Isnin, 31 Januari 2011

SAKIT KAKI?


SAKIT KAKI


Ramai yg mengalami permasaalahan ini, terutamanya wanita yg berat badannya dah ter’over’. Ada juga yg kurus, tapi nak memijak sikit punya sakit ditumit tu, atau bila nak solat, nak gerakkan atau ubah dari sujud nak berdiri punya lah sakit terutama dibahagian lutut(yg ni selalu berlaku pada ug berumur sikit). Bagi lelaki pulak, sakit kaki ni pun ada juga, bukan tak de, tapi kurang sikit, yg ada tu pun sebab usia atau accident.

Sakit kaki ditapak, tumit, betis, paha ni memang berlaku pada yg punya kaki, kalau tak de kaki, tak de la mengalami sakit kaki ni.. hehe


KALAU SAKIT KAKI AKIBAT KAKI TAK KUAT MENAMPUNG BEBAN BERAT BADAN TU, UBATNYA KURUSKAN BADAN!!!!!!


Kalau jumpa doktor, nanti ada la doktor bagi ubat ubatan untuk meredakan kesakitan tu, kalau di lutut pulak, doktor kata si’pelincir’ dah kering.. pergilah farmasi, mintalah ubat untuk sakit lutut tu, ada dalam bentuk capsule dan ada yg hanya perlu disapu ditempat yg sakit. Mana mana farmasi pun ada....

Ok katalah dah jumpa doktor, dah beli ubat di farmasi dan dah guna berbulan bulan tapi sakit masih cam tu, apa ikhtiar lain?terus jumpa bomoh????? Nanti dulu!!!!!!

Jumpa tukang urut dulu, minta dia gerakkan darah darah yg tersumbat dikaki tu. Alah banyak tukang urut kaki tu, refleksiologi pun boleh, tapi biasanya tak baik juga lah, sebab refleksiologi tu untuk reflek anggota dalaman tubuh.... Kalau ada yg terus sembuh tu maknanya sakit tu memang betullah berpunca dari aliran darah yg berada dikawasan yg diurut.

Kalau tak sembuh juga, maknanya kawasan yang diurut tu tak tepat, kalau sakit nya sakit dilutut atau tapak kaki, kekadang salurdarah yg sumbat berada di betis, keting atau bahagian paha, so kakau diurut kat tempat yg sakit je, pulihnya hanya sekejap, nanti sakit balik.

Kaedah urutan ni pun pelbagai, ingat aku bukan tukang urut, tak pandai urut pun, tapi kalau terdesak tu, biasanya aku urut sekali je dah sembuh(kadang kadang hehe)........ tapi teruk la yg diurut, menggelitik punya walaupun berbadan sasa! Macam ada sorang tu kata, aku ni tangan besi! Hehe. Biasanya sakit kaki ni bukan puncanya urat tu sumbat di kaki, tapi selalunya di bahagian paha belah dalam, kekadang belah luar... bergantung sapa yg sakit... napa tak caye? Hehe...... satu lagi kalau pinggang manjang ngilu je, sakit selalu atau tak boleh duduk lama atau berdiri lama, pun yg sumbat bukan kat pinggang tu, tapi dipaha tu? Tak caya juga???? Hehe, kalau banyak duit tu buatla pembedahan!


Ada beberapa kawan aku(lelaki la) sakit pinggang yg teruk, doktor pakar kata slip disc(eh betul ke ejaan aku ni).. siap nak gi spital s’pore untuk buat pembedahan, aku halang, sini ikut aku, aku bawa berurut, tak sampai seminggu hilang sakitnya yg dah bertahun tahun dideritai.... masa diurut tu, dia tak tahan bila diurut dibahagian paha, dah keras kematu, sumbat darah la tu! URUT NAIK KEATAS!!!! Ikut peredaran darah, jangan menyongsang! Kene belajar juga biologi dan anatomi tubuh nih! Hehe... Kalau urut kebawah tu maknanya tak belajar anatomi tubuh la tu! Hehe jangan mare, nanti makin tua! Dah la tua! Hehe... kanak kanak mana tau urut urut ni! Hehe

Kalau dah urut tak baik juga, baru jumpa bomoh atau perawat, mungkin ada jinnya! Sekali lagi mungkin je! Memang ada yg macam gitu, aku pegang tangan, dia meraung sakit kaki, bila lepas tangan hilang sakit kaki, macam ada karen, hehe... aku zasst kaki meraung kejap lepas tu lega.....sampai la kini

Isnin, 17 Januari 2011

RAWATAN SAKA JOHOR

Merawat saka ni banyak kaedah dan pelbagai ragamnya

Banyak juga yg boleh merawat saka di Johor ni, tapi ko orang carilah sendiri... dan kaedahnya adalah pelbagai


Mengikut kaedah aku pulak, rawatan biasanya menghendaki nama nama dan alamat alamat ahli keluarga terdekat sipesakit untuk dihapuskan sakanya dari jarak jauh, tak kira walaupun dia berada di kejauhan spt us, uk, australia dll, ini bermakna ahli keluarga tak perlu datang, kalau datang lagilah baik, senang sikit tugas nya.


Setelah aku hapuskan saka saka belah ahli keluarganya (tak semestinya boleh habis sekaligus, susah juga tu! lagi kalau jenis liat dlm badan! kalau jumpapun lum tau leh habis inikan pula jauh!) biasanya baru aku minta alamat sipesakit dan zasst dari rumah aku je atau dari opis aku je atau dari manapun aku berada ketika itu ketika bertemu sipesakit. Kemudian barulah aku hapuskan yg ada ditubuh si pesakit, kalau banyak jumlahnya macam kerengga tu, kekadang makan masa juga nak habis... tapi biasanya akan habis sebab saka tak banyak sangat jumlahnya, paling banyak pun takat 2-3 ribu je, tak lebih berbanding kalau jin sihir yg kekadang berduyun macam tebuan


Teknik ni aku dah guna lama juga dah lebih 10 tahun juga...

Ramai yg ada masaalah saka, phone no aku dah ada di genggaman, nak call punyalah berat, macam takut hantu! macamlah aku betul betul hantu, hehe... tapi sebaiknya dan seboleh bolehnya datang sendiri kalau nak pulih, alah usahalah sikit kan... jangan malas!


Soalan, adakah ini cara islam? entah, islam tak ajarpun bunuh jin saka ni! tapi pada pandangan aku, yg penting sipesakit yg mengadu tu sihat walafiat boleh menjalan perintah agama dan beramal ibadah, itu yg penting!

KG MELAYU SHELLOUT