Rabu, 30 Jun 2010

SIHIR OLEH BEKAS IBU MERTUA DAN BEKAS ISTERI

Semalam 18 Mei 2010, seorang rakan perawat mengajak aku membantunya dalam satu kes rawatan di Ulu Tiram, johor....

Kami pergi berdua, tiba dirumahnya pukul 3.00 lebih kurang, dan kami bersalaman dan berkenalan. Rupa rupanya rakan aku tu pun pertama kali berjumpa sipesakit. Kami dipelawa masuk dirumahnya yg 2 tingkat tsb. Sambil duduk dan menonton tv, Sipesakit (tuan rumah-lelaki) pun mula bercerita tentang masaalah yg dihadapinya. Dia menunjukkan rakaman video yg diambil ketika beliau dirawat di Darul Shifa’ Johor iaitu tayangan video ketika beliau dirasuk dan sedang diubati dgn aksi aksi pelbagai dan jeritan serta perbualan. Beliau juga menunjukkan video ketika isterinya yg juga dirawat ditempat yg sama.
Beliau menerangkan walaupun video tsb seolah olah yg berbual dan yg beraksi tsb adalah jin, tetapi beliau sedar dan boleh mengawal keadaan, Cuma dibiarkan laluan jin itu menguasai untuk memudahkan sesi rawatan. So semua apa yg diceritakan dan dibualkan oleh jin yg merasuknya diingati beliau dan amat berbeza dengan yg berlaku terhadap isteri beliau kerana isteri beliau tidak sedar langsung seolah olah pingsan.
Beliau bercerita telah mengidap sakit tersebut lebih 3 tahun, dan telah banyak tempat pergi berubat, dan telah begitu ramai ustaz ustaz yg cuba membantu tetapi keadaan masih sama, dan yg paling lama ialah beliau berulang setiap minggu ke Darul Shifa Johor selama 1tahun 6 bulan....
Sipesakit menerangkan bahawa dia telah disihir oleh bekas Ibu Mertuanya dan juga Bekas isterinya menggunakan ilmu yg diperolehi dari seorang Batin Asli. Akupun meminta nama dan alamat sibekas mertua dan isterinya dan akupun cuba clearkan apa yg ada dirumah bekas mertuanya itu dan juga bekas isterinya. Serta merta sipesakit mula menggeletar sama spt yg dlm video yg ditunjukkan pada kami sebelum itu tetapi dapat beliau kawal. Aku pun mengarahkan kawanku untuk menghapuskan/ clearkan semua yg ada dibilik atas sementara aku clearkan yg dibawah termasuk bilik air.
Sipesakit pula mengarahkan anak kecil beliau beserta seorang kakaknya dlm 4 tahun naik keatas takut perkara yg tak diingini berlaku sementara siisteri beliau sibuk didapur. Sipesakit yg masih menggigil teruk tapi sedar tu pula menyediakan ruang tamu untuk sesi perubatan dgn mengalih meja dll.. Rumah telah kami clearkan banyak tu ribu ribu lemon...Cuma dlm badan... oh banyak nye.. dlm badan pun penuh.... sebelah kaki je pun dah beratus ekor!!!!! Dewa dewa
Sipesakit duduk melunjur, goyangan badan makin kuat, aku arahkan rakanku mengambil tempat dibelakang dan aku dari depan... aku sentuh kakinya, macam renjatan letrik disentapnya kaki tapi aku terus pegang kaki (tak kuat pun) sambil tangan yg satu lagi menuju tepat arah tapak kaki... Rakanku pula sebelah tangan ditujukan kekepala dan sebelah lagi ditujukan kebelakang badan...Sipesakit terus meronta dan menjerit, kejap pengsan kejap sedar berulangkali dan kami teruskan kaedah spt jurus tadi...sebenarnya kami alirkan current je kat seluruh badan dia..hehe... kejap dia tukar suara org tua, kejap jadi orang muda kejap jadi orang asli... kami layan je sambil teruskan dgn kaedah tsb... banyak juga dah mampus tu... ribu ribu juga le dlm badan tu... tapi nak abiskan segaligus memangle tak mungkin... sedangkan sipenyihir dah terasa kami dah bunuh jin/ dewa dewa nya... so dia seru lagi dewa/jin jin lain untuk mengikut petunjuknya.... letih... berduyun duyun dewa dewa datang...macam tebuan!!!!!
Jin dlm badan pun bercerita..macam macam cerita sebab sihir dilakukan, tujuan sihir, macamana dapat ilmu tu dsb... aku pun bukan ingat sangat..Tapi aku cakap ko ni dewa je kan? Jin tu angguk angguk.. ah dewa je kataku..takde yg islam... so yg ustaz tu dah islamkan tu sah kene tipu..hehe.. Aku tanya apa nama ko? Dia kata dewa..aku cakap lagi abai ketua ko panggil ko apa? Dia kata dewa dewa dewa je.. hehe
Untuk menghalang sipenyihir Bekas ibu mertua dan bekas isteri dari terus menyihir, kami terpaksa membunuh segala dewa dewa disekeliling rumah sipenyihir... pun tak berapa menjadi.. sebab ada hidangan untuk mereka...so kami terpaksa mendengki dgn cara merosakkan hidangan tsb.. dan kami paksa dewa dlm badan tu bercakap apa hidangan tu... ahhhh hanya pulut yg dimasak bersama telor je... bbodoh betul dewa tu...sanggup mati hanya nak makan hidangan yg tak lezat camgitu..hehe
Ketika hampir reda, dewa dlm badan tu cakap..tu banyak lagi dihantar tu... beribu ribu tu... dah masuk kat bilik atas..kat luar pagar pun banyak..tu kat luar dapur pun.. ah banyak lagi tu... so kami pun hayun je tangan menuju tempat yg dikatakan... aku sebenarnya tak nampak apa apa pun...dah penat kot hehe.. yg terakhir ditunjukkan kat penjuru atas rumah tu tu ada lagi... aku malas dah guna tangan.. aku tiup je!! berkecai... haha aku ketawa kuat... aku tiup pun berkecai dewa dewa tu? Si dewa dlm badan tertunduk lesuuuu!!!!
Aku terpaksa meracun makanan untuk puja dewa tu dari jauh, aku ludah puihhhhh...yekkkk (sebenarnya aku bacakan 7 ayat AQ(yg huruf huruf Kaf Ha...) dan makrifatkan ludah kat pulut tu).. dewa tu tertunduk lesu kembali (yg ni dari org asli tu punya dewa).. lemah dia pasal makanannya dah tak leh dimakan oleh semua dewa dewa... Dia bersuara “alah besok dia masak balik bersama telor tu.. dia akan puja lagi”...kata dewa tu.. tapi aku cakap lagi “takpa esok aku ludah lagi dan lagi” hehehe
Kami pun hancurkan semua dewa yg mendatang...banyaknya macam tebuan... ada yg lari... dan aku pun rilek kejap untuk berbual lagi dgn dewa tu... ko pernah jumpa perawat macam kami, dia menggeleng, aku tanya ‘kami kuat tak?’ Dia geleng.... huhu.. dia kata ustaz ustaz yg lain(perawat sebelumnya) lagi kuat, dia amat kepanasan dan menggelupur! Oh ye ke kami tak kuat! Ye lah tu hehe, memang kami tak membakar mereka.....tak baca baca sangat macam ustaz-ustaz buat... tapi aku cakap lagi kami tak kuat? Aku picit kang! Maksud aku picit jari kaki...dia minta ampun sambil tangan macam menyembah nyembah dan kata kuat kuat... Cuma tak macam ustaz tu bakar mereka... dan aku tanya ustaz tu ada yg bunuh dewa ke? Dia kata tak..dikeluarkan dgn bakar je...nanti masuk balik... Habis cara aku macamana? Aku bunuh je!!! Dia kata bunuh tu macamana? Aku cakap kasi mati! Dia cakap pulak mati tu macamana? Aku tak tau mati tu macamana...kata dewa ru lagi. Bodoh betul dewa tu.. aku cakap lagi memang le ko tak rasa mati tu macamana..pasal ko belum mati!! Bodoh betul ko ni!

Aku cakap mati tu sekarang ada tapi tiba tiba tak de, ko dari api kan? Dia mengangguk, api kalau mati abis gitu aje kan? Dia menggangguk lagi, so kawan kawan ko tu semua dah mati... tinggal beberapa belas ekor je dlm badan..dia diam... Oh gitu ye...patutpun, tadi kawan kawan aku banyak sangat, kat kaki kanan ni je ada lebih 300 ekor katanya... ni tinggal 2 je.. 1 kat sini ditunjuknya dan satu kat sini ditunjukkannya.. kami senyum je... Aku tanya dia.. berapa banyak kawan ko yg dah mati... ada ke dia tunjuk 10 jari je..10 ekor tu maksudnya.. so aku jerkahnya penipu punya dewa...dia pun angguk..ye ye aku tipu... aku cakap lagi 20000 lebih kan? Dia pun menggangguk bersungguh sungguh... aku bantai je, mana boleh kira macam tebuan tu..hehe.. kalau dlm badan tu ok sikit..lebih2 pun 2k je...

Aku cakap ko kenal aku tak? Dia geleng..aku tak kenal ko..hehe aku cakap memang le ko tak kenal aku..jumpa pun baru ni..hehe... Aku cakap lagi banyak dewa kenal aku.. dia geleng tak.. entah aku dewa dari belah selatan..tak kenal ko... aku cakap lagi... ko tanya dewa kat sini sini..(aku sebut nama tempat.). entah, aku duk selatan ni tak duduk sana, nanti aku tanya mereka..katanya dan kemudian dia pejam.....dia guna isyarat dia tanya dewa kat sana.. dia angguk angguk yeyeyeyeye ko ko ko tom kan... yg dah banyak bunuh dewa tu yeye dewa kat sana cakap ko tu pembunuh dewa dulu.... ok aku cakap lagi... aku malas nak bunuh banyak banyak lagi..baik ko suruh rakan rakan ko yg lain blah dari sini... jangan sampai aku buat benda yg aku dah tak mau buat..bunuh dewa banyak banyak le... so dewa tu cakap ok dewa dari sana dah panggil dewa dewa yg nak kacau tu patah balik!!!.... agak nye le..

Kan dewa ni pun penipu je, macam jin hantu juga.. aku pun bukan percaya sangat.. saja layan hehe.. dewa yg seekor dlm badan tu aku biarkan dulu..buat bual bual dan aku clearkan badan anak anak dia(sipesakit) 2 org yg ikut mak mentua dia(dari jauh jek), dan yg 2 orang kat rumah tu... lepas tu isteri dia aku suruh duduk melunjur.. alah sikit je dlm badan ada le 2-3 ekor... zasst clear dan aku suruh anak dan isterinya mandi....
Aku malas nak habiskan sekaligus.. ada 19 ekor lagi dlm badan...dan sipesakit sedar dan duduk .. dalam keadaan sedar, dia terus tunjuk lagi kat tubuhnya bahagian yg dirasanya ada lagi dewa tu duduk.. aku zasst je beberapa tempat tu... aku malas nak clearkan sekaligus..sebab kes sihir memang biasanya berkali kali malah kekadang setiap hari yg kekadang mengambil masa sampai sebulan lebih! Letih tu.. dan ini pun bukan kes aku..hehe kes kawan aku tu... biar dia settlekan sampai abis.. aku bantu sikit je
Bila dah nampak segar, dia kata badanpun dah ringan... kamipun suruh dia mandi..(ada le tu, bukan mandian biasa).dan ajar sedikit amalan untuk diamal (zikir Al Ikhlas je)... ambil segala wafaq dan benda diseluruh rumah tersebut yg diberi oleh perawat terdahulu untuk dihapuskan.. ada yg macam ayat AQ pun...ah wafaq... kalau benda tu boleh mengubat atau menghalau jin sihir, tak mungkin rumah tu macam lebah banyaknya si dewa dewa ..hehe.. biasalah berubat dengan kami.. kene ikut cara kami! Brutal gitu!!
Kamipun Blah (dekat 1 jam lebih juga kat situ)
Pagi tadi member tu call, sipesakit call malam tadi katanya sakit, dan member tu dah buat je dari jauh, pagi tu call lagi dan member tu minta aku bantu bantu hehe.. pas tu dlm pukul 10, aku tanya balik member tu.. dia kata lepas aku bantu tu sakitnya dah kurang.....

Info terakhir dari kawan aku tu.... sipesakit dah kurang sangat sakitnya.. sebab proses rawatan masih berjalan... ah settle le tu nanti nanti... (darul shifa pun buat 1 tahun setengah tak settle, takkan kami nak settlekan 2-3 hari!! ).. kami bukan ustaz pun..
Info terkini : hampir pulih sepenuhnya, boleh kerja.....

1 ulasan:

  1. salamx... besOr pahala nOlOng2 org yg memerlukn pertOlOngan... semoga jasa tuan hanya Allah shj yg mampu membalas kebaikkan tuan..

    BalasPadam

KG MELAYU SHELLOUT