Khamis, 10 Februari 2011

MERAWAT

Sekarang ni aku dah hampir hari hari merawat. Macam macam kes, ada yg berat ada yg tak berat.

Tapi ramai juga sms minta aku scan, hehe aku tak reti scan! Tapi sms ni aku tak layan sangat la, call je terus, kalau aku leh bantu, masa tu juga aku terus zasstttttttt.....


Kalau ada kes terutama yg tak leh settle oleh perawat lain, yg sakit dah puluh puluh tahun dan tau puncanya iaitu gangguan jin, insha Allah, aku akan bantu semampunya, tak kira apa jenis jin tu walaupun yg paling power..hehe (ala......terover pulak aku ni)

Kalau kes saka, dan confirm saka je, bukan sihir, aku rasa tak de masaalah sangat, tapi kalau sihir walau sihir tak sengaja, kekadang berulangkali sakit tu terjadi lagi, bukan pasal jin tu tak mati, tapi banyaknya rakan rakan jin jin yg mati tu menuntut bela, tapi yg kene si pesakitlah, aku Alhamdulillah, ok hehe..


Ramai juga yg tak merasa langsung yg dirinya tu ada gangguan jin, memang macam ok sepenuhnya, tapi kekadang minta juga aku test, biasalah aku ni pelik sikit kaedahnya, macam macam kaedah aku leh buat! hehe

Biasanya aku sentuhkan hujung jari aku kat tapak tangan atau hujung jari orang yg nak di test, selalunya ok je tak de rasa apa apa, maknanya ok la tu, tapi kalau rasa ada karen ke, ada rasa bergerak gerak ke, ada rasa berdebar debar ke, ada pada panas dibahagian bahagian badan ke, ada yg terus tersentap dan kejang kaki/tangan, ada yg terus lembik, ada yg terus sakit dada, ada yg terus meracau, ada yg terus bersilat, ada yg terus menangis teresak esak semuanya bergantung pada penguasaan jin yg ditubuh pesakit tu.....


Banyak orang yg nak datang tanya, nak bawa apa? ah aku bukan bomoh, bukan ustaz, bukan bukan bukan.... so tak payah bawa apa apa, bawa badan je... tapi ada juga yg bawa angpau hehe
makanan dll, alhamdulilah rezeki aku sekeluarga dan anak anak aku le tu...



Kebanyakkan kes kes yg aku ikhtiarkan sekarang ni, tak begitu berat, iaitu kalau jin tu merasuk pun, katalah berpuluh ekorpun, kejap je mati sekor sekor maksudnya bertukar watak tu kejap je, aku zasst, tergolek, nanti suara lain pulak, atau gaya lain pulak, atau kalau yg rajin bercakap tu, kadang cakap jawa, aku zasst, tak lama bangun cakap siam, aku zasst tumbang, tak lama bangun cakap mat salleh, yg tak cakap pun banyak, manjang mengilai pun ade..hehe ponti le tu.. tapi alhamdulillah biasanya aku kerjakan sampai badan tu kosong sepenuhnya baru aku benarkan depa tu balik.... tak taulah pasal kes tu tak berat ke atau aku ni yg dah terlebih power hehehe


Kalau kes jarak jauh pulak, keberkesanannya hanya alah 30-50% jek.. jauh la kata...

Contohnya kalau pesakit kat kl, jin ada 4 ekor, biasanya sekaligus je mati semua, tapi kalau 40 ekor! hehe.... mana mungkin beb, kenelah turun JB cari aku yg macam hantu ni, ramai juga yg datang dari jauh, tapi depa tu kata berbaloi la... depa kata!


Ramai tanya tentang bayaran dan pengeras... haha aku nak jawab pun susah, ialah dah lebih 20 tahun aku buat rawatan percuma, orang bagi pun aku tolak, walaupun aku keluar modal tol dan minyak........... tapi sekarang ni pasal ramai sangat minta aku terima pemberian mereka, so aku terimalah, bukan apa ada ramai yg segan nak minta bantuan aku lagi walau sakit teruk kalau aku tak mau pemberiannya tu.............betul ke? agak nye la....


Masa rawatan? senang je, masa yg aku lapang la, masa kerja pun boleh sebab aku kan boss, business sendiri hehe....

tempat??? kat opis pun no hal, 78-01, jln Rosmerah 2/17, Johor jaya... kat warung pun no hal, kat hotel??? tak pernah pulak aku buat! hehe.... tapi kalau malam tu kat rumah la... majidee baru@kg dato sulaiman menteri tu



Jenis rawatan? apa saja asal berkaitan dengan jin.. saka, sihir......macam macamlah


Kalau nak percaya dan perlu rawatan aku.. dipersilakan, kalau tak percaya pun lagi bagus... bukan senang tau jadi perawat ni.. berat beb kesan dan bebannya!!!!!!!!!!!!!!!!!!



2 ulasan:

  1. salam. no taliponnya mana? leh bagi X?

    BalasPadam
  2. kalau pesakit tu ada akal.. insya'allah.. x akan lupa berikan 'angpou' @ saguhati.. ikut kemampuan.. kalau aku, aku bawak myk wangi hehe sbb aku bisness tue :)

    BalasPadam

KG MELAYU SHELLOUT