Rabu, 30 Jun 2010

DISIHIR OLEH PEMINAT GILA

DISIHIR OLEH PEMINAT GILA

25/05/2010 Malam hening..hanya bunyi LCD TV 42” je yg aku dengar sebab memang aku sedang menonton pun hehe..aku menunggu tetamu yg ingin berobat dirumahku di Majidee le.... ah lambat la pulak!
Pukul 9.00 baru mereka sampai... sebuah motor dan sebuah kereta... 3 org je..termasuk sorang pompuan muda..salam diberi ku sambut.. pintu dibuka...rupanya adik lelaki aku yg bawa mereka berdua. Aku pelawa masuk, tetapi yg pompuan tak nak, dia nak lari, terpaksa ditarik secara paksa.. aku kata tarik je, sini naik rumah.. hehe rumahku rumah bertangga...ialah rumah lama

Bila sampai ditangga, adik aku tu bersama si lelaki tu terus menarik si pompuan tu, dia meronta dan memegang bingkai tangga kerana tak mau masuk kerumah aku... dia takut aku pasal aku ke yg hantu? Hehe so aku pun tolong tarik, tapi dia meronta makin kuat, apa lagi aku zasst kat kepalanya terus pengsan dikaki tangga.. terpaksa kami bertiga mengangkat dia kedalam rumah... dibaringkan tak le atas tilam, hehe.. atas lantai je...tapi ade le bantal

Aku pun bersalaman dgn adik aku tu dan lelaki tu, diperkenalkan bahawa lelaki tu adalah rakan sekerja adik aku.. dan pompuan muda tu adalah tunangnya...jangka nak kahwin Jun 2010 tapi sakit pulak...dah lebih setengah bulan... aku kata alah baru setengah bulan..baru lagi tu.. Tapi situnang mengadu dah puas berubat juga sampai dia pun dah pokai, mak sipompuan pulak buat tak tau sebab dia tak suka pada silelaki (tunang) anaknya tu... ah macam macam.. ada orang nak tolong belakan anak dia pun banyak songel pulak si emak ni!

Sipompuan tu masih pingsan, kami pun berbual lagi.. dan dia kata ada perawat yg dia berobat minggu lepas minta RM600...dah bayar tapi tak settle jugak.. aku senyum je..
Aku tanya silelaki sapa nama tunangnya tu.... so aku suruh dia panggil su..su...pompuan tu hanya menggerakan kepala sedikit, aku letak 2 jari tangan di keningnya, tak lama dia menjerit kuat sangat, tenggelam suara TV aku yg besar tu hehe, dia terus menjerit dan meronta sekuat kuatnya sehingga kami bertiga yg pegang pun hampir tumbang, aku zasst kat badan, kat kepala.. pingsan... tak lama menjerit lagi, tapi kelakuan berlainan, meronta lagi.. fuh kuatnya jeritan dia, hingga jiran aku 2 orang datang menengok dan bantu pegang ketika budak tu meronta... ah biasalah.. jin sihir, bukan sekor 2, puluh puluh ekor dlm badan tu... bukan boleh sekali henjut dia mati...bertukar tukar tu...pingsan, bangun balik, pingsan bangun balik bersilih ganti, berbagai rupa berbagai gaya berbagai suara....penat juga

Aku tanya tunangnya, apa cerita sebenarnya... dia cakap tunangnya tu ada orang lain suka, 2 orang, yg sorang dia tau nama, masih bujang juga, tapi yg sorang lagi anak dah tiga, tak tau pulak statusnya bujang(duda) ke masih beristeri... So dapat info tang sibujang tu.. aku scan(hehe mana aku pandai scan scan ni) aku belasah jek guna makrifat cari nama yg disebut tu... oh banyak juga jinnya sebab atuknya juga tok bomoh.. ah pedulilah... aku belasah jek semua jinnya... dan Budak pompuan tu meronta dan menjerit lagi, aku henjut.. tu beberapa kali pengsan bangun pengsan bangun.. letih tak abih abis.. aku cakap kat mamat tu.. biasala jin sihir.. bukan seekor.. banyak tu.. berbelas ekor baru separuh je yg habis... ok jin yg dari sibujang dah abis...tapi tak ok lagi...aku tengok lain pula yg dlm badan... zasst punyalah liat... biasalah jin kan ada juga yg liat.. mati juga tapi yg ganti pun liat juga..beberapa kali dengan jeritan yang amat dahsyat..kuatnya le hehe(sampai jiran yang agak jauh pun dengar)

Aku cakap kat jin tu..kawan kawan ko banyak dah mati, yg ko berani lawan aku kenapa? Jin tu cakap aku dihantar orang, aku terpaksa ikut suruhan.. walau pun ko akan mati? Tanya ku..dia diam. Aku tanya lagi, ko suka mati ke? Dia tengking aku pulak! ORANG BODOH JE SUKA MATI!!!!.. cilaka punya jin, aku yg hensem ni ditengkingnya..hehe

Antara kata kata jin tu...Oi ko tak boleh keluarkan aku la! Oi ko tak akan dapat bunuh aku la, Aku tak akan cakap sapa nama tuan aku, Oi sakit la, kenapa ko kacau aku, aku tak kacau ko, aaaaaaaaaduiiiiii, dan antara kata kata aku pada jin tu.. eleh jin mana ada yg kuat, eleh banyak kawan kawan ko dah mati, eleh kalau ko liat cara ni, aku buat cara lain, ni baru main main, oi ko degil ye, sapa nama tuan ko yg sorang lagi tu..macam macam lah...banyak juga tu berpuluh ekor dalam badan menguasai silih berganti... berpeluh peluh aku yg brutal ni menembak jin jin tu..hehe rupa rupanya situnang dan adik aku pun lepak juga, ialah jin tu merontanya amat kuat juga tu..

Oleh kerana dah penat, aku cakap kat mereka, mandikan je la budak ni, biar habis semua sekali sekaligus... so aku henjut kasi pingsan, dan angkat bertiga kebilik air..masaalah juga, budak tu tak de persalinan, dan tengah pingsan tu, sapa pulak yg nak mandikan, kalau separuh sedar tu biasanya aku suruh mandi sendiri, nak harap mini aku sorang memang tak larat punya... ah leceh ni
Tiba tiba minah tu menjerit dan meronta dlm bilik air, nasib baik bilik air tu besar, dlm keadaan tegang tu, terpaksa kami bertiga pegang kuat sebab dia siap sepak terajang... aku minta bini aku pinjamkan tuala dan pakaian dia lah, nak buat camne dah terdesak... aku tadah air dan siram je kat budak tu yg terus meronta dan menjerit... ade le cara siram tu.. bukan siram biasa... makin lemah..siram lagi.. lembik dan pingsan..terbaring dlm bilik air
Ni satu masaalah lagi ni, nak salinkan camne.. bukan muhrim pulak tu.. aku cakap kat tunang dia..biarkan dulu, nanti sedar suruh dia salin sendiri.. ni baju dan tuala nya.... tak lama budak tu sedar dan rasa pelik kenapa baju dan pakaiannya basah... dan menangis entah apa pada tunangnya tu.. ah taknak dengarlah... akupun keruang tamu balik.. budak pompuan yg dah sedar tu salin baju sendiri.. tak lama dia keruang tamu beserta kami

Kami yg lain terus .. bual, kebetulan ada pesakit lain yg baru datang, alah kes kecik je, anak nya 3 tahun asyik ternampak hantu... aku henjut je budak tu dari jauh.. settle

Budak pompuan tu sebenarnya tak sedar sepenuhnya tu, ada seekor lagi jin dlm badan...tak abis rupanya...aku biarkan dia berpura pura, macam le aku ni bodoh sangat.. dia pujuk tunangnya balik..jom la balik, jom la balik, aku pun tegur, ala rilek la, kan ko baru sampai.. dia moncongkan bibir.. aku beri isyarat kat yg lain, tu jin tu, bukan dia.. baru masuk tu..tapi macam dah sedar sepenuhnya

Aku saja tanya budak tu, ko nak balik mana? Dia meninggikan suara, balik rumah le!! Hehe aku cakap lagi rilek le dulu, aku baru nak bual bual ni.. dia cakap nak balik nak balik... aku cakap lagi.. hehe ko ni jin ke manusia? Dia jeling aku. Aku manusia la!!! Aku cakap ko bohong! Kalau ko manusia, ko beritau aku nama mamat yg anak 3 tu( sebab aku memang tau jin yg baru masuk tu yg baru dihantar oleh mamat tu.. tapi nak settlekan sekaligus yg kat mamat tu kene tau sekurang kurang nama gelarannya..

Minah tu tak nak jawab.. aku paksa pun tak mau jawab.. aku cakap sah ko bukan manusia.. dia mencebik mulut mengejek aku... aku baca surah Asshafaat dan ulang ayat 7 banyak kali..baca kuat sikit... dia menggelisah dan seolah kepanasan.. dan aku teruskan soalan.. cakap sapa nama mamat tu? Dia kata aku tak kan jawab! Ko sanggup mati demi nak jaga nama tuan ko tu? Aku dihantar, aku terpaksa patuh! Walau ko mati?? Tanyaku... dia terdiam! Aku memang perlukan nama mamat tu untuk mudahkan rawatan.. takpayah dia datang berulangkali
Kalau aku bunuhpun yg lain datang! So aku terpaksa memaksa dia beritau.. aku pegang dia, aku cekak kepalanya, dan picit dia menjerit kuat.. aku cakap ko sanggup mati? Dia geleng dan akhirnya dia cakap.. namanya hi...... baru tunangnya teringat dan mengangguk ye ye betul nama tu, baru teringat! So aku makrifatkan bunuh segala jin dampingan mamat tu dan jin sihir yg bakal menyerang... clear

Aku cakap lagi, ok semua jin kawan ko tu dah mati! Jin tu kata lagi, tak guna, nanti dia cari lagi dan hantar lagi, aku cakap lagi, tak pe, hantarlah berapa banyakpun, aku tetep akan bunuh tanpa belas!!!

Aku cakap lagi, ok ni last, ko keluar, aku kira sampai 10, kalau ko tak keluar ko mati! Dan aku kira 1,2 dan dia pejamkan mata...seolah olah pingsan.. dan bila cukup 10, aku terus henjut..menjerit sekuatnya, aku cekak belakang kepalanya tempat dia duduk dan tekan..sambil zasst... pingsan

Tak lama tersedar... dia pelik eh ni kat mana ni? Napa aku pakai baju ni, ni baju sapa? Aku ketawa.. tadi ko datang hujan, basah baju tu! Ni pinjam baju kakak!
Ye ke? Kami semua ketawa! Ni kat mana ni? Aku tanya tadi yg ko ingat apa? Dia kata tadi dia ajak makan(tunangnya) pas tu jumpa dia(adik aku) pas tu pergi 1 rumah...pastu tak ingat.. yg terakhir masa tunang tu suruh salin pakaian kat bilik air.. dan ni tiba tiba dah kat sini(ruang tamu.. barulah dia nak bersalam dgn bini aku ... aku cakap ni dah ok sepenuhnya ni... ko boleh balik.. dan mereka balik... settle dan tak de berulang hingga hari ni.... 5 jun 2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KG MELAYU SHELLOUT