"Kisah Nabi
Idris a.s. Dengan Iblis"
Iblis adalah bahan
bakar api neraka di akhirat sana nanti namun iblis akan
cuba mengheret anak-anak Adam agar menjadi peneman iblis kelak.
Iblis akan datang
menggoda dan menghasut anak Adam dalam semua peringka. Tetapi Iblis amat sukar untuk
menggoda para rasul dan para nabi yang bersifat maksum dan sentiasa didalam
pemeliharaan Allah SWT.
Iblis berusaha untuk
menggoda Nabi Idris a.s. ternyata usaha-usahanya gagal kerana kedatangan Iblis
sudah diketahui oleh Nabi Idris a.s. terlebih dahulu.
Pada suatu hari Nabi
Idris a.s. didatangi seorang lelaki yang membawa sebiji telor. Ketika itu Nabi Idris
a.s. sedang menjahit bajunya. Tanpa ucapan salam, lelaki itu terus menegur Nabi
Idris, “Wahai Idris, bolehkah Tuhan kamu memasukkan dunia ke dalam telor yang
sedang aku pegang ini?”
Dengan izin Allah
SWT. Nabi Idris tahu dengan siapa dia sedang berhadapan. Lalu berkata Nabi
Idris, “Datanglah dekat denganku dan tanyalah apa yang engkau hendak tanya.” Lelaki
itu pun mendekati Nabi Idris yang masih sedang menjahit. “Bolehkah Tuhanmu
memasukkan dunia ke dalam telur ini?”
Lelaki asing itu mengulangi pertanyaannya.
“Tuhanku boleh
memasukkan dunia ke mana sahaja, jangankan ke dalam telur yang engkau pegang
itu, bahkan Dia boleh masukkan dunia ke dalam lubang jarum yang aku pegang
ini.”
kata Nabi Idris a.s.
kata Nabi Idris a.s.
Kemudian dengan
pantas sekali baginda bingkas mencucuk mata lelaki itu dengan jarum yang ada di
tangannya. Terperanjat lelaki asing itu dan dia tidak sempat berbuat apa-apa.
Kelam-kabut dia melarikan diri meninggalkan Nabi Idris a.s. yang telah
membutakan matanya. Lelaki yang menganggu Nabi Idris a.s adalah Iblis
laknatullah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan