Selasa, 11 Oktober 2016

download zikir

gi sini
sesiapa nak MP3 zikir download sini : 



http://www.mediafire.com/?6otvepamultvvoe

Rabu, 21 September 2016

MUKHLISIN= ORANG ORANG YANG IKHLAS


firman Allah:

"Sesungguhnya engkau(iblis) tidak akan mampu menewaskan orang orang yang ikhlas(mukhlisin)"


SIAPAKAH SI MUKHLIS?

pada aku.....Mukhlisin iaitu orang orang yang ikhlas dalam setiap ibadahnya, setiap pekerjaan nya, setiap perbuatannya hanya dan semata mata kerana Allah.

Setiap tarikan dan hembusan nafasnya serta denyutan jantung hanya ingatan yg tak putus pada Allah.. setiap saat dan waktu......


So... mengapakah iblis dan konco konconya tak dapat menewaskan orang seperti ini??? apa rahsianya???



Jawapannya ialah setiap zikir orang seperti ini akan menghasilkan cahaya illahi(Allah).... setiap sebutan nama nama Allah akan menerbitkan cahaya Allah... jadilah dirinya yg dah sebati dengan zikrullah ini terus terusan diterangi cahaya Allah dari zikirnya sendiri.... sehingga iblis pon tak mampu memandangnya inikan pula mengalahkannya.... inikan konco konco iblis yg rendah tahapnya...


Putih berkilau cahaya menaungi si mukhlis ini dari pandangan ghaib terutama golongan jin dan malaikat.....


Isnin, 29 Ogos 2016

IBLIS.......... SATU KAH???

Iblis berkata: "Berilah tempoh kepadaku hingga hari mereka dibangkitkan (hari Kiamat)".Al A'raf 14

Iblis berkata: "Berilah tempoh kepadaku hingga hari mereka dibangkitkan (hari Kiamat)".As Syu'ara 95

Setelah diketahui demikian maka tidaklah patut disamakan Allah Tuhan yang berkuasa mengawas tiap-tiap diri dan mengetahui akan apa yang telah diusahakan oleh diri-diri itu, (dengan makhluk yang tidak bersifat demikian). Dalam pada itu, mereka yang kafir telah menjadikan beberapa makhluk sebagai sekutu bagi Allah. Katakanlah (wahai Muhammad): Namakanlah kamu akan mereka (yang kamu sembah itu). Atau adakah kamu hendak memberi tahu kepada Allah akan apa yang tidak diketahuiNya di bumi? Atau adakah kamu menamakannya dengan kata-kata yang lahir (sedang pada hakikatnya tidak demikian)? Bahkan sebenarnya telah diperhiaskan oleh Iblis bagi orang-orang yang kafir itu akan kekufuran dan tipu daya mereka (terhadap Islam) dan mereka pula disekat oleh hawa nafsu mereka daripada menurut jalan yang benar dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan oleh Allah (dengan pilihannya yang salah) maka tidak ada sesiapapun yang dapat memberi hidayat petunjuk kepadanya.Ar Raad 33

Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam; lalu mereka sujud melainkan iblis; dia adalah dari golongan jin, lalu dia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. Oleh itu, patutkah kamu hendak menjadikan iblis dan keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripadaku? Sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. Amatlah buruknya bagi orang-orang yang zalim: Pengganti yang mereka pilih itu.Al Kahf 50


Daripada ayat ayat di atas menunjukkan iblis memohon tangguh, berapa iblis yg mohon tangguh??? jawabnya tentulah seekor

siapa yg diberi tangguh??? tentunya yg minta tangguh iaitu yg seekor itu

Adakah dia ada keturunan???  tentulah ada... Al Kahf 50 tu dah beritau..... soalnya siapakah keturunan iblis????? jawabnya tentulah iblis juga.... sebab iblis tu satu golongan jin... al Kahf 50 dah beritau.... kerana apa jawabnya begitu???

Jawabnya ada dalam ayat Ar Raad 33 tu....Allah beritau tiap orang orang kafir dihiaskan oleh iblis akan kekufuran dan tipudaya mereka.... kenapa ramai??? kerana orang kafir tu pun ramai....iblis tentulah ramai untuk hiasi kekufuran kat tiap orang kafir tu. Kalau iblis seekor... tak lah Allah kata iblis dalam ayat tu....Allah akan sebut syaitan atau lainnya... tapi dlm kes ni Allah secara jelas kata iblis yg hiasi kekufuran kat  orang orang kafir tu, bukan jin jin dari golongan lain.



Bila aku kata aku biasa bunuh iblis... tentu ada yg tak percaya sebab jangkaan memasing bahara iblis tu seekor dan diberi tangguh pulak tu.....

Kalau iblis tu seekor... memang la aku x leh bunuh... sebab memang yg seekor tu aku pun tak boleh bunuh.....


Tapi iblis ada keturunan... keturunannya pon iblis juga sebab iblis tu nama satu golongan jin, bukan nama individu.... dan golongan jin ada banyak lagi...

ifrit tu pon satu golongan jin, bukan nama seekor jin. tapi ifrit ni tahap rendah la.... no hal punya nak bunuh dia.



Rabu, 4 Mei 2016

MEMBUNUH IBLIS

Ramai yg kata iblis tak boleh dibunuh
Pembunuh jin pula kata... iblis boleh je dibunuh
Perawat pula rata ratanya pun kata...yg iblis tak boleh dibunuh

mana satu betul????


Jawapannya dua dua jawapan betul

Memang iblis yg minta tangguh dengan Allah tu, Allah dah beri tangguh untuknya sesatkan manusia selagi masih ada manusia didunia tak boleh mati dibunuh... sebab Allah tak izinkan dan Allah memang x bagi pembunuh jin bunuh dia... so jawapannya betul la iblis seekor tu yg tak boleh dibunuh.


Abis yg pembunuh jin kata boleh dibunuh pulak kenapa???

Jawapannya betul juga

Yg diberi tangguh tu sekor tu jer..... abis keturunan iblis kan iblis juga... iblis tu kan dari golongan jin, satu golongan la.... keturunan iblis pun dipanggil iblis juga. yg keturunan iblis ni la yg boleh dibunuh.

Macam ifrit... ifrit tu golongan jin juga.... bukan seekor... semua ifrit kita panggil ifrit, kita tak la panggil abdul wahub ke, abdul wahid ke, abdul wahab ke... penjaga harta sidek sigaraga... hahaha... sebab ifrit tu satu golongan jin juga... kalau dia islam baru tak panggil ifrit tapi panggil jin islam... moleh la sikit

Iblis tak de yg islam dah....

Bunuh ifrit tu kira susah la juga banding bunuh hantu hantu... tapi bunuh iblis lagi la susah...7x susah banding bunuh ifrit..... tapi masih mudah la jugak banding bunuh lipas...bunuh nyamuk... bunuh lalat... susah maa... lagi la yg lalat jenis terbang laju tu... hahaha



ada bangkangan???

atau nak kata iblis tu bukan golongan jin tapi individu jin????
atau nak kata yg iblis tu tak de keturunan??? yg namanya iblis jugak??
atau nak kata yg keturunan iblis tak dipanggil iblis, tapi dipanggil syaitan????

Syaitan tu maknanya jahat, jin dan manusia yg jahat dipanggil syaitan... tapi Allah bahasakan syaitan banyak banyak dalam quran tu merujuk pada jin jin yg jahat jer, perkataan syaitan tu Allah tak tuju kat manusia yg jahat... sebab manusia yg jahat banyak gelarannya bergantung apa kejahatan yg dilakukannya.

So.... syaitan bukan nama makhluk bernyawa, tapi sifat kejahatan pada makhluk bernyawa jin dan manusia.


Pernah kene ganggu iblis????

Rata ratanya tak pernah la... bukan standard iblis nak kacau orang macam kita... iblis akan cari dan tuju kat orang yg tinggi iman dan takwanya untuk sesatkan... tahap kita kita ni... hantu hantu kacau pun dah tewas.... hahaha

Tu yg ada perawat handal.... dengan hanturaya pun takut.... walhal tu kira jin tahap bawahan sangat.... maknanya tak handal la


jauh lagi dari handal tu


hahahaha







Selasa, 3 Mei 2016

CAJ RAWATAN

Kebelakangan ini banyak sangat komen dalam alam siber ni bab caj rawatan pusar perobatan islam dan alternatif lainnya

Pesakit rata ratanya tak puashati akan caj yang dikenekan

mahal sangat
tak masuk akal
caj dulu, kene bayar dulu... sembuhnya tak juga
kalau boleh dak caj macam dulu dulu 25sen ke apa... haha
ada yg caj beribu ribu... boleh bayar ansur ansur.... berubat jer terus kene bayar.... tak kira sembuh atau tak... banyak sangat alasan perawat

Sebenarnya boleh tak caj rawatan dikenakan pada pesakit ????

Jawabnya boleh!!!


kenapa???

zaman nabi, sahabatnya jampi fatihah pada ketua kampung kafir yg kene sengatan kala jengking... caj 1 ekor kambing... setuju baru rawat.... dah sembuh baru bayar!!!

Satu kes lain... sorang pompuan bawa anak yg kene sakit gangguan syaitan... jumpa nabi.... minta nabi doakan... nabi cuma hembus pada mulut budak tu dan suruh jin tu keluar... nabi x mintak upah... lepas 3 hari..pompuan tu jumpa nabi ditempat yg sama... bawa 3 ekor kambing... agaknya nilai sekarang berapa??? kalau seekor RM900... jumlahnya rm2700 tuuu

Tapi nabi ambil seekor jer, yg dua ekor nabi pulangkan... SETELAH budak tu sembuh.... pompuan tu bagi selepas anaknya sembuh!!!!!!!


So????????


Apa salahnya caj rawatan???

Sebenarnya banyak salahnya!!!! perawat sekarang buat tak ikut nabi buat!!!!

pertama nilainya mungkin jauh lebih murah dari nilai seekor kambing tu
kedua... tak beritau upah yg nak dikenekan...dah rawat baru beritau apa yg kene bayar
ketiga... ambil upah dulu sebelum pesakit sembuh
keempat....pesakit yg sembuh lari tak bayar perawat.... ade ke??? hahaha


Agak agakla nak caj... pastikan pesakit dah sembuh baru ambil upah....pesakit pulak... kalau rawat handphone yg kene sakit sanggup bayar ratus ratus kat kedai repair handphone... ni sendiri sakit nak direpair pun kedekut?????

diri dah direpair... dah baik tu..... bagilah tukang repair tu... nilai kesihatan tu tak terkira banding repair handphone tau!!!! hahaha