Selasa, 10 Januari 2017

ADAKAH KITA DITAHAP IKHLAS????

TAHAP IKHLAS MANUSIA NI IAITU MUKHLISYIN... iaitu yang seluruh hidupnya  hanya dan semata mata kerana Allah... lidah dan hatinya sentiasa menyebut dan mengingati Allah


SESUNGGUHNYA KAMU(IBLIS) TIDAK AKAN MAMPU MENEWASKAN SI MUKHLISYIN IAITU ORANG ORANG YANG IKHLAS.


Kalau dengan jin cenonet, ifrit, hantu, dewa, dll pon kita dah tewas... dah terganggu... senang kene ganggu, senang kene bisik, senang kene hasud, senang kene hempap, senang kene sergah... tu tandanya kita ni terlalu jauh dari ikhlas... ikhlas ni senang cakap amalannya Allah terima la... tak ikhlas tu maknanya sebaliknya...

Ada perawat handalan pon takut nak rawat betul betul takut jin tu balas dendam padanya atau ahli keluarganya... maknanya perawat tu dah ikhlas ke????

Atau... katalah ulama.... masih suka cakap besar, masih suka meninggi diri, masih rasa dirinya serba betul, masih asik nak salahkan orang, masih sibuk nak mengkafirkan orang... tu tandanya mereka masih dibisikkan sifat sifat jahat lagi oleh jin syaitan didadanya... maksudnya.... jin masih boleh kalahkan dia... maksudnya jin tu masih peringkat pengikut sang iblis iblis jer... maksudnya???? pon masih jauh dari ikhlas laaaa


eh... memandai jer aku... hahaha


Tapi Allah yg beritau cam tu kan... iblis tidak mampu menewaskan orang yg ikhlas... tu iblis.... ni kalau jin tahap rendah bawahan iblis kacau pon kita dah tewas... hahahaha...... maknanya jauh lagi la ikhlas tu oiii


Aku ikhlas kah??? mana der... kalau aku ikhlas... taknya aku nak merapu cam ni... hentam itu ini... walau aku boleh bunuh jin jin... tapi jin masih boleh jer kalau nak kalahkan aku... bukan aku nampak pon kalau jin tu pukul curi ke, bisik bisik ke.... hahaha


Habis ko orang tahap mana??????? hahaha


lu fikir la sendiri


atau cuba fikir...................
Masih diganggu jin??? kenapa tak cari ikhlas????


2 keadaan jer yg jin tak boleh kacau manusia ni

-mukhlis
-yg berserah bulat bulat pada Allah

cakap senang la...... cuba dapatkan!!! tengok dapat tak

2017

tahun 2016 macam macam berlaku kat dunia malaysia ni kan... kemarau, banjir, gempa, ekonomi merundum, nilai duit tergolek.... gi sepital ubat kene beli luar, pinjaman ptptn tersekat.... dan macam macam


perduliklah... tu takdir tuhan... walaupun bersebab atas kesilapan manusia... sebagai khalifah yg Allah lantik untuk mengurus dunia... tapi kita tak urus dengan sejujurnya...


ok 2017 baru bermula...

hal jin jin.... masihkah ada lagi gangguannya???? mengapa yg dah di ajari cara membunuhnya tak teruskan??? malas?? lupa??? atau dah selesa???? hahaha

yang tak tau.... macamana nak tewaskan syaitan dari kalangan jin.... dah tambah ilmu??? ada belajar??? atau sombong rasa ilmu tu dah cukup tinggi????


Atau berserah biar terus diganggu... dimakan jin???? eh jin makan orang ke??? hahaha tu kene tau apa makanan jin tu... hahaha

pertama kene tau syaitan tu hanya sifat jahat pada manusia dan jin.... dan jin yg jahat ni semua golongan pon ada... cam manusia jugak... semua golongan pun ada yg jahat kecuali para nabi dan orang yg Allah jaga la....


lepas tu kene kenal la jin jin... jenis apa, kuatnya camne.. kalahnya dengan apa

pastu... belasah la jangan pulak belas kasihan.... setan tuuu... musuh yg nyata tu... nyata tu bukan nampak jer tau... musuh yg ternyata... yg terutama.... musuh no 1

Selasa, 11 Oktober 2016

download zikir

gi sini
sesiapa nak MP3 zikir download sini : 



http://www.mediafire.com/?6otvepamultvvoe

Rabu, 21 September 2016

MUKHLISIN= ORANG ORANG YANG IKHLAS


firman Allah:

"Sesungguhnya engkau(iblis) tidak akan mampu menewaskan orang orang yang ikhlas(mukhlisin)"


SIAPAKAH SI MUKHLIS?

pada aku.....Mukhlisin iaitu orang orang yang ikhlas dalam setiap ibadahnya, setiap pekerjaan nya, setiap perbuatannya hanya dan semata mata kerana Allah.

Setiap tarikan dan hembusan nafasnya serta denyutan jantung hanya ingatan yg tak putus pada Allah.. setiap saat dan waktu......


So... mengapakah iblis dan konco konconya tak dapat menewaskan orang seperti ini??? apa rahsianya???



Jawapannya ialah setiap zikir orang seperti ini akan menghasilkan cahaya illahi(Allah).... setiap sebutan nama nama Allah akan menerbitkan cahaya Allah... jadilah dirinya yg dah sebati dengan zikrullah ini terus terusan diterangi cahaya Allah dari zikirnya sendiri.... sehingga iblis pon tak mampu memandangnya inikan pula mengalahkannya.... inikan konco konco iblis yg rendah tahapnya...


Putih berkilau cahaya menaungi si mukhlis ini dari pandangan ghaib terutama golongan jin dan malaikat..... Jin tak lihat pun tak boleh, inikan nak mendekat untuk mengalahkan... lagi la tak boleh.... tu sebab Allah beritau dlm Al israk 65 yg iblis dan penyokongnya takkan mampu mengalahkan si mukhlis


So... Kalau diganggu jin.... macamana nak setelkan???? tak faham lagi???? bukan baca baca itu ini untuk menewaskan jin jin tu... tak de kesannya oiii


Tapi carilah ikhlas!!! cari dan terus cari walau x dapat jadi mukhlis tu...tapi sikit sikit dapat pun ok la dari terus kosong langsung tak ikhlas.... kannnnnnnnnnnnn


Isnin, 29 Ogos 2016

IBLIS.......... SATU KAH???

Iblis berkata: "Berilah tempoh kepadaku hingga hari mereka dibangkitkan (hari Kiamat)".Al A'raf 14

Iblis berkata: "Berilah tempoh kepadaku hingga hari mereka dibangkitkan (hari Kiamat)".As Syu'ara 95

Setelah diketahui demikian maka tidaklah patut disamakan Allah Tuhan yang berkuasa mengawas tiap-tiap diri dan mengetahui akan apa yang telah diusahakan oleh diri-diri itu, (dengan makhluk yang tidak bersifat demikian). Dalam pada itu, mereka yang kafir telah menjadikan beberapa makhluk sebagai sekutu bagi Allah. Katakanlah (wahai Muhammad): Namakanlah kamu akan mereka (yang kamu sembah itu). Atau adakah kamu hendak memberi tahu kepada Allah akan apa yang tidak diketahuiNya di bumi? Atau adakah kamu menamakannya dengan kata-kata yang lahir (sedang pada hakikatnya tidak demikian)? Bahkan sebenarnya telah diperhiaskan oleh Iblis bagi orang-orang yang kafir itu akan kekufuran dan tipu daya mereka (terhadap Islam) dan mereka pula disekat oleh hawa nafsu mereka daripada menurut jalan yang benar dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan oleh Allah (dengan pilihannya yang salah) maka tidak ada sesiapapun yang dapat memberi hidayat petunjuk kepadanya.Ar Raad 33

Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam; lalu mereka sujud melainkan iblis; dia adalah dari golongan jin, lalu dia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. Oleh itu, patutkah kamu hendak menjadikan iblis dan keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripadaku? Sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. Amatlah buruknya bagi orang-orang yang zalim: Pengganti yang mereka pilih itu.Al Kahf 50


Daripada ayat ayat di atas menunjukkan iblis memohon tangguh, berapa iblis yg mohon tangguh??? jawabnya tentulah seekor

siapa yg diberi tangguh??? tentunya yg minta tangguh iaitu yg seekor itu

Adakah dia ada keturunan???  tentulah ada... Al Kahf 50 tu dah beritau..... soalnya siapakah keturunan iblis????? jawabnya tentulah iblis juga.... sebab iblis tu satu golongan jin... al Kahf 50 dah beritau.... kerana apa jawabnya begitu???

Jawabnya ada dalam ayat Ar Raad 33 tu....Allah beritau tiap orang orang kafir dihiaskan oleh iblis akan kekufuran dan tipudaya mereka.... kenapa ramai??? kerana orang kafir tu pun ramai....iblis tentulah ramai untuk hiasi kekufuran kat tiap orang kafir tu. Kalau iblis seekor... tak lah Allah kata iblis dalam ayat tu....Allah akan sebut syaitan atau lainnya... tapi dlm kes ni Allah secara jelas kata iblis yg hiasi kekufuran kat  orang orang kafir tu, bukan jin jin dari golongan lain.



Bila aku kata aku biasa bunuh iblis... tentu ada yg tak percaya sebab jangkaan memasing bahara iblis tu seekor dan diberi tangguh pulak tu.....

Kalau iblis tu seekor... memang la aku x leh bunuh... sebab memang yg seekor tu aku pun tak boleh bunuh.....


Tapi iblis ada keturunan... keturunannya pon iblis juga sebab iblis tu nama satu golongan jin, bukan nama individu.... dan golongan jin ada banyak lagi...

ifrit tu pon satu golongan jin, bukan nama seekor jin. tapi ifrit ni tahap rendah la.... no hal punya nak bunuh dia.



Rabu, 4 Mei 2016

MEMBUNUH IBLIS

Ramai yg kata iblis tak boleh dibunuh
Pembunuh jin pula kata... iblis boleh je dibunuh
Perawat pula rata ratanya pun kata...yg iblis tak boleh dibunuh

mana satu betul????


Jawapannya dua dua jawapan betul

Memang iblis yg minta tangguh dengan Allah tu, Allah dah beri tangguh untuknya sesatkan manusia selagi masih ada manusia didunia tak boleh mati dibunuh... sebab Allah tak izinkan dan Allah memang x bagi pembunuh jin bunuh dia... so jawapannya betul la iblis seekor tu yg tak boleh dibunuh.


Abis yg pembunuh jin kata boleh dibunuh pulak kenapa???

Jawapannya betul juga

Yg diberi tangguh tu sekor tu jer..... abis keturunan iblis kan iblis juga... iblis tu kan dari golongan jin, satu golongan la.... keturunan iblis pun dipanggil iblis juga. yg keturunan iblis ni la yg boleh dibunuh.

Macam ifrit... ifrit tu golongan jin juga.... bukan seekor... semua ifrit kita panggil ifrit, kita tak la panggil abdul wahub ke, abdul wahid ke, abdul wahab ke... penjaga harta sidek sigaraga... hahaha... sebab ifrit tu satu golongan jin juga... kalau dia islam baru tak panggil ifrit tapi panggil jin islam... molek la sikit

Iblis tak de yg islam dah....

Bunuh ifrit tu kira susah la juga banding bunuh hantu hantu... tapi bunuh iblis lagi la susah...7x susah banding bunuh ifrit..... tapi masih mudah la jugak banding bunuh lipas...bunuh nyamuk... bunuh lalat... susah maa... lagi la yg lalat jenis terbang laju tu... hahaha



ada bangkangan???

atau nak kata iblis tu bukan golongan jin tapi individu jin????
atau nak kata yg iblis tu tak de keturunan??? yg namanya iblis jugak??
atau nak kata yg keturunan iblis tak dipanggil iblis, tapi dipanggil syaitan????

Syaitan tu maknanya jahat, jin dan manusia yg jahat dipanggil syaitan... tapi Allah bahasakan syaitan banyak banyak dalam quran tu merujuk pada jin jin yg jahat jer, perkataan syaitan tu Allah tak banyak tuju kat manusia yg jahat... sebab manusia yg jahat banyak gelarannya bergantung apa kejahatan yg dilakukannya.

So.... syaitan bukan nama makhluk bernyawa, tapi sifat kejahatan pada makhluk bernyawa jin dan manusia.


Pernah kene ganggu iblis????

Rata ratanya tak pernah la... bukan standard iblis nak kacau orang macam kita... iblis akan cari dan tuju kat orang yg tinggi iman dan takwanya untuk sesatkan... tahap kita kita ni... hantu hantu kacau pun dah tewas.... hahaha

Tu yg ada perawat handal.... dengan hanturaya pun takut.... walhal tu kira jin tahap bawahan sangat.... maknanya tak handal la


jauh lagi dari handal tu


hahahaha

Macamana bunuh iblis???? hahaha... banyak cara daaaa tapi bukan la dengan rukyah jampi bagai tu... depa pun ikut jer baca

kalau iblis iblis tu dah dalam badan... agak mudah dibunuh sebab bandingan dgn ifrit pun takat 7 kali kekuatannya jer... kasi la current yg tinggi megawatt baru iblis tu hancur...  simbolik jer ni hehe... maksudnya gunalah kekuatan yg lagi tinggi.

Golongan Azazil tu 7x lagi lagi kuat dari iblis, pernah ngadap??? hahaha

Tak per... kes iblis dan azazil ni kes terpencil... tak leh setel meh ngadap aku.. hahaha







Selasa, 3 Mei 2016

CAJ RAWATAN

Kebelakangan ini banyak sangat komen dalam alam siber ni bab caj rawatan pusar perobatan islam dan alternatif lainnya

Pesakit rata ratanya tak puashati akan caj yang dikenekan

mahal sangat
tak masuk akal
caj dulu, kene bayar dulu... sembuhnya tak juga
kalau boleh dak caj macam dulu dulu 25sen ke apa... haha
ada yg caj beribu ribu... boleh bayar ansur ansur.... berubat jer terus kene bayar.... tak kira sembuh atau tak... banyak sangat alasan perawat

Sebenarnya boleh tak caj rawatan dikenakan pada pesakit ????

Jawabnya boleh!!!


kenapa???

zaman nabi, sahabatnya jampi fatihah pada ketua kampung kafir yg kene sengatan kala jengking... caj 1 ekor kambing... setuju baru rawat.... dah sembuh baru bayar!!!

Satu kes lain... sorang pompuan bawa anak yg kene sakit gangguan syaitan... jumpa nabi.... minta nabi doakan... nabi cuma hembus pada mulut budak tu dan suruh jin tu keluar... nabi x mintak upah... lepas 3 hari..pompuan tu jumpa nabi ditempat yg sama... bawa 3 ekor kambing... agaknya nilai sekarang berapa??? kalau seekor RM900... jumlahnya rm2700 tuuu

Tapi nabi ambil seekor jer, yg dua ekor nabi pulangkan... SETELAH budak tu sembuh.... pompuan tu bagi selepas anaknya sembuh!!!!!!!


So????????


Apa salahnya caj rawatan???

Sebenarnya banyak salahnya!!!! perawat sekarang buat tak ikut nabi buat!!!!

pertama nilainya mungkin jauh lebih murah dari nilai seekor kambing tu
kedua... tak beritau upah yg nak dikenekan...dah rawat baru beritau apa yg kene bayar
ketiga... ambil upah dulu sebelum pesakit sembuh
keempat....pesakit yg sembuh lari tak bayar perawat.... ade ke??? hahaha


Agak agakla nak caj... pastikan pesakit dah sembuh baru ambil upah....pesakit pulak... kalau rawat handphone yg kene sakit sanggup bayar ratus ratus kat kedai repair handphone... ni sendiri sakit nak direpair pun kedekut?????

diri dah direpair... dah baik tu..... bagilah tukang repair tu... nilai kesihatan tu tak terkira banding repair handphone tau!!!! hahaha



Khamis, 10 Disember 2015

MASUK ISLAM

BAGAIMANA MASUK ISLAM ATAU JADI ISLAM??? SUSAH SANGAT KE???



MASUK ISLAM TU AMAT MUDAH, HANYA DENGAN MENGUCAP KALIMAH SYAHADAH DENGAN LIDAH DAN SERENTAK PENGAKUAN DI HATI..

Tiada tuhan selain Allah, Muhammad adalah rasul Allah....

Dah buat pengakuan itu dengan tulus ikhlas, dengan jujur, dengan tiada paksaan, dengan setulus hati, dah islam lah tu.... lepas tu nak buat rukun islam yang lain, buatlah...kalau dah tau, kalau lum tau, belajar belajar dan terus belajar dan lakukan seperti arahan dan ajaran islam....

Dah masuk islam, setakat masuk islam, lalu tolong sedara seislam, dengan membanyakkan jumlah orang islam, jangan rasa berjasa pada orang islam, kerana keisaman itu hanyalah atas limpah nikmat dari Allah yang memberi petunjuk pada keimanan....

Untuk itulah, Allah mengajarkan agar manusia tidak merasa berjasa dengan masuknya dia ke dalam agama islam. Sebaliknya, dia harus merasa bersyukur karena Allah telah memberikan hidayah islam kepadanya.
يَمُنُّونَ عَلَيْكَ أَنْ أَسْلَمُوا قُلْ لَا تَمُنُّوا عَلَيَّ إِسْلَامَكُمْ بَلِ اللَّهُ يَمُنُّ عَلَيْكُمْ أَنْ هَدَاكُمْ لِلْإِيمَانِ
”Mereka merasa telah berjasa kepadamu (Muhammad) dengan keislaman mereka. Katakanlah: “Janganlah kamu merasa telah berjasa kepadaku dengan keislamanmu. Sebaliknya, Allahlah yang melimpahkan nikmat kepadamu dengan memberi petunjuk untuk kamu kepada keimanan.” (QS. Al-Hujurat: 17)
Oleh karena itu, untuk  masuk islam, tata caranya saa..ngat mudah. Tidak perlu acara khusus, dan bboleh dilakukan tanpa modal. Yang sukar adalah memastikan keikhlasan dan kejujuran hati ketika masuk islam. Berikut beberapa tata cara masuk islam,
Pertama, ikrar dua kalimat syahadat
Ikrar syahadat adalah mengucpkan kalimat,
أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ
ASYHADU ALLAAA ILAAHA ILLALLAAH
WA ASYHADU ANNA MUHAMMADAR RASULULLAH…
“Aku bersaksi  bahwa Tiada tuhan yg berhak diibadahi kecuali Allah, dan aku juga bersaksi bahwa Nabi Muhammad adalah utusan Allah”
Catatan:
Jika sukar untuk mengucapkan dua kalimat ini secara fasih, boleh diajar dan mengikut bacaan seorang  muslim, dan muallaf cukup mengikuti semampunya. Kemudian diucapkan juga arti dari kalimat tersebut, agar memahami apa yang dia ucapkan.
Kedua, ikrar ini harus diucapkan di depan saksi kaum muslimin. Jumlah saksi minimal dua orang muslim baik-baik.
Tujuan saksi adalah agar muallaf ini diakui telah menukar agama atau masuk islam oleh masyarakat muslim lainnya. Sehingga kemudiannya, dia dilayani sebagaimana wajarnya seorang muslim.
Masuk islam tidak harus di depan kiyai, habib, ustad, atau tokoh agama lainnya. Karena bukan syarat diterimanya syahadat, harus diucapkan di depan tokoh agama. Namun harus di depan saksi dua orang muslim. Dan saksi, tidak harus tokoh agama, alim ulama dll.
Hanya dengan melakukan dua hal di atas, berikrar syahadat dan disaksikan muslim yang lain, maka sang muallaf telah dinyatakan sebagai muslim yang sah islamnya. Dia mendapatkan hak dan kewajiban, sebagaimana muslim lainnya.
Selanjutnya, ada beberapa yang perlu dilakukan,
Pertama, dianjurkan mandi hadas besar
Dalam madzhab Syafie, dianjurkan bagi orang yang baru saja masuk islam untuk mandi hadas besar, membasahi seluruh badan sebersih bersihnya takpa ada bahagian yang ketinggalan.
Anjuran ini berdasarkan riwayat dari sahabat Qois bin Ashim radhiyallahu ‘anhu,
أَتَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أُرِيدُ الْإِسْلَامَ فَأَمَرَنِي أَنْ أَغْتَسِلَ بِمَاءٍ وَسِدْرٍ
Aku mendatangi Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam untuk masuk islam. Kemudian beliau menyuruhku untuk mandi dengan air dan daun bidara. (HR. Abu Daud 355 – shahih)
Ada juga yang menyebutkan, dianjurkan untuk membotakkan rambut. Namun anjuran ini berdasarkan riwayat yang dhaif

Daripada tulisan di atas, cukuplah jelas bahawa sesaorang itu telah muslim hanya mengucap dua kalimah syahadah, tanpa perlu melaksanakan rukun islam yang lain, tanpa perlu mencukupi seluruh rukun iman.
So, mengapa ada diantara kita mengkafirkan atau bahasa lain menuduh seorang muslim yang lain sebagai kafir sedangkan mereka mengucap kalimah syahadah????
Ramai kita menuduh muslim lain terutama dari golongan yang bermazhab berlainan dari kita sebagai kafir, tak kiralah... sapa, kalau kita wahabi, kita tuduh syiah dan sunnah kafir, kalau kita sunnah, kita tuduh syiah dan wahabi kafir, kalau kita syiah, kita tuduh pula sunnah dan wahabi kafir.... sedangkan semuanya muslim, dan mengesakan Allah dan mengaku Muhammad itu rasul Alllah????
Ali Imran 103
"Dan berpengan teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan jangalah kamu becerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersepadu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikialan Allah telah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya supaya kamu mendapat pertunjuk dan hidayahNya."

Al Baqarah 256
"Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka  sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh, yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui."

An Nisa 175
"Oleh itu, orang-orang yang beriman kepada Allah dan berpegang teguh kepada (ajaran Al-Quran) ini, maka Allah akan memasukkan mereka ke dalam rahmatNya (yang khas iaitu Syurga) dan limpah kurniaNya (yang tidak terkira) dan Allah akan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus (jalan agama Islam), yang membawa kepadaNya."
Al An'am 125
"Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayat petunjuk kepadanya nescaya Dia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Dia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah dia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman."

BERSATULAH WAHAI SEMUA ORANG ISLAM, TAK KIRA KAMU UMNO, PAS, PKR, DAP, WAHABI, SUNNAH, SYIAH....ISLAM ITU SATU, ISLAM!!!!!!!

MUSUH KAMU YANG SEBENARNYA IALAH SYAITAN, SYAITAN, SYAITAN..... LAYANLAH IA SEBAGAI MUSUH..... kemudian barulah musuh kamu dari kalangan manusia yang memusuhi islam....











Rabu, 9 Disember 2015

copy jer


|Riwayat|
Diceritakan kisah serombongan sahabat Rasulullah s.a.w. bermusafir hingga sampai di sebuah perkampungan. Mereka meminta untuk menjadi tetamu penduduk kampung, namun orang kampung tidak bersedia. Mereka (para sahabat) berkhemah di luar kampung tersebut. ditkdirkan Allah s.w.t. , penghulu kampung dipatuk ular. Satu riwayat menyebut terkena gangguan jin. Mereka lalu datang meminta pertolongan sahabat untuk merawat sakit tersebut. Seorang Sahabat menyahut bersedia untuk merawat (menjampi). Namun beliau mensyaratkan agar dibayar sebanyak 30 ekor kambing. Apabila orang kampung bersetuju maka beliau pun merawat dengan mebacakan surah al-Fatihah. Lelaki tersebut sembuh. Sahabat tersebut diberikan 30 ekor kambing seperti yang dijanjikan. Sahabat itu ingin mengagihkan hasil yang diperolehinya dariapa merawat tetapi para Sahabat yang lain menolak sehinggalah dijelaskan hukumnya oleh Nabi s.a.w. Apbila tiba di Madinah Nabi s.a.w. menyetujui apa yang dilakukan oleh sahabat tersebut. Baginda bersabda:"Bagaiamana kamu tahu bahawa surah Fatihah itu adalah satu jampi? Agihkan kambing tersebut dan berikan kepadaku satu bahagian.
|Kesimpulan Hadis & Riwayat|
1. Hukum upah rawatan adalah HARUS
2. Secara umumnya Surah al-Fatihah boleh digunakan untuk rawatan semua jenis penyakit.
|Perihal Upah Rawatan| 
Dari hadis-hadis dan riwayat yang disebutkan, hukum upah untuk rawatan sakit adalah harus. Dalam kes di atas, hanya dengan membaca Fatihah untuk rawatan sakit patukan ular atau gangguan jin, upahnya ialah 30 ekor kambing. Jika dinilai pada hari ini lebih dari RM15 ribu (30 ekor X RM500). Justeru itu tidak salah bagi perawat mengambil upah atau mengenakan bayaran tertentu untuk rawatan pesakit mengikut persetujuan dua pihak (perawat dan pesakit).
Adalah wajib pesakit membayar bayaran yang telah dipersetujui dan haram jika pesakit enggan menjelaskan bayaran tersebut. Jika perawat telah menyatakan atau mempamerkan upah harga rawatan, wajib pada pesakit membayar mengikut harganya. Namun, jika tiada apa-apa perjanjian atau persetujuan mengenai jumlah bayaran, maka terpulang kepada pesakit untuk memberi seberapa yang termampu (biar berpadanan dengan rawatan).
|Pendapat Ulamak berkenaan Upah Bayaran| 
1.Berkata Ibn Qudamah dalam kitab Al-Mughni:
Adapun mengambil upah rukyah (menjampi) maka Imam Ahmad memilih qaul yang mengatakan HARUS dan beliau sendiri mengatakan TIDAK MENGAPA
2. Kata Ibn Hazam dalam kitab Al-Mahalli:
Upah rukyah (menjampi) adalah HARUS 
3. Dr. Muhammad Said Ramadan Al-Buti dalam kitab Feqh As-Sirah:
Malik, Syafie, Ahmad, Ishak dan Abu Thaur berpendapat HARUS MENGAMBIL UPAH RAWATAN, manakala Abu Hanafiah memperincikannya iaitu HARAM MENGAMBIL UPAH BAGI MENGAJAR AL-QURAN dan HARUS PULA UNTUK MERUKYAH

Selasa, 8 Disember 2015

HAKIKAT

Kita selalu dengar orang sebut hakikat, ilmu hakikat, ilmu makrifat.... apakah????


Tau ke apa itu hakikat????

Hakikat yg sebenarnya???

contohnya seorang kafir, berpura pura beriman, hakikatnya apa???? hakikatnya tetap kafir, malah berpura pura beriman itu dipanggil munafik, betul tak????


Ok, cuba kita tengok sesaorang senyum pada kita..... kita tau ke hakikat senyuman tu???? adakah senyuman yg tulus sebagai senyuman manis??? atau senyuman sindiran?? atau senyuman mengejek, atau senyuman mengutuk? atau senyuman paksa??? atau senyuman bersebab??????

Ok, cuba tengok pula tentang solat, apa hakikat solat kita tu???? adakah betul betul tulus solat untuk mengingati Allah, memuji Allah, menunduk dan sujud merendah diri pada Allah, jika benar.........bagus!!!!!!!!!, tapi benarkah sedang waktu takbirratulikhram tu sendiri otak kita ingat apa??? ingat dan puji sama macam mulut kita ucapkan tu ke iaitu Allah maha besar, Allahuakbar??? atau kita ingat pada rangkap dan bait bait niat solat???? mulut sebut lain, otak fikir lain, hati kelain???? tu baru pada satu perbuatan, takbiratulikhram.....yg lain lain dalam rukun dan bacaan solat tu, mulut kita sebut bacaan, hati kita kemana????? betul ke ingat dan puji Allah seperti apa yg kita ucapkan tika itu, atau ingat yg lain???? so, apa hakikat solat kita tu????? betul puji Allah???betul solat?? betul ingat Allah????

ok, cuba bab ni pulak, bab rawatan la..... tumpu yg islamik la ... perawat pasti baca baca, rukyah, manzil, mathurat dll..... apa hakikat bacaan tu??? apa hakikat keberkesanan bacaan tu pada syaitan jin yg ganggu tu??? apa hakikatnya yg hadir tika bacaan dilakukan??? apa hakikat yg keluar tika bacaan dikemundangkan???? sapa boleh jawab????

Yang tukang baca pun......., tau tak apa hakikat bacaan tu kan, kalau tau, apa yg keluar masa bacaan tu selain bunyi bacaan??? aura nye ke, gelombangnya ke? cahayanya ke yg sampai boleh menggegar otak jin yg merasuk???? betul ke jin tu kesakitan??? kepanasan??? rasa nak mati dsb sampai sanggup masuk islam jika si perawat suruh mereka masuk islam???? tau ke jin jenis apa yg merasuk tu, jenis ada akal ke, jenis ada tanduk ke, jenis macam binatang tau mengucap tapi takkan ada iman??????

Dari persoalan di atas tu tadi....


Jadi, sebenar nya hakikat tu apa??? jawabnya mudah, apa yg sebenar benarnya berlaku atau terjadi disebalik yg nyata ini.....


Itulah hakikat....

Ilmu hakikat pulak.... sama jer..... apa hakikat doa kita, apa hakikat solat kita, apa hakikat amalan kita, apa yg sebenar benarnya  disebalik apa yg kita lakukan amalan tu.... kita lihat ramai yg sibuk belajar ilmu hakikat, ilmu makrifat..... tapi apa yg sebenarnya di cari???? apa ilmu yg dikaji??? benarkah kita benar mengkaji untuk mengenali Allah yg sebenar benarnya??? atau sebenar benarnya hanya untuk mengenal diri sendiri sahaja, iaitu roh??????? kalau dah kenal, apa yg dikenal??? Allah ke Roh???? insan kamil mukamil tu dituju kat siapa??? diri yang nyata?? diri yang ghaib?? atau Allah??? kalau kata diri terperi tu Allah??? banyak kah Allah??? berkuasa kah Allah yg diri terperi tu??? kalau betul itulah Allah yg dicari, kerana ikut kata perumpamaan, kenallah diri, maka kenal lah Allah' tu, apa kuasa Allah yg diri terperi?? Mana Allah yang mentadbir sekelian alam????


Kalau Roh manusia itulah yg dikatakan Allah, sedangkan manusia tu sebenarnya lemah...... tu bukan lah Allah, Allah yang sebenar maha berkuasa , maha mentadbir, maha mulia, maha tinggi, dan maha segala.....


So????? hakikat manusia pun kita tak leh capai dek otak kita, macamana nak kenal Allah sebenar benar kenal hanya dengan ilmu mengenal diri???? siap ada rajah rajah bagai tu????? kenal diri maka kenal Allah, sapa dah kenal diri??? sapa dah kenal Allah??? kalau betul, cuba kira berapa banyak liang roma pada diri tu.... hahaha


So.... tak payah sibuk belajar ilmu hakikat makrifat yg susah susah tu.... dalam ilmu tauhid tu dah jelas tentang Allah secara dasar... cukuplah tuuuu


hakikat..... hakikat sebenar hakikat, adalah yg sebenarnya apa disebalik apa.....


Waulohua'lam




Selasa, 3 November 2015

SUBHANALLAH,,INILAH YANG AKAN TERJADI JIKA ANDA MINUM AIR KELAPA SELAMA 7 HARI,TOLONG DI SHARE YA !!!


Banyak orang mengklaim bahwa air kelapa memiliki efek magis pada kesehatan kita. Anda mungkin pernah mendengar perihal minyak kelapa serta sebagian faedah yang ditawarkannya. Tetapi sempatkah anda minum air kelapa selama 7 hari berturut-turut? Air kelapa akan sangat baik untuk kesehatan badan bila diminum teratur, dan anda akan selekasnya merasakan khasiatnya.

Ajaibnya, air kelapa serta plasma darah dalam aliran darah manusia mempunyai susunan yang serupa. Hal semacam ini dibuktikan dengan pemakaian air kelapa juga sebagai pengganti darah waktu zaman perang di masa lalu, serta dengan cara ini banyak nyawa manusia terselamatkan.

Hari-hari ini air kelapa dipakai di semua dunia, serta Anda bisa menemukannya di berbagai pasar di lingkungan Anda. Mungkin saja rasa airnya tidak lagi segar, namun daya detoksifikasi serta faedah kesehatan yang lain dari air kelapa sangatlah tidak diragukan lagi.

Apa yang terjadi saat Anda minum air kelapa dalam 7 Hari?

Dilansir dari website healthyfoodteam. com, air kelapa bisa menguatkan system kekebalan tubuh Anda serta menyingkirkan bakteri yang mengakibatkan infeksi saluran kemih, gonore, penyakit gusi serta virus yang mengakibatkan flu, infeksi beragam penyakit serta tifus.

Air kelapa bisa meningkatkan daya serta produksi kelenjar hormon tiroid. Air kelapa bertindak juga sebagai diuretik alami serta sangat membantu untuk orang yang mempunyai penyakit ginjal. Ini bakal menolong bersihkan saluran kemih serta saluran kandung kemih. Bermanfaat menyingkirkan toksin serta menolong memecah batu
ginjal.

Air kelapa memiliki kandungan jumlah serat yang tinggi, hingga sangat baik untuk pencernaan. Mengkonsumsi air kelapa dengan teratur bakal menolong mengeliminasi asam lambung.

Karena air kelapa rendah lemak, Anda bisa meminumnya dalam jumlah banyak. Air kelapa bakal mengurangi nafsu makan Anda karena sesudah meminumnya anda bakal terasa kenyang, jadi secara tidak langsung menolong penurunan berat badan.

Coba basahi kapas atau kain dengan air kelapa serta tempatkan pada kulit bila Anda mempunyai jerawat, kulit berminyak atau kering. Air kelapa bakal membuat kulit lebih bersih serta segar, serta pori-pori akan terbuka. Campur air kelapa dengan minyak zaitun untuk membersihkan pencernaan serta menyingkirkan parasit usus.

Para pakar mengklaim bahwa air kelapa juga membantu menangani sebagian permasalahan kesehatan sepanjang kehamilan. Dengan cuma satu cangkir air kelapa Anda bakal menyeimbangkan elektrolit, hingga anda akan terlepas dari hipertensi atau di kenal juga sebagai tekanan darah tinggi.

Saat orang terlampau banyak minum (mabuk) sepanjang malam, mereka kerap alami sakit kepala pada pagi hari. Minumlah air kelapa untuk menyingkirkan sakit kepala serta mengganti cairan yang hilang dalam tubuh dan menangani penyakit yang disebabkan dari mabuk.

Bila Anda mau kulit Anda cerah serta terlindungi selama seharian, minumlah satu gelas air kelapa. Bila Anda kehilangan terlampau banyak energi dengan kegiatan fisik yang melelahkan, Anda bisa memulihkan energi Anda dengan air kelapa. Air kelapa bakal memberikannya dampak positif pada tiap-tiap bagian badan Anda yang capek.

Air kelapa seperti akan anti oksidan hingga membantu system kekebalan tubuh yang kuat, meningkatkan energi, keamanan dari bakteri serta infeksi, penurunan berat tubuh serta banyak faedah yang lain.

TOLONG SHARE ARTIKEL BERMANFAAT INI AGAR LEBIH BANYAK YANG TAHU TENTANG INI

sumber : artikelkesehatan.tk

KG MELAYU SHELLOUT