Isnin, 31 Disember 2012

RUMAH BERHANTU

Ni untuk catatan terakhir 2012

Orang kata rumah kosong berhantu, rumah berpenghuni tak berhantu... ye ke?


Sebenarnya terbalik tu, rumah berpenghuni lagi banyak hantu hantunya, terutama jin jin saka dan jin jin dampingan. Lagi banyak penghuninya, lagi banyak hantunya, lagi rajin penghuninya mengamalkan apa apapun amalan yg boleh mengundang jin, lagi banyak jin berkumpul.....


Ok, sapa kata rumah yg penghuninya banyak baca ayat ayat pendinding, rumah tu jin tak boleh masuk????? walhal kalau tau lah!!!!!! banyakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk, penuh dengan dia je......


hehe


alah malas lah nak ulas, kang ada yg tersinggung dihujung 2012 ni kang....

Rabu, 26 Disember 2012

December 2012

Sepanjang tahun ini, terlalu banyak kes yg aku jumpa, hampir tiap hari ada je kes, kes besar kes kecil, kes berat kes ringan, kes dekat kes jauh, kes rawat dari dekat, kes rawat dari jauh walaupun aku dah tak nak rawat dari jauh, tetapi kekadang terdesak sebab dirayu rayu minta dirawat akibat banyak kesempitan dan kesulitan mereka.....


Tapi aku memang dah malas nak rawat dari jauh, dan sebenarnya pun dah macam malas nak ngubat, penat, letih.....macam macam....


Banyak yg bagi fedback kata sembuh, tapi ada gak yg aku dengar dengar yg tak sembuh, maksud dengar dengar ni ialah dari perantaraan orang lain .....

Sembuh ni pulak banyak kategori, ada kala sembuh semua jenis penyakit, adakala sembuh salah satu jenis penyakit, ada kala sembuh sebahagian dari sakit dll....

Sebabnya, yg datang tu bukan semestinya sakit satu penyakit jek, kekadang sakit yg berangkai, manalah aku tau nak mengubat semua sekali, nak sembuh betul betul, carilah dan mintalah dari yang sebenarnya penyemboh, iaitu yg Maha Penyemboh, Allah......


Ni dah ujung tahun 2012, Alhamdulillah aku masih bernafas, walaupun usia makin bertambah tambah.... ye la, mana la ada usia yg berkurang kan..... dan oleh kerana perawatan alternatif ni nak dikawal oleh kementrian kesihatan, sebaiknya pesakit jumpalah mereka yg sah sah perawat yg berdaftar tu, aku tak layak berdaftar dengan pusat perawatan islam, walaupun aku orang islam..... sebab tak memenuhi kriteria perawat islam yg digariskan...... lantak le.....bab bab bunuh membunuh jin ni tak termasuk rawatan islam kan.....

Srlamat tinggal tahun 2012, dan selamat datang tahun 2013...... bertambah usia kita, moga kesihatan kita bertambah baik, dikurniakan limpahan rezeki, kebahagiaan, kehidupan yg harmoni serta sentiasa mendapat lindungan Illahi dan hidayah illahi....., Aminnnnnnnnnnnn