Ahad, 28 Oktober 2012

DEWA DI SEKOLAH???

Minggu lepas, 24/10/2012 aku ada merawat sorang pelajar UITM yg kerasukan di kampusnya la, tapi tu rawatan kali kedua dirumah aku, sebab se hari sebelumnya dia dah aku rawat jugak iaitu 23/10 tapi dah beritau keluarganya, jin ditubuh budak tu(dewa) masih terlalu banyak.... tak leh habis dengan sekali rawatan.... ye la tubuh budak tu dah jadi macam sarang anai anai gitu, pennuh disetiap pelusuk dengan dewa dewa tu... huhu

Ceritanya simpoi jek, dia kerasukkan semasa menjalani latihan alatan muzik di kampusnya, terus sepanjang malam meracau tak pulih, dipanggil ustaz setempat pun tak setel, lalu dipanggil lah ibubapanya, setelah hadir disuruh bawa balik kerumah.... dan kebetulan rumahnya tak jauh dari dumah aku, dlm lingkungan 2 km jek.... dan kebetulan pakciknya tu kawan aku, kawan pun sebab benda mistik, hehe..... so dirujuknya la kes ni kat aku... hehe

yg kali pertama tu, Sampai jek dirumah aku dia dah semacam dah, tubuhnya terus lembek, tak mampu berdiri langsung, nak keluar dari kereta pun tak mampu, so terpaksa di angkat beramai ramai oleh ahli keluarganya untuk naik rumah usang aku, ialah rumah lama, rumah papan, tentulah ada tangga kan... hehe... Alhamdulillah ada gak rumah, pun lum abis bayar hehe....

Walaupun budak tu lembek, sakit seluruh tubuh dengan kesakitan yg tersangat,  dia ngadu la, bukan aku dapat rasapun sakit dia tu tanggung macamana, hehe, tapi budak tu tetap sedar.... sakit utama sebelah kanan, kaki dan tangan terlalu sakit....  so aku zasst jek la kaki dan tangan tu, tersentak sentak budak tu kene zasst....sebab ada jin la, kalau tak de jin, rasa pun tidak kene zasst aku tu.. hehe

Zasst punya zasst, sakit tu pindah pindah, aku kata bukan pindah, tempat yg sakit tu pun adalah sarang jin... dan aku kata lagi jin jin tu bukan baru masuk dari kampus tu, jin dah lama bermastautin, lama sangat, kataku... so, depa pun macam tak percaya la, sebab anak tu tak la pernah kerasukan atau sakit misteri selama ni, cuma baru kali pertama tu dia kene, pun kat kampus, mana mungkin jin dah lama.... depa kata la ji tu kat bilik alatan muzik dikampus dan bla bla bla.... aku kata tak! ni jin jin lama! dewa dewa jek.... jumlahnya amboi...... tak terkira.... disetiap pelusuk penuh dengan dia jek.....

Aku pun kata pedulilah nak percaya ke tidak.... nak kata saka bukan saka, tapi dewa dari mana??? so aku pun tanya tanyalah.... apakah sebelum tu dia pernah ngadu sakit ke apa, depa kata ada juga, iaitu sakit bahu dan kepala jek, kerap.......


zasst punya zasst, akhirnya dia sedar dan agak segar, boleh bangun dan berjalan sendiri, aku kata.... tu belum baik tu, badannya tu masih banyakkkkkkkkkkkk lagi dewa dewa..... aku kata, entah dewa dari mana.... so aku tanya, sebelum masuk u, dia sekolah mana? depa kata Sek Convent! alamakkkkkk!!!! sekolah mat salleh.... dari darjah satu sampai tingkatan 5 tu....... patutpun dewa tu dah bersarang sebegitu banyak......


Ok, selepas dah macam pulih tu, aku pesan la, zikir banyak banyak, dan buatla sesuatu untuk melemahkan dewa yg tinggal tu, datang lagi bila senang....


So dlm kul 5.30, 24/10/2012 tu, pakciknya sudah call sama aku, kata budak tu sudah transform jadi jin.... so dia nak datang rumah, tapi masa tu aku tengah kat luar mengeteh dengan kekawan, lagipun dah petang, so aku suruh datang malam jek lepas maghrib, kebetulan mlm tu ada pesakit lain yg dah buat janji temu...

Bila sampai pun dah bukan budak tu dah, dah dirasuk, tapi kali nih rasukannya lagi kuat, sebab dah 100 dikuasai jin tu, sedangkan semalamnya dia sedar cuma perbualan dan percakapan dikuasai...., ni yg aku suka, aksi menarik yg agak agresif, tapi ala, takat dewa dewa, manalah kuat pun, baru nak berlawan aku zasst, tombang, gitu jek la beratus kali, pun tak habis habis..... sebab??? sebab aku dah pesan semalam untuk buat sesuatu, tapi dia tak buat! ibubapanya pun tak nak paksa sebab dia macam demam untuk buat perkara yg aku suruh tu......nak buat camno... kene semis jek la dengan aku!

Bila dah lebih sejam mengezasst sorang sorang pun tak habis habis, ialah dewa tu terlalu banyak dah bersarang ditubuh.....aku katalah, nak kene mandikan la ni, so adiknya balikla kerumahnya ambilkan pakaian salinan....

Sambil menunggu tu aku teruskan kerja mengezasst sikit sikit sebab dah penat... hehe dan aku beritau, dewa tu masuk sebab salah hantar anak tu ke sekolah!!!! aku kata tak leh hantar anak melayu islam ke sekolah aliran mat salleh yg terang terang namanya spt St Joseph, atau  Convent, sebab dah banyak kes yg aku rawat bekas pelajar sekolah tu, pasti ada dewa dari sekolah tu yg berada ditubuh mereka, tujuannya nak mengkafirkan atau nak memurtadkan, pesongkan hati dia untuk menerima kristian....Yg banyak ditubuh ni pun sama, nak meng kristiankan dia!!! dan kebetulan budak tu masih dirasuk dewa tu, aku tanya betul tak? dewa tu mengangguk angguk!!!

So aku nak ringkaskan ngubat, lalu mandikan lah budak tu, budak pompuan tapi dibantu sepenuhnya oleh bapak dia dan abang dia sebab melawan yg ganas, ialah jin nak kene bunuh, tentulah melawan kan....tapi bukan mandi bogel pun... hehe, dengan pakaian yg dia pakai tu aku jirus jek.... agak lama pun tak habis habis, meronta ronta, menangis nangis meraung raung, merayu rayu....syahdu..... tapi aku kan hantu yg tanpa belas, selagi tak habis aku tak henti!!! dan sambil tu aku mengezasst... termuntah muntah dia...

Mula mula muntah sikit, muntahnya tu nak disiram pun dewa tu tak kasi, dia sayang sangat kat muntah tu, geli betul, aku zasst lagi dan muntah lagi, siram, dan aku zasst lagi dan lagi muntah lagi, menangis dewa tu tengok muntah tu dibersihkan!!!! dan aku picit bahu budak tu... dia meraung kesakitan, lalu aku mandikan lagi, tak lama terus sedar, lembik!!! hehe

Dah sedar tu aku kata kat bapak dia, tu air, bilas, lepas tu tukar pakaian kering.... setelllll

Dah setel tu, budak tu beritau, dia sedar cuma masa aku picit bahu tu, yg lainnya dia tak tau apa... dan dia ngadu belakang dia sakit, mintak aku urut, aku malas, aku suruh dia minta mak dia urut sendiri... hehe

aku kata badan tu sarangnya jin penuh, lum terbakar sangat tadi tu, ko kene bakar sendiri, zikir banyak banyak sentiasa...... dan selesai............

Rabu, 26 September 2012

DICINTAI HANTU LAUT miang

Dah lama tak mengarang cerita... bukan tak de kes, banyak sangat kes menarik, tapi saja tak tulis kat sini...

Ok, ni satu, kejadian ni baru, malam tadi(26/9/2012) kali kedua pesakit tu menghadirkan diri ngadap aku... kikiki

Kali pertama dia datang pada 24/9/2012, datang tu sebab mengadu pehanya dibahagian belakang sakit sangat, nak gerak sakit, nak duduk sakit dan semua sakit, dah 2 minggu dia sakit, dalam masa tu dah 6 perawat dia berubat tapi masih gitu juga....

Aku ingat kes biasa biasalah, macam kes sebab urat jek... tapi bila aku bagi current, terus kerasukan....

Suka la aku, sebab jin tu nak bersembang... kikiki( sebenarnya jin jin tu banyak, semua hantu laut, perbualan ini pun tak teratur dan aku rangkum jek, sebab sembang bunuh tukar, sembang bunuh bunuh tukar..., sembang bunuh bunuh lagi dan lagi banyak sangat kali)

antara dialog:

Kenapa masuk tubuh ni.... jin tu kata, aku suka kat laki dia, cik M..... aku tanya lagi, kalau suka kat laki dia, napa masuk tubuh bini dia? jin tu kata entah... saja saja...

Kenapa ko suka cik M tu? jin tu kata dia hensem, aku tanya balik, mana hensem, aku ke cik m? dia kata cik M la, ko hodoh! aku nak tengok pun tak leh! hehe... jin tu  memang tak pandang aku langsung....pasal hodoh sangat kot... kikiki

Aku kata lagi, abis, kenapa orang ni datang rumah aku ko tak lari dulu... dia kata entah, tadi dah bisik jangan datang pun orang ni degil datang jugak!

Aku nak kawen dengan laki dia, aku cantik, ko nampak tak aku cantik? aku kata, cantik ke? selekeh jek, hanyir, lembek.... dia kata tak, aku cantik... rambut panjang, mika licin, putih kuning kulit aku.... aku kata weekkkkk, tu ko menyamar, tengok la rupa asli ko...

Dan banyak lagi aksi, bual bual dan macam macam, tapi semuanya pasal semua hantu laut tu nakkan laki dia... jatuh cinta la konon... hehehe

Nak tau kenapa jin dari jenis hantu laut tu mangacau dia????

Laki dia tu kerja imegresen, kekadang masuk laut, tapi dia jenis penakut dengan laut, so setiap kali nak naik bot, dia pun bacalah apa apa ayat untuk keselamatan dia kat laut tu.... so hantu hantu tu terpanggil la untuk tolong bagi keselamatan kat dia....

Dan antara jin jin tu beritau, yg sakit tubuh tu dia makan le, sedap daging dia, sedap darah dia....paling banyak duduk kat peha tu la... kat pinggang, kat perut.... banyak makanan...

dan yg malam tadi, banyak yang baru masuk, sebab yg hari pertama tu dah clear semuanya.... yg malam tadi datangnya dari kawan kawan dia, dari yg duduk dalam badan suami dia, dari tepi jalan dsb... tapi rata rata jenis hantu hantu yg tujuannya nak makanan... darah dia le

Yang terakhir tu jin islam, lama dah dalam badan, malam pertama tu dia tak de sebab dah lari dulu.... pandai berlakun seolah olah seperti tuan punya badan, baca quran, selawat dan macam macam.... sebijik macam tuan badan, kalau tak perasan pasti tertipu..... aku main mainkan jek... dah suruh baca baca tu aku bagi current.... kepanasan... hehehe, kalau manusia mana boleh kepanasan, bukan current letrik pun.... 

Akhirnya baru mengaku siapa dia, lepas tu merayu aku agar aku lepaskan.... aku nak dirayu selepas dia menipu cam tu?????? bukankah aku ni hantu yg tak de belas kesian dengan hantu hantu yang lain... dia menangis, merayu agar ku lepaskan... aku suruh mengucap dan aku kata ko dah lama sangat mengacau dia, lebih 20 tahun... takkan ko nak menipu lagi kali yg entah keberapa.... lalu dia mengucap, dan zasstttttt... pengsan... sedar sepenuhnya

Hang hadir bersamanya, suami, anak dan menantu terpegun sebab aku tak belas kesian dengan jin yg merayu.... hehehe.... itulah aku, hantu yg brutalllllllllll

Selasa, 25 September 2012

PERUBATAN ISLAM PERLU BERDAFTAR


PERUBATAN ISLAM PERLU BERDAFTAR

Tajuk ni aku baca metro 25/9/2012. Kementrian Kesihatan akan menubuhkan satu majlis khas yang bertujuan untuk mendaftarkan semua pengamal perubatan samada islam, tradisional Melayu, cina dan india.

Aku menyokong penuh akan penubuhan majlis ini, Cuma aku agak bimbang sekiranya pendaftaran ini ada tujuan lain yang lebih dalam iaitu untuk mengambil kesempatan pula terutama akan mewajibkan semua pengamal itu menghadirkan diri untuk berkursus yg berbayar seperti badan badan professional yang  lain yang memerlukan pula mata CPD untuk tujuan pembaharuan, dan mungkin juga pengamal perlu membayar kos untuk pendaftaran tersebut, atau mungkin juga pengamal perubatan ini akan dikenakan pula kemudiannya mendaftar sebagai peniaga dengan suruhanjaya syarikat Malaysia, lembaga hasil dalam negeri, jabatan kastam dll yang tentunya tujuan sebenar ialah untuk mencukai mereka.

Jika itulah tujuan sebenarnya, bagaimana pula pengamal perubatan yang buat kerja ini secara sukarela, ikhlas, secara sambilan atau hanya sekadar ingin berbakti kepada insan yang dianiayai?

Tetapi jika tujuannya hanyalah untuk menjadi badan pengawal akan segala aktiviti perawatan alternative ini agar kesemua pesakit tidak ditindas atau ditipu sewenang wenangnya oleh perawat yang menjadi syaitan manusia, tak kira untuk kepuasan dan keuntungan dunia seperti kewangan, nafsu serakah dan apapun bentuk penindasan, ianya sangat sangat baik dan sangat digalakkan.

Sepertimana bidang kedoktoran yg pelbagai seperti mata, hidung, mulut, canser, kulit, gigi, mental, tulang, jantung, buahpinggang, sakit puan, sakit tuan, saraf, bius, farmasi dan banyak lagi, bidang alternative Melayu dan islam itu sendiri terbahagi kepada banyak bidang, contohnya urut, tulang, ahmar, sawan, buah pinggang, barah, santau, sihir, saka, gangguan jin dan hysteria, jodoh, rumahtangga, anak anak, hartabenda, perniagaan, pukau dan lain lain. Setiap pecahan ini memerlukan pemantauan yang berlainan kerana sebab utamanya bidang yang dipakari adalah berlainan sama sekali.

Persoalannya siapa yang layak memantau? Adakah kementrian  atau jakim atau majlis yang ditubuhkan mempunyai kepakaran? Tentunya tiada bukan! Malah untuk merobohkan kuil hindu haram ditepi jalan pun ramai pegawai majlis agama tak berani buat, terutama takut gangguan jin mengganggu keluarganya. Apakan pula untuk mengawal selia kepelbagaian ilmu dan kepakaran perawat tradisional dan islam ini yang tentunya tak lari dengan dampingan jin jin….

Walau apapun, aku amat berharap majlis ini dapat ditubuhkan dengan seberapa segera, kerana terlalu banyak kes kes  penganiayaan pada pesakit telah berlaku.

Garis garis pedoman… hehe
Tingkahlaku perawat
Keupayaan dan tahap keilmuan perawat
Apa yang digunakan perawat
Kreteria perawat
Apa batasan caj pada pesakit
Hukuman pada perawat engkar
Atau apa lagi?????????



Selasa, 4 September 2012

Jom, bunuh syaitan(jin jahat)

Dari Abu Said al-Khudri r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:Sesungguhnya di Madinah terdapat sekelompok jin yang telah Islam. Maka sesiapa yang telah melihat jin-jin ini, beri izinlah dia tinggal selama tiga hari. Jika sesudah tiga hari telah diperingatkan supaya pergi, tetapi dia masih kelihatan, bunuhlah. Kerana itu adalah syaitan.



Jom bunuh lah syaitan yg berada dirumah kita, didalam diri kita dan ahli keluarga kita.....

PUSAT RAWATAN ISLAM : JOHOR

Sekarang banyak betul premis pusat rawatan islam tumbuh di Johor bahru nih... hebatttt

Bagus lah, lagi banyak lagi bagus, moga yg sakit dapat disembuhkan


Tapi, diharap janganlah hanya beroperasi hanya kerana dunia(RM RM RM) tapi untuk akhirat juga (IKHLAS)... dan pastikan perawat benar benar layak digelar perawat, bukan hanya takat hafal ayat ayat ruqyah lantas terus buka pusat rawatan.... tak jalan punya, kesian pesakit


Perawat kene pastikan dirinya memang selayaknya digelar perawat, maksudnya memang dah mampu merawat, seperti tahap doktor, bukan hanya sebagai jururawat... hehehe


Kebergantungan pula bukan pada ayat, tapi pada tuan punya ayat(Allah), kalau takat bergantung pada ayat, jangan harap le pesakit tu leh sembuh, kecuali le nakkan pesakit datang berulangkali untuk dikenakan bayaran.... cuba pastikan pesakit terutama yg gangguannya ringan, dapat dirawat sekali dua terus sembuh

Ahad, 2 September 2012

Shawal

Aku ingat Shawal nih nak rilek, malam raya kedua pun dah ada kes

Tapi tu la, ceritanya macam kes berat sangat, berbelas tahun sakit, sering kene rasuk, ada kala halau tetamu kata ada tetamu lain nak hadir, tapi dia sendiri yg tukar bagi putih sedondon, mengaku jadi puteri itu ini..... katanya dah merata juga berubat, manjang kene rasukan yg teruk masa berubat.... yg terakhir dia gi pusat rawatan islam di bangi tu, seminggu sebelum ramadhan, ada rasukan.... so aku ingat kes bestttt, ada aksi...

Tapi bila hadir malam tuh.... apa aksi pun tak de.... takat dada berdebar dan panas panas tubuh jek.... hantu yg dalam tubuh tak berani langsung nak fight dengan aku.... geli jek hantu tuuuuu...

Oleh kerana tak de fight, aku zasst jek semua yg dalam tubuh tu, kebanyakannya hantu hantu, ada sikit je bunian.....saka jek, bukan orang hantar pun sepertimana yg di beritau sebelum tu.... dah manusia nih asik berburuk sangka sesama manusia hasil tipudaya jin jin saka tu...

Patutnya dah lama setel, sebab jin tahap rendah jek, pun takat berapa puluh ekor aje....

Dan selepas aku balik kerumah sendiri, tiap hari nak beraya pun tak leh, ada jek kes.... hehe... apa leh buat, dah jadi  tumpuan orang kan.... nak lari ke sungai pun tak sempat


Tapi tu lah, rata rata sakitnya sebab hantu hantu sempoi, kecik kecik.... yg peliknya dah berubat merata Malaysia.... kenapalah perawat sebelum ni tak bunuh jek saka saka tu semua, kalau dibunuh kan senang, tak le mereka merayau merata cari penawar..... ni setakat halau, keluar dari pusat rawatan, berdesup semua yg dikeluarkan perawat tu masuk balik....... kesian pesakit terus terusan sakit.....

Rabu, 15 Ogos 2012

LEGA

Ramadhan ni aku rasa lega sangat, sebab tak ramai yg mintak dirawatttt.... hehe.... yahooooooo


Dan ini juga petanda pesakit yg pernah datang dah sihat sepenuhnya, ataupun terus tak percayakan aku! kikiki..... ye bagussssssss hehe...

Bagaimanapun ada yg nak buat temujanji ketika shawal.... sorry, aku nak rilex, balik kampung..... mancing, jalan jalan.... nanti kalau aku dah jemu berjalan, boleh le yg nak berubat tu datang... kalau nak datang le, kalau tak nak datang lagi bagus... tak taulah, macam dah malasssssss gituuuuuuu... dah jemu, setan pun  dah jemu jumpa aku... agaknya la... hehehe

Ahad, 10 Jun 2012

ANGIN DITUBUH


ANGIN DALAM TUBUH(salur darah)

Kali ni tak nak cerita pasal mistik sangatlah, pasal sakit yg sebab angin ditubuh jek, iaitu yg menyebabkan saluran darah sumbat iaitu salur darah yg halus halus, bukan yg pembuluh darah tu…

Dalam tubuh manusia ni, mesti ada angin, kalau tak de angin, macamana sel darah tu nak beroperasi, kan kerja sel darah bawa dan hantar oksigen kegenap tubuh kita, oksigen tu dari udara kan, angin la tu… tapi kan, dalam tubuh kita ni, ada juga angin yg menyakitkan, yg berpusing didalam tubuh, kalau dia tersekat dan berkumpul kat sesuatu tempat, tempat tu akan rasa sakit, lenguh lenguh  atau macam kebas gitue… ada juga kalanya atau bagi orang tertentu, angin tu sampai merosakkan sendi akibat terhenti di sendi sendi… akibatnya asid asid berlebihan ditubuh pun tersekat kat situ, nama asid tu asid uric… kira senang kata bahasa melayunya sakit gaut lah… puncanya angin…. Kemudian asid uric tu terkumpul lalu orang tu akan rasa kesakitan yg amat sangat kat tempat tu….. yg kalau lama lama dibiarkan, boleh keras timbul macam tulang pulak…  Kalau kita ada rasa rasa nak kene tu, katalah sendi sendi tu ada yg sakit sakit sikit, jangan biarkan, cepat cepat pecahkan angin yg menyumbat tu secara ketuk tempat tu dengan apa saja benda yg lembut…. Yg agak boleh pecahkan angin tu la..

Kebanyakkan angin ditubuh ada diperut, yg menyebabkan kita mual,tak lalu makan, atau senak diperut.  Banyak juga angin ni merata ditubuh, yg menyebabkan sakit dan sengal, terutama kat bahagian bahu, bahagian belakang leher dan belakang telinga. Ada juga yg menyebabkan sakit kaki la, sakit paha la, sakit lutut la, sakit tangan dan jari jemari….. Agak agak sakit jantung, sakit semput @ asma, sakit paru paru tu semua ada kaitan dengan angin tak????? Jawabnya ada, malah kebanyakkannya memang sebab angin disalur darah, disertai pulak kolestrol atau lemak… sumbat salur darah tu, maka darah beroksigen tak kan sampai keorgan dalaman tu, lalu macamana organ tu nak beroperasi dengan sempurna???? Kalau dah tak operasi dengan sempurna organ tu… tu yg sakit tu dating…eh silap, sakit tu datang!!! Hehehe

Satu lagi, agak agak angin tu tersumbat ada kaitan dengan jin tak???? Jawabnya kebanyakkannya tak de, tapi ada juga yg jin penyebabnya, terutama kalau sakit tu kat bahagian bahu dan tengkuk. Haaaa, tau ko takutttttt, ko ada   sakit tengkuk kan!!!!!! Ada jinn dalam tengkuk tu bergayut!!!!! Hehehe…. Tak semestinya la… hehehe

Mighrin pun punca angin yg block darah beroksigen kat tengkuk dari sampai kekepala, tu yg bedal ubat pun mighrin tu tak hilang, hilang kejap,  nanti ada lagi, gitu la ulangkali… kan kan kan….

Abis, kalau dah kene sakit macam nih nak buat macamana????? Hehe, yg utama gi doctor dulu, jangan jumpa bomoh atau perawat… kang tak pasal pasal, sakit sikit bertambah tambah sakit, ada topup sakit akibat  jin dari bomoh atau perawat  pulak….

Ok, kalau doctor bagi ubat pun tak pulih pulih, siap kata tak de sakit, barulah jumpa perawat Alternatif… untuk memastikan sakit tu hanya akibat angina je ke atau ada kene mengena dengan jin. Kalau ada kene mengena dengan jin, minta perawat tu bunuh jin jin tu, kalau dia tak tau bunuh, minta dia pastikan jin tu kekal tak kacau lagi tak kiralah dia pindahkan ke lain kea tau dia kurung kat mana mana kea tau dia masukkan dalam botol… kalau yg ni pun dia tak reti, baik cari perawat lain…. Membazir tenaga je kalau takat halau halau ni…

Ok katalah jin tu dah habis, sakit masih ada juga, barulah cari tukang urut untuk pecahkan angin tu atau pulihkan perjalanan darah tu… tapi kene tengok jugak, sapa tukang urut tu, kalau dia dapat ilmu mengurut dari keturunan tak kira dapat sendiri atau mak bapak turunkan, biasanya ada dampingan jin… pastikan tukang urut tu ada belajar arah aliran darah(blood circulation) untuk memastikan darah tu digerakkan ikut jalannya sendiri… yg akhirnya menuju ke paru paru untuk tujuan pengoksidanan lalu kearah jantung untuk dipam semula keseluruh tubuh.

Biasanya kalau dah buat urutan ni, sakit kepala @ mighrin tu, sakit bahu, sakit tumit dan lain lain akan berkurang masa tu juga… tapi kalau sakit pinggang, tempoh berkurang agak lama biasanya dalam 3 hari tak perasan tau tau sakit tu dah ilang…

Satu lagi, kalau sakit sebab angin angin ni, ada zikir zikir yg kalau diamalkan dan dijadikan zikir harian auto memecahkan angin ni… tapi zikit ni tak sama atau sesuai pada setiap orang, iaitu lain orang, lain zikir yg sesuai dengan tubuhnya untuk auto pemecahan angin ni… tapi zikir kalau bertujuan nak hilangkan angin ditubuh ni, jarang sangat dapat ikhlas dan diterima Allah, iaitu kita auto juga terniat bllah tapi berzikir sebab nak pulih sakit tubuh tu, kan kan kan…. So nak selamat, kalau dah dipastikan katalah zikir pada sesaorang tu yg sesuai katalah jumlah minimum 2000x setiap hari, so dia kenelah zikir tu 2 x jumlah tu atau lebih lagi demi untuk memuji Allah dan mengingati Allah, barulah ada sedikit yg boleh sampai pada Allah…


Ok… ni baru la ada sikit cerita.. kikiki
Kebanyakkan yg datang pada aku akhir akhir ni, akibat angin je, contohnya ada satu tu, sakitnya dah agak lama, sakit tengkuk, bahu dan pinggang, kaki sampai tak larat nak jalan, terlalu sakit….perawat lain kata sebab sihir la, sebab saka la…. Tu ok la, masing masing punya kepandaian… yg ada tu doctor pakar pun, pun dia dah tak tau lagi nak bagi ubat mana sebab isterinya yg sakit,  sakit makin teruk, kalau bagi steroid bini dia ok, tapi manjang nak pekene je steroid tu, maknanya tak pulih langsung lah, setakat menahan sakit, kan kan!!!, dah berubat alternative merata juga , macam macam… pun sama…. Tak kurang pun, kalau kurang pun terlalu sikit… katanya la… perawat rata rata kata ada sihir, dan saka…. Dan  ramai juga yg pagar rumah dia dan opis dia…. Akhirnya makin banyak lah jin saka tu, bukan berkurangpun!!! Siap tampal wafaq bagai… hehehe

Akhirnya aku minta izin untuk hancurkan pagar pagar tu semua, alah dari jauh jek, sebab jin aje kan… paku atau tahi besi ke apa yg dijadikan pagar tu aku deaktifkan jek dari jauh, buang aura yg panggil jin pemagar tuuuuuuu hehe

 Aku pun minta izin pada doctor pakar tu untuk picit bahu isterinya… lalu kesakitanlah yg amat sangat… tau je la, hantu yg picit, macam kene cekik tuuuu…. Hantu Pontianak… kikiki… ah tak la… picit tengkuk , belakang telinga je… sakit memangla sakit, nak baik kan!!! Hehe

Lepas picit je, dia terus lega, boleh toleh kiri kanan, dan kepala yg berat terus ringan… dia katalah, aku bukan timbangpun kepala dia dari berat ke ringan tu… aku rasa kalau timbangpun sama jek beratnya… kikiki

Cuma yg sakit pinggang tu… tu bukanlah aku boleh buat sebab banyak bahagian kaki kene urut… so, aku terpaksa arahkan doctor tu, siap sekolahkan dia, ala tentang kaedah urut je la… hehehe

Akhirnya dua hari lepas tu, sipesakit call dengan nada ceria kata sakit bahagian bahu keatas memang dah baik terus, Cuma pinggang masih sakit sikit… dia beritau yg suaminya dah urut beberapa kali… Alhamdulillah…. Dan aku kata ok la tu, urut lagi sebab sakit pinggang ni biasanya sakitnya hilang sikit demi sedikit, kita tak perasanpun…. Dan aku pesan, teruskan zikir yg aku dah ajar tuuuuuuu

Kes lain pun banyakk, macam tu jugak, sakit bahu, sakit tengkuk, sakit kaki, sakit pinggang…. Bukan pasal jin sangat pun, walau ada jin, tapi sikit sangat… ala bawah 20 ekor tu sikit sangat la… yg lebihnya sebab angin je…. Urut biasanya terus kurang, kalau tak lalu makan, terus rasa kelaparan….hehehe
Tapi jangan baca ni terus anggap aku tukang urut atau nak mengurut , aku malas sangat bab mengurut urut nih, penat sangat beb…. Carilah tukang urut disekitar tempat kalian…

Aku cerita ni bukan nak apa, saja je, sebab bila hospital pakar pun tak dapat kesan sakit tu, dan orang terus gi bomoh anggap puncanya mesti jin, walhal tak semestinya…. Angin dalam badan je… ialah angin kan tak dapat di x ray… hehehe, tak dapat di scan…

Kaedah mudah, kalau sakit atau sengal sengal badan akibat angin ni ialah makan bebenda yg boleh keluar kan angin dari tubuh seperti ginger & garlic… halia dan bawang pulih lah! Hehe
Atau satu lagi, try makan vitamin C yg 1000mg atau 500mg slow release tu, makan la beberapa hari, inshaAllah amat melegakan

Khamis, 5 April 2012

hehehe

Sebenarnya ramai yg suruh update blog ni... tapi nak update apanye? tak de cerita menarik sangat!

Rawatan tetap berjalan, hampir tiap malam pun ada je kes... tapi takat saka saka saka saka... tu jek yg banyak... sempoi la kes saka nih... tapi kadangkala jumpa juga kes saka yg teruk... iaitu kalau saka dalam badannya tu jenis dewa, waduh! banyak sangat dong!!!! kekadang sampai entah berapa banyak daaaa.... zasst sampai penat pun masih ada silih ganti!!!! patutpun dah berubat merata pelusuk dia tak juga sembuh!!! banyaknya dah macam ulat kat badan tu!!!

Tapi kes sebegitu tak banyak la, kalau yg datang tu 100 orang, yg saka tahap gitu cuma 1 jek! hehe... tapi jangan terkejut la, mana la pernah orang datang rumah aku sampai 100 orang sekaligus hehe, tak muat tu... ye la.... rumah kampung, buruk, kecik pulak tu! hehe

Kalau kes sihir pun, banyaknya sihir tak sengaja, jin nya sikit tahap tak sampai pun 20 ekor... kira beberapa kali zasst pun habis semua...RIAK pulak aku ni! Astaghfirullahilazimmmm

Ada juga kes yang datang tu beragama lain, hindu, kristian, budha, athies minta aku ubatkan... pun kebanyakkannya saka la jugak! kebanyakkannya kes mudah.. kes mudah ni maksud aku ialah yg jin dalam badannya bawah 100 ekor tu kira mudah le...


Tapi banyak banyak yg dah berubat tu, aku rasa la, yg percaya kat kaedah yg aku ajar dan mempraktikkannya (termasuk berzikir dll) tak sampai 20% pun... ah pedulilah diaorang... yg penting tugas aku dah selesai...ada jugak yg tak selesai, tapi kalau disuruh buat sesuatu untuk meneruskan rawatan(sendiri dirumah yg tak perlu bermodal) pun tak mau... nak buat macamana lagi kan kan??? lepas tu ikut juga bisikan malas tu.. jin juga la yg bisik tu... yg rajin tu biasanya bebas terus dari gangguan walau dah puluhan tahun menderita....Alhamdulillah... yg menyembuhkan Allah jua, kita dan pesakit hanya berusaha..kalau Allah tak izinkan sembuh, buatla apapun takkan sembuh juga!!

Ada juga yg datang tu sakitnya sakit zahir, iaitu penyebab asalnya jin la, tapi dah jadi sakit zahir terutama katalah dah rosakkan sistem tubuh, kalau dah mati jin jin tu pun, sakit tu bukan boleh hilang gitu je... kene minta Allah sembuhkan juga dengan doa dan banyakkan zikrullah... itupun kalau Allah nak sembuhkan, kalau dah jadi kenser contohnya, kalau jin dah habispun, canser tu tetap masih ada, gi lah pulak jumpa doktor, potong ke apa ke...cymo ke.. radio thrapy ke...

Kalau batu karang contohnya....jangan la jumpa bomoh/perawat, kene tipu jek... tu sakit zahir walau puncanya jin, senangnya gi operate, buang batu tu... atau makan yg boleh pecahkan batu tu... jampi jampi mana leh keluarkan itu batu! pasti kene tipu kalau jampi leh keluarkan batu hehe( tak tau la jampi tu jinnya power sangat) hehe

Yg selalu orang tanya, datang nak bawa apa? pengerasnya apa?... aku jawab senang jek... bawa badan... jangan bawa kepala jek... kalau bawa kepala jek, aku pun lariiiiii............ hehehe.... Pengeras pulak.. jawab aku... ala kalau nak bagi pengeras tu, bagi la yg keras keras... banglo sebijik ke, BMW 5 siries latest edision ke... hehe...

Last last dapat salam kaut jugak .... hehe... nak tolak, orang dah bagi, nak ambik pulak takut tak ikhlas... ah ambik je la... kang tolak rezeki kang, kalau Allah murka, tak nya dibagi rezeki langsung kang, tak niaya? hehe


ok tak merapu aku kali ni?hehehe

Ya Allah, kalau aku terRIAK, ampun kan aku ye Allah!!!!!Ampunnnnnnnnn







Selasa, 27 Disember 2011

SAKA BUAYA PUTIH

SAKA BUAYA PUTIH

Hari krismas malam 25/12/11 aku didatangi sekeluarga yg bermasaalah. Sepasang suami isteri dan dua orang anak angkat yg comel dan mereka dibawa oleh abang pada suaminya yg dah beberapa kali datang kerumahku di majidee ni

Perbualan dimulakan, dan permasaalahannya ialah dah berkahwin selama 14 tahun masih lum dikurniakan cahaya mata. Sedangkan permasaalahannya bukan tak leh mengandung, tapi manjang hilang. Yg menjadi persoalan ialah salah satu yg hilang tu dah sampai 9 bulan, dah nak kehospital untuk bersalin tetiba hilang dari kandungan, yg lain dah 7 bulan, dah 5 bulan.... ada yg keguguran kembar baru dalam 4 bulan... kesian

Bila dengar begitu, aku terus menyimpulkan itu angkara saka... so aku minta alamat rumah dan zasst jin jin di rumah tu dari kejauhan, kemudian minta alamat alamat yg berkaitan juga dan kemudian zasst... kemudian si isteri tu aku suruh duduk membelakangi aku untuk aku bunuh semua jin dibadannya sekaligus... zasstttttttttttttt

Hampir pengsan/kerasukan tapi tak sempat dah sedar semula sebab jin tu terbunuh sekali hehe... kemudian duduk semula dikerusi dan kami sembang sembang... aku kata dah habis saka saka tu.. mereka mengangguk jek... tapi sang suami macam tak percaya katanya ada 2 ahli keluarga isterinya yg dah meninggal akibat dibuang saka tu, takut perkara tu terjadi pada isterinya pula... aku kata, ko takut pada jin? Kenapa? Jin bukan boleh buat apapun!! Dia pun katalah saka tu adalah saka buaya putih, yg datang akibat datuk bininya tu pernah terjatuh di laut selat johor –sungai perling dan diselamatkan oleh buaya putih tu, sebagai perantara, buaya putih tu akan terus menjaga seluruh ahli keluarganya(kononnya lah)..

Aku pun cakap apapasal tak beritau awal, aku nak sangat berbual dengan jin buaya putih tu.... dan bininya beritau tiap bulan Muharam dia boleh mengubat dengan buaya putih tu akan meresap dibadannya ‘menurun’... selalunya hanya adik beradik nye aje yg berubat kat dia... so aku suruh la dia cuba panggil buaya putih yg biasa meresap tu... panggil punya panggil tak juga datang... dia kata selalunya bila dia beri salam jek, kejap jek dah menurun.... aku kata, nak menurun macamana, jin buaya putih tu dah mati hehe

Kemudian dia kata, semua adik beradik diapun ada yg jaga, benda yg sama (buaya putih).... so aku suruh sebut nama sorang kakak beliau, dia sebut lalu aku tarik saka dari kakaknya tu masukkan kebadan dia, terus dia kerasukan... aku tanya nama ke apa, dia bagi signal ... bisu rupanya, dan suaminya kata yg saka kakaknya tu memang bisu tapi ganas, aku tanya ganas??? Hehe aku tiup jek terus hancur... sedar balik.. dan aku suruh sebut nama adik beradik yg lain... dan aku tarik juga masuk semuanya kat badan dia untuk suka suka buat ‘persembahan drama’ hehe... terus terasuk lagi, siap mengaku islam, nama aishah tu!!! Hehe.... walhal hantu laut jek, mana leh islam!!!

Maka aku pun dapat lah berbual dengan buaya putih tu.... dia siap marah aku kenapa memanggilnya dan mengapa aku bunuh tok tua (buaya putih yg selamatkan atoknya yg duduk kat tubuh si pesakit tu la)... aku kata la, sebab ko dah mengacau keluarga dia ni semua, jin tu kata balik, mana ada kami kacau, kami jaga mereka semua, aku balas mana ko ada jaga, dia kene hantar sihir pun jin sihir tu ko tak belasah, malah ko buka laluan, dia kata lagi aku buka laluan sikit jek, sebab jin jin semua sedara aku! Ceh!!!

Aku teruskan perbualan, ko kan yg curi janin dan anak anak orang ni sampai tak de anak, jin tu kata, memang le, aku ambik sikit je, sebab perjanjian, aku kata, sikit ko kata, tu yg sampai sekarang dia tak de anak tu ko kata sikit, jin tu kata ye, sikit je.... tengok, betapa jahatnya jin walau mengaku islam yg mengikut manusia, tetap juga ada tujuan jahat.... memakan janin, menyesatkan manusia , menyakitkan dsb.... sebab tubuh manusia dimakannya secara sikit demi sedikit...

Aku teruskan perbualan bla bla entah apa tak ingat... kemudian zasst... tumbang, keluar pula jin dari abangnya... bual bual juga.... pasal saka dll... siap broder tu tanya, buaya kuning yg timbul kat sungai perling tu buaya betul ke apa, jin tu kata, tu kan bapak aku, aku tanya lagi buaya betul ke, dia terus kata bodoh betul la ko, kan aku kata bapak aku!!, buaya jadian la, jin!

Hehe tak pasal pasal kene bodoh aku ni hehe... Dia tanya kenapa nak bunuh semua saka saka yg kat pesakit ni, bukan kacau aku pun, aku kata dah tugas aku, bunuh saka dan aku kata menyusah kan jek, nak ada anak pun tak boleh!, dia kata kan mereka ambik sikit jek, aku kata sikit ke apa, semua tuan ko ko sakitkan tubuhnya tu apasal? Dia kata, memang dah perjanjian, dan memang jadi makanan dia la kat tempat yg sakit tu...

So aku pun kata, oleh kerana ko pun dah lama sangat hidup dan dah nyusahkan orang, ni masa pembunuhan ko dah sampai, dia menangis dan kata janganlah binuh dia, dia yg jaga keluarga ni, kalau dia tak de, sapa lagi yg nak jaga mereka. Aku kata biar Allah yg jaga, ko semua tak de guna, menyusahkan jek, so aku tiup terus pengsan... sedar lagi dan rasukan lagi.... aku bual bual lagi dan zasst... sampailah yg terakhir merasuk tetiba anak angkat dia yg lelaki 5 tahun lebih terus memaki hamun aku, bodoh, babi, sial entah apa siap nak pukul aku nak terajang aku, nasib baik bapak dia pegang kuat...aku tiup dia elak siap menganjing hehe tak kene! tak kene, aku tiup lagi ngelak lagi tak kene tak kene... last last aku bangun ke dia, yg pesakit siap jerit, lari nak lari nak...dia siap sepak terajang aku, aku zasst jek la.... terus nangis tersedu sedu..... sedar... rupanya anak anak jin yg merasuk tu ada kat tubuh budak tu, banyak juga, bukan seekor dua

Kemudian aku bunuh la jin yg terakhir tu..... bila sedar aku kata, ok lepas ni ko dah tak leh mengubat lagi, sebab yg bantu ngubat tu dah mati, dia kata tak pe, memang nak buang.... so aku ajarla macamana nak halang jin lain dari masuk tubuh lagi, apa lagi selain sentiasa mengingati dan menyebut nama Allah siang malam pagi petang hanya semata mata untuk memuji dan mengingati Allah, ikhlas kataku... diapun mengangguk... lepas tu aku nak zasst kat suaminya... sisuami kata aku tak de jin, aku kata tak pe, sini! Nabi pun ada jin(qarin) ko pulak ngaku tak de jin! Meh sini aku zasst... lepas zasst aku kata ada 2 ekor, kata tak de... terdiam la dia...hehe

Ok.... selesai... balik la dia kerumah, mana tau leh dapat pula cahaya mata selepas nih... kene rajin rajin la.... hehe ... beramallllll ,kamu nih, ingat rajin yg tu jek! hehe



PEMBETULAN :

BAGI KEHILANGAN ANAK YG DAH 9 BULAN TU, SEBENARNYA DAH MASUK BILIK BERSALIN DIHOSPITAL SULTANAH AMINAH JB, DOKTOR DAH SELUK MEMANG ADA BABY TU... TAPI BILA DOKTOR TU PUSING DAN KEMUDIAN SELUK BALIK, DAH KOSONG... TINGGAL HANYA MACAM BUAH ANGGUR YG KELUAR... ALAH BAKI BAKI TEMBUNI TU LA.... PELIK TAPI BENAR

Khamis, 22 Disember 2011

Gangguan dari roh jahat

Roh jahat tu apa?

Roh jahat roh orang yg jahat la hehe, tapi orangnya dah hancur jasadnya dimakan tanah, dah mati la kiranya, tapi rohnya tergantung, alam barzakh tak terima sebab 'jahat'nya masa dia hidup kat dunia...kira macam ada hutang la, tak kira la hutang apa asal namanya hutang... hutang zakat ke, hutang duit ke, hutang darah ke, hutang nyawa ke, hutang ah macam macam hutang lah.... tapi asal je ada hutang akibat kejahatan pada makhluk Allah yg lain(kecuali jin), biasanya tergantunglah roh kita lepas mati, alam barzakh tak terima.


Kebelakangan ini aku manjang berhadapan kes kes akibat gangguan roh pulak, yg lecehnya roh ni tak leh dizasst(ke zasst aku yg tak lut hehe)... sebab apa agaknya???? sebab utama roh kan kekal, tak leh mati, bunuhle banyak atau kuat manapun takkan berkecai punya!


Kalau ada kes sebegini yg boleh hanya keluarkan roh tu, dengan paksaan!!! bukan senang tu! sebab dengan zasst tak terjejas kecuali roh tu jenis yg lemah.... kalau roh jahat yg amat jahat contohnya roh ahli sihir yg dulunya sihirnya sangat kuat, payah juga nak keluarkan tu

Masaalah utama kalau orang dah dimasuki roh jahat nih, katalah roh tu dah berjaya dikeluarkan dan dikurung kat mana mana, tubuh yg dah dimasuki roh tadi amat mudah pula dimasuki jin jin dari pelbagai jenis, kerana roh tu amat jauh kuat dibandingkan apa jenis jin pun, tapi jika jin jin nih dah kira senang le nak pulihkan...


Malam tadi pun aku berhadapan dengan kes akibat roh yg mengganggu, ada lebih 4 roh dalam badan tu.... walaupun dah beberapa kali cuba dikeluarkan sebelum ini sehingga roh tu terlalu menderita, tetap juga ia tak leh keluar atau tak mau keluar.... aku dah give-up juga sebab kes ni sebenarnya dah lama sangat, malah pesakit dah merata pelusuk malaysia berubat... tapi dia dah merayu sangat sebab dia kata tak de lagi yg percaya gangguan tu ada padanya walaupun perawat sendiri yg mengatakan ia tak sakit atau lebih senang kata, ngada ngadalah, tapi yg menanggung adalah dia.... dia yg rasa betapa siksanya...

Aku cuba jugalah, entah keberkesanannya pun tak pasti sebab sebelum nih guna kaedah yg biasa macam lum berkesan, terpaksa guna kaedah rekaan sendiri malam tadi... rasanya memang dah keluar, siap yg hujung tu ada beberapa ekor jin juga yg mengaku roh... tiup je berkecai...


Mengapa agaknya susah sangat nak mengesan gangguan roh ni? senang je, sebab kita ni kan manusia juga ada roh, kalau masa kita hidup nih dengar azan, dengar ruqyah, dengar alunan ayat AlQuran tak rasa apa apa(lain le kalau ada jin kat badan), masakan dah mati roh kita terkesan dengan bacaan tersebut kan!...

Dan nak keluarkan roh memang takkan boleh jika hanya menggunakan kaedah bacaan tersebut, zasst pun tak boleh... dan aku sendiri masih lagi mencari kaedah yg betul betul berkesan mengeluarkan roh jahat di dari pesakit....terutama roh yg degil.... kalau yg tak degil tu, kaedah yg biasa aku buat dah terus keluarnya dia....


Terimakasih ya Allah, kerana bantu aku malam tadi, Alhamdulillah, syukur sangat

KG MELAYU SHELLOUT