Rabu, 23 Mac 2011

DIGANGGU AZAZIL

DIGANGGU AZAZIL & ROH MOYANG


Kes ni tak le berat mana, tapi aku tertarik pula nak kongsikan disini....

Pada pertengahan mac 2011, selepas maghrib, ketika itu aku merawat beberapa pesakit, tapi kes simple aje le...semasa dalam proses membuang jin jin yg ada ditubuh pesakit, aku didatangi dua orang gadis manis untuk berubat, aku persilakan naik kerumah kampungku, hehe rumah kampung kan ada tangga, tentulah kene naik, baru leh masuk....

Aku persilakan duduk dan aku settlekan dulu pesakit yg awal hingga selesai, oleh kerana yg datang tu comel lote, anak aku pompuan yg no 3, diana namanya (darjah 2) dah bisik kat aku, papa, jaga ye, jangan nak menggatal awek tu.. hehe sebab aku selalu menyakat dia...

Aku pun duduk dikerusi disebelahnya, bertanya apa permasaalahannya... sebab aku bukan tau scan penyakit orang atau masaalah orang pun! Hehe... Aku pun tak berapa ingat la, sebab dah tua kot, atau banyak sangat makan kepala ikan mancing sendiri.. hehe... nampak dia segar bugar je, tapi aku tegur, ramainya ko bawa... dia tak faham.. hantu le maksud aku! Hehe..

Dia pun bercerita dia dah sakit dalam lebih 6 bulan, dan dah dirawat oleh perawat lah, dan memang dah banyak perubahan, kiranya dah sembuh lah, sebab dulu masa kene teruk, dia siap meracau dan sebagainya ketika dirawat....

Bila aku tengok, dia memang kene sihir, dari bekas pakwe... tapi tujuan mengapa dia boleh bersusah payah jumpa aku tu ialah walau pun dia dah hampir pulih, dua minggu sebelum dia datang kerumahku tu, dia didatangi satu makhluk yg mengacaunya, dan memberitau namanya Azazil, siap mengaku dia malaikat!!! Nasib baik dia tak percaya bulat bulat!

So memandangkan dia tak pernah dengar apa tu azazil, dan didorong keinginan yg meluap, diapun bertanyalah dengan orang-orang tapi tiada jawapan, lalu dia search lah di Internet ... tapi tak jumpa..sehinggalah dia ternampak perkataan azazil tu ada diblog hantukiller.blogspot.com, lalu dia melawat kesana dan faham sedikit sebanyak apa tu azazil.... Sebab tu dia ingin berjumpa aku untuk pengesahan.. hehe

Rupa rupanya dia masih belum pulih yg sebenar benarnya pulih, sebab yg aku tengok masih ada gangguan ditubuhnya, dan dia mengaku, memang ada dan dia selalu berbual dengan yg ada ditubuhnya tu... Makhluk tu masukpun disebabkan ingin ‘menjaga’ dia dari terus disihir... tapi makhluk tu tak beritau siapa dia sebenarnya.... Dan bila aku selidik selidik, sihir sihir tu (jin sihir termasuk azazil) masih banyak sangat Cuma tak boleh mengacau dia sebab adanya makhluk didalam tubuh tu yg tentunya lebih kuat dari azazil dan jin jin sihir tu sendiri... aku pun biasalah akan menghapuskan segala jin jin sihir termasuk azazil yg bukan ada kat rumah aku tu pun, tapi dikejauhan.. ah biasalah aku guna teknology yg advance, tak de yg terlepas punya, berkecai hehe.. lagipun azazil yg ada tu yg tak power, kira cicit jauhlah dari ketua azazil tu...

Yang menjadi masaalah pada aku ialah yg ada ditubuhnya tu, dalam aku zasst jin jin tu pun dia berbual dengan minah tu... dia leh confirmkan lagi jin jin sihir tu semua dah mati, dan benar yg hantar adalah bekas pakwe budak tu..., siap dia cakap lagi, power juga sihir tu... sebenarnya ikut perawat yg merawatnya sebelum tu mengatakan bukan pakwe tu yg buat, tapi ada orang lain... ye la juga, tapi yg kuat dari pakwe tu sebab leh guna khidmat Azazil tu kira bukan guna bomoh sebarangan, dia guna khidmat bomoh handalan tu! Nasib baik makhluk yg ada ditubuh tu cepat bertindak menghalang jin jin sihir tu dari terus menyakiti minah tu.

Oleh kerana aku ni bukan nampak pun jin jin ke apa dalam tubuh pesakit, Cuma gerak hati je, so aku terus bertanya minah tu, ko tanyakan dia, dah berapa lama dia dalam badan ko tu, dan dari jenis apa... makhluk tu tak mau cakap, dia kata biar dia rahsiakan identitinya, yg penting dia nak minah ni selamat dan dia akan terus menjaga minah ni sampai bila bila! Aku cakap lagi, ni bukan jenis malaikat, sebab malaikat tak akan masuk dan berbual macam tu kat tubuh sesaorang, aku kata lagi kalau bukan jin, pasti roh, dan kalau roh pula, pastinya roh yang tak diterima alam barzakh(roh gentayangan)... aku suruh minah tu tanya lagi, tapi makhluk tu stiil tak mahu dirinya dikenali... aku pun berkata, walauapapun tujuan dia, walaupun untuk protex minah tu, tapi tak secara langsung akan merosakkan juga minah tu, akan lebih dahsyat iaitu akan merosakkan akal(boleh jadi gila) kerana roh manusia gentayangan ni panas dan amat mudah merosakkan sistem saraf otak manusia yg ditumpangnya..

Aku cakap lagi, kalau betul roh, roh siapa, biasanya roh gentayangan tak ganggu manusia kecuali dipuja oleh pemuja roh manusia(bomoh hitam).. dan satu lagi roh roh nenek moyang sendiri yg kononnya untuk menjaga anak cucu...

Untuk pengesahan, aku letak jari aku kat tapak tangannya... tapi minah tu tak rasa apa apa, dan roh tu cakap padanya, takpayahlah buat apa apa, tak de kesannya pun pada dia... aku cakap juga, memang le tak berkesan, tapi sakit tetap sakit juga, ialah roh mana boleh dibunuh.... akupun suruh minah tu duduk depan aku dengan membelakangi aku, aku zasst dari belakang bertalu talu... dan berkata pada minah tu, ko tanya dia, apa rasa? Tak lama minah tu jawab, dia dah letih sangat... kira zasst tu sebenarnya kena tapi ialah roh, tak akan mati, dan perlu zasst yg betul betul power baru boleh mengeluarkan dari tubuh sesaorang, biasanya perlu berganding 3 atau 4 orang zasst serentak dari depan dan belakang baru roh tu boleh tercampak keluar..... aku tak de geng zasst masa tu pulak tu....

Aku bila dah tak mampu mengeluarkan dengan kaedah zasst tu, terpaksalah beri cadangan untuk dia buat sendiri untuk mengeluarkan roh tersebut, tapi memang susahlah orang nak buat.. hehe berat sangat tu... abis tu aje caranya yg aku tau, nak buat macamana, so aku biarkan ajelah roh tu dan terus berbual... aku cakap lagi... macamana rasanya sekarang? So minah tu tanya dan dijawab roh tu, dia ok je... siap cakap tak payah la ko susuah susah keluarkan dia dari minah tu, bukan dia buat jahat pun, dia amat sayangkan minah ni, dan tak mau terus disihir.. sebab tu dia kekal didalam tubuhnya... aku cakap lagi kalau dia sayang minah ni, baik dia keluar secara sukarela, tak payah susah payah untuk aku keluarkan, tapi dia tetap tak mau...

Aku beritau minah tu, roh gentayangan memang macam tu, kalau dah masuk tubuh sesaorang walaupun cucu cicit dia sendiri, tetap tak mau keluar semula sebab kalau diluar tu ia akan menderita, ialah roh kan perlu berumah, masa hidup dulu, rumahnya lalah tubuh dia sendiri, kalau mati tentulah rumah yg sepatutnya ialah alam barzakh, tapi bila alam barzakh tak terima, so tentulah dia tak ketentuan bergentayangan ibarat kene hujan panas tak de tempat berteduh..(Dalam Alquran ada juga menyebut roh ada yg tak lepas kealam barzakh-roh orang berhutang- maksud hutang tu pulak???)

Bila aku perhatikan baik baik, baru aku cakap balik, roh yg ada dalam tubuh awak adalah roh moyang awak sendiri, tapi bukan moyang tu, iaitu moyang punya moyang punya moyang.. 7 keturunan, dan ia perempuan...

Barulah minah tu beri tau, ia memang dia perempuan sebab dia dah beritau yg ia perempuan... lepas tu minah tu cakap lagi roh dalam tu kata,”MALUNYA AKU, MACAMANA ‘DIA’ BOLEH TAU SIAPA AKU SEBENARNYA!, HI MALUNYA!!... dan roh tu mengaku kata kata aku memang benar... dan dia memang sangat sayang minah ni... Aku cakap lagi dia jadi gentayangan ni pun sebab masa hidupnya dulu dia menundukkan suaminya dengan ilmunya...

Tak lama minah tu berkata pula, eh nenek saya baru meninggal beberapa bulan yg lalu, dan dia pun dah berada dalam tubuhnya... alahai, kesiannya.... lepas tu giliran neneknya berbual dengannya, dan menyampaikan pesanan pada makuda nya minta ubah perangai (mak uda ialah anak nenek tu yg bongsu) sebab utama dia beritau ialah dia sedih tengok perangai mak uda tu yg dah teruk sangat(bebas)... hehe permasaalahan keluarga.. aku suruh minah tu tanya neneknya keluarlah dan jangan ganggu dia, roh nenek tu kata, hanya minah ni yg boleh dia berhubung pada warisnya, sebab tu dia masuk untuk memberi pesanan... aku cakap lagi, macamana kalau kami usaha untuk lepaskan dia dan moyang tu ke alam barzakh, roh nenek tu tak mau kerana takut lebih tersiksa jika masuk kesana.... abis macamana, takkan nak bergentayangan selama lamanya? Dan menghuni tubuh anak cucu pula??

Aku sarankan pada minah ni, kalau nak bantu roh nenek tu, banyakkan sedekah (tapi tentunya bukan sedekah fatehah, sebab sedekah fatehah payah nak sampai!, tentulah sedekah... sedekah!!) Cuma nilainya mungkin banyak, dan berilah sedekah tu pada majlis agama..kalau malas nak kesana, aku leh uruskan sebab aku ni amil korporat....

Akhirnya minah tu baliklah dengan dua roh nenek dan moyang atas moyang tu masih ada dalam badan... tak taulah dia nak usahakan ke tidak keluarkan roh tu.. Cuma beberapa hari yg lepas aku dapat rasa ada 3 roh tu datang pada aku yg sedang merawat pesakit lain, apa lagi dengan kesempatan tu aku terus tangkap ketiga tiganya dan kuncilah disuatu tempat.... tak tau berapa lama, terserah Allah nak lepaskan.... aku pun minta pada Allah juga buat benda tu....

OK, kalau tak percaya cerita ni, anggap sebagai dongengan aje... sebaiknya minta Allah yg beri petunjuk pada kita.... dan jangan tuduh aku beri ilmu sesat pulak... tak de ilmu disini... hanya penceritaan ketika proses rawatan...Waulohualam

3 ulasan:

  1. aku takut niat roh tu jahat jer.. Maklumlah, benda2 macam ni memula jer baik.. lama kelamaan pecahlah tembelang diorang....

    BalasPadam
  2. roh amendanya ...tu jin yg menyamar jadi roh nenek dia .. roh itu rahsia tuhan tidak diberi ilmu melainkan sedikit

    BalasPadam
  3. ilmu ttg roh yg sedikit tu la yg dapat membezakan antara roh manusia ataupun jin.

    segala jenis jin masih boleh dibunuh(kecuali seekor), tapi roh tak boleh

    BalasPadam

KG MELAYU SHELLOUT