Rabu, 7 November 2012

RAWATAN ISLAM


Rawatan islam

Apa dia rawatan islam? Adakah agama islam diturunkan  Allah beserta pengajaran tentang perawatan pada setiap penyakit yang menyakiti manusia??

Adakah juga nabi nabi kita ada mengajar bab bab merawat penyakit penyakit samada penyakit zahir atau batin yg ada pada manusia?

DALIL AlQuran :
“Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua. Al-isra’ 82

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu dan juga menjadi hidayat petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.”  Yunus 57

Dari kedua dua ayat AlQuran ini, menunjukkan bahawa Al Quran boleh dijadikan ubat penawar, serta menjadi penawar bagi penyakit penyakit batin.

Dalil hadis : UBATILAH PENYAKIT PENYAKITMU DENGAN BERSEDEKAH

Ada juga ungkapan mengatakan bahawa setiap penyakit pasti ada ubatnya kecuali tua dan mati….

Persoalannya disini, apakah setiap penyakit itu boleh diubati dengan ayat ayat AlQuran? Atau adakah ayat ayat khas tertentu sahaja boleh mengubati penyakit? Jika jawapannya ya, ayat yang mana surah yang mana untuk sakit yg mana???? bagaiimana caranya, berapa kali nak baca, bila masa pula harus dibacaAdakah jawapannya???? Adakah ada dalil soheh atau tak soheh menerangkannya????

Ni contoh aku ambil dari sumber internet hehe : penyembuh bagi penyakit-penhyakit tertentu diiringi dengan ayat-ayat Al-Quran yang sesuai untuk diamalkan. Contohnya untuk penyembuh mata dan penguat pandangan boleh amalkan dengan membaca ayat 22 Surah Qaf, penyembuh sakit gigi dengan membaca ayat 23 surah Al-Mulk, penahan darah lubang hidung dengan membaca ayat 44 surah Hud dan pelbagai penyakit lain dengan ayat yang sesuai.

Source: http://ms.shvoong.com/society-and-news/spirituality/1939622-mari-berubat-dengan-al-quran/#ixzz2BgnHxqQa

AlQuran sebagai penawar penyakit batin, apa pulak sakit batin tu???? Adakah sakit gangguan jin???? Atau sakit sakit hati seperti riak, takbur, ujub, sombong dll tu???????
Bila aku keluarkan persoalan persoalan di atas, agak agak ada tak yg membaca tulisan aku ni boleh memberikan jawapan yg tepat? Contohnya apakah penawar sakit canser, atau apakah penawar sakit gila, atau apakah penawar sakit nak kawin dua?????eh, nak kawin 2 tu kira sakit jugak kan? Hehe

Jika adalah jawapan pada setiap persoalan aku tu, dengan terperinci, barulah, ni aku punya fikiran la, barulah boleh dinamakan rawatan islam…

Kalau dilihat, klinik atau pusat yang menjalankan rawatan islam kat Malaysia nih, rata ratanya menggunakan pembacaan ayat ayat suci AlQuran dalam perawatannya, bagus, islamik… tapi ianya hanya untuk rawatan penyakit penyakit misteri sahaja, penyakit tak misteri tak de…. Kalau adapun pakai boh jek, ikut suka dia, sesuai ke tidak sapa peduli? Pesakit peduli??? Pesakit pun tak peduli sebab tak reti, perawat yg reti pun Cuma reti membacanya, atau dengar dengar untuk reti lepas tu cuba cuba…. Cuba cuba jek tu, kan???? Atau tohmahan aku salah???? Eh tohmahan la pulak… hehehe, apa la aku melalut nih….

Jadik, mana yang dinamakan rawatan islam sebenarnya??? Takkan setakat baca ruqyah je dah dikira rawatan islam???? Abis, perawatan yg dipelopori oleh Ibnu Sina tu bukan islam ka???? Adakah rawatan yg hanya menggunakan bahan alami dan hanya berdoa dengan bahasa sendiri kepada tuhan semesta alam(Allah) tu tak termasuk rawatan islam?

Bagaimana pulak pada rawatan yang juga menggunakan ruqyah(jampi AlQuran), tapi dilakukan oleh perawat kampong yang sambil sambil tu dibaca jugak mentera atau guna pulak bahan bahan yg sah sah memanggil makhluk ghaib untuk membantunya mengubat? Islam jugak kan? Cuma islam campur aduk… hehe

Bagaimana pulak bagi rawatan yang tak panggil jin, tak baca ruqyah, tak guna bahan alami tapi hanya doa, doa doa pada Allah, sambil zikrullah dlm hati yg tak langsung didengari oleh semua orang disekelilingnya???? Tak islam jugak kan rawatan sebegitu, sebab tak de bunyi baca AlQuran, tak bunyi zikirnya dan tak de sijil?????

Pada akulah, asal jek perawat tu beragama islam, dan dia merawat pun minta tolong dari tuhan yang satu iaitu Allah, samada guna bahan alami atau tidak,  tak kiralah dia dibantu jin ke(tanpa disedari atau disedari), minta izin pada roh roh nabi ke(biasanya nabi ilias, nabi hidir, entah  nabi mana lagi tak ingat, minta bantuan rijalulghaib ke, minta bantuan manusia ke…..minta bantuan malaikat ke….. masih dinamakan rawatan islam walau berbeza tahap keislaman dan keimanannya…. Eh betul ke fikiran aku nih???? Entah…..

Kalau sah sah orangnya bukan islam, seru pulak terang terang panggil mambang ke dewa ke…hehe, tu jelas la bukan rawatan islam…

Tapi kalau rawatan hantu…. ??????????????????? hehehe ada ke??? Ada kottt hehehe




Memandangkan Rawatan Alternatif amat penting untuk mengisi kekosongan ruang yg ada pada rawatan moden, maksudnya bukanlah rawatan moden tu tak lengkap, tapi banyak kes juga rawatan moden memang tak mampu mengenengahkan kaedah rawatan yg sesuai dan berkesan, maka rawatan laternatis terutamanya rawatan islam haruslah mengorak langkah sewajarnya demi kepentingan ummah.

Penyakit penyakit batin yg disebabkan oleh gangguan jin, sepatutnya perawat islam dengan mudah untuk menanganinya, kerana Allah dah jelaskan banyak kali dalam AlQuran tentang musuh utama manusia iaitu syaitan, dan juga memberitahu bahawa manusia adalah sebagai khalifah dimuka bumi ini, dan Allah ada juga menggariskan kreteria manusia yang tak mampu ditewaskan oleh syaitan itu.... tentunya para agamawan telah mengkaji perkara ini.... lalu telah mengajarkan kepada seluruh ummah...

Ini telah menghasilkan berbagai peringkat keilmuan untuk mengalahkan syaitan(jin yg mengacau manusia) tersebut, diantaranya:-

Kaedah menghalau jin, menggunakan bacaan ruqyah
Kaedah menghalau jin menggunakan perantaraan seperti pagar ghaib dll
Kaedah memasung jin atau memenjarakannya menggunakan makrifat
Kaedah menangkap jin dan menguncinya dalam bekas seperti botol dll
Kaedah berunding dengan jin secara baik
Kaedah membakar jin menggunakan bacaan atau doa atau azan
Kaedah membakar jin menggunakan berbagai jenis mandian
Kaedah membunuh jin nmenggunakan makrifat
Kaedah membunuh jin menggunakan jurus
Kaedah membunuh jin menggunakan mandian yg pelbagai cara
ataupun kaedah menghapuskan jin menggunakan apapun cara yg telah Allah anugerahkan pada perawat...

Bagi penyakit zahir pula, perawatan islam yang dipelopori oleh orang islam ada yang menggunakan bahan alami disertai doa, bacaan alQuran dan zikir khas....

Ada yg mampu mengubati sakit mata, sakit pinggang, sakit canser dsb hanya dengan doa
ada yg mampu mengubati sakit sakit zahir dengan amalan seperti solat, bacaan AlQuran dan zikir
Ada yg mampu mengubati penyakit zahir hanya dengan urutan, picitan
Ada yg mampu merawat penyakit zahir dengan mandian....
(contohnya penyakit penyakit darah, apapun jenisnya)

Katalah penyakit yg tak dapat dipastikan samada melibatkan gangguan jin tau tidak, dan tidak dapat dipastikan dengan perobatan moden tentang apa sebenarnya sakit yang dialami.... contohnya sakit yg sakit, tapi diruqyah tak beraksi, discan tak dapat pasti....ada!!!!

Bila aku huraikan perkara di atas tersebut, ini menunjukkan bahawa rawatan islam itu sendiri adalah amat pelbagai kaedah dan tatacaranya bergantung pada kepakaran perawat, dan apa ilmu yg dipunyai oleh perawat islam itu.

Dan sepatutnya ada pengajian di universiti terutama universiti yg islam, untuk pengajian pengajian rawatan islam ini, yg mungkin akan menghasilkan kepakaran yg amat pelbagai..... kalau pakar pagar ghaib, ye dia tentunya pakar, kalau pakar mata, ye pakar merawat mata ikut kaedah islam, kalau pakar halau jin, ye hanya halau jin, kalau pakar tangkap jin, tentunya amat pakar, dan kalau yg pakar kurung jin, ye tentunya ada kawasan luas sebagai penjara jin.....jangan la letak jin sempit sempit dlm botol, sesak oii

Maksudnya yg aku nak sampaikan, tak semestinya ustaz yg pandai meruqyah jek layak jadi perawat islam....

meh, tengok sini :http://suarabawahtanah.com/2011/01/07/ubatilah-penyakitmu/

5 ulasan:

  1. Alangkah bestnya klau ada universiti yang mengajar pasal ni dan wak tom sebagai dekan universiti tu.. dekat mesir kalau tak silap ada matapelajaran pasal gangguan jin .

    BalasPadam
  2. Pemahaman pasal perawatan yg didakwa islamik tu kene betul..adekah dengan adenyer baca-bacaan alquran dan di kepalai oleh golongan agamawan sahaja yg layak di perakui sebagai rawatan islam, atau bagaimana.

    sedangkan masih banyak lagi perawatan yg dilakukan oleh org islam yg setanding malah lebih effective dari yg telah di perakui tu.

    Kesempitan sesetengah pihak dalam mendifinasikan Perawatan Islam sangat2 merugikan umat islam itu sendiri.

    BalasPadam
  3. salam, saya ada seorang mak saudara. ada selalu benda masuk dlm badan dia. kalau benda tu masuk dalam badan dia, dia akan gelar dirinya sebagai 'bonda'. kami sekeluarga bingung, sebab dia tu boleh berzikir,solat,berwuduk dan apabila salah seorang ahli keluarga kami mempunyai masalah, dia pasti dpt membacanya. Persoalannya d sini,blehkh kita percaya kewujudannya ? yang kedua, adakah dia tu sebangsa jin atau bagaimana?

    BalasPadam
  4. biasanya itu jin juga, ingat, jin memang boleh baca Alquran, malah boleh mengulanginya contohnya baca ayat qursi beratus kali pun jin tu selamba jek.....

    BalasPadam
  5. aku adalh seorang perawat...tapi x slalu ler...kecuali keadaan trdesak je...aku x minta upah pun...cukuplh aku melihat org yg d rawat itu sembuh...hati aku mesti gembira....aku merawat menggunakan ayat al-quran 100pratus....sblom memulakan bacaan kita perlu memulakan niat dulu...selepas tu baru bacakan surah2 pilihan...sebab setiap prkara yg halal kita mesti niatkan kerna Allah taala...tiada istilah roh membantu dlm rawatan..kalau ada wujud prkara cm tu..itu adalh jin...sama ada jin islam atau jin kafir...

    BalasPadam