Selasa, 28 Oktober 2014

Ketahui Petua Menghalau Lipas Di Rumah
Petua Nenek
Lipas merupakan serangga yang di katakan ramai yang tidak mengemarinya. Jom ketahui petua halau lipas dari rumah anda.
Lipas, salah satu binatang yang mengelikan dan selalunya ia akan dipukul menggunakan penyapu, selipar dan sebagainya sehingga mati. Tahukan anda, jika binatang ini dipukul akan mendatangkan keburukan yang mana puncanya berada di bahagian isi perut lipas.
Perut lipas mengandungi cacing halus dan lembut yang akan hidup meskipun di luar daripada tubuh lipas. Bila cacing ini berada luar daripada tubuh lipas, dia akan mencari tempat baru. Cacing ini bersaiz pendek dan dapat dilihat melalui mata kasar pada jarak 10-20 cm.
Anda tidak percaya! Ia boleh dibuktikan melalui kaedah ini dengan cara meletakkan isi perut lipas di atas kertas hitam atau cermin dan anda dapat lihat cacing yang keluar dari perut lipas yang meronta-ronta mencari tempat baru.
Sangat bahaya, jika cacing ini memasuki kulit tubuh kita terutama kaki kerana dapat masuk melalui pori-pori kulit atau bila ada luka terbuka. Anda ingin tahu petua untuk menghalau lipas di dapur atau ruang tamu anda. Jom ketahuinya!
1. Ambil sebuku sabun mandi dan potong kecil. Kemudian letakkan ketulan kecil sabun ini di setiap kawasan yang mempunyai lipas. Biarkan sahaja dan lihat hasilnya.
2. Potong dan letakkan hirisan lemon di kawasan yang ada lipas dan lipas akan bertempiaran lari. Selepas beberapa hari apabila lemon sudah kering, gantikan dengan lemon yang baru.
3. Ambil hujung timun atau pangkalnya dan letakkan di tempat yang ada banyak lipas. Kemudian lihat lipas akan mati.
4. Ambil beberapa biji buah pelaga dan letakkan di tempat lipas membiak.
5. Kalau terlalu banyak sangat lipas, sediakan ubi kentang yang direbus dan dilecek dicampurkan bersama serbuk penaik dan gaul. Buat seperti begedel dan letak di tempat banyak lipas.
6. Letakkan hirisan daun pandan di dalam uncang tebuk uncang itu, kemudian letakkan di dalam laci atau di tempat pembiakan lipas.

Rabu, 22 Oktober 2014

KHASIAT AIR KELAPA-copy

14 khasiat air kelapa yang terbukti saintifik

khasiat minum air kelapaPokok kelapa sememangnya terkenal dengan seribu satu kegunaan. Selain daripada itu, airnya juga turut memberikan khasiat kepada tubuh badan manusia. Antara kebaikan air kelapa terhadap tubuh badan anda adalah……
(1) Khasiat air kelapa membantu untuk menyejukkan tubuh seseorang dan menormalkan suhu didalam badan.
(2) Air kelapa mampu untuk menambahkan lagi kandungan air dalam badan dan mengelakkan daripada tubuh anda terhidrasi. Selain itu, khasiat air kelapa juga boleh dijadikan minuman tenaga.
(3) Air kelapa juga adalah merupakan ejen pengangkut khasiat seperti nutrien dan oksigen ke sel tubuh seseorang.
(4)  Apabila seseorang bersenam, tubuh mereka akan mengeluarkan air dari dalam badan (peluh), air kelapa boleh dijadikan minuman berkhasiat untuk menambah semula kandungan air didalam badan anda.
(5) Khasiat yang ada didalam air kelapa membantu untuk meningkatkan kadar metabolisme seseorang.
(6) Air kelapa boleh dijadikan sebagai minuman diet. Ia kerana khasiatnya juga turut membantu untuk mengurangkan berat badan seseorang.
(7) Khasiat air kelapa turut membantu untuk menyahtoksik dan juga melawan kuman didalam tubuh anda.
(8) Air kelapa turut boleh digunakan sebagai rawatan sembelit. Ini kerana khasiatnya membantu untuk membersihkan laluan sistem pencernaan seseorang dan mengelakkan daripada tersumbat.
(9) Seorang peminum air kelapa juga akan meningkatkan sistem imunisasi didalam badan mereka. Khasiat ini berguna untuk melawan penyakit.
(10) Kajian saintifik juga menunjukkan khasiat air kelapa mampu untuk mengawal penyakit diabetis.
(11) Khasiat air kelapa terkenal untuk membantu tubuh melawan panyakit selesema, demam dan juga AIDS.
(12) Air kelapa membantu untuk menstabilkan PH tubuh seseorang dan juga berkhasiat untuk mengurangkan risiko kanser.
(13) Khasiat air kelapa turut digunakan untuk merawat penyakit buah pinggang dan juga batu karang.
(14) Khasiat air kelapa membantu untuk melancarkan lagi peredaran darah didalam tubuh seseorang.


Dalam banyak banyak perkara di atas, aku lebih menekankan yang air kelapa mampu menyaktoksid segala toksid dalam badan, Maksudnya segala bahan beracun dari ubat ubatan yg kita ambil, dari makanan yg kita makan dan dari minuman yg kita minum, hanya air kelapa yg berkesan menghapuskannya didalam tubuh. So??? kenapa tak minum air kelapa??? mahal??? dengan Pepsi pun murah lagi dia!!!!



GANGGUAN SIHIR

Selalu yang mendapat gangguan jin(syaitan) adalah berpunca kalau tak dari saka, tentunya dari sihir.

Yg paling banyak tentunya dari saka, sebab 96% orang melayu ni bersaka, dan kita pun selalu memanggil jin, bukan la orang dulu dulu jek yg penggil saka ni, nak salahkan orang dul dulu, nanti kita dah mati pun kita juga dipersalahkan!!!

Hampir hari hari tiap kita ni panggil jin, betul tak???? sebab hari hari baca baca masa nak tidur, baca sesuatu ayat konon untuk dilindungi masa tidur, konon minta perlindungan Allah, tapi kalau tak baca baca ayat tu, tak yakin Allah melindungi, jadi baca baca tu mohon perlindungan Allah atau hanya setakat baca baca seumpama baca mentera??? so power sangat ayat ayat tu sampai boleh melindungi???? tentunya ayat tak di power pun kan, yg boleh jadi power tentunya sebab adamya makhluk ghaib, siapa???? Malaikat????? jangan perasan la Malaikat nak jaga kita,!!!!!! yg pasti setan jugak yg hadir!!!


Gangguan sihir pulak, ingat orang orang ni asik asik nak menyihir je ke??? sikit sikit nak santau!!!!tak de kerja lain??? tak de nya orang nak suka suka sihir kita, kalau adapun sebab salah kita la, tentunya kita ada buat kesalahan besar sampai orang marah sangat lalu menyihir, kalau sampai orang tu upah orang lain menyihir, tu namanya sihir  sengaja!!! ingat upah ustaz baca baca kat sesuatu untuk orang tu dengar kata, suka kat kita, sayang kat kita dll tu bukan sihir ke???? sihir la tu, ada bantuan setan jugak walau yg kita upah tu ustaz!!!!


Tapi rata rata gangguan sihir iaitu gangguan yg jinnya dari orang lain bukan sihir yg sebenarnya sihir pun, tapi sihir yg tak disengajakan!!!

Sebab apa???? Manusia ni ada jin(qarin) dan yg melayu pulak 96% bersaka, kalau kita benci sangat, suka sangat, menyampah sangat, marah sangat kat sesaorang yg lain, jin jin saka atau jin yg ada kat kita tu tak boleh kacau orang yg kita benci tu ke????? tentu dengan rela hati tanpa disuruh mereka akan kacau mereka, bola mereka berubat, jin dlm tubuh yg ganggu mereka akan kata kita yg hantar!!! walhal kita tak tau pun apa apa pasal tu!!!! t namanya sihir tak sengaja, jin kita kacau orang lain tanpa kita suruh!!!

PETUA MENGINGATI( TERUTAMA YG SEDANG BELAJAR)

PETUA MENGINGATI( TERUTAMA YG SEDANG BELAJAR)


1.  JAGA PANDANGAN MATA!!!
JANGAN PANDANG PUN MAKSIAT, LAGILAH MENGHAMPIRINYA! JANGAN OTAK DAN MATA INGAT CERITA TV (KOREA DLL  JEK!!!)

2.  MESTI ADA SIFAT TAMAK!!!
TAMAKKAN ILMU, JANGAN SAMPAI HILANG ILMU YG DAH DIJUMPAI!! CATAT SETIAP POINT ATAU DATA PENTING, MESTI ADA SENJATA UNTUK TANGKAP ILMU, TERUTAMA PEN/KERTAS!!!

3. SABAR DALAM MENUNTUT ILMU,
WALAU BANYAK HALANGAN DAN DUGAAN, TERUSKAN MENUNTUT ILMU

4. MESTI ADA MODAL!!! DUIT, MASA!!!
TAK DE ILMU YG FREE, MESTI ADA MODAL WALAUPUN SIKIT! JANGAN LOKEK DUIT UNTUK TIMBA ILMU

5. MESTI MENDAPAT BIMBINGAN GURU!!!
KENE HORMAT GURU! JANGAN SAMPAI MENYUSAHKAN GURU, JANGAN SAMPAI MENGGANGGU GURU!!! JANGAN SAMPAI MENYAKITKAN HATI GURU, SELALU DOAKAN GURU!!!

6.  LUANGKAN MASA SECUKUPNYA!!!
KALAU BELAJAR TU PERLU MASA 10 TAHUN, KENE TAHAN SAMPAI 10 TAHUN!!! KALAU PERLU 10 JAM, KENE TAHAN 10 JAM!!! JANGAN PONTENG, JANGAN NAK CEPAT, IKUT TEMPOH PEMBELAJARAN YG DITETAPKAN!!!

Khamis, 16 Oktober 2014

10 Makanan Yang Mencegah Arteri Tersumbat...Jangan Kita Ingat Kurus Tiada Kolestrol

1. Bawang putih

Sejak zaman purba bawang putih telah digunakan untuk merawat hati penyakit dan tekanan darah tinggi. Menurut kajian yang diterbitkan dalam perubatan pencegahan, bawang putih menghalang arteri koronari menjadi keras menjadi kapur yang berfungsi sebagai penanda bagi plak pembentukan.

2 Anggur

Anggur kaya dengan flavonoid, quercetin, dan resveratrol. Ini flavonoid telah didapati untuk mencegah pengoksidaan kolesterol buruk yang membawa kepada pembentukan plak pada dinding arteri. Mereka juga mengurangkan risiko membangunkan darah beku yang boleh membawa kepada serangan jantung.

3 Bayam

Bayam kaya dengan kalium dan folik asid, kedua-duanya bertindak sebagai pertahanan terhadap tekanan darah tinggi. bayam adalah juga kaya dengan lutein, karotenoid tumbuhan yang bukan sahaja melindungi daripada umur degenerasi makula berkaitan tetapi juga mencegah serangan jantung dengan menjaga arteri bebas daripada kolesterol membina.

4 Ikan

Kajian yang dijalankan oleh penyelidik di Southampton University mendapati bahawa Omega 3 minyak, hadir dalam ikan seperti tuna dan salmon, berhenti pengumpulan deposit lemak dalam arteri. Asid lemak mengelakkan pembekuan daripada membentuk dan kolesterol daripada menjadi teroksida.

5 Minyak zaitun

Kolesterol teroksida hanya mampu berpegang kepada arteri anda dinding dan bentuk plak. Lemak monotaktepu membentangkan di minyak zaitun apabila dicampur dengan molekul kolesterol tidak baik menjadi kurang mungkin teroksida.

6 Tomato

Menurut kajian yang dijalankan oleh penyelidik Korea, lycopene, sebatian yang terdapat di dalam tomato yang memberi mereka warna mereka, membantu dalam mencegah pengerasan arteri. Para penyelidik mendapati bahawa wanita yang lycopene tertinggi tahap dalam darah mereka mempunyai kekukuhan kurangnya dalam arteri mereka.

7 Delima

Jus delima bukan sahaja muncul untuk mencegah pengerasan arteri dengan mengurangkan kerosakan saluran darah, tetapi boleh juga menterbalikkan perkembangan penyakit ini. delima buah-buahan dan jus yang tinggi kandungan antioksidan, yang boleh membantu perjuangan pengerasan arteri.

8 Kiwi dan tembikai

Makanan ini kaya antioksidan berfungsi dengan mengurangkan LDL toksik kolesterol, yang dibentuk melalui proses berkarat dalam anda arteri. Mereka boleh membantu menghentikan karat di trek dan juga mencegahnya daripada merebak. Makan satu cawan tembikai atau satu kiwi setiap hari untuk unclog arteri anda.

9 Jus Cranberry

Jus ini strain lemak daripada arteri. Daripada harus lemak terkumpul di dalam saluran darah, jus ini meningkatkan anda keupayaan sel untuk menyerap lemak dan menggunakannya untuk pengeluaran tenaga. Minum tiga gelas jus ini setiap minggu untuk unclog arteri anda.

10 Oat

Terima kasih kepada gentian larut dalam oat, kolesterol tidak berdiri peluang. Serat ini melekat pada kolesterol dan membawa ia keluar dari sistem anda. Beberapa kajian mempunyai menunjukkan bahawa pemakanan hanya 1 1/2 hingga 2 1/2 cawan oat- dimasak bijirin bran setiap hari boleh menurunkan paras kolesterol sebanyak hampir 20%. 
Sedikit info


Kalau perut kita banyak sangat asid, lalu menyebabkan banyak penyakit yg disebabkan asid seperti gastrik ke, gaut ke, banyakkanlah makan makanan berakali pula, untuk menutralkannya,


ni contohnya

Isnin, 6 Oktober 2014

Penyelidik: Daun betik terbukti rawat denggi


Penggunaan daun betik sebagai rawatan alternatif bagi membantu meningkatkan platelet dalam darah, menunjukkan kesan positif dan terbukti berkesan membantu merawat demam denggi.

Sebelum ini beberapa institusi menjalankan kajian terhadap daun betik yang pada awalnya untuk melihat keberkesanannya dalam merawat beberapa jenis penyakit termasuk diabetes, namun ia dilihat lebih sesuai untuk merawat demam denggi.

Seorang penyelidik dari AIMST University Dr VS Kathiresan berkata pihaknya memulakan penyelidikan pada 2008 untuk melihat bagaimana daun betik dapat meningkatkan platelet dalam darah tikus.

"Kajian kami dalam ujian praklinikal menunjukkan dalam tempoh empat jam, bilangan platelet dalam darah setiap tikus meningkat tiga kali ganda. Daun betik mempunyai banyak enzim yang membantu meningkatkan platelet darah.

"Penyelidikan ini sebenarnya pernah disiarkan dalam 'The Middle European Journal of Medicine' pada 2009, dan hasil penyelidikan ini sebenarnya menjadi asas kepada mereka yang menjalankan kajian berkaitan," katanya kepada Bernama ketika ditemui di universiti itu dekat Sungai Petani.

Dr Kathiresan berkata walaupun kajian itu dilakukan lebih awal dan pernah dihebahkan menerusi media massa, namun tidak ramai yang berani mengamalkannya kerana belum lagi terbukti secara klinikal.

"Ia pernah disiarkan dalam akhbar The Star pada 31 Ogos 2011 dan mendapat liputan Bernama pada 2010, namun ramai yang beri reaksi negatif, tetapi bila Institut Penyelidikan Perubatan buat pendedahan, kita tahu yang ia tidak bahaya.

"Kajian awal yang kita jalankan tidak melibatkan masyarakat, namun ia kini terbukti secara klinikal. Selepas itu tidak ada susulan (selepas penyelidikan awal) sebab ujian praklinikal melibatkan tikus, tidak ada masalah, tetapi apabila ujian melibatkan manusia, terdapat peraturan tertentu yang perlu
dipatuhi,' katanya.

Dr Kathiresan berkata penggunaan daun betik untuk membantu merawat demam denggi adalah mudah kerana selain senang diperoleh, ia juga tidak perlu melalui proses yang rumit, sebaliknya boleh dimakan seperti ulam.

"Melalui ujian praklinikal, daun betik dikeringkan, dicarik kecil-kecil dan dikisar menjadi serbuk halus sebelum diuji ke atas tikus.

"Bagi manusia, kita boleh makan terus dan daun betik yang dimakan itu akan menunjukkan perbezaannya dalam tempoh empat jam. Bagaimanapun peningkatan platelet dalam darah boleh dilihat dalam tempoh sejam," katanya.

Dr Kathiresan berkata lebih 20 pesakit demam denggi pernah menghubunginya dan beliau menyarankan mereka supaya mengambil dua hingga tiga helai daun betik, dua kali sehari, untuk diamalkan dan ia tidak memberi kesan sampingan walaupun kepada kanak-kanak.

"Mereka menghubungi saya semula dan memaklumkan bahawa selepas makan selama tiga atau empat hari, mereka sudah sembuh. Bagi kes denggi, ia lebih sesuai untuk pesakit mengalami demam denggi peringkat awal.

"Perlu diingatkan, daun betik yang akan dimakan secara segar perlu dicuci getahnya sehingga bersih, dan daunnya pula tidak terlalu muda atau tidak terlalu tua," katanya.

Dr Kathiresan sudah melakukan lebih 30 penyelidikan, kebanyakannya melibatkan penggunaan bahan terbuang untuk dijadikan bahan berfaedah.

"Kami kini mengorak langkah untuk menguji dengan menyeluruh pohon, daun, kulit buah yang hijau dan kuning, batang serta akar betik. Kita akan lihat kesan semua bahagian ini, malah kita juga akan lihat dari segi variasi, buah tempatan dan buah dari negara lain," katanya.

- Bernama 

KG MELAYU SHELLOUT