Khamis, 10 Disember 2015

MASUK ISLAM

BAGAIMANA MASUK ISLAM ATAU JADI ISLAM??? SUSAH SANGAT KE???



MASUK ISLAM TU AMAT MUDAH, HANYA DENGAN MENGUCAP KALIMAH SYAHADAH DENGAN LIDAH DAN SERENTAK PENGAKUAN DI HATI..

Tiada tuhan selain Allah, Muhammad adalah rasul Allah....

Dah buat pengakuan itu dengan tulus ikhlas, dengan jujur, dengan tiada paksaan, dengan setulus hati, dah islam lah tu.... lepas tu nak buat rukun islam yang lain, buatlah...kalau dah tau, kalau lum tau, belajar belajar dan terus belajar dan lakukan seperti arahan dan ajaran islam....

Dah masuk islam, setakat masuk islam, lalu tolong sedara seislam, dengan membanyakkan jumlah orang islam, jangan rasa berjasa pada orang islam, kerana keisaman itu hanyalah atas limpah nikmat dari Allah yang memberi petunjuk pada keimanan....

Untuk itulah, Allah mengajarkan agar manusia tidak merasa berjasa dengan masuknya dia ke dalam agama islam. Sebaliknya, dia harus merasa bersyukur karena Allah telah memberikan hidayah islam kepadanya.
يَمُنُّونَ عَلَيْكَ أَنْ أَسْلَمُوا قُلْ لَا تَمُنُّوا عَلَيَّ إِسْلَامَكُمْ بَلِ اللَّهُ يَمُنُّ عَلَيْكُمْ أَنْ هَدَاكُمْ لِلْإِيمَانِ
”Mereka merasa telah berjasa kepadamu (Muhammad) dengan keislaman mereka. Katakanlah: “Janganlah kamu merasa telah berjasa kepadaku dengan keislamanmu. Sebaliknya, Allahlah yang melimpahkan nikmat kepadamu dengan memberi petunjuk untuk kamu kepada keimanan.” (QS. Al-Hujurat: 17)
Oleh karena itu, untuk  masuk islam, tata caranya saa..ngat mudah. Tidak perlu acara khusus, dan bboleh dilakukan tanpa modal. Yang sukar adalah memastikan keikhlasan dan kejujuran hati ketika masuk islam. Berikut beberapa tata cara masuk islam,
Pertama, ikrar dua kalimat syahadat
Ikrar syahadat adalah mengucpkan kalimat,
أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ
ASYHADU ALLAAA ILAAHA ILLALLAAH
WA ASYHADU ANNA MUHAMMADAR RASULULLAH…
“Aku bersaksi  bahwa Tiada tuhan yg berhak diibadahi kecuali Allah, dan aku juga bersaksi bahwa Nabi Muhammad adalah utusan Allah”
Catatan:
Jika sukar untuk mengucapkan dua kalimat ini secara fasih, boleh diajar dan mengikut bacaan seorang  muslim, dan muallaf cukup mengikuti semampunya. Kemudian diucapkan juga arti dari kalimat tersebut, agar memahami apa yang dia ucapkan.
Kedua, ikrar ini harus diucapkan di depan saksi kaum muslimin. Jumlah saksi minimal dua orang muslim baik-baik.
Tujuan saksi adalah agar muallaf ini diakui telah menukar agama atau masuk islam oleh masyarakat muslim lainnya. Sehingga kemudiannya, dia dilayani sebagaimana wajarnya seorang muslim.
Masuk islam tidak harus di depan kiyai, habib, ustad, atau tokoh agama lainnya. Karena bukan syarat diterimanya syahadat, harus diucapkan di depan tokoh agama. Namun harus di depan saksi dua orang muslim. Dan saksi, tidak harus tokoh agama, alim ulama dll.
Hanya dengan melakukan dua hal di atas, berikrar syahadat dan disaksikan muslim yang lain, maka sang muallaf telah dinyatakan sebagai muslim yang sah islamnya. Dia mendapatkan hak dan kewajiban, sebagaimana muslim lainnya.
Selanjutnya, ada beberapa yang perlu dilakukan,
Pertama, dianjurkan mandi hadas besar
Dalam madzhab Syafie, dianjurkan bagi orang yang baru saja masuk islam untuk mandi hadas besar, membasahi seluruh badan sebersih bersihnya takpa ada bahagian yang ketinggalan.
Anjuran ini berdasarkan riwayat dari sahabat Qois bin Ashim radhiyallahu ‘anhu,
أَتَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أُرِيدُ الْإِسْلَامَ فَأَمَرَنِي أَنْ أَغْتَسِلَ بِمَاءٍ وَسِدْرٍ
Aku mendatangi Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam untuk masuk islam. Kemudian beliau menyuruhku untuk mandi dengan air dan daun bidara. (HR. Abu Daud 355 – shahih)
Ada juga yang menyebutkan, dianjurkan untuk membotakkan rambut. Namun anjuran ini berdasarkan riwayat yang dhaif

Daripada tulisan di atas, cukuplah jelas bahawa sesaorang itu telah muslim hanya mengucap dua kalimah syahadah, tanpa perlu melaksanakan rukun islam yang lain, tanpa perlu mencukupi seluruh rukun iman.
So, mengapa ada diantara kita mengkafirkan atau bahasa lain menuduh seorang muslim yang lain sebagai kafir sedangkan mereka mengucap kalimah syahadah????
Ramai kita menuduh muslim lain terutama dari golongan yang bermazhab berlainan dari kita sebagai kafir, tak kiralah... sapa, kalau kita wahabi, kita tuduh syiah dan sunnah kafir, kalau kita sunnah, kita tuduh syiah dan wahabi kafir, kalau kita syiah, kita tuduh pula sunnah dan wahabi kafir.... sedangkan semuanya muslim, dan mengesakan Allah dan mengaku Muhammad itu rasul Alllah????
Ali Imran 103
"Dan berpengan teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan jangalah kamu becerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersepadu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikialan Allah telah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya supaya kamu mendapat pertunjuk dan hidayahNya."

Al Baqarah 256
"Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka  sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh, yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui."

An Nisa 175
"Oleh itu, orang-orang yang beriman kepada Allah dan berpegang teguh kepada (ajaran Al-Quran) ini, maka Allah akan memasukkan mereka ke dalam rahmatNya (yang khas iaitu Syurga) dan limpah kurniaNya (yang tidak terkira) dan Allah akan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus (jalan agama Islam), yang membawa kepadaNya."
Al An'am 125
"Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayat petunjuk kepadanya nescaya Dia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Dia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah dia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman."

BERSATULAH WAHAI SEMUA ORANG ISLAM, TAK KIRA KAMU UMNO, PAS, PKR, DAP, WAHABI, SUNNAH, SYIAH....ISLAM ITU SATU, ISLAM!!!!!!!

MUSUH KAMU YANG SEBENARNYA IALAH SYAITAN, SYAITAN, SYAITAN..... LAYANLAH IA SEBAGAI MUSUH..... kemudian barulah musuh kamu dari kalangan manusia yang memusuhi islam....











Rabu, 9 Disember 2015

copy jer


|Riwayat|
Diceritakan kisah serombongan sahabat Rasulullah s.a.w. bermusafir hingga sampai di sebuah perkampungan. Mereka meminta untuk menjadi tetamu penduduk kampung, namun orang kampung tidak bersedia. Mereka (para sahabat) berkhemah di luar kampung tersebut. ditkdirkan Allah s.w.t. , penghulu kampung dipatuk ular. Satu riwayat menyebut terkena gangguan jin. Mereka lalu datang meminta pertolongan sahabat untuk merawat sakit tersebut. Seorang Sahabat menyahut bersedia untuk merawat (menjampi). Namun beliau mensyaratkan agar dibayar sebanyak 30 ekor kambing. Apabila orang kampung bersetuju maka beliau pun merawat dengan mebacakan surah al-Fatihah. Lelaki tersebut sembuh. Sahabat tersebut diberikan 30 ekor kambing seperti yang dijanjikan. Sahabat itu ingin mengagihkan hasil yang diperolehinya dariapa merawat tetapi para Sahabat yang lain menolak sehinggalah dijelaskan hukumnya oleh Nabi s.a.w. Apbila tiba di Madinah Nabi s.a.w. menyetujui apa yang dilakukan oleh sahabat tersebut. Baginda bersabda:"Bagaiamana kamu tahu bahawa surah Fatihah itu adalah satu jampi? Agihkan kambing tersebut dan berikan kepadaku satu bahagian.
|Kesimpulan Hadis & Riwayat|
1. Hukum upah rawatan adalah HARUS
2. Secara umumnya Surah al-Fatihah boleh digunakan untuk rawatan semua jenis penyakit.
|Perihal Upah Rawatan| 
Dari hadis-hadis dan riwayat yang disebutkan, hukum upah untuk rawatan sakit adalah harus. Dalam kes di atas, hanya dengan membaca Fatihah untuk rawatan sakit patukan ular atau gangguan jin, upahnya ialah 30 ekor kambing. Jika dinilai pada hari ini lebih dari RM15 ribu (30 ekor X RM500). Justeru itu tidak salah bagi perawat mengambil upah atau mengenakan bayaran tertentu untuk rawatan pesakit mengikut persetujuan dua pihak (perawat dan pesakit).
Adalah wajib pesakit membayar bayaran yang telah dipersetujui dan haram jika pesakit enggan menjelaskan bayaran tersebut. Jika perawat telah menyatakan atau mempamerkan upah harga rawatan, wajib pada pesakit membayar mengikut harganya. Namun, jika tiada apa-apa perjanjian atau persetujuan mengenai jumlah bayaran, maka terpulang kepada pesakit untuk memberi seberapa yang termampu (biar berpadanan dengan rawatan).
|Pendapat Ulamak berkenaan Upah Bayaran| 
1.Berkata Ibn Qudamah dalam kitab Al-Mughni:
Adapun mengambil upah rukyah (menjampi) maka Imam Ahmad memilih qaul yang mengatakan HARUS dan beliau sendiri mengatakan TIDAK MENGAPA
2. Kata Ibn Hazam dalam kitab Al-Mahalli:
Upah rukyah (menjampi) adalah HARUS 
3. Dr. Muhammad Said Ramadan Al-Buti dalam kitab Feqh As-Sirah:
Malik, Syafie, Ahmad, Ishak dan Abu Thaur berpendapat HARUS MENGAMBIL UPAH RAWATAN, manakala Abu Hanafiah memperincikannya iaitu HARAM MENGAMBIL UPAH BAGI MENGAJAR AL-QURAN dan HARUS PULA UNTUK MERUKYAH

Selasa, 8 Disember 2015

HAKIKAT

Kita selalu dengar orang sebut hakikat, ilmu hakikat, ilmu makrifat.... apakah????


Tau ke apa itu hakikat????

Hakikat yg sebenarnya???

contohnya seorang kafir, berpura pura beriman, hakikatnya apa???? hakikatnya tetap kafir, malah berpura pura beriman itu dipanggil munafik, betul tak????


Ok, cuba kita tengok sesaorang senyum pada kita..... kita tau ke hakikat senyuman tu???? adakah senyuman yg tulus sebagai senyuman manis??? atau senyuman sindiran?? atau senyuman mengejek, atau senyuman mengutuk? atau senyuman paksa??? atau senyuman bersebab??????

Ok, cuba tengok pula tentang solat, apa hakikat solat kita tu???? adakah betul betul tulus solat untuk mengingati Allah, memuji Allah, menunduk dan sujud merendah diri pada Allah, jika benar.........bagus!!!!!!!!!, tapi benarkah sedang waktu takbirratulikhram tu sendiri otak kita ingat apa??? ingat dan puji sama macam mulut kita ucapkan tu ke iaitu Allah maha besar, Allahuakbar??? atau kita ingat pada rangkap dan bait bait niat solat???? mulut sebut lain, otak fikir lain, hati kelain???? tu baru pada satu perbuatan, takbiratulikhram.....yg lain lain dalam rukun dan bacaan solat tu, mulut kita sebut bacaan, hati kita kemana????? betul ke ingat dan puji Allah seperti apa yg kita ucapkan tika itu, atau ingat yg lain???? so, apa hakikat solat kita tu????? betul puji Allah???betul solat?? betul ingat Allah????

ok, cuba bab ni pulak, bab rawatan la..... tumpu yg islamik la ... perawat pasti baca baca, rukyah, manzil, mathurat dll..... apa hakikat bacaan tu??? apa hakikat keberkesanan bacaan tu pada syaitan jin yg ganggu tu??? apa hakikatnya yg hadir tika bacaan dilakukan??? apa hakikat yg keluar tika bacaan dikemundangkan???? sapa boleh jawab????

Yang tukang baca pun......., tau tak apa hakikat bacaan tu kan, kalau tau, apa yg keluar masa bacaan tu selain bunyi bacaan??? aura nye ke, gelombangnya ke? cahayanya ke yg sampai boleh menggegar otak jin yg merasuk???? betul ke jin tu kesakitan??? kepanasan??? rasa nak mati dsb sampai sanggup masuk islam jika si perawat suruh mereka masuk islam???? tau ke jin jenis apa yg merasuk tu, jenis ada akal ke, jenis ada tanduk ke, jenis macam binatang tau mengucap tapi takkan ada iman??????

Dari persoalan di atas tu tadi....


Jadi, sebenar nya hakikat tu apa??? jawabnya mudah, apa yg sebenar benarnya berlaku atau terjadi disebalik yg nyata ini.....


Itulah hakikat....

Ilmu hakikat pulak.... sama jer..... apa hakikat doa kita, apa hakikat solat kita, apa hakikat amalan kita, apa yg sebenar benarnya  disebalik apa yg kita lakukan amalan tu.... kita lihat ramai yg sibuk belajar ilmu hakikat, ilmu makrifat..... tapi apa yg sebenarnya di cari???? apa ilmu yg dikaji??? benarkah kita benar mengkaji untuk mengenali Allah yg sebenar benarnya??? atau sebenar benarnya hanya untuk mengenal diri sendiri sahaja, iaitu roh??????? kalau dah kenal, apa yg dikenal??? Allah ke Roh???? insan kamil mukamil tu dituju kat siapa??? diri yang nyata?? diri yang ghaib?? atau Allah??? kalau kata diri terperi tu Allah??? banyak kah Allah??? berkuasa kah Allah yg diri terperi tu??? kalau betul itulah Allah yg dicari, kerana ikut kata perumpamaan, kenallah diri, maka kenal lah Allah' tu, apa kuasa Allah yg diri terperi?? Mana Allah yang mentadbir sekelian alam????


Kalau Roh manusia itulah yg dikatakan Allah, sedangkan manusia tu sebenarnya lemah...... tu bukan lah Allah, Allah yang sebenar maha berkuasa , maha mentadbir, maha mulia, maha tinggi, dan maha segala.....


So????? hakikat manusia pun kita tak leh capai dek otak kita, macamana nak kenal Allah sebenar benar kenal hanya dengan ilmu mengenal diri???? siap ada rajah rajah bagai tu????? kenal diri maka kenal Allah, sapa dah kenal diri??? sapa dah kenal Allah??? kalau betul, cuba kira berapa banyak liang roma pada diri tu.... hahaha


So.... tak payah sibuk belajar ilmu hakikat makrifat yg susah susah tu.... dalam ilmu tauhid tu dah jelas tentang Allah secara dasar... cukuplah tuuuu


hakikat..... hakikat sebenar hakikat, adalah yg sebenarnya apa disebalik apa.....


Waulohua'lam




KG MELAYU SHELLOUT