Lama dah sepi blog ni, Almaklum dah tak berminat menulis bab bab rawatan, sebab makin banyak ditulis, makin tinggi tahap riak, sombong dan ujubnya....
Tapi, rawatan tetap berjalan seperti biasa, hamper tiap malam ada je kes, takkira kes berat ke ringan ke, kalau dah hadir, aku akan layan..... cuma kalau kes ringan tapi Tanya dulu perlu berubat atau tidak, aku kata, ala ringan je tu... rilex la, minta Allah pulihkan dulu dengan usaha sendiri. Kalau Allah masih tak kabulkan doa tu, baru cari aku pulak, mana tau boleh diusahakan....
Skarang ni dah masuk 17 hari kes kehilangan pesawat MAS MH370, hilang dari radar dilaut cina selatan, tapi dikesan oleh radar kemudiannya menuju ke barat.... entah kelautan mana gaknya kapal tu mendarat.... takkan mendarat kat laut, kalau kat laut, tak dinamakan mendarat, tapi me'laut'.... tapi dari awal rasa aku mengatakan kapaltu dah dalam laut, dah tenggelam dilaut yg sangat dalam, entah kat mana..... agaknya lah.... ala, setakat 'rasa rasa' jek kan, aku bukan ada radar pun kan.....
Kalau puncanya disembunyikan kaum jin, tentu dah keluar hari ni(24 March 2014) sebab aku & geng geng dah cuba buat sesuatu tadi...tapi takat buat perkara yg tak boleh diterima akal je la kan.... kalau di alam jin, pasti dah terkeluar...... tapi kalau didalam lautan, yg tak melibatkan jan jin jun, ye tak mampulah kami ikhtiarkan, hanya berdoa sambil membuka kalau kalau jin jin ada yg menutup penglihatan para pencari tu.... almaklum segala kapal laut, kapal udara, helicopter, berpuluh stelite digunakan untuk mengesan pun masih tak mampu merungkai kemana hilangnya pesawat tersebut...kannnnnnn
Moga Allah restui usaha semua pencari pencari kapal tersebut tak kira sesiapun, dan moga Allah tunjukkan jua dimanakah keberadaan sebenar kapal tersebut....