Rabu, 9 Disember 2015

copy jer


|Riwayat|
Diceritakan kisah serombongan sahabat Rasulullah s.a.w. bermusafir hingga sampai di sebuah perkampungan. Mereka meminta untuk menjadi tetamu penduduk kampung, namun orang kampung tidak bersedia. Mereka (para sahabat) berkhemah di luar kampung tersebut. ditkdirkan Allah s.w.t. , penghulu kampung dipatuk ular. Satu riwayat menyebut terkena gangguan jin. Mereka lalu datang meminta pertolongan sahabat untuk merawat sakit tersebut. Seorang Sahabat menyahut bersedia untuk merawat (menjampi). Namun beliau mensyaratkan agar dibayar sebanyak 30 ekor kambing. Apabila orang kampung bersetuju maka beliau pun merawat dengan mebacakan surah al-Fatihah. Lelaki tersebut sembuh. Sahabat tersebut diberikan 30 ekor kambing seperti yang dijanjikan. Sahabat itu ingin mengagihkan hasil yang diperolehinya dariapa merawat tetapi para Sahabat yang lain menolak sehinggalah dijelaskan hukumnya oleh Nabi s.a.w. Apbila tiba di Madinah Nabi s.a.w. menyetujui apa yang dilakukan oleh sahabat tersebut. Baginda bersabda:"Bagaiamana kamu tahu bahawa surah Fatihah itu adalah satu jampi? Agihkan kambing tersebut dan berikan kepadaku satu bahagian.
|Kesimpulan Hadis & Riwayat|
1. Hukum upah rawatan adalah HARUS
2. Secara umumnya Surah al-Fatihah boleh digunakan untuk rawatan semua jenis penyakit.
|Perihal Upah Rawatan| 
Dari hadis-hadis dan riwayat yang disebutkan, hukum upah untuk rawatan sakit adalah harus. Dalam kes di atas, hanya dengan membaca Fatihah untuk rawatan sakit patukan ular atau gangguan jin, upahnya ialah 30 ekor kambing. Jika dinilai pada hari ini lebih dari RM15 ribu (30 ekor X RM500). Justeru itu tidak salah bagi perawat mengambil upah atau mengenakan bayaran tertentu untuk rawatan pesakit mengikut persetujuan dua pihak (perawat dan pesakit).
Adalah wajib pesakit membayar bayaran yang telah dipersetujui dan haram jika pesakit enggan menjelaskan bayaran tersebut. Jika perawat telah menyatakan atau mempamerkan upah harga rawatan, wajib pada pesakit membayar mengikut harganya. Namun, jika tiada apa-apa perjanjian atau persetujuan mengenai jumlah bayaran, maka terpulang kepada pesakit untuk memberi seberapa yang termampu (biar berpadanan dengan rawatan).
|Pendapat Ulamak berkenaan Upah Bayaran| 
1.Berkata Ibn Qudamah dalam kitab Al-Mughni:
Adapun mengambil upah rukyah (menjampi) maka Imam Ahmad memilih qaul yang mengatakan HARUS dan beliau sendiri mengatakan TIDAK MENGAPA
2. Kata Ibn Hazam dalam kitab Al-Mahalli:
Upah rukyah (menjampi) adalah HARUS 
3. Dr. Muhammad Said Ramadan Al-Buti dalam kitab Feqh As-Sirah:
Malik, Syafie, Ahmad, Ishak dan Abu Thaur berpendapat HARUS MENGAMBIL UPAH RAWATAN, manakala Abu Hanafiah memperincikannya iaitu HARAM MENGAMBIL UPAH BAGI MENGAJAR AL-QURAN dan HARUS PULA UNTUK MERUKYAH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KG MELAYU SHELLOUT