Ahad, 8 Jun 2014

MERAWAT DENGAN ALQURAN

ALQURAN adalah syifa', amat benar sekali

Syifa' yg macamana? tentunya syifa' apapun terutama penyakit penyakit hati seperti sombong, takbur, ria', tamak, rasa diri hebat, rasa diri betul sedang orang lain salah, penyakit resah, penyakit takut miskin, penyakit kedekut dsb.

Bagi syifa' zahir pulak yg macamana? yg ni agak sukar di terjemah dalam tulisan, sebab tak de dalil khusus dari Allah ayat mana untuk ubat penyakit yg mana. Tapi AlQuran adalah ubat penyakit, cuma penyakit yg mana dan siapa yg sakit,  tu perlu dijelaskan, sebabnya ialah berubat dengan Alquran ni lain, tak sama macam ubat doktor tu.

Jika ubat doktor tu kata sakit canser ubatnya chomothrapy dsb, ubat pening pala tu panadol, ubat luka tu iodin, ubat gatal tu apa apalah... gitu gitu, dah spesefik, tapi berubat dengan AlQuran ni tak gitu. Ia amat bergantung pada siapa yg sakit, dan apa sakitnya, contoh jika ada 4 orang yg sakit resdung dan nak dirawat guna AlQuran, pastinya keempat empat orang tu terpaksa mengamalkan dan kene kerap membaca surah surah berlainan, bukan surah yg sama. tu sakit resdung, jika sakit sakit badan atau sebagainya, pun sama, kene berubat ikut kesesuaian tubuh badan orang tersebut. Tapi jika susah sangat nak tau surah mana yg kene amal, senangnya rajin rajinkan khatam Quran, pasti akan baca ayat yg sesuai tu, kan!!!!


Bagi penyakit gangguan syaitan, iaitu gangguan jin pulak, pun sama, tiada ayat atau surah khusus untuk diamalkan. Ini adalah kerana sesaorang tu amat berbeza dengan seorang yg lain, dan surah surah yg diamalkan ada yg sesuai dengan tubuh, ada yg tak sesuai, tak sesuai bukan maksudnya tak boleh baca, cuma kalau dibaca malah bertambah sakit, contohnya kalau nak amal ayat Qursi, tiap hari amal ayat tu, ramai yg jadi panas baran.

Untuk merawat diri pada penyakit gangguan jin, kene faham ayat 98 surah An Nahl dan ayat 52 surah Al Qalam tu, iaitu Kalau nak baca Quran, kene mintak perlindungan Allah dulu, dan Allah kata juga, AlQuran tu untuk sekelian alam, tentunya untuk para jin setan juga, so mereka memang boleh baca Quran, boleh pelajari Quran, boleh hafiz Quran, Jika kita ni baca Quran kerana nak halau mereka, tentunya malah kene ketawakan mereka.

Bagaimanapun bagi menanganani masalah gangguan syaitan jin ni dengan AlQuran, bukan tak boleh, boleh je, yg penting Allah dah beritau, syaitan tak mampu menewaskan orang yg ikhlas, so bacalah Quran tu ikhlas, kerana Allah, auto setan kalah....tapi bukan sekali baca setan terus boleh lari, kene amal ayat tersebut mungkin ribuan kali, puluh ribu kali hingga tubuh tu diserapi dengan ayat Quran tu, baru sekali baca je setan dah menggelupur. Sebab tu kita tengok, ayat yg sama, dibaca oleh orang berlainan pada jin merasuk, kesannya bagaimana???? berbeza sangat pada jin tu!!!! ada yg jin tu malah ketawa, malah mengikut, malah membetulkan bacaan, tapi ada yg jin tu terdiam, terkedu, kepanasan, malah ada yg menggelupur!!! sebab bukan ayatnya yg jin syaitan tu terkesan, tapi pada siapa yg membacanya!!!! Kalau aku yg baca pun, jin selamba jek, sebab aku ni bukan jenis rajin amalkan surah surah tertentu... hehe, dulu lain le, aku rajin baca Al Ikhlas ribu ribu kali tiap hari, sekarang ni dah malas... jadi kalau ada kerasukan, aku baca surah Al Ikhlas tu pun, jin selamba  jek, sebab dalam tubuh aku dah tak de surah tu sangat.....


Jadi, nak beritau disini, guna Quran untuk rawat penyakit gangguan syaitan boleh je, cuma amat bergantung pada 'keikhlasan' sipembaca tersebut dan pada 'pengamalan' sipembaca tu. Dan rata rata setan jin memang tak terkesan pun dengan bacaan Quran tu, kebanyakkannya hanya terjejas sikit...lari jauh, siap baca datang balik, kacau semula..... kannnnnnnnnnnnn


co carilah alternatif lain....... ikhlas, tautak ikhlas??? carilah ikhlas tu...........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KG MELAYU SHELLOUT