Selasa, 22 Oktober 2013

SLE (SISTEMIK LUPUS ERITEMATOSUS)


Apakah SLE?

Sistemik lupus eritematosus (SLE), atau lupus, adalah penyakit kronik “autoimmune” di mana antibodi seseorang bertindakbalas dengan tisu badan seseorang pesakit itu sendiri. Ini Menjejaskan beberapa bahagian sistem tubuh seperti kulit, sendi, buah pinggang, paru-paru, sistem saraf, atau organ-organ lain di dalam badan. “Lupus” berasal dari perkataan Latin bererti “serigala”. (Ini adalah kerana seorang doktor Perancis yang mula-mula merawat pesakit lupus mengibaratkan tompok-tompok kemerahan di muka pesakit sebagai gigitan serigala.)

Gejala yang biasa dialami oleh pesakit ialah radang kulit dan sakit sendi (arthritis), selalunya di iringi oleh keletihan dan demam. Penyakit SLE ada masanya tidak aktif, iaitu dapat dikawal (remission), dan ada masanya menjadi aktif (relapse).
 Antara sebab-sebabnya ialah sinaran cahaya matahari, tekanan emosi, pengambilan ubat-ubat tertentu, dan juga kuman virus.
SLE merupakan penyakit auto-imun yang terjadi apabila sistem daya tahanan badan menjadi bercelaru dan mula melawan tisu-tisunya sendiri. Puncanya tidak diketahui tetapi kemungkinan besar ia disebabkan oleh gabungan faktor-faktor keturunan, alam sekitar, serta hormon. Ia berlaku melalui pengeluaran auto-antibodi yang melawan sel-sel normal seseorang. Itu menyebabkan keradangan pada beberapa bahagian tubuh yang boleh merosakkan organ dan tisu.


Apakah Gejala-gejala SLE?
Setiap pesakit mempunyai gejala yang berbeza-beza, iaitu samada sederhana atau serius. Gejala ini juga boleh datang dan pergi. Namun gejala SLE yang lazim ialah sendi bengkak dan sakit (arthritis), demam yang tidak diketahui puncanya, dan keletihan yang amat sangat. Terdapat juga tompok-tompok merah (malar rash) di pipi dan hidung seperti bentuk “kupu-kupu”. Ruam juga boleh timbul di muka dan telinga, di bahagian atas kedua lengan dan tangan, bahu dan dada. Oleh kerana pengidap SLE sensitif kepada cahaya matahari (fotosensitif) tompok-tompok merah ini akan menjadi lebih teruk selepas terdedah kepada matahari. Samada seseorang itu mendapat gejala yang serius atau tidak berbeza dari seorang kepada seorang yang lain.
Ciri-ciri penyakit ialah:
  • Demam, keletihan, dan penurunan berat badan
  • Sakit dan bengkak sendi (arthritis) selama beberapa minggu
  • Tompok-tompok merah menyerupai kupu-kupu di pipi dan hidung
  • Tompok-tompok merah di kawasan kulit yang terdedah kepada sinaran matahari
  • Ulser di mulut dan hidung berlarutan lebih sebulan
  • Rambut gugur secara bertompok-tompok atau di sekeliling (hair line)
  • Sawan, strok dan gangguan mental
  • Risiko untuk mendapat darah beku
  • Kerap keguguran bayi
  • Darah atau protin dalam air kencing menunjukkan gangguan sistem buah pinggang
  • Bilangan sel darah putih atau sel darah merah rendah
 
  Rawatan.... gilah jumpa doktor
 
Kalau nak jumpa perawat alternatif, ye boleh cuba, tapi gilah doktor dulu... kalau puncanya jin ye bunuhlah jin tu, lepas tu kalau nak cuba  merawat diri sendiri, cubalah banyakkan zikir, terutama selawat ALLAH HUMMASOLLI ALA MUHAMMAD ..beberapa .ratus ribu kali atau zikir huruf huruf juga ratus ribu kali.... zikir jek sebanyaknya sesempatnya, lagi banyak zikirnya, lagi banyak baiknya

Isnin, 21 Oktober 2013

SESAK NAFAS dan SAKIT DADA

Sapa pernah kene sesak nafas secara tiba tiba tanpa sebab???

Nak bernafas pun susah... dada berdebar debar.... tapi cek jantung ok, peparu ok, dan apapun doktor kata ok ok ok... tapi bende tu kerap berlaku dan berulangkali...


Kenape ye?????


Mungkin yg pertama ialah akibat ada salur darah tersumbat kat bahagian dada depan atau belakang! tak caya, cuba tekan tekan dada tu rata rata guna hujung jari dengan agak kuat!!! jumpa tak tempat yg amat sakit???? kalau jumpa, sila lumur dengan minyak panas terutama BALM  lalu urut dengan KUAT guna hujung jari tu, tekan tekan tempat yg sakit sampai keluar air mata...  hehe, jangan la kuat sangat oii!!!!

Kalau tak jumpa kat dada depan, mintak sesiapa  urut bahagian belakang badan sambil letak Balm jugak kalau jumpa tempat yg sakit tu....


Kalau tak berkesan jugak, mungkin disebabkan jin..... yg ni, kene lah jumpa aku, hehe tapi aku tak berani la urut bahagian depan tu terutama kalau yg sakit tu anak dara atau bini orang atau mak janda, nak mampos????hehe...

Kekadang boleh sampai merasuk tuuu.... hehe


Kalau ada la urat bahagian dada tu yg sakit, selalunya orang tu kerap kene sesak nafas atau sempot atau lelah.... puncanya bukan apa, urat sumbat, mana la darah beroksigen yg supply ke organ dalaman dalam dada tu nak lalu, dah tu, kerongkong tu keluar la lendir, tu yg susah nak nafas tu.... tu yg tanpa jin la..... Lagi satu, kalau dada sakit, terutama belah kiri, jaga jaga, mungkin darah beroksigen yg supply untuk jantung bekerja tu tak dapat support tenaga secukupnya untuk mengepam darah!!! tu menyebabkan makin banyak darah tak mampu di pam dan menyebabkan dalaman jantung terkumpul segala yg tak bagus dalam darah terutama kolesterol dan lemak, makin la darah sumbat dalam salur darah tu.... dah sumbat tu maknanya apa???? sakit jantung la! takkan tak tau!!!


So, kalau dada selalu sakit atau sengal sengal, jawabnya ialah organ dalaman tu tak kira jantung atau peparu atau hati atau pankereas atau kerongkong atau testis, apa testis la pulak... testis mana kat dada!! haha..... beresiko rosak atau sakit!!!! ko biarkan la lama lama kalau nak selamat sampai ke alam kubur dengan cepat!!! kalau lum sedia nak mati, gi urut sana!!! haha

Khamis, 17 Oktober 2013

BERSILAT

Pernah tak nampak orang bersilat?

Kalau jin bersilat pulak? pernah nampak???


Aku pun tak nampak hehe, tapi kalau orang kerasukan jin kemudian berubat lalu bersilat, tu biasa..., kira jin tu la yg bersilat, cuma guna tubuh orang yang dirasuknya tu, walhal tuan punya tubuh mana la reti silat silat tu semua......


Bagi kes kes kerasukan sampai bersilat ni, biasanya ialah berpunca dari ji persilatan sebagai saka yang diwarisi dari atok nenek yg pernah mengamalkan ilmu persilatan.

 Kenapa jin merasuk tu nak bersilat? tentunya sebab nak membelasah si perawat, nak tengok sapa terer, jin ke, manusia perawat ke.... tapi biasanya jin tu tewas le, perawat kan terer terer.... hahaha, terer nih banyak terer tau, terer nipu orang pun satu, terer kaut duit orang pun ye jugak, terer bersilat pun boleh, terer makan lagilah ramai....tapi yg paling ramai ialah terer bercakap, ye lah..., lidah tak bertulang.... cakap sikit punya bagus.... habuk pun tarak... hahaha... macam jin la... kalau merasuk tu, rasa diri hebat sangat, kalau boleh perawat dia nak makan! tapi perawat yg terer, tenung  jek terus tombang jin tu.... tu tu lum lagi perawat yg kenyit mata jek terus tombang jin merasuk.... hahaha, mana ada oiii!!!!!!! hahaha


Macam aku la, kalau ada kes berubat, ada orang hampir kerasukan, sekarang aku malas dah nak layan, kalau boleh aku takkan bagi pesakit sampai kerasukan.... aku suruh kontrol manco atau kontrol chun... hehe.... penat la layan orang kerasukan yg sampai silat bagai nih, sebab kalau dapat bunuh jinnya pun, sekor sekor sekor matinya, tak dapat bunuh banyak sekaligus..... kalau jumlah jin dalam badan tu sampai ribu ribu ekor, berapa jam nak bersilat???? penat la woiiiiii..... lain la kalau macam doktor pakar, lagi lama kat sepital, leh caj puluh ribu... haha, ni jenis kerja sukarela, kalau berslat dahla penat nak layan, badan tu pun sakit sampai beberapa hari, esoknya nak gi kerja pun tak larat, ada orang kesah???? hehe tak de kan!!!!!!

Tu yg malas nak melayan orang kene rasuk tu, lagilah kalau ganas dan jumlah jin ditubuhnya tu sampai beribu ribu ekor... tak habis habis asik bertukar ganti.... badan dah la hampir tua, eh tua pulak, mana de, hensem lagi nih.... hahaha, perasan.......... tapi kalau ada geng, 3 -4 orang barulah syok nak cari kerasukan ganas nih, syok!!!!! hehe, lawan kekuatan dengan jin, dan dapat memperlekehkan  para para jin ni syok tau, syok!!!! lagi kalau jin tu boleh bual bual, masa tu la kita dapat buli jin tu sepuasnya, ejek dia, maki dia, hina dia, bodohkan dia... tapi amalan ni dosa tau!!! ko orang jangan buat! dosa aku tak tanggung!!! hahaha....


Malam tadi ada satu kes, minah indon kene rasuk, punyalah banyak hantunya....nak buat cam ne... kene ngadap jugak la, dah sampainya pun dlm keadaan dah dirasuk....  yg bencinya, bila dah pulih tu setelah beberapa jam, almaklum entah berapa ribu jin tu dlm tubuh bertukar ganti....bila dah pulih, kerek pulak minah tu... boleh kata... aku tak apa apa la, tadi cuma terkejut jek... walhal dah bersilat bagai....datang rumah aku pun dia tak tau sapa bawak, macamana... aku tunjuk jam tu, dah kul 12 tu, ko tadi terkejut pukul berapa??? pukul 8 kan, abis 3 jam ni ko macamana???? terdiam dia dengan kereknya... tak de lah, kita mana ada saka! kita punya mak bapak kuat sembahyang bla bla bla.... abis yg merasuk tu dia ingat sapa punya???? hehe... sendiri punya dah puluhan tahun bertahta dalam tubuh pun tak sedar!!!!

Jumaat, 11 Oktober 2013

SAKIT PINGGANG

Sapa pernah kene sakit pinggang?

Tentu ramai yg dah rasa kan, terutama golongan yg kerja berat macam aku.... apa??? tak caya???? aku biasa angkat sawit la, setakat potong sawit tu, ratus tandan sehari selamba jek..... tapi dulu la.... duluuuuuu.... hehehe

La ni tua dah, sawit pun mak aku dah serah kat felda untuk felda 'kerjakan' hasilnya, baki dan sisanya jek yg mak aku dapat.... dah memang rata rata orang felda suka macam tu, nak buat camne kan.... haha.....

Ok berbalik cerita sakit pinggang, doktor kata slip dish....
http://sakitpinggang.org/

atau  http://www.superindo.co.id/hidup_sehat/info_sehat/sakit_pinggang_dan_bagaimana_mengatasinya_secara_alami


Tapi cara aku lain lah..... dulu aku sakit pinggang, asal buat kerja berat je sakit, asal terjatuh sikit terutama kalau pikul tong racun untuk meracun kebun, baliknya sakit berhari hari, dah mintak orang urut tak baik, jumpa doktor takat bagi ubat, kang kene balik, pas tu jumpa pakar sarat kata slip dish, mahal.....

Akhirnya entah macamana aku jumpa tukang urut, dia urut seluruh tubuh aku, dan banyak banyak bahagian yang dia urut tu, ada satu bahagian yang aku tak tahan sakit, sakit sangat, tapi bukan kat pinggang la, kawasannya kat tulang kering kaki aku, masa tu jugak aku dah dapat jawapannya dimanakah sebenarnya punca masaalah sakit pinggang aku tu, iaitu ada urat tersimpul kat tulang kering!!!!!! haha, tak logik kan?????..... dan ternyata aku urut tu sekali jek, tapi lepas tu bertahun tak de masaalah sakit pinggang walau buat kerja berat....


So, rata rata orang yg kene sakit pinggang tentunya disebabkan adanya darah tersumbat yg tak dapat supply darah beroksigen ke pinggang tu! so jawabnya urut!!!!!!

Kalau tak jumpa tukang urut, meh datang jumpa aku, biar aku belasah kaki ko orang sampai menggelitik! hahaha, kata nak baik, pedulik apa aku! hahaha....



Napa????? takut????? haha.... tak de la..... main main jek....

Tapi kalau nak aku urut, aku nak caj mahal tau! haha.... jangan tak bawak duit pulak! aku urut 5 minit jek,  tapi bagilah seribu dua!! hahaha


tau takut!!!!!!!!! hehe


Tapi jarang sebab jin walaupun ada.... kalau sebab jin, senang sangat.... aku letak tangan kat pinggang tu kejap, pas tu aku suruh jalan jalan.... tengok la, kalau terus lega, tu jin puncanya la, kalau tetap sakit, barulah kene urut.....

Eh, tapi kalau pompuan aku tak urut lah.... mana boleh, kene tolak sampai paha tuuu, kang aku dituduh bomoh cabul pulak,  lelaki boleh la  tu pun silap silap kene tuduh jugak, homo.... hehe.....

Ala suka orang lah nak tuduh apapun.... aiman tak kisahhhhhhhh

Selasa, 8 Oktober 2013

PENDINDING DIRI

Ada ke pendinding diri????

Jawabnya tentulah ada, iaitu Allah


Pendinding dari gangguan syaitan jin???? ada jugak, Allah juga

Camne nak mintak pendinding dari Allah???? Mintak jek, mintak!!!!! kalau rasa kene gangguan jin, tak kira siang ke malam ke sedar ke tidur ke, mintak jek dengan Allah, mintak.... Ya Allah, lindungilah aku dari gangguan jin nih atau apapun lenggok bahasa, takkan itupun tak reti??? hehe


Kalau kene ganggu sibuk nak baca Ayat Qursi, sibuk nak baca 4 Qul????, ingat jin tu takut ke???? ingat bacaaan kita tu bagus sangat ke sampai jin boleh terbakar????

Bukankah Ayat Quran diturunkan pada sekelian alam??? termasuk untuk jin baca, kalau dia pun baca, ko baca nak halau dia??? haha kene ketawakan mereka je la.....


Mintak jek perlindungan pada Allah, dan terus terusan ingat Allah dengan hati dan lidah, boleh???? ni asal kene ganguan jin baru sibuk nak baca Quran, walhal masa lapang tak ingat pun nak baca walau sepotong ayat Quran tu!

Syaitan tak mampu menewaskan orang yg ikhlas, itu Allah yg kata, amat benar la kata kata Allah tu!!! so carilah ikhlas dalam ibadah, tapi jangan la pulak kalau dah rasa ikhlas, ibadah ciput jek... buat ibadah tu banyak banyak, sentiasa ingat bahawa ibadah kita tu tak betul, tak chun, Allah tak pandang untuk kita terus perbaiki dan perbanyakkan lagi ibadah tu....


Ni asal kene gangguan jek mintak pendinding dari perawat, apa daa.... rata rata perawat pun senang senang kena santau, sebab tak capai tahap ikhlas, ni nak mintak perawat bagi pendinding bagai, mana mereka mampu, diri perawat pun tak de dinding! hahaha




SENGAL SENGAL BADAN

Pernah rasa tak, seluruh badan sakit sakit, nak buat apapun tak selesa, kan

Berubat banyak tempat dah, tak kira moden atau tradisional, tapi sakit tak jugak hilang!




Kalau diri memang dah ada pengalaman tentang kene gangguan jin, maknanya jin dah membiak dan dah bersarang dalam tubuh tu semula, so, kenelah bunuh jin jin tu, dan hapus kan sarang jin ditubuh tu, jangan biarkan sarang tu jadi rumah banglo atau istana syaitan dlm tubuh kita, kalau dah jadi gitu, payah la, leceh jugak tu!


Tapi kalau bukan angkara syaitan jin, tentulah ada sebab lain, biasanya angin, darah sumbat, kolesterol yg banyak atau silap silap dalam tubuh ada penyakit kronik yg lum dapat dikesan


Kalau puncanya angin, makan la bende yg boleh buang angin, seperti halia atau bawang putih, kurangkan makanan yg berangin seperti nangka... Kalau nak buang angin, lagi mudah kentut!!! hahaha..... gurau la.... ok, kalau nak guna kaedah zikir, zikir yg paling sesuai ialah SUBHANAULOH, bacalah sebanyak banyaknya tapi fahamkan makna iaitu maha suci Allah, pijilah Allah tu yg sangat suci, maha suci seikhlasnya, pedulikla angin tu hilang ke tidak, tapi teruskan berzikir dengan zikir tu, subhanauloh, subhanauloh, subhanauloh..........


Atau nak lagi mudah, tapi ada kos, cuba makan suppliment iaitu Vitamin C 1000mg untuk beberapa hari, tengok berkesan!!!!


Minum air garam pun boleh dicuba, tapi amalan kaum cina la buat gitu.....hehe


Tak jalan jugak, gi lah urut, tak jalan jugak, jumpa lah aku, aku bagi lagi sakit! hahaha

RUMAH BERPUAKA

Puaka tu apa tah, hantu jugak la kan.... haha


Ok. Ada tak rumah rumah angker dan berpuaka yg sampaikan tuan rumahnya pun tak tahan kene ganggu?????


Kalau ada, apa yg biasa kita buat??? bunyikan MP3 atau CD Ruqyah dan seumpamanya kan???? konon untuk halau hantu hantu jembalang tu semua.....


Agaknya, lari ke hantu tu semua??? atau sama sama ikut bacaan tu??? atau pekakkan telinga selamba jek, atau malah nyanyi nyanyi mengejek ngejek??????


Ingat, AlQuran diturunkan tidak lain hanyalah sebagai peringatan kepada sekelian alam, so tentunya untuk jin baca jugak!!!! kalau  hantu atau jin pun baca Quran, nak halau depa guna Quran??????


Tak jalannye!!!!! kasi bunuh habis jek, datang lagi, bunuh lagi, datang lagi, bunuh lagi.... biasanya depa takkan berani datang lagi dah!!!


Nak bunuh??? pakai apa???? apa lagi, panggil lah sipembunuh upahan!!!!!!!! hahaha, kan ramai pembunuh upahan kat malaysia nih! kalau pembunuh jin, tak ramai la....tak dipanggil pembunuh upahan pun, sebab tak de upah!!!! hahaha


Kalau bunuh jin dapat upah, lama dah aku kaya, tak yah banyak la, seekor upah 10 sen, sekali bunuh sejuta ekor.... dah berapa tu?????RM100k tu!!!! haha, kaya kaya kaya!!!


Aku tengok, orang halau jek jin, yg sekejap jek masuk balik pun dah caj puluhan ringgit, tak sembuh pun, malah kene datang berulangkali, takkan jumpa si pembunuh jin RM100/ekor pun nak berkira????  haha.... tapi kalau kira la!!!!! tak terbayar punya!!!!!!! ingat jin tu sikit ke??? dlm sebijik rumah berhantu, biasanya bukan seekor, selalunya puluhan ekor, malah boleh jejak jutaan ekor jika punca??? jin tu hadir disebabkan persihiran/ santau/orang hantar.. kalau saka biasanya tak banyak, puluhan ekor jek..... sanggup bayar ke?????


Tak lah.... saja jek aku gempak..... tapi kalau ada kawasan komersial berhantu, ialah dah namapun komersial, pembunuh hantu pun kenelah komersial kan....tak ikhlas gitu!!!!!!!hahaha



apa apa la aku tulis kali nih.... merapu... hahaha

Isnin, 7 Oktober 2013

Sakit Gaut

Rujuk :
http://drsendiurat.com/gout


Ada kene sakit gaut??? sakit tak???? sakit kan!!!!! sakit sangat!!! tapi alhamdulillah aku tak pernah kene, harap janganlah kene!!! takutttttt


Bila kajian semua mengatakan bahawa sakit gaut adalah akibat lebihan asid urik dalam tubuh, kenapa lebih???? orang lain pun makan benda yg sama, tapi tak kene pun, kenapa kita pulak boleh kena??? apa masaalahnya yg perlu diberi perhatian????? adakah sebab makanan tersebut? atau sebab bahagian sendi kita tu yg bermasaalah?????


Bukan la!!!!!


Sebabnya sistem penghadaman kita yg bermasaalah, sistem perut kita problem!!!! sebab tu tubuh kita tak dapat kawal pengambilan asid tu sampai terlebih lebih dalam badan!!!! dan kalau nak pulihkan sebetul betul pulih, cari ubat yg boleh pulihkan sistem penghadaman kita keseluruhannya tu!!! ada ubat ke????? jawabnya tak de!!!!!

Tapi, Allah kata, setiap penyakit ada ubatnya, kan??? kenapa tak jumpa???? ribuan tahun manusia ni hidup, ubaat gaut pun tak boleh jumpa???.... ubat gaut yg banyak tu ubat gaut jek, bukan hentikan gaut tu dari kene lagi, betul tak????


Kalau tak jumpa ubat, nak cuba ubat zikir tak? kalau nak cuba, boleh jek amalkan baca fatehah terus menerus, atau baca bismillahhirrohmannirrohim terus menerus, atau cuba amalkan ayat ini: Innalillahiwainnailaihirojiun terus menerus.....


Kalau nak cuba ubat tradisi, cuba amalkan minum air perahan lempoyang, baik punya!!!!!


Dan kalau baru nak kene sakit, katalah dah mula sakit sikit kat sesuatu sendi tu, jangan biarkan dia terus sakit, cepat pecahkan pengumpulan asid tu kat situ, caranya ketuk tempat tu dengan bende yg lembut seperti selipar ke apa, terus terusan sampai sakit tu ilang, kalau brutak, picit dan urut kuat kuat tempat tu, kejap jek ilangnya tu nanti atau takkan terjadi gaut tu kat situ!!!!


Kalau dah sakit sangat tu, makan ubat jek la senang hahaha, atau gi doktor, injek! kalau nak pulih sepenuhnya ye cubalah tip yang aku bagi tadi, terutama lempoyang dan zikir tu!!!! nak sakat tak??? kalau tak nak, jangan malas! usaha!!!!! zikir!!!! tapi zikir begini memang la susah nak ikhlas, sebab bersebab nak sembuh!!! hahaha... ala zikir jek la! kalau dapat ye cuba diikhlas ikhlaskan, dengan fahamkan makna bacaan zikir tu.

SAKIT LUTUT

http://cederalutut.blogspot.com/


Ramai jugak orang yang sakit lutut dah gi sepital tapi tak jalan, akhirnya jumpa aku, ingat aku nih tukang urut agaknya! hahaha

Sakit lutut ni, bagi orang biasa la, terutama orang yg agak dah berumur, bila NAK BENGKOKKAN KAKI PUNYALAH SAKIT... terutama masa nak sujud tu.... doktor kata cecair lutut dah kering...
haha... ah apa apa aje lah...


Ok, ada jugak yg sakit lutut ni akibat gangguan jin, kalau jumpa aku, kalau hanya sebab jin punya pasal la, senang sangat.... just aku letak tangan kat lutut tu, atau aku tiup lutut tu, pas tu suruh bangun dan berjalan, kalau dah tak sakit tu, sebab jin lah tu.... tapi kalau sama jek, masih sakit, tentunya bukan sebab jin, sebab cecair lutut dah kering kot! haha...

Tak lah, mana boleh kering, cuma kat situ kurang darah beroksigen jek, urut la, tapi bukan la kat lutut tu jek, urut la seluruh kaki tu, terutama kat tulang kering dan bahagian dalam paha tu, pasti kalau ditekan ada yg sakit kat situ! tu tempat salur darah sumbat la tu, urutla bior darah tu mengalir agar sampai ke lutut tu.... inshaAllah boleh sembuh!

Urut jugak la kat lutut tu, terutama bahagian bawahnya dan bahagian pelipatnya.... kalau tak reti, meh jumpa aku, tapi kalau aku yg urut, sakit tau!!! mahal pulak tu!!!! ribu ribu rupiah!!!! hahaha



Rawatan stroke

http://www.ukm.my/news/index.php/ms/berita-penyelidikan/514-ukm-many-still-unaware-a-stroke-attack-is-reversible.html




Stroke adalah akibat salurdarah dibahagian otak tersumbat, ingat!!!! dibahagian otak!!!!


So, rawatan yang terbaik ialah gi doktor duluan, kalau doktor tak reti pulihkan, baru gi pusat rawatan tradisional terutama urutan.....


Ingat, bila stroke, yg berlaku ialah darah sumbat kat bahagian otak, kalau jumpa tukang urut tapi tak urutpun bahagian tengkuk dan bahu keatas, biasanya lambat la nak baik.... kekadang stroke disebabkan jin jugak, yg ada tu, hapuskan aje jin tu, terus stroke tu ilang, tetapi tu kes terpencil la, biasanya memang urat je....


Kenapa salur darah kat otak boleh sumbat???? tentunya banyak sebab, terutama darah tu pekat sangat, ataupun sebab banyak kolestrol dlm darah, atau sebab banyak fikir, atau banyak sangat tekanan hidup atau banyak sangat dosa!!! hehehe, entah entah banyak jin! sapa tau kan!!! hahaha




Caya tak, orang yg kene stroke yg teruk nih biasanya masa mudanya agak kurang baik perangainya, kira nakal la... dan stroke tu biasanya sakit 'balasan'....

KG MELAYU SHELLOUT