Ahad, 21 Disember 2014

Rawatan Sebelum STROKE???? NI AKO COPY JE TAU, TAK TAu KEBERKESANANNYA

Pertolongan Pertama Pada Orang Yang Kena Stroke
Orang yg kena STROKE mendadak (jatuh di tandas) pembuluh darah ke otak akan pecah sedikit demi sedikit. Ingat,untuk mengatasi hal ini janganlah gugup/panik. Jika korban berada di tempat kejadian seperti di bilik mandi/bilik tidur/ruang tamu dll. Jangan dipindah2kan ke tempat lain, kerana akan percepat pecahnya pembuluh darah, dan janganlah sampai dia terjatuh lagi.Caranya adalah dengan mengeluarkan darah korban dgn menggunakan jarum yg telah dibakar/disteril yg kemudian ditusukkan ke ujung setiap jari masing2 sampai darahnya keluar 1-2 titis.Kalau darahnya tidak keluar dapat diurut sampai keluar, sesudah itu korban akan sedar setelah beberapa minit kemudian. Jika korban mulutnya miring, tariklah kedua daun telinganya sampai merah dan langsung tusuk bagian bawah daun telinga dg jarum steril sampai darah keluar 1-2 titis.Setelah korban sedar dan mulutnya sudah pulih kembali, barulah dibawa ke doktor atau hospital.
Biasanya orang yg terkena STROKE pembuluh darahnya akan lebih cepat pecah karena goncangan dalam perjalanan ke doktor atau hospital.Orang tersebut dapat tidak sedar kembali/pengsan dan biasanya akan cacat/lumpuh. (Kita harus ingat MENGELUARKAN DARAH dari jari orang yg terkena STROKE, maka kita sudah boleh menolong orang tersebut dari penyakit STROKE).
Silahkan share & agar menjadi lebih banyak bermanfaat kepada mereka2... copypaste

Khamis, 18 Disember 2014

CONTOH NABI BUAT RAWATAN

حدثنا عبد الله بن نمير عن عثمان بن حكيم قال أخبرني عبد الرحمن بنعبد العزيز عن يعلى بن مرة قال
لقد رأيت من رسول الله صلى الله عليه وسلم ثلاثا ما رآها أحد قبلي ولايراها أحد بعدي لقد خرجت معه في سفر حتى إذا كنا ببعض الطريق مررنا بامرأة جالسةمعها صبي لها فقالت يا رسول الله هذا صبي أصابه بلاء وأصابنا منه بلاء يؤخذ فياليوم ما أدري كم مرة قال ناولينيه فرفعته إليه فجعلته بينه وبين واسطة الرحل ثمفغر فاه فنفث فيه ثلاثا وقال بسم الله أنا عبد الله اخسأ عدو الله ثم ناولها إياهفقال القينا في الرجعة في هذا المكان فأخبرينا ما فعل قال فذهبنا ورجعنا فوجدناهافي ذلك المكان معها شياه ثلاث فقال ما فعل صبيك فقالت والذي بعثك بالحق ما حسسنامنه شيئا حتى الساعة فاجترر هذه الغنم قال انزل فخذ منها واحدة ورد البقية قالوخرجت ذات يوم إلى الجبانة حتى إذا برزنا قال انظر ويحك هل ترى من شيء يواريني قلتما أرى شيئا يواريك إلا شجرة ما أراها تواريك قال فما بقربها قلت شجرة مثلها أوقريب منها قال فاذهب إليهما فقل إن رسول الله صلى الله عليه وسلم يأمركما أنتجتمعا بإذن الله قال فاجتمعتا فبرز لحاجته ثم رجع فقال اذهب إليهما فقل لهما إنرسول الله صلى الله عليه وسلم يأمركما أن ترجع كل واحدة منكما إلى مكانها فرجعتقال وكنت عنده جالسا ذات يوم إذ جاءه جمل يخبب حتى صوب بجرانه بين يديه ثم ذرفتعيناه فقال ويحك انظر لمن هذا الجمل إن له لشأنا قال فخرجت ألتمس صاحبه فوجدتهلرجل من الأنصار فدعوته إليه فقال ما شأن جملك هذا فقال وما شأنه قال لا أدري واللهما شأنه عملنا عليه

Dari Ya'la bin Murrah dia berkata, "Saya telah melihat dari Rasulullah SAW tiga hal yang belum pernah dilihat oleh seorang pun, baik sebelum atau setelahku. Saya pernah keluar bersama baginda dalam suatu perjalanan, hingga ketika kami sampai pada suatu jalan, kami melewati seorang wanita yang sedang duduk membawa anaknya yang masih kecil. Wanita itu lalu berkata, "Wahai Rasulullah, anak ini telah ditimpa penyakit, kami juga terkena (penyakit) kerananya, saya tidak tahu pasti berapa kali ia sembuh dalam sehari." Baginda berkata: "Bawalah ke mari anak itu." kemudian wanita itu pun mengangkat dan menyerahkan anaknya kepada baginda, dia letakkan anaknya antara baginda dengan kayu pelana kenderaan baginda. Baginda kemudian membukakan mulut anak itu dan meniupnya tiga kali sambil membaca: "Bismillah, saya adalah Abdullah (Hamba Allah), keluar dan pergilah wahai musuh Allah." Setelah itu, baginda menyerahkan kembali anak itu sambil mengatakan: "Temuilah kami saat kembali di tempat ini, dan khabarkanlah kepada kami apa yang dilakukannya." Ya'la bin Murrah berkata, "Kemudian kami bergegas pergi, dan pada saat kembali kami mendapati wanita itu berada di tempat yang sama dengan membawa tiga ekor kambing. Rasulullah SAW lalu bertanya: "Apa yang dilakukan oleh anakmu?" wanita itu menjawab, "Demi Dzat Yang telah mengutusmu dengan kebenaran, hingga saat ini kami tidak medapati suatu kelainan pun darinya. Kerana itu ambil dan bawalah kambing-kambing ini." Baginda berkata: "Turun (wahai Ya'la) dan ambillah seekor darinya lalu kembalikanlah yang lebihnya." 

(Musnad Ahmad, Musnad Penduduk Sham, Hadith Ya’labin Murrah Ath-Thaqafiy dari Nabi SAW)



Hadis di atas menceritakan bagaimana nabi ada merawat seorang budak yang ditubuhnya atau sedang dirasuk jin syaitan(Musuh Allah)

Nabi buat apa?????

Ada nabi baca baca ayat apapun?????

Yg nyata nabi hembus 3 kali(entah hembus apa, tiupan sangkakala kot, hehe)) dan hanya sebut Bismillah (dengan nama Allah) lalu terus mengarahkan syaitan jin(musuh Allah) itu pergi!!!! cukup tu je kan

Nabi tak halau jin guna ruqyah, guna manzil, guna mathurat, guna 3 Qul, guna bimillah 5 dlll........ ingat, nabi tak guna tu semua!!!!! kalau nabi tak guna bacaan tu semua tika merawat, mengapa kita pulak yg guna?????

Patut la pesakit tak sembuh sembuh, sebab kita guna ayat, yg ayatnya pun setan jin tu selamba jek boleh baca atau hafal


Agak agak, kalau setan jin tak keluar, nabi bunuh tak setan tu, kalau aku yg agak, mesti nabi bunuh punya!!!!! setan tu musuh yg nyata!!!!

Dan, pompuan tu bagi nabi 3 ekor kambing, wawww, nilai seekor sekarang dah RM800.00, kalau 3 ekor?????

Dan nabi ambil seekor(nilai kini RM800.00), mahal jugak kan????? kalau perawat kenekan bayaran RM 500.00, lebih murah dari nilai seekor kambing, kan, boleh tak???? atau mahal sangat??????? hehehe, kalau dia kata ikhlas???? takkan seekor kambing pompuan bagi tu tak ikhlas, kan!!!!!!!!!! hehe


agak agak la, yg penting perawat jangan tetapkan harga, pesakit yg sembuh sakitnya jangan la lokek, agak agak la nilai kesihatan kita tu..... takkan RM5.00 je kan

Dan, tengok tu, nabi terima upah kambing tu selepas pesakit tu benar benar pulih!!!, so, wahai para perawat aka bomoh, jangan la mengubat dijadikan business, dah la tak pulih, dan tak tau boleh ke pulih, tetapi dah tetapkan pitih(upah)!!!! aniaya tuuuu

Fikir fikirkan!!!!!!!!!



Selasa, 16 Disember 2014

Rawatan: Doktor VS Bomoh

Kalau sakit sakit, yg paling awal kita harus tengok apa sakitnya, kalau boleh ubat sendiri, ye ubat sendiri, kalau sakit berat, yg pertama gi jumpa doktor!!! itu mesti!!!!

minta Tengok apa sakitnya, kalau boleh scan, Mrr ke, X ray ke,  cek darah, cek tulang, cek anggota, apa tu semua..... kemudian mintak ubat.


Katalah terus sembuh, jangan lupa bersyukur, sebut banyak banyak Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yg menyembuhkan......walau guna ubat doktor, Allah yg izinkan ubat tu jadi ubat. tak jadi racun.


Katalah doktor pulak yg rasa pelik, cek, scan semua ok, darah ok, segalanya ok, tapi masih sakit, tekanan darah terus tinggi, debaran jantung terus berdenyut laju, nafas sesak hingga rasa nak mati, atau rasukan makin menjadi jadi,paling teruk kalau terus tak sedar diri, bagai bangkai bernyawa.... yg tu kenelah rujuk pada bomoh pulak.


Bomoh?????????? sesat!!!!!!! itulah yg selalu orang kata, terutama oleh orang beragama, hehe

Ustaz perawat tu bomoh la jugak, pawang tu bomoh jugak, tok cha tu bomoh jugak kalau kerjanya merawat. Apa ingat uztad tu bukan bomoh ke???? kalau ustad, depa cuma mengajar agama, bukan merawat, yg merawat tu dipanggil perawat, bahasa lainnya bomoh!!!! takkan makna bomoh jadi askar pulak, kan tak kene! hehehe


Masaalahnya pulak, kebanyakkan Doktor tak caya bomoh, sedangkan bomoh percaya doktor, tak caya bila bomoh sakit, depa gi klinik atau sepital tak???? mesti pergi punya!!! hehe, aku jek yg tak pergi jumpa doktor, sebab jarang sakit, hehe, kalau takat demam sikit sikit tu ada la.... panadol ada, belasah je la.....


Ada juga Doktor pakar dari hospital pakar yg bukan muslim percaya gak pada bomoh, siap ada sorang pesakitnya tu(darah tinggi yg amat tinggi, yg doktor tu dah bagi ubat paling power yg dia ada, terus terusan makin tinggi tekanan darahnya... las last, doktor tu kata, En, ini kes ha, ini bukan doktor punya bidang, encik cari itu perawat kampung ye, ini kes depa lagi terer.... hehehe


Kan bagus macam tu, doktor pakar pun tau, dia tak la pakar segala pakar, masih ada yg dia tak pakar... dan kebetulan pesakit tu terus jumpa aku, biasala, alu lanyak jek, picit picit.... esoknya dia cek semula kat doktor yg sama, doktor tu sangat pelik, sudah normal itu tekanan darah tinggi!!!!


Alamak, tercerita la pulak


Tak pe, ini menunjukkan, ada rawatan perlukan doktor, ada rawatan perlukan perawat aka bomoh

Jangan la percaya bomoh dulu, selalunya kene tipu je.... kalau sakit zahir, canser, kencing manis, jantung, asma, batu karang, dll tu, kene gi doktor, kalau boleh bedah buang yg sakit tu lagi baik!!! jangan la sakit batu karang gi jumpa bomoh konon bedah batin keluarkan batu dlm salur kencing atau dlm buah pinggang tu, siap tunjuk lagi batu dah keluar,  tak caya lepas berubat tu terus x ray, tengok ada lagi tak batu karang tu!!!! pasti tak terusik pun, kene tipu je dengan bomoh kalau kes cam tu!!!


Tapi ingat, doktor pun ada tipu jugak, siap salah bagi ubat lagi!!! daripada tak sakit malah jadi sakit, daripada boleh jalan jadi lumpuh dan sebagainya.... salah diagnose la tu.... hehehe


Ada kes lain, doktor sahkan tak sakit(kaki) tapi sipesakit terus terusan sakit, jalan pun berpapah.... yg macam ni, doktor pasti tak kasi urut, walhal kalau diurut, biasanya terus pulih..... maccammm macammmmm, hehe

Bacaan duduk antara 2 sujud, tau maknanya??? lupa la tu, aku pun selalu lupa

Isnin, 15 Disember 2014

AMALAN YG ISLAMIK, TAPI JIN YG HADIR

Mula mula sekali, mintak maaf kalau ada yg tersinggung, terlompat, atau terhantuk kepala bila baca coretan aku ini, hehe



Apa amalan yg islamik yk kita kerap buat? solat, zikir, puasa sunat, sedekah, baca quran??? mengundang jin ke???? jawabnya tentulah tidak, terutama jika amalan tersebut dilakukan sejujur jujurnya, seikhlas ikhlasnya hanya dan semata mata kerana Allah.

Abis, apa amalan islamik yg mengundang jin???? banyak!!!!! terutama yg ada kaitan kepentingan diri, anak anak dan hartabenda, iaitu yg bukan bertujuan mengesakan, mengingat dan memuji Allah.



Ada amal baca Ayat Qursi tak???? kenapa kita baca???? kerana nak puji dan ingat Allah ke???? atau kerana nak keselamatan????

Ada baca 3 Qul???? mengapa baca???

Ada amal manzil, ruqyah, mathurat????? ayat 33???, ayat 25??? ayat 7?? ayat 5?? ayat 1??? bismillah 21?? bismillah 9, bismillah 6, bismillah macam macam bismillah ada!!! mengapa baca??? nak ingat Allah ke??? atau nak fadilatnya???

Kalau nak ingat Allah, kenapa pilih ayat tu??? konon lebih dekat dengan Allah atau konon ada power gitu?????


Kalau nak ingat Allah, kenapa tak solat je? kenapa tak zikrullah je siang malam pagi petang dlm berdiri, duduk berbaring??????? kan lagi afdal!!!!



Amal manzil ke apa tu, sebab diberitau boleh dapat perlindungan/keselamatan kan???? ingat, amalan ayat qursi untuk keselamatan tu setan yg ajar!!!! nak jadi murid setan ke????


Amalan manzil tu, nabi buat sekali je, tu pun untuk merawat badui yg kene sejenis penyakit gila, yg kita buat tiap hari, untuk buang gangguan jin tu apa hal????? kalau nak amal ikutla nabi tu, rawat penyakit gila, bukan untuk halau jin, ingat jin takut ke amalan kita tu???? jin terbakar ye??? hebat kan ajaran yg kita diajarkan.... hehe, bukan ke ayat quran tu hanya peringatan untuk sekelian alam, sekelian alam tu bukan untuk jin jugak ke??? maknanya jin pun baca Quran!!!! kalau jin pun baca quran, manzil tu bukan ayat quran ke???? kalau jin pun baca quran, boleh baca manzil, agak agak kalau kita baca manzil kat depa, depa buat apa??? depa terbakar??? depa lari??? depa senyum??? atau depa ketawa?????



Amalan ayat ayat pendinding tu semua adalah sebab kita amal untuk dapat keselamatan kan, sebab konon kalau baca kita atau keluarga dan harta kita ada yg jaga, iapa yg jaga???? Malaikat???????

Hebat sangat kita nak suruh malaikat jaga kita?????????

Jangan harap!!!!!!!!!!!!!!!!! amalan kita dah la tak seberapa, tak kerana Allah semata pulak tu, ada hati nak malaikat jaga?????


Walhal sebalik nya syaitan dari kalangan jin bergembira, menjadikan sipengamal tu sebagai tuannya, untung untung tuannya ada anak cucu, boleh bertuan manusia hingga berketurunan, apa yg kita panggil tu????? ala saka!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



Itulah punca kini kenapa ramai orang islam bersaka!!!


Amalan islamik yg lain, seperti baca ayat Quran untuk kuat, untuk gagah, untuk dipandang mulia, untuk dihormati, untuk disanjungi, untuk digeruni, untuk dituruti, untuk memanggil rezeki, untuk melaris barang niaga... ah macam macamlah penggunaan ayat Quran yg dipesongkan.... asal nampak islamik, ikut je, buat je, amal je.... walhal makin bersaka semua, lepas tu bila sakit, sibuk nak buang jin setan tu semua???? dah kita yg panggil, jangan la salahkan mereka, mereka memang cari peluang je, untuk menyesatkan kita!!!!! dan kita yg panggil dipa untuk menyesatkan diri kita!!!! salahkan la diri sendiri!!!!!


Abis, nak baca apa???? baca apa???? kan dah kata ayat Quran tu hanya peringatan, mana jin boleh lari, tak reti nak minta perlindungan Allah sendiri dengan bahasa hati?????????? Allah tak tau ke bahasa melayu, bahasa mandarin, bahasa jowo, urdu tu???????/ mohon je la dengan bahasa sendiri!!!! takkan mohon pada Allah pun nak guna script yg tersendiri diulang hari hari??? dah jadi mentera pulak!!!


Faham ke tidak ni??????????? hehehe





ikhlaskanlah ibadahmu hanya dan semata mata kerana Allah, AlQuran tu hanya peringatan untuk sekelian alam, tak boleh halau setan, sebab tu kene mintak perlindungan Allah jika baca Quran. kalau baca tak mintak perlindungan Allah, malah setan menyesatkan........... jangan jadikan Alquran tu sebagai mentera............


Bacalah Alquran yg lengkap, fahami peringatan yg diberi, ikuti ajaran yg diberi, patuh akan ugutan yg dipatri







Selasa, 2 Disember 2014

Rawatan

Aku macam dah malas nak cerita rawatan jin kat sini, lagi banyak cerita, lagi riak dan sombong yg aku dapat



Cuma tu lah, kalau ada yg sakit akibat gangguan jin tak kira dari sihir ke, dari saka ke, dari apapun, meh ngadap, tu pun kalau percaya lah, kalau tak percaya lagi bagus, tak nyusah kan aku hehe



Nyusahkan ke???? ye la, takkan masa aku nonton tv kene curik tu tak nyusahkan??? hehe.... tak la, jangan la merajuk.... saja je tulis ni, hehe


Tapi kalau kalian berubat kat tempat lain ye teruskan, aku kan hantu brutal jek, hehe

Daun pokok durian belanda.... canser, kencing manis...

GUYABANO (SOUR SOP) TEA FOR CANCER, DIABETES, ARTHRITIS AND OTHER INFLAMMATORY DISEASES. COME AND LETS TALK ABOUT IT.
HOW TO PREPARE:
You will be needing 40 pcs of Guyabano leaves
1 liter clean water
NOTE: USE MATURE BUT NOT TOO OLD LEAVES. AIR DRIED LEAVES ARE BETTER THAN FRESH LEAVES BECAUSE IT CONCENTRATES THE MEDICINAL PROPERTIES OF THE LEAVES MAKING IT MORE EFFECTIVE. DON'T ALSO DO SUN OR OVEN DRY BECAUSE TOO MUCH HEAT WILL COOK THE NUTRITIONAL VALUE OF THE LEAVES, THUS LOSING ITS POTENCY.
PROCEDURE:
1. Boil the 1 liter water in a sauce pan.
2. As soon as it boils, add the leaves and turn the heat to low.
3. Simmer it for 20 minutes. The color will turn to golden brown or just like the color of regular tea.
4. let it cool before drinking.
The tea is only good for 7-8 hours and may be refrigerated.
*GUYABANO TEA MUST BE TAKEN FOR 30 DAYS, 3 TIMES A DAY, ONE GLASS BEFORE MEALS. THE TEA IS EASILY ABSORBED IN AN EMPTY STOMACH.
*It should only be taken for 30 days. More than that, it will destroy the normal flora.
*After 30 days, have yourself checked by your doctor to examine if the disease is still there. If the symptoms is still there, taper the dose to maintenance dose.
*If the symptoms disappear before the 30 day treatment, continue taking the tea to make sure that no single sick cell is present.
30 day treatment, 3x a day, one glass 30 minutes before meals no skipping.
MAINTENANCE DOSE:
ONE GLASS OF TEA A DAY 30 MINUTES BEFORE MEALS FOR 5 DAYS EXCEPT SATURDAY OR SUNDAY. HAVE AT LEAST 2 DAYS REST PERIOD A WEEK.
***Don't mix the tea with other healing substances to avoid incompatibility.
*** Dont overuse the tea. Follow the procedure.
PLS LIKE, SHARE & POST IT TO YOUR FAMILY & FRIENDS

Ahad, 30 November 2014

BEZA TANDAS DUDUK BERBANDING TANDAS CANGKUNG

https://www.facebook.com/video.php?v=10152322726656104&set=vb.207242941103&type=2&theater


Tandas cangkung stail lama tu jauh lebih bagus dari tandas duduk, sebab tandas duduk menyebabkan najis kita tak keluar habis, menyebabkan toksik tersimpan lagi dlm usus besar, boleh menyebabkan banyak penyakit seperti canser usus besar.


so kalau dirumah tu adanya cuma tandas duduk, masa buang tu tambah jek kerusi kecik/ bangku kat kaki supaya kaki kita tinggi dari paras lantai, dlm minima 4 inci tinggi,  setel masaalah!!!

Rabu, 5 November 2014

CARA RAWATAN

Hadis Nabi Guna Air Tanah untuk mengubat


seperti mana yang tsabit dalam Kitab Al-Tibb dalam Sunan Abu Daud dengan sanad yang jayyid (sahih) daripada Rasulullah s.a.w bahawa Baginda masuk menemui Tsabit bin Qais, kata Ahmad: dan dia dalam keadaan sakit. Maka Baginda s.a.w berkata:
اكشف البأس رب الناس عن ثابت بن قيس بن شماس
Maksudnya: “Hilangkanlah sakit wahai Tuhan Manusia daripada Tsabit bin Qais bin Syammas”.

Kemudian Baginda mengambil tanah daripada Bathan (nama wadi) dan memasukkannya ke dalam bekas air kemudian baginda mengembuskannya disertai dengan air kemudian baginda menuangkannya ke atasnya (yakni ke atas Qais).



shad 41 & 42

"Dan (ingatkanlah peristiwa) hamba Kami: Nabi Ayub ketika dia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: Sesungguhnya aku diganggu oleh Syaitan dengan (hasutannya semasa aku ditimpa) kesusahan dan azab seksa (penyakit)."41

"(Maka Kami kabulkan permohonannya serta Kami perintahkan kepadanya): Hentakkanlah (bumi) dengan kakimu (setelah dia melakukannya maka terpancarlah air, lalu Kami berfirman kepadanya): Ini ialah air sejuk(air tanah) untuk mandi dan untuk minum (bagi menyembuhkan penyakitmu zahir dan batin).42




Zassttttttttt syaitan

"Kecuali sesiapa di antara Syaitan-syaitan itu yang curi mendengar mana-mana percakapan (malaikat), maka dia diburu dan diikuti (dengan rejaman) api yang menjulang lagi menembusi. " Syafaat 10



Selasa, 28 Oktober 2014

Ketahui Petua Menghalau Lipas Di Rumah
Petua Nenek
Lipas merupakan serangga yang di katakan ramai yang tidak mengemarinya. Jom ketahui petua halau lipas dari rumah anda.
Lipas, salah satu binatang yang mengelikan dan selalunya ia akan dipukul menggunakan penyapu, selipar dan sebagainya sehingga mati. Tahukan anda, jika binatang ini dipukul akan mendatangkan keburukan yang mana puncanya berada di bahagian isi perut lipas.
Perut lipas mengandungi cacing halus dan lembut yang akan hidup meskipun di luar daripada tubuh lipas. Bila cacing ini berada luar daripada tubuh lipas, dia akan mencari tempat baru. Cacing ini bersaiz pendek dan dapat dilihat melalui mata kasar pada jarak 10-20 cm.
Anda tidak percaya! Ia boleh dibuktikan melalui kaedah ini dengan cara meletakkan isi perut lipas di atas kertas hitam atau cermin dan anda dapat lihat cacing yang keluar dari perut lipas yang meronta-ronta mencari tempat baru.
Sangat bahaya, jika cacing ini memasuki kulit tubuh kita terutama kaki kerana dapat masuk melalui pori-pori kulit atau bila ada luka terbuka. Anda ingin tahu petua untuk menghalau lipas di dapur atau ruang tamu anda. Jom ketahuinya!
1. Ambil sebuku sabun mandi dan potong kecil. Kemudian letakkan ketulan kecil sabun ini di setiap kawasan yang mempunyai lipas. Biarkan sahaja dan lihat hasilnya.
2. Potong dan letakkan hirisan lemon di kawasan yang ada lipas dan lipas akan bertempiaran lari. Selepas beberapa hari apabila lemon sudah kering, gantikan dengan lemon yang baru.
3. Ambil hujung timun atau pangkalnya dan letakkan di tempat yang ada banyak lipas. Kemudian lihat lipas akan mati.
4. Ambil beberapa biji buah pelaga dan letakkan di tempat lipas membiak.
5. Kalau terlalu banyak sangat lipas, sediakan ubi kentang yang direbus dan dilecek dicampurkan bersama serbuk penaik dan gaul. Buat seperti begedel dan letak di tempat banyak lipas.
6. Letakkan hirisan daun pandan di dalam uncang tebuk uncang itu, kemudian letakkan di dalam laci atau di tempat pembiakan lipas.

Rabu, 22 Oktober 2014

KHASIAT AIR KELAPA-copy

14 khasiat air kelapa yang terbukti saintifik

khasiat minum air kelapaPokok kelapa sememangnya terkenal dengan seribu satu kegunaan. Selain daripada itu, airnya juga turut memberikan khasiat kepada tubuh badan manusia. Antara kebaikan air kelapa terhadap tubuh badan anda adalah……
(1) Khasiat air kelapa membantu untuk menyejukkan tubuh seseorang dan menormalkan suhu didalam badan.
(2) Air kelapa mampu untuk menambahkan lagi kandungan air dalam badan dan mengelakkan daripada tubuh anda terhidrasi. Selain itu, khasiat air kelapa juga boleh dijadikan minuman tenaga.
(3) Air kelapa juga adalah merupakan ejen pengangkut khasiat seperti nutrien dan oksigen ke sel tubuh seseorang.
(4)  Apabila seseorang bersenam, tubuh mereka akan mengeluarkan air dari dalam badan (peluh), air kelapa boleh dijadikan minuman berkhasiat untuk menambah semula kandungan air didalam badan anda.
(5) Khasiat yang ada didalam air kelapa membantu untuk meningkatkan kadar metabolisme seseorang.
(6) Air kelapa boleh dijadikan sebagai minuman diet. Ia kerana khasiatnya juga turut membantu untuk mengurangkan berat badan seseorang.
(7) Khasiat air kelapa turut membantu untuk menyahtoksik dan juga melawan kuman didalam tubuh anda.
(8) Air kelapa turut boleh digunakan sebagai rawatan sembelit. Ini kerana khasiatnya membantu untuk membersihkan laluan sistem pencernaan seseorang dan mengelakkan daripada tersumbat.
(9) Seorang peminum air kelapa juga akan meningkatkan sistem imunisasi didalam badan mereka. Khasiat ini berguna untuk melawan penyakit.
(10) Kajian saintifik juga menunjukkan khasiat air kelapa mampu untuk mengawal penyakit diabetis.
(11) Khasiat air kelapa terkenal untuk membantu tubuh melawan panyakit selesema, demam dan juga AIDS.
(12) Air kelapa membantu untuk menstabilkan PH tubuh seseorang dan juga berkhasiat untuk mengurangkan risiko kanser.
(13) Khasiat air kelapa turut digunakan untuk merawat penyakit buah pinggang dan juga batu karang.
(14) Khasiat air kelapa membantu untuk melancarkan lagi peredaran darah didalam tubuh seseorang.


Dalam banyak banyak perkara di atas, aku lebih menekankan yang air kelapa mampu menyaktoksid segala toksid dalam badan, Maksudnya segala bahan beracun dari ubat ubatan yg kita ambil, dari makanan yg kita makan dan dari minuman yg kita minum, hanya air kelapa yg berkesan menghapuskannya didalam tubuh. So??? kenapa tak minum air kelapa??? mahal??? dengan Pepsi pun murah lagi dia!!!!



GANGGUAN SIHIR

Selalu yang mendapat gangguan jin(syaitan) adalah berpunca kalau tak dari saka, tentunya dari sihir.

Yg paling banyak tentunya dari saka, sebab 96% orang melayu ni bersaka, dan kita pun selalu memanggil jin, bukan la orang dulu dulu jek yg penggil saka ni, nak salahkan orang dul dulu, nanti kita dah mati pun kita juga dipersalahkan!!!

Hampir hari hari tiap kita ni panggil jin, betul tak???? sebab hari hari baca baca masa nak tidur, baca sesuatu ayat konon untuk dilindungi masa tidur, konon minta perlindungan Allah, tapi kalau tak baca baca ayat tu, tak yakin Allah melindungi, jadi baca baca tu mohon perlindungan Allah atau hanya setakat baca baca seumpama baca mentera??? so power sangat ayat ayat tu sampai boleh melindungi???? tentunya ayat tak di power pun kan, yg boleh jadi power tentunya sebab adamya makhluk ghaib, siapa???? Malaikat????? jangan perasan la Malaikat nak jaga kita,!!!!!! yg pasti setan jugak yg hadir!!!


Gangguan sihir pulak, ingat orang orang ni asik asik nak menyihir je ke??? sikit sikit nak santau!!!!tak de kerja lain??? tak de nya orang nak suka suka sihir kita, kalau adapun sebab salah kita la, tentunya kita ada buat kesalahan besar sampai orang marah sangat lalu menyihir, kalau sampai orang tu upah orang lain menyihir, tu namanya sihir  sengaja!!! ingat upah ustaz baca baca kat sesuatu untuk orang tu dengar kata, suka kat kita, sayang kat kita dll tu bukan sihir ke???? sihir la tu, ada bantuan setan jugak walau yg kita upah tu ustaz!!!!


Tapi rata rata gangguan sihir iaitu gangguan yg jinnya dari orang lain bukan sihir yg sebenarnya sihir pun, tapi sihir yg tak disengajakan!!!

Sebab apa???? Manusia ni ada jin(qarin) dan yg melayu pulak 96% bersaka, kalau kita benci sangat, suka sangat, menyampah sangat, marah sangat kat sesaorang yg lain, jin jin saka atau jin yg ada kat kita tu tak boleh kacau orang yg kita benci tu ke????? tentu dengan rela hati tanpa disuruh mereka akan kacau mereka, bola mereka berubat, jin dlm tubuh yg ganggu mereka akan kata kita yg hantar!!! walhal kita tak tau pun apa apa pasal tu!!!! t namanya sihir tak sengaja, jin kita kacau orang lain tanpa kita suruh!!!

PETUA MENGINGATI( TERUTAMA YG SEDANG BELAJAR)

PETUA MENGINGATI( TERUTAMA YG SEDANG BELAJAR)


1.  JAGA PANDANGAN MATA!!!
JANGAN PANDANG PUN MAKSIAT, LAGILAH MENGHAMPIRINYA! JANGAN OTAK DAN MATA INGAT CERITA TV (KOREA DLL  JEK!!!)

2.  MESTI ADA SIFAT TAMAK!!!
TAMAKKAN ILMU, JANGAN SAMPAI HILANG ILMU YG DAH DIJUMPAI!! CATAT SETIAP POINT ATAU DATA PENTING, MESTI ADA SENJATA UNTUK TANGKAP ILMU, TERUTAMA PEN/KERTAS!!!

3. SABAR DALAM MENUNTUT ILMU,
WALAU BANYAK HALANGAN DAN DUGAAN, TERUSKAN MENUNTUT ILMU

4. MESTI ADA MODAL!!! DUIT, MASA!!!
TAK DE ILMU YG FREE, MESTI ADA MODAL WALAUPUN SIKIT! JANGAN LOKEK DUIT UNTUK TIMBA ILMU

5. MESTI MENDAPAT BIMBINGAN GURU!!!
KENE HORMAT GURU! JANGAN SAMPAI MENYUSAHKAN GURU, JANGAN SAMPAI MENGGANGGU GURU!!! JANGAN SAMPAI MENYAKITKAN HATI GURU, SELALU DOAKAN GURU!!!

6.  LUANGKAN MASA SECUKUPNYA!!!
KALAU BELAJAR TU PERLU MASA 10 TAHUN, KENE TAHAN SAMPAI 10 TAHUN!!! KALAU PERLU 10 JAM, KENE TAHAN 10 JAM!!! JANGAN PONTENG, JANGAN NAK CEPAT, IKUT TEMPOH PEMBELAJARAN YG DITETAPKAN!!!

Khamis, 16 Oktober 2014

10 Makanan Yang Mencegah Arteri Tersumbat...Jangan Kita Ingat Kurus Tiada Kolestrol

1. Bawang putih

Sejak zaman purba bawang putih telah digunakan untuk merawat hati penyakit dan tekanan darah tinggi. Menurut kajian yang diterbitkan dalam perubatan pencegahan, bawang putih menghalang arteri koronari menjadi keras menjadi kapur yang berfungsi sebagai penanda bagi plak pembentukan.

2 Anggur

Anggur kaya dengan flavonoid, quercetin, dan resveratrol. Ini flavonoid telah didapati untuk mencegah pengoksidaan kolesterol buruk yang membawa kepada pembentukan plak pada dinding arteri. Mereka juga mengurangkan risiko membangunkan darah beku yang boleh membawa kepada serangan jantung.

3 Bayam

Bayam kaya dengan kalium dan folik asid, kedua-duanya bertindak sebagai pertahanan terhadap tekanan darah tinggi. bayam adalah juga kaya dengan lutein, karotenoid tumbuhan yang bukan sahaja melindungi daripada umur degenerasi makula berkaitan tetapi juga mencegah serangan jantung dengan menjaga arteri bebas daripada kolesterol membina.

4 Ikan

Kajian yang dijalankan oleh penyelidik di Southampton University mendapati bahawa Omega 3 minyak, hadir dalam ikan seperti tuna dan salmon, berhenti pengumpulan deposit lemak dalam arteri. Asid lemak mengelakkan pembekuan daripada membentuk dan kolesterol daripada menjadi teroksida.

5 Minyak zaitun

Kolesterol teroksida hanya mampu berpegang kepada arteri anda dinding dan bentuk plak. Lemak monotaktepu membentangkan di minyak zaitun apabila dicampur dengan molekul kolesterol tidak baik menjadi kurang mungkin teroksida.

6 Tomato

Menurut kajian yang dijalankan oleh penyelidik Korea, lycopene, sebatian yang terdapat di dalam tomato yang memberi mereka warna mereka, membantu dalam mencegah pengerasan arteri. Para penyelidik mendapati bahawa wanita yang lycopene tertinggi tahap dalam darah mereka mempunyai kekukuhan kurangnya dalam arteri mereka.

7 Delima

Jus delima bukan sahaja muncul untuk mencegah pengerasan arteri dengan mengurangkan kerosakan saluran darah, tetapi boleh juga menterbalikkan perkembangan penyakit ini. delima buah-buahan dan jus yang tinggi kandungan antioksidan, yang boleh membantu perjuangan pengerasan arteri.

8 Kiwi dan tembikai

Makanan ini kaya antioksidan berfungsi dengan mengurangkan LDL toksik kolesterol, yang dibentuk melalui proses berkarat dalam anda arteri. Mereka boleh membantu menghentikan karat di trek dan juga mencegahnya daripada merebak. Makan satu cawan tembikai atau satu kiwi setiap hari untuk unclog arteri anda.

9 Jus Cranberry

Jus ini strain lemak daripada arteri. Daripada harus lemak terkumpul di dalam saluran darah, jus ini meningkatkan anda keupayaan sel untuk menyerap lemak dan menggunakannya untuk pengeluaran tenaga. Minum tiga gelas jus ini setiap minggu untuk unclog arteri anda.

10 Oat

Terima kasih kepada gentian larut dalam oat, kolesterol tidak berdiri peluang. Serat ini melekat pada kolesterol dan membawa ia keluar dari sistem anda. Beberapa kajian mempunyai menunjukkan bahawa pemakanan hanya 1 1/2 hingga 2 1/2 cawan oat- dimasak bijirin bran setiap hari boleh menurunkan paras kolesterol sebanyak hampir 20%. 
Sedikit info


Kalau perut kita banyak sangat asid, lalu menyebabkan banyak penyakit yg disebabkan asid seperti gastrik ke, gaut ke, banyakkanlah makan makanan berakali pula, untuk menutralkannya,


ni contohnya

Isnin, 6 Oktober 2014

Penyelidik: Daun betik terbukti rawat denggi


Penggunaan daun betik sebagai rawatan alternatif bagi membantu meningkatkan platelet dalam darah, menunjukkan kesan positif dan terbukti berkesan membantu merawat demam denggi.

Sebelum ini beberapa institusi menjalankan kajian terhadap daun betik yang pada awalnya untuk melihat keberkesanannya dalam merawat beberapa jenis penyakit termasuk diabetes, namun ia dilihat lebih sesuai untuk merawat demam denggi.

Seorang penyelidik dari AIMST University Dr VS Kathiresan berkata pihaknya memulakan penyelidikan pada 2008 untuk melihat bagaimana daun betik dapat meningkatkan platelet dalam darah tikus.

"Kajian kami dalam ujian praklinikal menunjukkan dalam tempoh empat jam, bilangan platelet dalam darah setiap tikus meningkat tiga kali ganda. Daun betik mempunyai banyak enzim yang membantu meningkatkan platelet darah.

"Penyelidikan ini sebenarnya pernah disiarkan dalam 'The Middle European Journal of Medicine' pada 2009, dan hasil penyelidikan ini sebenarnya menjadi asas kepada mereka yang menjalankan kajian berkaitan," katanya kepada Bernama ketika ditemui di universiti itu dekat Sungai Petani.

Dr Kathiresan berkata walaupun kajian itu dilakukan lebih awal dan pernah dihebahkan menerusi media massa, namun tidak ramai yang berani mengamalkannya kerana belum lagi terbukti secara klinikal.

"Ia pernah disiarkan dalam akhbar The Star pada 31 Ogos 2011 dan mendapat liputan Bernama pada 2010, namun ramai yang beri reaksi negatif, tetapi bila Institut Penyelidikan Perubatan buat pendedahan, kita tahu yang ia tidak bahaya.

"Kajian awal yang kita jalankan tidak melibatkan masyarakat, namun ia kini terbukti secara klinikal. Selepas itu tidak ada susulan (selepas penyelidikan awal) sebab ujian praklinikal melibatkan tikus, tidak ada masalah, tetapi apabila ujian melibatkan manusia, terdapat peraturan tertentu yang perlu
dipatuhi,' katanya.

Dr Kathiresan berkata penggunaan daun betik untuk membantu merawat demam denggi adalah mudah kerana selain senang diperoleh, ia juga tidak perlu melalui proses yang rumit, sebaliknya boleh dimakan seperti ulam.

"Melalui ujian praklinikal, daun betik dikeringkan, dicarik kecil-kecil dan dikisar menjadi serbuk halus sebelum diuji ke atas tikus.

"Bagi manusia, kita boleh makan terus dan daun betik yang dimakan itu akan menunjukkan perbezaannya dalam tempoh empat jam. Bagaimanapun peningkatan platelet dalam darah boleh dilihat dalam tempoh sejam," katanya.

Dr Kathiresan berkata lebih 20 pesakit demam denggi pernah menghubunginya dan beliau menyarankan mereka supaya mengambil dua hingga tiga helai daun betik, dua kali sehari, untuk diamalkan dan ia tidak memberi kesan sampingan walaupun kepada kanak-kanak.

"Mereka menghubungi saya semula dan memaklumkan bahawa selepas makan selama tiga atau empat hari, mereka sudah sembuh. Bagi kes denggi, ia lebih sesuai untuk pesakit mengalami demam denggi peringkat awal.

"Perlu diingatkan, daun betik yang akan dimakan secara segar perlu dicuci getahnya sehingga bersih, dan daunnya pula tidak terlalu muda atau tidak terlalu tua," katanya.

Dr Kathiresan sudah melakukan lebih 30 penyelidikan, kebanyakannya melibatkan penggunaan bahan terbuang untuk dijadikan bahan berfaedah.

"Kami kini mengorak langkah untuk menguji dengan menyeluruh pohon, daun, kulit buah yang hijau dan kuning, batang serta akar betik. Kita akan lihat kesan semua bahagian ini, malah kita juga akan lihat dari segi variasi, buah tempatan dan buah dari negara lain," katanya.

- Bernama 

Rabu, 3 September 2014

"Kisah Nabi Idris a.s. Dengan Iblis"

Iblis adalah bahan bakar api neraka di akhirat sana nanti namun iblis akan cuba mengheret anak-anak Adam agar menjadi peneman iblis kelak.
Iblis akan datang menggoda dan menghasut anak Adam dalam semua peringka. Tetapi Iblis amat sukar untuk menggoda para rasul dan para nabi yang bersifat maksum dan sentiasa didalam pemeliharaan Allah SWT.
Iblis berusaha untuk menggoda Nabi Idris a.s. ternyata usaha-usahanya gagal kerana kedatangan Iblis sudah diketahui oleh Nabi Idris a.s. terlebih dahulu.
Pada suatu hari Nabi Idris a.s. didatangi seorang lelaki yang membawa sebiji telor. Ketika itu Nabi Idris a.s. sedang menjahit bajunya. Tanpa ucapan salam, lelaki itu terus menegur Nabi Idris, “Wahai Idris, bolehkah Tuhan kamu memasukkan dunia ke dalam telor yang sedang aku pegang ini?”
Dengan izin Allah SWT. Nabi Idris tahu dengan siapa dia sedang berhadapan. Lalu berkata Nabi Idris, “Datanglah dekat denganku dan tanyalah apa yang engkau hendak tanya.” Lelaki itu pun mendekati Nabi Idris yang masih sedang menjahit. “Bolehkah Tuhanmu memasukkan  dunia ke dalam telur ini?” Lelaki asing itu mengulangi pertanyaannya.
“Tuhanku boleh memasukkan dunia ke mana sahaja, jangankan ke dalam telur yang engkau pegang itu, bahkan Dia boleh masukkan dunia ke dalam lubang jarum yang aku pegang ini.”
kata Nabi Idris a.s.

Kemudian dengan pantas sekali baginda bingkas mencucuk mata lelaki itu dengan jarum yang ada di tangannya. Terperanjat lelaki asing itu dan dia tidak sempat berbuat apa-apa. Kelam-kabut dia melarikan diri meninggalkan Nabi Idris a.s. yang telah membutakan matanya. Lelaki yang menganggu Nabi Idris a.s adalah Iblis laknatullah.

DOSA MEMBUNUH

MEMBUNUH MANUSIA.....TANPA SEBAB... BERDOSA MEMBUNUH ORANG ISLAM TANPA SEBAB...DENGAN SENGAJA PULAK TU... BALASANYA KEKAL DI NERAKA KAL...