PERUBATAN ISLAM PERLU BERDAFTAR
Tajuk ni aku baca metro
25/9/2012. Kementrian Kesihatan akan menubuhkan satu majlis khas yang bertujuan
untuk mendaftarkan semua pengamal perubatan samada islam, tradisional Melayu,
cina dan india.
Aku menyokong penuh akan
penubuhan majlis ini, Cuma aku agak bimbang sekiranya pendaftaran ini ada
tujuan lain yang lebih dalam iaitu untuk mengambil kesempatan pula terutama
akan mewajibkan semua pengamal itu menghadirkan diri untuk berkursus yg
berbayar seperti badan badan professional yang
lain yang memerlukan pula mata CPD untuk tujuan pembaharuan, dan mungkin
juga pengamal perlu membayar kos untuk pendaftaran tersebut, atau mungkin juga
pengamal perubatan ini akan dikenakan pula kemudiannya mendaftar sebagai
peniaga dengan suruhanjaya syarikat Malaysia, lembaga hasil dalam negeri,
jabatan kastam dll yang tentunya tujuan sebenar ialah untuk mencukai mereka.
Jika itulah tujuan sebenarnya,
bagaimana pula pengamal perubatan yang buat kerja ini secara sukarela, ikhlas,
secara sambilan atau hanya sekadar ingin berbakti kepada insan yang dianiayai?
Tetapi jika tujuannya hanyalah
untuk menjadi badan pengawal akan segala aktiviti perawatan alternative ini
agar kesemua pesakit tidak ditindas atau ditipu sewenang wenangnya oleh perawat
yang menjadi syaitan manusia, tak kira untuk kepuasan dan keuntungan dunia
seperti kewangan, nafsu serakah dan apapun bentuk penindasan, ianya sangat
sangat baik dan sangat digalakkan.
Sepertimana bidang kedoktoran yg
pelbagai seperti mata, hidung, mulut, canser, kulit, gigi, mental, tulang,
jantung, buahpinggang, sakit puan, sakit tuan, saraf, bius, farmasi dan banyak
lagi, bidang alternative Melayu dan islam itu sendiri terbahagi kepada banyak
bidang, contohnya urut, tulang, ahmar, sawan, buah pinggang, barah, santau,
sihir, saka, gangguan jin dan hysteria, jodoh, rumahtangga, anak anak,
hartabenda, perniagaan, pukau dan lain lain. Setiap pecahan ini memerlukan
pemantauan yang berlainan kerana sebab utamanya bidang yang dipakari adalah
berlainan sama sekali.
Persoalannya siapa yang layak
memantau? Adakah kementrian atau jakim
atau majlis yang ditubuhkan mempunyai kepakaran? Tentunya tiada bukan! Malah untuk
merobohkan kuil hindu haram ditepi jalan pun ramai pegawai majlis agama tak
berani buat, terutama takut gangguan jin mengganggu keluarganya. Apakan pula
untuk mengawal selia kepelbagaian ilmu dan kepakaran perawat tradisional dan
islam ini yang tentunya tak lari dengan dampingan jin jin….
Walau apapun, aku amat berharap
majlis ini dapat ditubuhkan dengan seberapa segera, kerana terlalu banyak kes
kes penganiayaan pada pesakit telah
berlaku.
Garis garis pedoman… hehe
Tingkahlaku perawat
Keupayaan dan tahap keilmuan perawat
Apa yang digunakan perawat
Kreteria perawat
Apa batasan caj pada pesakit
Hukuman pada perawat engkar
Atau apa lagi?????????
Tiada ulasan:
Catat Ulasan