? tentunya syifa' apapun terutama penyakit penyakit hati seperti sombong, takbur, ria', tamak, rasa diri hebat, rasa diri betul sedang orang lain salah, penyakit resah, penyakit takut miskin, penyakit kedekut dsb.

Bagi syifa' zahir pulak yg macamana? yg ni agak sukar di terjemah dalam tulisan, sebab tak de dalil khusus dari Allah ayat mana untuk ubat penyakit yg mana. Tapi AlQuran adalah ubat penyakit, cuma penyakit yg mana dan siapa yg sakit,  tu perlu dijelaskan, sebabnya ialah berubat dengan Alquran ni lain, tak sama macam ubat doktor tu.

Jika ubat doktor tu kata sakit canser ubatnya chomothrapy dsb, ubat pening pala tu panadol, ubat luka tu iodin, ubat gatal tu apa apalah... gitu gitu, dah spesefik, tapi berubat dengan AlQuran ni tak gitu. Ia amat bergantung pada siapa yg sakit, dan apa sakitnya, contoh jika ada 4 orang yg sakit resdung dan nak dirawat guna AlQuran, pastinya keempat empat orang tu terpaksa mengamalkan dan kene kerap membaca surah surah berlainan, bukan surah yg sama. tu sakit resdung, jika sakit sakit badan atau sebagainya, pun sama, kene berubat ikut kesesuaian tubuh badan orang tersebut. Tapi jika susah sangat nak tau surah mana yg kene amal, senangnya rajin rajinkan khatam Quran, pasti akan baca ayat yg sesuai tu, kan!!!!


Bagi penyakit gangguan syaitan, iaitu gangguan jin pulak, pun sama, tiada ayat atau surah khusus untuk diamalkan. Ini adalah kerana sesaorang tu amat berbeza dengan seorang yg lain, dan surah surah yg diamalkan ada yg sesuai dengan tubuh, ada yg tak sesuai, tak sesuai bukan maksudnya tak boleh baca, cuma kalau dibaca malah bertambah sakit, contohnya kalau nak amal ayat Qursi, tiap hari amal ayat tu, ramai yg jadi panas baran.

Untuk merawat diri pada penyakit gangguan jin, kene faham ayat 98 surah An Nahl dan ayat 52 surah Al Qalam tu, iaitu Kalau nak baca Quran, kene mintak perlindungan Allah dulu, dan Allah kata juga, AlQuran tu untuk sekelian alam, tentunya untuk para jin setan juga, so mereka memang boleh baca Quran, boleh pelajari Quran, boleh hafiz Quran, Jika kita ni baca Quran kerana nak halau mereka, tentunya malah kene ketawakan mereka.

Bagaimanapun bagi menanganani masalah gangguan syaitan jin ni dengan AlQuran, bukan tak boleh, boleh je, yg penting Allah dah beritau, syaitan tak mampu menewaskan orang yg ikhlas, so bacalah Quran tu ikhlas, kerana Allah, auto setan kalah....tapi bukan sekali baca setan terus boleh lari, kene amal ayat tersebut mungkin ribuan kali, puluh ribu kali hingga tubuh tu diserapi dengan ayat Quran tu, baru sekali baca je setan dah menggelupur. Sebab tu kita tengok, ayat yg sama, dibaca oleh orang berlainan pada jin merasuk, kesannya bagaimana???? berbeza sangat pada jin tu!!!! ada yg jin tu malah ketawa, malah mengikut, malah membetulkan bacaan, tapi ada yg jin tu terdiam, terkedu, kepanasan, malah ada yg menggelupur!!! sebab bukan ayatnya yg jin syaitan tu terkesan, tapi pada siapa yg membacanya!!!! Kalau aku yg baca pun, jin selamba jek, sebab aku ni bukan jenis rajin amalkan surah surah tertentu... hehe, dulu lain le, aku rajin baca Al Ikhlas ribu ribu kali tiap hari, sekarang ni dah malas... jadi kalau ada kerasukan, aku baca surah Al Ikhlas tu pun, jin selamba  jek, sebab dalam tubuh aku dah tak de surah tu sangat.....


Jadi, nak beritau disini, guna Quran untuk rawat penyakit gangguan syaitan boleh je, cuma amat bergantung pada 'keikhlasan' sipembaca tersebut dan pada 'pengamalan' sipembaca tu. Dan rata rata setan jin memang tak terkesan pun dengan bacaan Quran tu, kebanyakkannya hanya terjejas sikit...lari jauh, siap baca datang balik, kacau semula..... kannnnnnnnnnnnn


co carilah alternatif lain....... ikhlas, tautak ikhlas??? carilah ikhlas tu...........

Selasa, 3 Jun 2014

MEMBUNUH JIN

Ada yg kata, jin tak boleh dibunuh, betul ke?
Ada juga yg kata, jin tak boleh mati, betul ke?
Ada yg kata jin islam adalah sedara orang islam, betul ke?
Ada yg kata, boleh bersahabat dengan jin terutama jin islam yg mengajak kebaikan, betul ke?
Ada yg kata, jangan berkasar dengan jin, jangan membunuh mereka, kene buat sebaik mungkin dengan mereka, kene berdiplomasi dengan mereka, sebab mereka berdendam, abis selama ni depa tak berdendam ke? sampai iblis bersumpah menyesatkan seluruh keturunan Adam tu apa???

Bila kita berpendirian seperti di atas, sampai bilapun kita kene kelentong dengan jin jek..., dan sampai bilapun kita akan terus dibuli oleh mereka.

Segala jin yg berada di alam manusia iaitu pendamping manusia, saka manusia, Qarin manusia, jin sihir yg ada pada manusia,  jin yg hadir dari amalan manusia, jin yg hadir dari barangan yg dipuja, jin yg menjaga manusia, jin yg menjadi guru ghaib manusia, jin yg digunakan manusia tak kira apapun agama mereka walaupun islam sekalipun, merekalah yg disebut syaitan dalam Quran kerana mereka menurut arahan iblis iaitu ketua jin jin untuk turut campur dalam urusan manusia terutama urusan anak anak(saka) dan urusan hartabenda(yg lain lain tu)....



Ada tak Allah suruh membunuh jin(syaitan) dalam Quran??? jawabnya tak de, tapi ada tak Allah ajarkan cara nak mengalahkan syaitan??? jawabnya ada.... tapi apa????


Allah sebut, sesungguhnya engkau iblis(dan penyokongnya) tidak akan mampu menewaskan orang yg ikhlas... ada kan????? so kenelah cari ikhlas, apa tu ikhlas???? iaitu segala amalan kita terutama amalan beragama iaitu zikir, solat, baca Quran dll tu dilakukan jujur sejujurnya hanya semata mata kerana Allah Taala, bukan kerana nak pahala, nak, syurga, nak bekalan akhirat, nak sembuh penyakit , nak tu nak ni...


Berbalik pada tajuk, membunuh jin.... bolehkah jin syaitan ini dibunuh???? jawabnya boleh sangat, malah lebih mudah membunuh jutaan jin syaitan berbandng membunuh nyamuk yg sedang terbang.... syaratnya kalau tau le, kalau tak tau malah kene berak kencing dengan jin je.... hehe


Membunuh jin dalam badan macamana pula??? sebenarnya Allah ada tunjuk sikit dalam Quran tu, tapi tak le direct kata nak bunuh syaitan yg mengganggu kene buat macam tu ni... tak le macam gitu..... tapi Allah ada tunjuk sikit.... kenelah belajar..... hehehe


Tapi kalau susah sangat asik kene ganggu syaitan jek sampai berbelas atau berpuluh tahun masih tak setel sedangkan dah berubat merata, dah beramal macam macam, itu tandanya apa???? jawabnya mudah je, ITU TANDA KITA BUKAN ORANG YG IKHLAS, iaitu segala amalan yg kita telah lakukan bukan kerana Allah semata mata, dan maknanya hampir tak de yg Allah terima lah.... yelah, dah amalan tu bukan untuk Allah,tapi untuk DIRI KITA SENDIRI, mana la Allah nak terimanya kan kan kan....

SELAGI SYAITAN BOLEH MENGGANGGU KITA, TANDANYA KITA MASIH JAUH DARI IKHLAS!!!!!!!!


So, kalau masih jauh dari ikhlas tu, memang le tak boleh sendiri bunuh jin yg diluar tubuh, kenelah minta bantuan pembunuh pembunuh jin yg ada .... hahaha, tapi yg dalam tubuh tu, kalau tau caranya, buat lah sendiri....... kalau tak tau ye kene mengadap pembunuh jin jin tu, nanti mereka inshaAllah akan ajarkan caranya.....

Kalau setakat menghalau jin syaitan yg mengganggu, tu yg beribu kali berubat, beribu amalan dibuat, beribu duit melayang, takkan setelnya masaala..... sebab salah cara berubat...... halau kucing, depa datang balik tak???? inikan syaitan!!!!! hehehe