Khamis, 19 Mei 2011

MENCABUT SAKA DIPENGHUJUNG HAYAT

MENCABUT SAKA DIPENGHUJUNG HAYAT

Banyak juga kes saka yg teruk pada orang lanjut umur yg aku rawat, tapi yg banyak sekali ialah yg nak meninggal susah sebab saka dlm tubuh.



Biasanya kalau dihapuskan sakanya atau ilmu kuatnya, orang tu terus lemah, malah ada sekali tuh, anaknya seorang doktor CVT yg top di JB nih dulu, dia yg minta aku tolong sebab bapanya dah nazak beberapa kali tapi tak juga pergi, doktor tu dah cuba guna rawatan buang saka kaedah CVT tapi tak berkesan, dan bapanya pun dah pesan pada warisnya suruh cari orang yg pandai pandai sebab dia pernah menuntut ilmu ilmu ghaib di Serawak......(macamle aku ni pandai sangat hehe)




Aku sampai lepas maghrib, kalau tak silap dalam tahun 2005, tapi masa sampai tu ada sorang ustazah tengah ubatkan, so aku dok sembang je dengan kekawan diluar rumah, bila lama sangat tunggu ustazah tu ubatkan, dekat 1 setengah jam, siap dia bagi syarahan agama lagi kat hadirin, kami pun bosan lalu kami pun gi makan seafood, doktor tu belanjahttp://mforum.cari.com.my/images/smilies/default/lol.gif





Bila sampai semula kerumah tu, dah pukul 10.30, ada pulak sorang bomoh sedang merawat, siap berpakaian hitam lengkap dengan tengkolok, so kamipun tengok je dari jauhhttp://mforum.cari.com.my/images/smilies/default/icon_lol.gif... bila dia dah settle dan balik, bapa doktor tu gitu juga, masih senyum dan tawa dengan sanak saudaranya....

Kemudian doktor tu tanya aku bila nak rawat? aku cakap ok juga nih, jam dah pukul 11.30 malam.. ramai sedara mara dia dah balik, ialah aku nampak pakcik tu walaupun duduk atas katil ditengah ruang tamu, masih boleh berbual sambil ketawa dengan sedara maranya, siap dia leh cakap, tolong doakan abah ye, moga moga boleh sembuh..( aku tengok perut dia besar, ada canser diperut)






Akupun minta izin, jam aku tengok pukul 11.30, aku cakap dgn dr tuh, biar saya hapuskan dulu yg dalam bilik... so dia bawa aku masuk dalam bilik tuh, sangat banyak jin dalam bilik tuh, akupun zasst lah, kebetulan ada mak dia dalam tuh bersama sorang lagi, tak ingat aku sapa,maknya minta aku zasst tubuh dia sekali sebab sakit lutut.. aku pun zasst la juga, terus boleh bangun.. 'eh, dah tak sakit' katanya.. ada la dalam 5 minit juga melayan orang dalam bilik tu bersama dr tu...




Bila aku keluar dari bilik tu, aku tengok bapa dr tu dah lembik sangat, macam magik, sebab masa aku masuk bilik tadi kuat lagi dia, ni pulak siap nangis nangis minta maaf dikelilingi sedara mara dan yg ada, semua meraung, dan yg aku dengar bapanya tu cakap aku rasa dah sampai masa ni, dah tak berdaya langsung ni... aku teruskan pergi bilik bilik yg lain untuk zasst, akhir sekali aku berdiri dibelakang pakcik tu dan zasst agak lama diseluruh tubuh dia.... makin lemah dia dan dibaringkan.... aku berundur agak jauh dan zasst lagi...sambil mohon pada Allah, jika dah sampai masa, ambillah roh dia, dan minta juga dihantar malaikat pengambil roh.... jam aku tengok pukul 11.50... aku pun keluar jumpa kawan kawan yg duduk diluar je... aku cakap aku dah buat apa yg patut, kejap lagi kot...




Tepat 12.00 aku dengar tangisan ramai... rupanya dah meninggal orang tua tu........ Alhamdulillah selesai tugas aku! ni cerita dah 8 tahun lepas.... Dr CVT tu pun dah lama aku tak jumpa... kaedah buang saka yg CVT guna tu tak berkesan pada bapanya tu






kes lain... ada gak... tapi makan masa sehari/ sehari setengah baru pergi




Tapi kebanyakkannya yg kata kalau dibunuh jin saka yg ada dalam tubuh, tuan tubuh pun pergi juga, sebenarnya tipuan jin jin tu takut dibunuhhttp://mforum.cari.com.my/images/smilies/default/lol.gif... ramai yg lagi sehat segar bugar walaupun bomoh lain dah kata kalau dibuang ni, dia pun ikut pergihttp://mforum.cari.com.my/images/smilies/default/lol.gif tipuan jin jin je takut dibunuh...hehehe

Rabu, 18 Mei 2011

Ustazah penyihir???????

Pada isnin malam selasa 16/05/2011, rumah aku didatangi seorang wanita muda bersama ibubapanya, untuk rawatanlah, takkan merisik kot..hehe

Akupun bersembanglah dulu, bertanya apa permasaalahannya.... ialah aku bukan tukang telek, leh tau apa yg belum diberitau..hehe.

Wanita itu merupakan seorang isteri kedua, perkahwinannya dirahsiakan dari isteri pertama, setelah beberapa lama barulah rahsia perkahwinan itu dibuka oleh sang suami pada isteri pertamanya... dan bermulah dari itu episod kesakitan dan perubahan pada sang suami dan wanita itu....

Wanita itu mendadak mendapat breast canser, sangat cepat membesar, nasib baik ada rakan di hospital yg dapat mencepatkan proses pembedahan dan rawatan radiotherapy.... masih rawatan susulan... dalam masa tu ada juga pergi rawatan alternatif... banyak sangat tempat dia dah pergi sebab memang ada gangguan....

Cuma yg ada nampak kesan perawatannya ialah ketika beliau dirawat di kluang dengan sorang ustaz, ada tindakbalas dengan keadaan rasukan... macam macam jin yg merasuk, siap boleh bercakap siam, asli dsb.. aku pun tak tau sangat sebab yg menyaksikannya ialah kedua ibubapanya, wanita tu pun tak sedar...


Bagaimanapun ketika rawatan ditempat lain dengan perawat perawat lain, walau dibacakan ruqyah yg panjang dan banyak, dia tak de rasa apa apa, siap ustaz ustaz tuh kata, awak ni ok, tak de gangguan jin ditubuh!!!(rawatan terakhir dia dgn sorang ustaz di kota tinggi, tapi tak de apa signal pun yg menunjukkan jin tu masih ada ditubuh)...

Selain itu tujuan dia pergi banyak tempat yg lain sebab gangguan masih ada dan bertujuan untuk memulihkan sang suami yg tiba tiba terus berubah hingga tidak balik kerumah langsung, sentiasa seperti ketakutan bila melihat beliau, pertemuan terakhir ketika dia dirawat akibat canser tu tetapi sang suami hanya berkata tentang cerai cerai... tetapi menangis, sedangkan dia masih kesakitan ketika menjalani rawatan... amat menyedihkan...

Wanita ini faham akan kedudukannya sebagai isteri kedua, dan sentiasa mengalah, tetapi sang suami seperti bodoh atau dibodohkan sahaja...

Ok aku pun mulalah buat rawatan, dimulai aku saja buat rawatan pada bapanya, buang saka saka dan jin jin yg menempel, zasst rumah dari kejauhan, tetapi ketika zasst rumahnya, si ibu dan wanita ini yg terasa currentnya! Bermakna tubuh mereka ada jin jin menginap yg ada kaitan dengan jin dirumah yg terzasst tadi.... kemudian giliran ibunya, pada lutut dan tubuh aku zasst...

Kemudian giliran wanita itu, suruh dia duduk dikerusi sebelah aku, aku pun jauhkan meja kaca sebab dah agak bakal ada kerasukan walaupun ustaz ustaz sebelum tu kata dah clear.. hehe..... dan pastinya jin jin yg berada ditubuh wanita ni jenis yg agak kuat sebab tak terkesan dengan bacaan ruqyah....

Seperti biasa aku suruh buka tapak tangan, aku sentuh jari aku yg lemah lembut dan putih gebu nih, hehe... dia rilek je, aku tanya rasa apa? Dia kata panas kat badan dan rasa kebas kat tangan tu.. aku teruskan agak lama (bukan ambik peluang pegang tangan pompuan tau! Hehe), hujung jari jek! Bila tengok dia macam biasa jek setakat panas badan, aku pun tambah power..hehe.. dan tiup perlahan.. dia masih selamba.. tapi aku tanya rasa apa.. dia kata macam nak pitam!.. aku teruskan tapi dengan hembusan yg mula agak kuat berulangkali dan tangannya mula bergerak gerak seperti orang menari, aku teruskan tiupan lantas dia tarik tangan tetapi mula adengan.....

Tarian tangan je, tarian siam...siap ada gaya macam orang sembah tokong tuh... aku tanya tanya tapi dia tak jawab apapun, pejam mata tapi terus menggayakan seorang sami budha, bila aku ugut pun dia selamba, aku zasst je, tergolek hehe.... tapi tak lama, dia jadi lagi, pun sama, agak bosan tanya tak jawab hanya ketawa ketawa aku zasst jek, tergolek lagi.... berulang lagi tapi ada bunyi pulak.... alah perkataan yg aku pun tak reti nak taip.. macam bunyi orang asli kuno ...yg cakap tuh... peteppeteppetep... ah apa entah... aku cakap kat mak bapak dia, nih kalau ambik gambar bagus nih, tapi aku tak ambik pun sebab tak ingat kamera aku letak mana... lagipun memorinya dah nak full tuh... mak bapak dia ketawa jek, siap cakap masa dirawat kat kluang tu dirakam jugak!

Bila aku tanya dia sapa yg hantar, dia bagi isyarat tutup mulut, tak mau cerita, aku sebut nama madu wanita tu pun dia buat dodno jek... teruskan peteppeteppetep.... ah lecehlah bual dengan ko nih, kataku.. hehe aku bunuh lah, akupun bangun dan zasst.... tapi liat juga, mengelak dan melawan siap ketawakan aku! Mendabik dada macam kuat, aku zasst dengan tangan kat bahagian belakang badan baru tergolek... hehe

Lepas tu jadi lagi dan lagi, ada yg bercakap, ada yg hanya pergerakan tangan dan aktiviti menyembah aku, seolah olah minta ampun, banyak cantek! Aku bukan tuhan ko!!!!! kataku dan aku zasst, tergolek..zasst tergolek..... dan bila ada yg nak bercakap aku biar lama sikit...ada yg bahasa cina, siam..... aku tanya sapa yg hantar dia tak mau cakap, tapi bila aku sebut nama baru mengaku..sebab aku kata.. betul ke? Angguk anguk.. dan zasst.... banyak kali sangat akupun dah tak ingat berapa banyak... dan ada masanya jin islam yg merasuk, siap beristighfar dan baca selawat minta maaf pada aku... dan berkata: dah dah dahla tu, cukuplah tu, minta maaflah, akupun dah tak mau kacau budak nih, aku tobat, aku tobat, tapi aku seperti biasa dengan kebrutalannya... oooo ko selama ni ada peluang bertobat ko tak mau tobat, nih dah mampos batu nak minta ampun!, sorry, seekorpun aku takkan lepaskan malam nih, aku tak kira ko islam ke kafir ke, tak de agama ke, siam ke, asli ke... pasti mati hari nih! dia cakap; abis, tuan aku suruh aku kacau budak ni!, aku kata, yg ko tu bodoh, ikut kata tuan ko tu sapa suruh? kalau tak kacau manusia tak boleh ke? tapi dia kata lagi, aku boring la kalau tak kacau manusia, tak de kerja kat alam aku tu! aku pun berkata lagi, aku tak kira, sekuat mana pun jin jin pasti mati kalau aku nak bunuh!!!(kecuali seekor ketua azazil tu la)Dengan angkuhnya aku menyombongkan diri! Hehe... dan aku zasst yg tu... jadi lagi dan lagi...

Ada masa tu dia dirasuk jin islam lagi, kebetulan aku di call oleh rakan, dan aku suruh datang jek, sebab ada kes rawatan jugak.... masa jin islam tu merasuk, kebetulan anak aku yg kecik menangis sebab terhantuk bergumpal dengan kakaknya, meraung kuat, jin tu ketawakan aku sebab aku jadi geram bising sangat, hehe aku pun tegur anak anak aku kat dapur tu suruh diam.... ketawa kuat jin tu... tapi aku tak banyak cakap, cepat ko mengucap, aku nak bunuh nih, dia selawat je, tak ngucap pun tapi aku zasst jek!

Tiba tiba satu jin merasuk pulak, islam juga kot sebab cakap melayu, terus bangun nak keluar rumah, nasib baik aku kat pintu, terus tutup pintu, berebut dengan dia, aku kunci, dia bukak, aku kunci balik, dia bukak lagi, berebut..sambil berdiri sebab aku kunci atas, bila dia dapat bukak kunci tuh, siap bersorak, ye ye dapat bukak kunci!!!, aku geram dan pelik, dia tu tak tinggi sangat tapi leh pulak sampai kunci rumah aku yg tinggi tu! Bila dia nak buka pintu jek, aku malas nak lawan tarik tolak pintu, aku zasst je dari belakang terus pengsan sambil berdiri, tau la kan kalau orang tengah berdiri tiba tiba kene tembak, apa jadi, hampir tersembam ke lantai la, nasib baik aku sempat sambut dengan kegagahan aku.... ingat bukan ambik peluang tau! Bini orang tuh! Hehe aku pun letakkan kat lantai dan alaskan dengan bantal... alah tak lama bangun lagi.. macam macam lagi...zasst zasst zasst

Ada satu jin dari jenis hantu merasuk, aku cakap ha ko kan yg buat canser payudara tu? Dia jawab ya, tuan aku suruh!, aku jawab habis ko makan la payudara dia, dia jawab ye la, sedap! Aku pun gerakkan tangan ke arah payudara wanita tu, dari jauh la, dan aku makrifatkan sesuatu, kedua belah sekali, lepas tu aku suruh hantu tu tengok, dia terus terbelahak dan hampir termuntah sebab makanan yg dikatakan sedap tu aku dah jadikan makanan padanya yg sangat menjijikkan pada hantu hantu sedunia... bila muntahnya dah hampir terjadi betul, aku zasst terus hantu tu agar tak muntah, kang susah pulak aku kene bersihkan rumah kayu aku tu... hhee hee... terus tergolek dan pengsan, tak muntah...

Salah satu jin islam, dampingan ustazah tu sendiri siap berkata sian budak ni, dia baik, tuan aku yg jahat sangat, muka dia teruk sangat, dia buat agar laki budak ni nampak budak nih macam mayat dan menakutkan, kat laki dia banyak sangat jin jinnya, macam macam jenis yg ada, sebab dibagi dalam makanan... tapi biasalah aku, jin jin yg dah kacau manusia nih tak de ampun, aku zassttttt tapi ada juga masa yg aku nak zasst boleh jerit, ko tak leh bunuh aku, aku kuat, aku kuat hahaha... macam iblis jek aku tengok, tapi biasalah aku kan power, hehe mula mula saja baca ayat quran(ruqyah) biar mak bapak dia nampak aku ni perawat islam la..hehe....tapi ruqyah memang tak de kesan pada iblis nih, dia ketawa jek, aku pun bangun dan zasst kat tengkuk , terkulai layu juga..... dan wanita tu dirasuk ifrit dipenghujung tu dan ifrit ditubuhnya tu menampakkan padanya tentang tubuh suaminya yg dah rosak teruk akibat sihir....menangis dia kesedihan kerana kesian pada suaminya tu.... dan dia nampak juga ustazah tu, rupanya dah terlampau menggerunkan kerana berwajah jin....

Aku zasst zasst sampai sedar, tapi walaupun dia sedar dia masih menangis dan berkata tentang apa yg dia dah nampak tentang suaminya tu ketika rasukan tadi... bila dah lega, aku suruh duduk membelakangkan aku untuk aku zasst bagi habis segala sarang jin ditubuh tuh beserta jin jin yg masih bersembunyi.... alhamdulillah selesai tugas aku malam tu, ada lah dalam 2 jam jugak, berpuluh ekor jugak tu.....



Pengajarannya : bahaya jadi isteri kedua walaupun madu tu dari kalangan ilmuan agama, kerana syaitan tetap berusaha menyesatkan seluruh umat manusia..... berhati hatilah mencari pasangan hidup!

KG MELAYU SHELLOUT