Selasa, 27 Disember 2011

SAKA BUAYA PUTIH

SAKA BUAYA PUTIH

Hari krismas malam 25/12/11 aku didatangi sekeluarga yg bermasaalah. Sepasang suami isteri dan dua orang anak angkat yg comel dan mereka dibawa oleh abang pada suaminya yg dah beberapa kali datang kerumahku di majidee ni

Perbualan dimulakan, dan permasaalahannya ialah dah berkahwin selama 14 tahun masih lum dikurniakan cahaya mata. Sedangkan permasaalahannya bukan tak leh mengandung, tapi manjang hilang. Yg menjadi persoalan ialah salah satu yg hilang tu dah sampai 9 bulan, dah nak kehospital untuk bersalin tetiba hilang dari kandungan, yg lain dah 7 bulan, dah 5 bulan.... ada yg keguguran kembar baru dalam 4 bulan... kesian

Bila dengar begitu, aku terus menyimpulkan itu angkara saka... so aku minta alamat rumah dan zasst jin jin di rumah tu dari kejauhan, kemudian minta alamat alamat yg berkaitan juga dan kemudian zasst... kemudian si isteri tu aku suruh duduk membelakangi aku untuk aku bunuh semua jin dibadannya sekaligus... zasstttttttttttttt

Hampir pengsan/kerasukan tapi tak sempat dah sedar semula sebab jin tu terbunuh sekali hehe... kemudian duduk semula dikerusi dan kami sembang sembang... aku kata dah habis saka saka tu.. mereka mengangguk jek... tapi sang suami macam tak percaya katanya ada 2 ahli keluarga isterinya yg dah meninggal akibat dibuang saka tu, takut perkara tu terjadi pada isterinya pula... aku kata, ko takut pada jin? Kenapa? Jin bukan boleh buat apapun!! Dia pun katalah saka tu adalah saka buaya putih, yg datang akibat datuk bininya tu pernah terjatuh di laut selat johor –sungai perling dan diselamatkan oleh buaya putih tu, sebagai perantara, buaya putih tu akan terus menjaga seluruh ahli keluarganya(kononnya lah)..

Aku pun cakap apapasal tak beritau awal, aku nak sangat berbual dengan jin buaya putih tu.... dan bininya beritau tiap bulan Muharam dia boleh mengubat dengan buaya putih tu akan meresap dibadannya ‘menurun’... selalunya hanya adik beradik nye aje yg berubat kat dia... so aku suruh la dia cuba panggil buaya putih yg biasa meresap tu... panggil punya panggil tak juga datang... dia kata selalunya bila dia beri salam jek, kejap jek dah menurun.... aku kata, nak menurun macamana, jin buaya putih tu dah mati hehe

Kemudian dia kata, semua adik beradik diapun ada yg jaga, benda yg sama (buaya putih).... so aku suruh sebut nama sorang kakak beliau, dia sebut lalu aku tarik saka dari kakaknya tu masukkan kebadan dia, terus dia kerasukan... aku tanya nama ke apa, dia bagi signal ... bisu rupanya, dan suaminya kata yg saka kakaknya tu memang bisu tapi ganas, aku tanya ganas??? Hehe aku tiup jek terus hancur... sedar balik.. dan aku suruh sebut nama adik beradik yg lain... dan aku tarik juga masuk semuanya kat badan dia untuk suka suka buat ‘persembahan drama’ hehe... terus terasuk lagi, siap mengaku islam, nama aishah tu!!! Hehe.... walhal hantu laut jek, mana leh islam!!!

Maka aku pun dapat lah berbual dengan buaya putih tu.... dia siap marah aku kenapa memanggilnya dan mengapa aku bunuh tok tua (buaya putih yg selamatkan atoknya yg duduk kat tubuh si pesakit tu la)... aku kata la, sebab ko dah mengacau keluarga dia ni semua, jin tu kata balik, mana ada kami kacau, kami jaga mereka semua, aku balas mana ko ada jaga, dia kene hantar sihir pun jin sihir tu ko tak belasah, malah ko buka laluan, dia kata lagi aku buka laluan sikit jek, sebab jin jin semua sedara aku! Ceh!!!

Aku teruskan perbualan, ko kan yg curi janin dan anak anak orang ni sampai tak de anak, jin tu kata, memang le, aku ambik sikit je, sebab perjanjian, aku kata, sikit ko kata, tu yg sampai sekarang dia tak de anak tu ko kata sikit, jin tu kata ye, sikit je.... tengok, betapa jahatnya jin walau mengaku islam yg mengikut manusia, tetap juga ada tujuan jahat.... memakan janin, menyesatkan manusia , menyakitkan dsb.... sebab tubuh manusia dimakannya secara sikit demi sedikit...

Aku teruskan perbualan bla bla entah apa tak ingat... kemudian zasst... tumbang, keluar pula jin dari abangnya... bual bual juga.... pasal saka dll... siap broder tu tanya, buaya kuning yg timbul kat sungai perling tu buaya betul ke apa, jin tu kata, tu kan bapak aku, aku tanya lagi buaya betul ke, dia terus kata bodoh betul la ko, kan aku kata bapak aku!!, buaya jadian la, jin!

Hehe tak pasal pasal kene bodoh aku ni hehe... Dia tanya kenapa nak bunuh semua saka saka yg kat pesakit ni, bukan kacau aku pun, aku kata dah tugas aku, bunuh saka dan aku kata menyusah kan jek, nak ada anak pun tak boleh!, dia kata kan mereka ambik sikit jek, aku kata sikit ke apa, semua tuan ko ko sakitkan tubuhnya tu apasal? Dia kata, memang dah perjanjian, dan memang jadi makanan dia la kat tempat yg sakit tu...

So aku pun kata, oleh kerana ko pun dah lama sangat hidup dan dah nyusahkan orang, ni masa pembunuhan ko dah sampai, dia menangis dan kata janganlah binuh dia, dia yg jaga keluarga ni, kalau dia tak de, sapa lagi yg nak jaga mereka. Aku kata biar Allah yg jaga, ko semua tak de guna, menyusahkan jek, so aku tiup terus pengsan... sedar lagi dan rasukan lagi.... aku bual bual lagi dan zasst... sampailah yg terakhir merasuk tetiba anak angkat dia yg lelaki 5 tahun lebih terus memaki hamun aku, bodoh, babi, sial entah apa siap nak pukul aku nak terajang aku, nasib baik bapak dia pegang kuat...aku tiup dia elak siap menganjing hehe tak kene! tak kene, aku tiup lagi ngelak lagi tak kene tak kene... last last aku bangun ke dia, yg pesakit siap jerit, lari nak lari nak...dia siap sepak terajang aku, aku zasst jek la.... terus nangis tersedu sedu..... sedar... rupanya anak anak jin yg merasuk tu ada kat tubuh budak tu, banyak juga, bukan seekor dua

Kemudian aku bunuh la jin yg terakhir tu..... bila sedar aku kata, ok lepas ni ko dah tak leh mengubat lagi, sebab yg bantu ngubat tu dah mati, dia kata tak pe, memang nak buang.... so aku ajarla macamana nak halang jin lain dari masuk tubuh lagi, apa lagi selain sentiasa mengingati dan menyebut nama Allah siang malam pagi petang hanya semata mata untuk memuji dan mengingati Allah, ikhlas kataku... diapun mengangguk... lepas tu aku nak zasst kat suaminya... sisuami kata aku tak de jin, aku kata tak pe, sini! Nabi pun ada jin(qarin) ko pulak ngaku tak de jin! Meh sini aku zasst... lepas zasst aku kata ada 2 ekor, kata tak de... terdiam la dia...hehe

Ok.... selesai... balik la dia kerumah, mana tau leh dapat pula cahaya mata selepas nih... kene rajin rajin la.... hehe ... beramallllll ,kamu nih, ingat rajin yg tu jek! hehe



PEMBETULAN :

BAGI KEHILANGAN ANAK YG DAH 9 BULAN TU, SEBENARNYA DAH MASUK BILIK BERSALIN DIHOSPITAL SULTANAH AMINAH JB, DOKTOR DAH SELUK MEMANG ADA BABY TU... TAPI BILA DOKTOR TU PUSING DAN KEMUDIAN SELUK BALIK, DAH KOSONG... TINGGAL HANYA MACAM BUAH ANGGUR YG KELUAR... ALAH BAKI BAKI TEMBUNI TU LA.... PELIK TAPI BENAR

Khamis, 22 Disember 2011

Gangguan dari roh jahat

Roh jahat tu apa?

Roh jahat roh orang yg jahat la hehe, tapi orangnya dah hancur jasadnya dimakan tanah, dah mati la kiranya, tapi rohnya tergantung, alam barzakh tak terima sebab 'jahat'nya masa dia hidup kat dunia...kira macam ada hutang la, tak kira la hutang apa asal namanya hutang... hutang zakat ke, hutang duit ke, hutang darah ke, hutang nyawa ke, hutang ah macam macam hutang lah.... tapi asal je ada hutang akibat kejahatan pada makhluk Allah yg lain(kecuali jin), biasanya tergantunglah roh kita lepas mati, alam barzakh tak terima.


Kebelakangan ini aku manjang berhadapan kes kes akibat gangguan roh pulak, yg lecehnya roh ni tak leh dizasst(ke zasst aku yg tak lut hehe)... sebab apa agaknya???? sebab utama roh kan kekal, tak leh mati, bunuhle banyak atau kuat manapun takkan berkecai punya!


Kalau ada kes sebegini yg boleh hanya keluarkan roh tu, dengan paksaan!!! bukan senang tu! sebab dengan zasst tak terjejas kecuali roh tu jenis yg lemah.... kalau roh jahat yg amat jahat contohnya roh ahli sihir yg dulunya sihirnya sangat kuat, payah juga nak keluarkan tu

Masaalah utama kalau orang dah dimasuki roh jahat nih, katalah roh tu dah berjaya dikeluarkan dan dikurung kat mana mana, tubuh yg dah dimasuki roh tadi amat mudah pula dimasuki jin jin dari pelbagai jenis, kerana roh tu amat jauh kuat dibandingkan apa jenis jin pun, tapi jika jin jin nih dah kira senang le nak pulihkan...


Malam tadi pun aku berhadapan dengan kes akibat roh yg mengganggu, ada lebih 4 roh dalam badan tu.... walaupun dah beberapa kali cuba dikeluarkan sebelum ini sehingga roh tu terlalu menderita, tetap juga ia tak leh keluar atau tak mau keluar.... aku dah give-up juga sebab kes ni sebenarnya dah lama sangat, malah pesakit dah merata pelusuk malaysia berubat... tapi dia dah merayu sangat sebab dia kata tak de lagi yg percaya gangguan tu ada padanya walaupun perawat sendiri yg mengatakan ia tak sakit atau lebih senang kata, ngada ngadalah, tapi yg menanggung adalah dia.... dia yg rasa betapa siksanya...

Aku cuba jugalah, entah keberkesanannya pun tak pasti sebab sebelum nih guna kaedah yg biasa macam lum berkesan, terpaksa guna kaedah rekaan sendiri malam tadi... rasanya memang dah keluar, siap yg hujung tu ada beberapa ekor jin juga yg mengaku roh... tiup je berkecai...


Mengapa agaknya susah sangat nak mengesan gangguan roh ni? senang je, sebab kita ni kan manusia juga ada roh, kalau masa kita hidup nih dengar azan, dengar ruqyah, dengar alunan ayat AlQuran tak rasa apa apa(lain le kalau ada jin kat badan), masakan dah mati roh kita terkesan dengan bacaan tersebut kan!...

Dan nak keluarkan roh memang takkan boleh jika hanya menggunakan kaedah bacaan tersebut, zasst pun tak boleh... dan aku sendiri masih lagi mencari kaedah yg betul betul berkesan mengeluarkan roh jahat di dari pesakit....terutama roh yg degil.... kalau yg tak degil tu, kaedah yg biasa aku buat dah terus keluarnya dia....


Terimakasih ya Allah, kerana bantu aku malam tadi, Alhamdulillah, syukur sangat

Ahad, 16 Oktober 2011

tak thrillllllll

Walaupun aku laaa ni kira sibuk merawat, tapi kes kes berat macam dah tak de.... yg mengadu kes berat sehingga dah jumpa ramai perawat pun, bila datang tak le berat mana iaitu tak la ade kerasukan yg hebat sepak terajang bagai, kalau ada pun sikit sangat aksinya, satu dua kali zasst dah pengsan..


Tapi kes yg nampak tak berat iaitu tak de kerasukan yg hebat ni la yg lebih susah nak dirawat, sebab kebanyakkannya bukan sebab jin jin pun, kalau sebab jin pun, sebelum pesakit datang rumah, jinnya dah lari dulu sembunyi kat mana mana....


Yg lecehnya kalau pesakit rasa sakit, doktor tak dapat kesan apa sakitnya, perawat lain kata ada jin, tapi aku tak jumpa pulak jinnya, zasst pun kosong.... tapi sakit tetap sakit..... kesian kan.....


Tapi kalau ada kes yg mengalami kerasukan hebat yg tak pulih pulih, kami geng hantukiller's amat mengalu alukan kes sedemikian, kerana agak mencabar minda dan tenaga kami, lagi kalau ada tempat tempat yg orang kata 'keras' sangat.... bukan nak berlagak la ye, tapi itulah kegemaran kami.... menghadapi kes kes yg berat............

Isnin, 11 Julai 2011

MERAWAT HISTERIA DI MAAHAD TAHFIZ JB

8 july 2011

tengahari dlm pukul 12 seorang guru sek menengah majidee minta bantuan, kes histeria disekolahnya dari pagi, ada ustaz yg sedang merawat

aku sampai kul 12.20, terus ke bilik yg ustaz tu rawat, tengok dia tengah merawat..... aku tolong zasst sampai pengsan.... dan cari pesakit lain dibilik yg lain... ada 3 orang lagi, aku zasst sampai pengsan 2 org , tapi yg lelaki tak pengsan, cuma makin segar,

Balik kebilik yg pertama, ustaz dah hilang, tapi budak tu terasuk lagi... terpaksalah aku menghadapi kesaorangan dibantu guru guru wanita dan pelajar pelajar....

sedang buat, tetipa terdengar pekikan lagi diluar, seorang pelajar memberitau ada sorang pakcik (tukang ubat juga kot) tengah cuba tolong dia...

Aku cuba settlekan budak ni dulu, sebab kuat sangat rontanya... pengsan berkali kali tapi merasuk kembali... banyak la jinnya tu....

Bila keluar tengok yg menjerit tu masih kerasukan.... aku buat apa yg patut, buat dia dulu, kemudian yg liat tadi hingga pulih, pukul 1.00 siap



pukul 2.30 dapat call dari sekolah menengah tahfiz di JB, aku on the way ke opis, terpaksa teruskan sebab ada urgent dokumen kene tandatangan..... lepas tu bergegas kesana, jem pulak jalan.... pukul 3.40 baru sampai disambut seorang ustazah dan seorang ustaz... terus dibawa ke surau dimana seorang pelajar kerasukan diasingkan dan penuh surau tu dengan pelajar lain, beserta beberapa ustazah... aku zasst sampai pengsan... keluar, jumpa seorang pesakit yg sedang dipapah tapi masih kerasukan aku zasst juga sampai pengsan..

kemudian dibawa ke sebuah bilik mesyuarat guru, ditempat kan 3 orang pesakit... zasst zasst zasst sampai penat sebab pingsan, bangun bertukar, manjang gitu jek, banyak benor jinnya... kemudian semua pesakit dikumpulkan kesitu... aku buat berkesaorangan juga sebab ustaz tu tolong jaga pintu, ustazah tolong pegang, pelajar lain tolong pegang juga..... zasst zasst sampai penat


akhirnya pukul 4.50 lebihkurang selesai dan semua sedar.... alhamdulillah

Ahad, 3 Julai 2011

SMS DARI UTUSAN ALLAH??????????

2/7/2011 PUKUL 12.25 AKU dapat sms dari seorang rakan, katanya dia dapat sms pelik dari sesaorang rakannya yg lain (yg dirasakan bukan diri rakannya yg sebenar)
Antaranya mengatakan ‘aku tau... aku nampak tika itu... anak anak tidak berdosa..... sangat suci.... diajari dengan kalimah suci... kalimah Allah.... moga terhindar dari kejahatan dunia’
SMS tersebut kata rakan ku itu ditujukan pada anak anak aku (sms yg lain padanya)... dan malam tersebut memang aku mengajak 3 anak aku yg kecil membaca kalimah tauhid LAILLAHAILLAULOH berulang kali...... dan ini antara SMS pada kawan aku tu setelah beliau bertanya siapa dia sebenarnya....
12.27: ‘Aku Hamba Allah yg membantu’
Kemudian aku pula menghantar sms direct pada ‘hamba Allah’ tersebut........
Inilah semuanya yg aku bualkan......sila fahami dengan jelas
12.24: AKU
KAMU SIAPA?
12.37: hamba Allah tu,
Aku juga Hamba Allah... usah kamu khuatiri... aku tidak sekali akan melakukan kejahatan... tidak sekali aku akan merosakkan.... aku akan pergi sebentar lagi
12.37: AKU;
BAIK SECEPATNYA KAMU PERGI,
KALAU TIDAK KAMU PUN MATI,
AKU TAKKAN MEMBENARKAN MAKHLUK SELAIN ROHNYA SENDIRI MENGUASAI DIA
12.39:hamba Allah;
Wahai hamba Allah....Allah telah memberikan kelebihan kepada kamu... bantulah selagi kamu mampu..
12.47: hamba Allah;
Wahai hamba Allah... Roh dia sangat lemah... bantulah dia selagi kamu mampu... aku tak mampu mati hanya jika Allah menginginkan aku mati... Al-Israa’ 44; langit yg tujuh dan bumi serta sekelian makhluk yg ada padanya sentiasa mengucap tasbih bagi Allah dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya
01.10: AKU;
ROH S...... DAH KUAT TU.....
KELUARLAH WAHAI HAMBA ALLAH
01.15: hamba Allah;
InshaAllah hanya Allah maha mengetahui
01.17: hamba Allah;
Wahai hamba Allah yg budiman, sebarkan laa ajaran Allah kepada semua manusia yg sesat... sujudlah kepada Allah, sebutlaa nama Allah... berjihad laa atas nama Allah... inshaAllah akan dapat keredhaan Allah
01.17:AKU;
BAGAIMANA ROH S....... SEKARANG?
KAMU BUKAN MALAIKAT
KAMU BUKAN JIN
KAMU JUGA BUKAN ROH DARI KALANGAN ROH MANUSIA
TAPI DARI MANA KAMU?
01.26: hamba Allah;
Apa yg mampu aku katakan. Roh noras....... amat lemah, aku cuba menarik dari sudut yg paling dalam, namun aku tidak punya kuasa yg hebat wahai manusia yg budiman, semua itu hanya mampu diizinkan Allah, jika noras.... tidak mampu dipulihkan sepenuhnya dalam terdekat ini, jangan sekali kamu salahi aku, kerana semua itu diluar kemampuan aku.... berserahlaa dan jangan sekali kamu jemu untuk membantu.... Allah memberi kamu banyak kelebihan yg bukan semua mampu capai. Gunakanla ia untuk membantu memulihkan manusia yg dianiya dan juga manusia yg sesat. Tingkatkan amalan mu wahai hamba... sujud laa kamu pada Allah.. sebut laaa nama Allah disetiap langkahmu. inshaAllah
01.28: hamba Allah;
Kamu harus menyedarkan dan sentiasa memperingati manusia yg syirik dan menggunakan ilmu Allah kejalan yg tidak benar. Wahai manusia kau tidak mampu melakukan semua itu hanya dengan bantuan hamba seperti kamu
01.29:AKU;
INSHAALAH AKU IKUT NASIHAT KAMU
BAGAIMANAPUN AKU PERLU BANTU ROH S....
KAMU KENE BERITAU DIMANA ROHNYA YG LAIN DAN BAGAIMANA AKU BOLEH BANTU DIA
01.40: hamba Allah;
Terima kasih wahai hamba Allah. Roh ini tersembunyi ditempat paling dalam. Disudut yg sukar dilihat oleh makrifat. Setiap hari kamu harus bisikkan nama Allah dan selawat atas nabi kepada noras.... buat masa ini setiap masa kamu harus lakukan ini. Bukan kerja mudah untuk kamu. Namun tidak rugi jika kamu terus membantu... minta pada rakan rakanmu untuk membantu jua.... sesungguhnya Allah jua memberi dugaan untuk kamu wahai hamba Allah... hadapi laaa.... sebut nama Allah..Allah..Allah.. tingkatkan amalan kamu agar kamu sentiasa diizinkan Allah untuk membantu.... Aku juga datang dari Allah, namun aku hanya cuba melakukan kebaikkan dari mendekati kejahatan.. aku rasa tenang dengan menyebut kalimah Allah....
01.44: hamba Allah;
Ramai perubatan islam yg sudah jauh terpesong dari landasan Allah.... mambaca ayat ayat AlQuran dengan NIAT NIAT yg tertentu adalah terpesong sama sekali..... niat laaa kamu kepada Allah.... sesungguhnya AlQuran itu terlalu banyak mukjizatnya...yg tak mampu dicapai akal manusia... bantu laa mereka wahai hamba Allah.... kembalikan mereka pada jalan Allah.
01.47:hamba Allah;
Maafi aku wahai saudara, tidak sekali aku ingin menyusahkan kamu. Izinkan aku pulang ketempat asalku... ada lagikah soalan yg ingin kamu katakan?
01.46;AKU;
JIKA BENAR KAMU DATANG DARI ALLAH, MANA MUNGKIN KAMU SUKAR MENARIK ATAU MEMBANTU ROH S....
MEMANG BENAR APA YANG KAMU NYATAKAN DAN NASIHATKAN
TERIMA KASIH
JIBRIL KAH KAMU?
01.58 : Hamba Allah;
Aku diamanahkan agar tidak diberitau darimana asalku. Dalami kamu ilmu Allah... fahami setiap bait bait AlQuran. Disitu kamu akan perolehi jawapan wahai hamba Allah... sudah kukatakan kepada kamu... manusia sentiasa diberi dugaan untuk menjalani idup dimukabumi Allah, jika kamu diberi ujian makanya Allah sangat mengasihi kamu dan ingin mengingati kamu betapa besarnya kejadian Allah di mukabumi ini. Allah Maha Agung. Allah Maha mengetahui. Tiada yg mampu menandingi... aku hanya hamba, menyampaikan apa yg perlu dengan apa yg diamanahkan kepada aku. Allah jua yang mengizinkan... aku tidak punya kuasa.. segala apa yg cuba kulakukan hanya dengan izin Allah...Aku bersyukur kerana aku telah menyampaikan seruan dari pencipta.
01.59:AKU;
KALAU DEMIKIAN BENAR KAMU JIBRIL
ALHAMDULILLAH
02.07: Hamba Allah;
Wahai hamba Allah, aku seorang pemegang amanah, maafi aku kerana telah ujud keraguan dari kamu... sesungguhnya aku tak mampu melakukan sesuatu yang diamanahkan pada aku untuk tidak memberitau dari mana asalku.... Alhamdulillah jika ilmu agama mu sangat tinggi.. kamu akan dapat tahu dari mana asalku... izinkan aku pulang.... Assalamualaikum ya hamba yg dirahmati Allah...
02.07; AKU
WAALAIKUMSALAM
PERSOALANNYA... SIAPAKAH DIA SEBENARNYA? UTUSAN ALLAH TU BIASANYA SIAPA? ATAU MUNGKINKAH JIN YG MENYAMAR?... AL-ISRAA 44.... BILA AKU CEK MEMANG BETUL MAKNANYA...
KENAPA ALLAH MINTA DIA SAMPAIKAN PERKARA TERSEBUT PADA AKU? KALAU BETUL, BERAT TU TUGAS NAK MEMPERBETULKAN PERAWATAN ISLAM TERUTAMA DIMALAYSIA NIH..... SEBAB AKU BUKAN APA APA, AKU TAK TAU APA APA... AKU BODOH, AKU LEMAH, AKU HANYA INSAN KERDIL.... MANA MUNGKIN AKU BOLEH MENEGUR GOLONGAN PERAWAT ISLAM YG TELAH SEKIAN LAMA DIHORMATI DAN DIPANDANG MULIA OLEH MASYARAKAT................. TAPI AKU TERPAKSA TEPEKKAN SMS INI AGAR IA TERSEBEBAR, BOLEH DIBINCANGKAN DAN MUDAH MUDAHAN SAMPAI PADA GOLONGAN YG ALLAH TUJUKAN TU TERMASUK DIRI AKU SENDIRI.....INSHA ALLAH. TAPI KALAU SALAH?????


NOTA:::


Ok lah, hari nih, 18/02/2013, aku nak beritaulah tentang siapakah benda yg jadi hamba Allah ni....

Sebenarnya dia ialah salah satu dari golongan jin, iaitu Iblis, bukan seekor, tapi berbelas@berpuluh ekor menguasai sipesakit sekaligus.....

Dalam masa bersms itu, aku zasst juga dari jauh, tapi tak dapat bunuh semua iblis tu, sebab jauh..... tetapi akhirnya dapat dihabiskan keesokan harinya, pun dari jarak jauh.... iblis yg ada pangkat tinggi jugak, dah tua tua semua tu.....

Walaupun nampak macam baik apa yg dikatakannya, cuba lihat kat apa yg aku merahkan,   kat situ lah adanya penipuan iblis tu pada aku, pada geng geng aku..... sebab apa????

sebab iblis tu nak suruh kami berzikir bukan kerana ALLAH, tapi berzikir untuk terus boleh merawat!!!!!! hebat kan penipuan iblis???? halusssssssssssssss


Khamis, 23 Jun 2011

DENDAM HANTU@ PUTERI GUNUNG LEDANG

DENDAM HANTU@ PUTERI GUNUNG LEDANG

Cerita ni kira macam cerita dongeng lah... sebab apa? Sebab tak logik hehe

Cam ni, minggu lepas (19/6/2011) malam, rakan perawat aku, iaitu geng geng hantukiller call aku minta bantuan sebab mereka menghadapi kesukaran kerana menghadapi rasukan yg hebat, ganas dan sangat banyak... dah zasst tumbang, ada lagi, zasst lagi siap sepak terajang bagai, tumbang, bangun lagi sampai mereka give up....dah berapa jam tak habis jin jin yg mengacau.... punca? Jin jin serpihan sihir kepada pesakit lain yg aku rawat, balas dendam kat pesakit nih sebab dia bagi galakkan pada pesakit tu untuk teruskan berubat sampai sembuh sebenar....

Depa call aku masa tu dah pukul 10.00 mlm, aku pun setuju membantu mereka, dan bawalah prado aku menghala kerumah tempat rawatan tu dilakukan...sebab aku dipanggil???? Sebab jin tu dendam pada aku! Dendam lama yg dah 25 tahun dulu (tahun 1987/88)..... dia kata nak jumpa TUMINGAN (aku lah tu hehe)... hantu tu kata jangan bunuh dia, dia nak dibunuh oleh tumingan! Hehe

Dalam perjalanan, aku seperti diganggu, sebab? Ada sebuah kereta tu seolah olah tak nampak kereta aku yg besar nih... terus nak masuk lorong aku.... nasib baik tak berdentum ...Alhamdulillah

Ok setelah sampai, hantu tu terus pandang aku sambil berdiri, direnungnya aku dengan tajam... apa lagi aku pun tunjukkan ke brutalan aku le, aku renung balik dengan jengilkan mata, kejap je dia elak renungan aku tu... tak tahan beb, panahan mata aku hehe.... terus dia kata.... ko tumingan kan, ko tumingan kan? Aku kata mana ada, aku tom.... dia kata balik.. tak tak.. ko tumingan! Ko dah bunuh semua anak cucu aku kat gunung ledang tu dulu!!!! Hehe terkejut aku beb... dan teringatlah balik kisah lalu ketika aku bercamping dengan group seramai 57 orang(19 perempuan) pelajar kolej 3 UPM 1987/1988.... ok kalau ada kawan kawan aku yg sama camping dulu yg baca cerita nih... jangan malu malu, call aku sebab aku dah terputus hubungan dengan kalian... yg aku ingat man toba, din pungkok, rod...ah tak ingat lah......... dah lama sangat, aku ingat muka tapi nama hehe hilang dari ingatan...

Teringat masa perkhemahan tu, aku ketua salah 1 group, bukanlah ketua kontinjen .. mendaki seharian dari air terjun tangkak menuju kepuncak, penatnya bukan main... dari pukul 8 pagi, dah dekat pukul 6 petang baru sampai puncak kedua (bukan puncak sebenar).. ada kawasan lapang kat situ memang kesan tempat perkhemahan... so semuanya bersiap dirikan khemah, dan ada 3 orang studen lelaki ditugaskan mencari air dari sumber air gunung... turunlah mereka mencari punca air berdekatan, tanpa disedari ada 3 orang pompuan yg mengikut, salah sorangnya pegawai pengiring(lecturer/fellow) sama mencari air tanpa meminta kebenaran dari ketua kontinjen....

Yg tinggal menyiapkan khemah, aku tak ingat sangat apa yg aku buat... hehe tolong tolong kot... dah diri semua khemah, tiba tiba yg cari air tu sampai dengan mengusung si lecturer yg ikut cari air tuh!!! Lepak dan lembik..... tapi lum kerasukkan

Mereka menceritakan masa dipunca air tu, pompuan 3 orang tu jauh sikit kat bhg bawah, yg lelaki diatas sikit.... sedang mereka menikmati air gunung tuh, tiba tiba lecturer tu tercampak kerana ternampak seolah olah benda sebesar bola sepak menuju tepat kepadanya dan melanggarnya! Kemudian mereka menjerit dan didengar oleh yg lelaki... lalu dibawa balik kepada kami....

Bila disoal, ada kalian buat perkara yg tak elok kat sana ke? Yg lelaki tu kata ada yg kencing kat tepi mata air..... oooo itu je sebabnya....

Lecturer tu direhatkan, kebetulan ada 2 orang yg agak terer bersama kami, man toba tu dan Abang Rod (apa tah nama-lupa Cikgu Rodzi kot hehe).. so merekalah yg hendle.. aku buat bodo jek... kami pun buat persiapan untuk makan malam ikut kumpulan....

Dah siap makan.. masing masing kepenatan, yg tidur tidurlah, yg melepak melepak lah, tapi 2 orang tu(man toba dan rod) menjaga si lecturer tuh, sebab dia cakap dah mula merapu... cakap nak balik nak balik... tu jek... bila ditanya nak balik mana, ditunjuknya kawasan punca air tuh (agak jauh kebawah juga)...aku tak sempat nak rehat sangat, kebetulan cuaca tak de bulan, tapi agak terang dan langit nampak jelas, awan jauh sayup dibawah sana, nampaklah selat melaka merentangi.... ada bahagian indonesia yg kelihatan..... yg pelik bagi aku ialah diatas tu tak de sikitpun awan, tapi hujan rintik sepanjang malam... sedangkan bintang bintang bekerlipan????? Dari mana air hujan tu?????

Setelah bergilir 2 orang tu menjaga, tiba giliran aku pulak.... aku dari dulu memang amat brutal pada jin yg merasuk... so masa aku jaga, aku cakaplah yg bukan bukan, aku marah jin tu, dah tentu budak tu tak nampak, napa tak elak dari dikencingi? Aku cakap bodohlah jin hantu bagai.. sedangkan masa tu aku bukan reti sangat apa apa... hehe tapi aku dah hafal la beberapa ayat ruqyah, ayat 7 mubin, ayat ayat untuk jurus, 7 summum bukmum.... entah tak ingat apa yg aku dah hapal masa tu.... umur 20an hehe.... masa tu lah aku tunjuk bakat, aku baca ruqyah, aku jurus jurus, kat sekeliling tempat tu, kat lecturer tu, kat mata air tu... aku pun tak tau kene ke tidak, tapi lecturer tu meraung dan adakala pengsan kene jurus.... tapi tetap sama juga... nak balik nak balik... so aku ingat tak lut la jurus aku tu... hehe

Hampir sepanjang malam tu aku yg kene jaga, sebab yg lain dah tombang, barulah student yg lain tau yg aku ni leh merawat, bukan hanya takat abang hensem jek..hehehe tapi tu lah, melayan orang dirasuk, sesekali ganas juga sampai la dekat pukul 6.00 baru ada yg ganti.... nak tidurpun tak de tempat, sebab dalam khemah digenangi air sedalam 2-3 inci, ialah sepanjang malam hujan rintik tanpa awan.... so terpaksa tidur juga walau baring dalam air hehehe..

Oleh kerana semua tahu bahawa lecturer tu tak pulih lagi, hampir semua yg lain dalam ketakutan... ialah gunung ledang kan... tempat penuh lagenda dan misteri.. selepas menyiapkan sarapan, sarapan dan berkemas untuk meneruskan perjalanan, kami pun menuruni puncak tu menuju puncak tertinggi yg nampaknya dekat sebelah je.... nampak je dekat... nak sampai pun berjam jam...sebab terlalu curam dan jalannya batu batu besar dan licin.... aku di belakang tapi bila tiba di satu batu yg tegak tinggi yg memerlukan kepakaran, nama aku dijerit dari hadapan.. hehe abang tom.. kedepan!!!!!

Aku ditugaskan membantu peserta menaiki batu tinggi tu, so aku suruh 2 orang naik atas dulu bawa tali untuk menarik yg lain.... dan aku berada ditepi batu itu untuk mengangkat mereka dengan bahu (jadi tangga la gitu...) member yg besar besar pun selamba dek je aku angkat, sebab aku memang biasa angkat kelapa sawit, lagipun aku rugby player... tapi tiba giliran lecturer tu... kami ikat pinggangnya, 2 orang tarik dari atas, 2 orang tolak dari bawah, aku suruh dia pijak bahu aku untuk aku naikkan keatas.... tapi punya la pelik, aku rasa berat dia 10 x berat orang dewasa, yg 2 orang tolak semput, aku angkat merengkek, 2 orang yg tarik dari atas keberatan yg amat sangat!!!!! Hantu apa dalam badan dia, berapa banyak ekor sampai macam tu punya berat???? Huhhhhhhhh

Bila dah lepas semua, kamipun teruskan pendakian, aku ditugaskan jaga sepenuhnya lecturer tu... berat tugas tu... dan kene jalan dihadapan sekali hingga sampai kepuncak.... kat puncak tu agak memanjang dan rata, lebar dalam 10 kaki tapi memanjang.... dihujungnya ada batu yg amat besar sebesar rumah, ada tangga besi, kami pun naiklah dan lepak sebentar diatas sana menikmati pemandangan... aku didepan tentulah lama dapat berehat sambil menikmati pemandangan, tapi punyalah risau sebab lecturer tu duduk dipinggir dan hujung batu yg semuanya curam menegak kebawah 300 kaki... kalau dia terjun, tak tertarik aku, silap silap kalau aku tarik, dengan aku sekali terjun...... huuuuuhhhhhhh... nasib baik dia tak buat macam tu, Cuma terus cakap aku nak balik aku nak balik...... situ...situ situ..

Perjalanan diteruskan hingga agak petang baru tiba disatu kawasan camping lain lagi yg lapang dan berhampiran air terjun yg ada jeram yg curam di bawahnya.... disitu berapa hari jugalah sebab keseluruhan pendakian tu 7 hari/8 hari... tapi lecturer tu tetap gitu, Cuma lain perangai, mungkin yg merasuk dari atas tu dah keluar atau aku jurus jurus tu dah ter k o kot hehe... Cuma yg aku tau, dia paling tak suka aku... dia kata aku jahat, tapi dia suka rod tu, sebab rod baik dan lembut, man toba pun baik katanya... hehe.... masa tu man toba tu jauh hebat dari aku kot... aku rasalah... bukan aku tau sebab apahal masa kat u, aku pun rujuk padanya... hehe

Pada satu ketika, pagi, ada aktiviti, dan semua berkumpul, bila ditanya mana lecturer nih, ada yg beritau dia tidur di jeram tuh....dipanggil tak mau naik, sebenarnya dijeram tu ada kawasan yg seperti kolam ada batu besar sebesar katil ditengahnya dikelilingi air, memang cantek... tapi bila dipanggil, lecturer tu selambe dek, tak menyahut dsb.... so aku, rod dan toba mengepungnya sambil baca apa yg patut... dan dia bangun dan bergerak macam tarian lalu seolah nak melumpat kearah aku yg duduk dibahagian bawah dilereng cerun..... aku terus jurus dari jauh sambil baca Tabbatyada abi la habiwwatab, terus terjatuh dia tenggelam dalam kolam, kamipun cepat menghampiri dan menganggkatnya untuk ke khemah... ringan sangat macam kapas..hehe alah 7 langkah jek, terus beratnya kami 3 orang besar besar (aku la yg terkurus) melayang layang keberatan, siap jerit minta bantuan yg lain... hehe cilaka punya hantu....masuk yg lain le tu... bawa ke khemah dan baca baca dan jurus jurus... tak lut hehe... dan aktiviti diteruskan akupun tak ingat apa, sebab otak aku set tentang kerja mistik tu jek, macamana nak settlekan.....

Tiba masa turun, kamipun teruskan perjalanan menuju sagil/asahan...berjalan dan terus berjalan... dan lecturer pompuan yg sorang lagi pun macam dah hampir diganggu juga, dah lembek tapi tak de lah kerasukan seperti yg sorang tu...... sampailah di kawasan empangan sagil, diatasnya ada kawasan yg cantek sangat, air dari gunung sangat sejuk, dengan sungainya yg jernih.....man toba kata ada orang bertapa tapi aku tak nampak pun hehe... aktiviti diteruskan seperti biasa.... Cuma satu malam tu aku dipanggil sebab ada mistik yg berlaku... lecturer yg masih kerasukan sedar, kerasukan, sedar... maksudnya tak sepenuhnya sepanjang masa kerasukan.... dia tidur di khemah yg berkelambu..... aku dipanggil sesaorang sambil menunjukkan ditangannya seekor belalang pelesit.. aku tanya kenapa, dia kata dapat dalam kelambu kak zah (lecturer tu- baru teringat namanya).... kamipun kekhemah berkelambunya, yg lain teruskan aktiviti.... aku tengok kak zah tu rilek je tidur dalam khemah berkelambu....

Tapi aku test suruh budak tu bakar kepak belalang tu, ketika dibakar kelihatan tangan kak zah bergegar seperti menggelitik kepanasan, bakar sebelah lagi, pun sama, bakar kaki, menggelitik kaki, kiri kanan lantas aku suruh bakar semua bhg belalang ... menggelitik kak zah sampai pengsan... tak lama jumpa lagi belalang yg sama...dalam khemah berkelambu?????, aku buat yg sama bakar bakar, reaksi juga sama menggelitik...percaya tak, dalam kelambu tu boleh sampai 7 ekor belalang tu, masuknya dari mana????????????????? Sah hantu!!!

Tapi dah yg ke 7, dibakarpun, kak zah menggelitiknya sikit sangat... macam dah tak de apa apa...aku geram, aku terus cabar penghuni ghaib disitu dengan agak kuat, apa la ko hantu ni penakut, kalau berani tunjukkanlah muka! Ni takat hantar pelesit aku tak heran!!!!

Nak tau apa jadi???? Terus angin ribut datang sertamerta tu juga diiringi hujan lebat sangat, tapi tak sampai 2 minit berhenti dan disekeliling kami kedengaran bunyi belalang pelesit yg amat banyak seolah olah penuh sekeliling!! Cuak juga aku tapi aku terus baca apa yg patut dan berzikir...sambil berdoa pada Allah minta Allah bantu... Alhamdulillah tak lama senyap dan situasi kembali sediakala dan aktiviti diteruskan......

Sampai masanya kami pun pulang menaiki bas UPM, dalam perjalanan, kak zah tu pulih sendiri

Berbalik pada cerita kerasukan minggu lepas tu...

Jadi bila kes kerasukan tu, rupanya jin yg merasuk tu berdendam pada aku sorang (man toba dan rod tak sebab mereka tak bunuh jin tu semua)... aku bertanya dia akan kejadian 25 tahun dulu tu, ye saja jawapannya, aku didendami sebab semua anak cucunya termati ditangan aku dulu tu.... sebenarnya aku tak taupun aku dah bunuh mereka, sebab tak nampak macam clear masa aku jurus tu..hehe... lagi pun masa tu aku tak belajar bunuh jin, aku pun tak tau jin boleh mati, aku ingat jurus aku tu setakat keluarkan jin jin tu je...

Bayangkan, setelah 25 tahun, hantu tu masih ingat nama aku! Ko dah bunuh semua anak anak aku dan keluarga aku! Hantu dipuncak gunung ledang tu!! Sedangkan masa dulu tu aku sangka puteri gunung ledang tu kuat benor, yelah masa muda tu, aku ada juga jumpa geng geng yg leh menurun, suruh dia panggil tu ini, salah satunya puteri gunung ledang ni la... hehe

Aku pun berkata lagi, ko ni masuk budak ni pasal ko memang ada link dengan keluarga tuan rumah ni kan, ko ni memang mengikut keluarga ni kan? Ye jawabnya... aku kata pada tuan rumah,( member aku...) ni hantu gunung, hantu jek, tak kuat, ni lah antara yg menyamar jadi puteri gunung ledang terutama kalau bomoh menurun panggil puteri gunung ledang tu... Jantan tu! Kene tipu jek manusia bomoh nih.... bila dah siap perbualan tentang susurgalur member tu yg ada kaitan dengan perguruan di gunung ledang/ bertapa ke apa.... sah hantu hantu je yg dapat hehe.... kami pun bunuh hantu@puteri gunung ledang tu.... kerana memang kehendaknya mati di tangan tumingan bin ismail...

Inilah hikayat puteri gunung ledang karya aku.... jangan dipercaya.........

Aktiviti mengezasst diteruskan kerana banyak lagi jin jin, hantu hantu, dewa dewa, iblis iblis dan azazil pun ada dalam tubuh tu(tapi dari punca lain) hinggalah hampir pukul 12.00 malam baru selesai.......

Khamis, 19 Mei 2011

MENCABUT SAKA DIPENGHUJUNG HAYAT

MENCABUT SAKA DIPENGHUJUNG HAYAT

Banyak juga kes saka yg teruk pada orang lanjut umur yg aku rawat, tapi yg banyak sekali ialah yg nak meninggal susah sebab saka dlm tubuh.



Biasanya kalau dihapuskan sakanya atau ilmu kuatnya, orang tu terus lemah, malah ada sekali tuh, anaknya seorang doktor CVT yg top di JB nih dulu, dia yg minta aku tolong sebab bapanya dah nazak beberapa kali tapi tak juga pergi, doktor tu dah cuba guna rawatan buang saka kaedah CVT tapi tak berkesan, dan bapanya pun dah pesan pada warisnya suruh cari orang yg pandai pandai sebab dia pernah menuntut ilmu ilmu ghaib di Serawak......(macamle aku ni pandai sangat hehe)




Aku sampai lepas maghrib, kalau tak silap dalam tahun 2005, tapi masa sampai tu ada sorang ustazah tengah ubatkan, so aku dok sembang je dengan kekawan diluar rumah, bila lama sangat tunggu ustazah tu ubatkan, dekat 1 setengah jam, siap dia bagi syarahan agama lagi kat hadirin, kami pun bosan lalu kami pun gi makan seafood, doktor tu belanjahttp://mforum.cari.com.my/images/smilies/default/lol.gif





Bila sampai semula kerumah tu, dah pukul 10.30, ada pulak sorang bomoh sedang merawat, siap berpakaian hitam lengkap dengan tengkolok, so kamipun tengok je dari jauhhttp://mforum.cari.com.my/images/smilies/default/icon_lol.gif... bila dia dah settle dan balik, bapa doktor tu gitu juga, masih senyum dan tawa dengan sanak saudaranya....

Kemudian doktor tu tanya aku bila nak rawat? aku cakap ok juga nih, jam dah pukul 11.30 malam.. ramai sedara mara dia dah balik, ialah aku nampak pakcik tu walaupun duduk atas katil ditengah ruang tamu, masih boleh berbual sambil ketawa dengan sedara maranya, siap dia leh cakap, tolong doakan abah ye, moga moga boleh sembuh..( aku tengok perut dia besar, ada canser diperut)






Akupun minta izin, jam aku tengok pukul 11.30, aku cakap dgn dr tuh, biar saya hapuskan dulu yg dalam bilik... so dia bawa aku masuk dalam bilik tuh, sangat banyak jin dalam bilik tuh, akupun zasst lah, kebetulan ada mak dia dalam tuh bersama sorang lagi, tak ingat aku sapa,maknya minta aku zasst tubuh dia sekali sebab sakit lutut.. aku pun zasst la juga, terus boleh bangun.. 'eh, dah tak sakit' katanya.. ada la dalam 5 minit juga melayan orang dalam bilik tu bersama dr tu...




Bila aku keluar dari bilik tu, aku tengok bapa dr tu dah lembik sangat, macam magik, sebab masa aku masuk bilik tadi kuat lagi dia, ni pulak siap nangis nangis minta maaf dikelilingi sedara mara dan yg ada, semua meraung, dan yg aku dengar bapanya tu cakap aku rasa dah sampai masa ni, dah tak berdaya langsung ni... aku teruskan pergi bilik bilik yg lain untuk zasst, akhir sekali aku berdiri dibelakang pakcik tu dan zasst agak lama diseluruh tubuh dia.... makin lemah dia dan dibaringkan.... aku berundur agak jauh dan zasst lagi...sambil mohon pada Allah, jika dah sampai masa, ambillah roh dia, dan minta juga dihantar malaikat pengambil roh.... jam aku tengok pukul 11.50... aku pun keluar jumpa kawan kawan yg duduk diluar je... aku cakap aku dah buat apa yg patut, kejap lagi kot...




Tepat 12.00 aku dengar tangisan ramai... rupanya dah meninggal orang tua tu........ Alhamdulillah selesai tugas aku! ni cerita dah 8 tahun lepas.... Dr CVT tu pun dah lama aku tak jumpa... kaedah buang saka yg CVT guna tu tak berkesan pada bapanya tu






kes lain... ada gak... tapi makan masa sehari/ sehari setengah baru pergi




Tapi kebanyakkannya yg kata kalau dibunuh jin saka yg ada dalam tubuh, tuan tubuh pun pergi juga, sebenarnya tipuan jin jin tu takut dibunuhhttp://mforum.cari.com.my/images/smilies/default/lol.gif... ramai yg lagi sehat segar bugar walaupun bomoh lain dah kata kalau dibuang ni, dia pun ikut pergihttp://mforum.cari.com.my/images/smilies/default/lol.gif tipuan jin jin je takut dibunuh...hehehe

Rabu, 18 Mei 2011

Ustazah penyihir???????

Pada isnin malam selasa 16/05/2011, rumah aku didatangi seorang wanita muda bersama ibubapanya, untuk rawatanlah, takkan merisik kot..hehe

Akupun bersembanglah dulu, bertanya apa permasaalahannya.... ialah aku bukan tukang telek, leh tau apa yg belum diberitau..hehe.

Wanita itu merupakan seorang isteri kedua, perkahwinannya dirahsiakan dari isteri pertama, setelah beberapa lama barulah rahsia perkahwinan itu dibuka oleh sang suami pada isteri pertamanya... dan bermulah dari itu episod kesakitan dan perubahan pada sang suami dan wanita itu....

Wanita itu mendadak mendapat breast canser, sangat cepat membesar, nasib baik ada rakan di hospital yg dapat mencepatkan proses pembedahan dan rawatan radiotherapy.... masih rawatan susulan... dalam masa tu ada juga pergi rawatan alternatif... banyak sangat tempat dia dah pergi sebab memang ada gangguan....

Cuma yg ada nampak kesan perawatannya ialah ketika beliau dirawat di kluang dengan sorang ustaz, ada tindakbalas dengan keadaan rasukan... macam macam jin yg merasuk, siap boleh bercakap siam, asli dsb.. aku pun tak tau sangat sebab yg menyaksikannya ialah kedua ibubapanya, wanita tu pun tak sedar...


Bagaimanapun ketika rawatan ditempat lain dengan perawat perawat lain, walau dibacakan ruqyah yg panjang dan banyak, dia tak de rasa apa apa, siap ustaz ustaz tuh kata, awak ni ok, tak de gangguan jin ditubuh!!!(rawatan terakhir dia dgn sorang ustaz di kota tinggi, tapi tak de apa signal pun yg menunjukkan jin tu masih ada ditubuh)...

Selain itu tujuan dia pergi banyak tempat yg lain sebab gangguan masih ada dan bertujuan untuk memulihkan sang suami yg tiba tiba terus berubah hingga tidak balik kerumah langsung, sentiasa seperti ketakutan bila melihat beliau, pertemuan terakhir ketika dia dirawat akibat canser tu tetapi sang suami hanya berkata tentang cerai cerai... tetapi menangis, sedangkan dia masih kesakitan ketika menjalani rawatan... amat menyedihkan...

Wanita ini faham akan kedudukannya sebagai isteri kedua, dan sentiasa mengalah, tetapi sang suami seperti bodoh atau dibodohkan sahaja...

Ok aku pun mulalah buat rawatan, dimulai aku saja buat rawatan pada bapanya, buang saka saka dan jin jin yg menempel, zasst rumah dari kejauhan, tetapi ketika zasst rumahnya, si ibu dan wanita ini yg terasa currentnya! Bermakna tubuh mereka ada jin jin menginap yg ada kaitan dengan jin dirumah yg terzasst tadi.... kemudian giliran ibunya, pada lutut dan tubuh aku zasst...

Kemudian giliran wanita itu, suruh dia duduk dikerusi sebelah aku, aku pun jauhkan meja kaca sebab dah agak bakal ada kerasukan walaupun ustaz ustaz sebelum tu kata dah clear.. hehe..... dan pastinya jin jin yg berada ditubuh wanita ni jenis yg agak kuat sebab tak terkesan dengan bacaan ruqyah....

Seperti biasa aku suruh buka tapak tangan, aku sentuh jari aku yg lemah lembut dan putih gebu nih, hehe... dia rilek je, aku tanya rasa apa? Dia kata panas kat badan dan rasa kebas kat tangan tu.. aku teruskan agak lama (bukan ambik peluang pegang tangan pompuan tau! Hehe), hujung jari jek! Bila tengok dia macam biasa jek setakat panas badan, aku pun tambah power..hehe.. dan tiup perlahan.. dia masih selamba.. tapi aku tanya rasa apa.. dia kata macam nak pitam!.. aku teruskan tapi dengan hembusan yg mula agak kuat berulangkali dan tangannya mula bergerak gerak seperti orang menari, aku teruskan tiupan lantas dia tarik tangan tetapi mula adengan.....

Tarian tangan je, tarian siam...siap ada gaya macam orang sembah tokong tuh... aku tanya tanya tapi dia tak jawab apapun, pejam mata tapi terus menggayakan seorang sami budha, bila aku ugut pun dia selamba, aku zasst je, tergolek hehe.... tapi tak lama, dia jadi lagi, pun sama, agak bosan tanya tak jawab hanya ketawa ketawa aku zasst jek, tergolek lagi.... berulang lagi tapi ada bunyi pulak.... alah perkataan yg aku pun tak reti nak taip.. macam bunyi orang asli kuno ...yg cakap tuh... peteppeteppetep... ah apa entah... aku cakap kat mak bapak dia, nih kalau ambik gambar bagus nih, tapi aku tak ambik pun sebab tak ingat kamera aku letak mana... lagipun memorinya dah nak full tuh... mak bapak dia ketawa jek, siap cakap masa dirawat kat kluang tu dirakam jugak!

Bila aku tanya dia sapa yg hantar, dia bagi isyarat tutup mulut, tak mau cerita, aku sebut nama madu wanita tu pun dia buat dodno jek... teruskan peteppeteppetep.... ah lecehlah bual dengan ko nih, kataku.. hehe aku bunuh lah, akupun bangun dan zasst.... tapi liat juga, mengelak dan melawan siap ketawakan aku! Mendabik dada macam kuat, aku zasst dengan tangan kat bahagian belakang badan baru tergolek... hehe

Lepas tu jadi lagi dan lagi, ada yg bercakap, ada yg hanya pergerakan tangan dan aktiviti menyembah aku, seolah olah minta ampun, banyak cantek! Aku bukan tuhan ko!!!!! kataku dan aku zasst, tergolek..zasst tergolek..... dan bila ada yg nak bercakap aku biar lama sikit...ada yg bahasa cina, siam..... aku tanya sapa yg hantar dia tak mau cakap, tapi bila aku sebut nama baru mengaku..sebab aku kata.. betul ke? Angguk anguk.. dan zasst.... banyak kali sangat akupun dah tak ingat berapa banyak... dan ada masanya jin islam yg merasuk, siap beristighfar dan baca selawat minta maaf pada aku... dan berkata: dah dah dahla tu, cukuplah tu, minta maaflah, akupun dah tak mau kacau budak nih, aku tobat, aku tobat, tapi aku seperti biasa dengan kebrutalannya... oooo ko selama ni ada peluang bertobat ko tak mau tobat, nih dah mampos batu nak minta ampun!, sorry, seekorpun aku takkan lepaskan malam nih, aku tak kira ko islam ke kafir ke, tak de agama ke, siam ke, asli ke... pasti mati hari nih! dia cakap; abis, tuan aku suruh aku kacau budak ni!, aku kata, yg ko tu bodoh, ikut kata tuan ko tu sapa suruh? kalau tak kacau manusia tak boleh ke? tapi dia kata lagi, aku boring la kalau tak kacau manusia, tak de kerja kat alam aku tu! aku pun berkata lagi, aku tak kira, sekuat mana pun jin jin pasti mati kalau aku nak bunuh!!!(kecuali seekor ketua azazil tu la)Dengan angkuhnya aku menyombongkan diri! Hehe... dan aku zasst yg tu... jadi lagi dan lagi...

Ada masa tu dia dirasuk jin islam lagi, kebetulan aku di call oleh rakan, dan aku suruh datang jek, sebab ada kes rawatan jugak.... masa jin islam tu merasuk, kebetulan anak aku yg kecik menangis sebab terhantuk bergumpal dengan kakaknya, meraung kuat, jin tu ketawakan aku sebab aku jadi geram bising sangat, hehe aku pun tegur anak anak aku kat dapur tu suruh diam.... ketawa kuat jin tu... tapi aku tak banyak cakap, cepat ko mengucap, aku nak bunuh nih, dia selawat je, tak ngucap pun tapi aku zasst jek!

Tiba tiba satu jin merasuk pulak, islam juga kot sebab cakap melayu, terus bangun nak keluar rumah, nasib baik aku kat pintu, terus tutup pintu, berebut dengan dia, aku kunci, dia bukak, aku kunci balik, dia bukak lagi, berebut..sambil berdiri sebab aku kunci atas, bila dia dapat bukak kunci tuh, siap bersorak, ye ye dapat bukak kunci!!!, aku geram dan pelik, dia tu tak tinggi sangat tapi leh pulak sampai kunci rumah aku yg tinggi tu! Bila dia nak buka pintu jek, aku malas nak lawan tarik tolak pintu, aku zasst je dari belakang terus pengsan sambil berdiri, tau la kan kalau orang tengah berdiri tiba tiba kene tembak, apa jadi, hampir tersembam ke lantai la, nasib baik aku sempat sambut dengan kegagahan aku.... ingat bukan ambik peluang tau! Bini orang tuh! Hehe aku pun letakkan kat lantai dan alaskan dengan bantal... alah tak lama bangun lagi.. macam macam lagi...zasst zasst zasst

Ada satu jin dari jenis hantu merasuk, aku cakap ha ko kan yg buat canser payudara tu? Dia jawab ya, tuan aku suruh!, aku jawab habis ko makan la payudara dia, dia jawab ye la, sedap! Aku pun gerakkan tangan ke arah payudara wanita tu, dari jauh la, dan aku makrifatkan sesuatu, kedua belah sekali, lepas tu aku suruh hantu tu tengok, dia terus terbelahak dan hampir termuntah sebab makanan yg dikatakan sedap tu aku dah jadikan makanan padanya yg sangat menjijikkan pada hantu hantu sedunia... bila muntahnya dah hampir terjadi betul, aku zasst terus hantu tu agar tak muntah, kang susah pulak aku kene bersihkan rumah kayu aku tu... hhee hee... terus tergolek dan pengsan, tak muntah...

Salah satu jin islam, dampingan ustazah tu sendiri siap berkata sian budak ni, dia baik, tuan aku yg jahat sangat, muka dia teruk sangat, dia buat agar laki budak ni nampak budak nih macam mayat dan menakutkan, kat laki dia banyak sangat jin jinnya, macam macam jenis yg ada, sebab dibagi dalam makanan... tapi biasalah aku, jin jin yg dah kacau manusia nih tak de ampun, aku zassttttt tapi ada juga masa yg aku nak zasst boleh jerit, ko tak leh bunuh aku, aku kuat, aku kuat hahaha... macam iblis jek aku tengok, tapi biasalah aku kan power, hehe mula mula saja baca ayat quran(ruqyah) biar mak bapak dia nampak aku ni perawat islam la..hehe....tapi ruqyah memang tak de kesan pada iblis nih, dia ketawa jek, aku pun bangun dan zasst kat tengkuk , terkulai layu juga..... dan wanita tu dirasuk ifrit dipenghujung tu dan ifrit ditubuhnya tu menampakkan padanya tentang tubuh suaminya yg dah rosak teruk akibat sihir....menangis dia kesedihan kerana kesian pada suaminya tu.... dan dia nampak juga ustazah tu, rupanya dah terlampau menggerunkan kerana berwajah jin....

Aku zasst zasst sampai sedar, tapi walaupun dia sedar dia masih menangis dan berkata tentang apa yg dia dah nampak tentang suaminya tu ketika rasukan tadi... bila dah lega, aku suruh duduk membelakangkan aku untuk aku zasst bagi habis segala sarang jin ditubuh tuh beserta jin jin yg masih bersembunyi.... alhamdulillah selesai tugas aku malam tu, ada lah dalam 2 jam jugak, berpuluh ekor jugak tu.....



Pengajarannya : bahaya jadi isteri kedua walaupun madu tu dari kalangan ilmuan agama, kerana syaitan tetap berusaha menyesatkan seluruh umat manusia..... berhati hatilah mencari pasangan hidup!

Jumaat, 1 April 2011

KISAH RAWATAN- JULIET DE ORANGE


INI KISAH RAWATAN PADA MALAM 26/03/2011 YG DITULIS OLEH SEORANG PESAKIT SENDIRI KETIKA MENDAPAT RAWATAN DARIPADA AKU DAN KAWAN KAWAN AKU.... aku Cuma copy dari thread dia....



Kali ni aku nk hupdate kisah rawatan jumaat lepas. Ari rabu lepas (pagi), aku dh set appointment ngan HK, bgtau die aku nk dtg ari Jumaat cam biase, pas isyak. Aku kate lg, yg aku bwk raaaamai org berpenyakit. Dier kate OK. So mase hari tersebut nnt aku akan bwk same la maklong, paklong, spupu ngan nenek sedare aku. Yang paling berpenyakit ialah sepupu aku (perempuan) dan nenek sedare aku.



Owh lupe lak nk bgtau. Seminggu sblmnye aku dh tlg scan sdare mare aku yg sakit mase aku dirasuk. Antaranya sepupu aku ni la. Mengikut kate jin, sepupu aku ni dh disihir lame dah, sejak kecik. Oleh jiran selang beberapa rumah die. Dah takde hukum dah, kate jin. Bermaksud, sepupu aku ni pikirannye cam dah tak waras gitu la. Yang nenek sedare ni, kate jin patutnye dah mati. Rohnye dah diangkat naik. Kate jin tu la! Aku tlg cakapkan jer. Dh die pinjam bdn ngan mulut aku kan.



So hari tersebut, sdare aku tu dtg umah aku ngan 1 kete. Sampai2 umah aku je, sepupu aku yg ppuan tu ckp ngan aku “Haii harapnye baikla Kak L ni. Dah penat dah berubat”. Aku senyum jer la. Pas solat magrib, kami pon gerak la 2 kete pi umah HK. Oleh sebab ngam2 sampai area HK tu dh masuk Isyak, kami pon benti la sat solat Isyak kat masjid ctu.



Pas Isyak, gerak pi umah HK. Sampai2, tgk takde org. Lega la dlm hati. Hehehe. Nampak HK terjenguk2 kat tingkap ngan anak die yg kecik tu. Comel bdk ni. Nak cubit je rase. Manusia jer leh dekat ngan budak ni. Jin tak brani nak dekat ekekkeke. So segerombolan manusia pon naik la umah HK. Sampai2, trus amek tempat masing2. Tgk HK rilek jer dok kat kerusi keramat die tu, xde bayang nk ngubat pon. Aku pun rilek la jgk. Masing2 borak2. Boleh pulak jejak kasih. Sekampung rupenye sdare aku tu ngan HK. Ntah cemane, tetibe wife HK tanye sepupu aku yg ppuan ni sakit ape? Dh memang penyakit sepupu ppuan aku tu takleh ditanye. Bile ditanye je, mule la mengeletar tangan pastu jatuhkan badan.



HK bile dah nampak gitu jer, mintak aku ulur tangan aku. So aku pun ulur la, tak sempat betulkan duduk. Jeng jeng….Dh selamat kene rasuk. Tak tau pulak ape bangsa yg merasuk aku ni, x ingat. Bile dah dirasuk tu, aku boleh pulak nyorok blkg badan mak aku. “Takut…takut…” kate aku. Pastu HK tanye, ape ade dalam bdn sepupu aku ni. Aku yg tgh nyorok2 blkg badan, kuar bijik mata celah2 tu ckp “Eeee azazilll…banyakk…takutt…”.



Pastu HK pon stat la mengezassttt.. aku pon ckp “Haa tu tu dah nak mampus. Haa dah mampus pun. Padan muke ko!” Baru la aku berani kuar dr blkg badan mak aku. Pastu HK tanye “Apesal ko takut sangat ngan azazil?” Aku pun jawab “Azazil besarr…mengerutuu..kan die ketua jin. Mesti la semua jin takut ngan die. Padan muke die dah mampus. Tadi dalam kete die buli aku. Die ketuk pale aku” kate aku ngan nada sedih. Kate HK “Padan muke ko. Sape soh ko tak melawan?” aku pun jawab “Gile ko. Takut aku ngan azazil” Tak pasti ade berapa azazil, tp banyak la. Dan sumenye HK dah zasstt. Aku pun cakap kat maklong aku “Die ni kene sihir. Dari kecik lagi. Orang yg buat tu name Mu…Mu… Mu***. Die selang 4 rumah dari rumah kau kan?! Kenape die dendam sgt dgn kau ni?!” maklong aku terdiam. Kate die, cite dah lame.



HK suruh pulak tgk nenek sedare aku. Boleh pulak aku taknak pandang, pastu lari pi kat blkg mak aku “Eeee taknak lah takut..takut…Ade azazil..eee banyaknye. Taknak lah tgk die”. Yang nenek sedare aku ni cam nyanyuk2 sket, bising gak mulut die bile tgk org dok kate die itu ini. Tetibe aku menjerit “Pocong..pocong..” Memang. Keadaan sepupu aku mase tu terhangguk2 cam antu pocong. Banyak gile pocong. Dah zassttt, datang lg. pastu aku marah2 kat mak long aku “Tu la kau. Salah bawak tempat berubat! Yang kau pegi tu bukannye pandai. Kau dapat lada hitam kan? Kau buang!!!” Maklong aku pon jawab yg die tak gune pon lada hitam tu.HK mtk tlg tgkkan jin pada badan maklong n paklong aku. Ade la sikit, xbanyak n dh slamat kene zasstt. Paklong aku yg dulunye sakit lutut (sbb ade jin duduk ctu) sekarang dh tak sakit lg. Pastu jin tu ketawa ngekek2… die kate “Tengari tadi die nampak Pontianak kat pejabat die. Sebab tu la budak ni lari balik umah, semayang kat umah!”. Memang betul. Tengari tu ade kelibat yg ganggu aku mase aku tgh sorg2 dlm opis. Pastu keadaan pon reda,jin aku pun dh slamat kene fire n sepupu aku pun normal balik. “Aku tengah tunggu pembunuh2 hantu ni datang. Tak sampai2 pulak” kate HK. Ooo patutla mase sampai tu HK rilek jer. Tgh tggu geng rupenye. Tp sbb azazil dh mengganas, kene la HK mengezasstt dulu.


Tgh syok2 borak, geng2 pembunuh hantu 3 orang pon sampai. “Eh ape daa lambat sangat ni. Dh banyak dah aku bunuh” kate HK ngan eksennyer ekekekke. Pas dah duduk2 kejap, sepupu aku wat hal lg. Terhangguk2, mengeletar, tergolek. Ape lagi, HK pon mtk tangan aku. Dh stat la keje part time aku menolong hantukiller sume utk tgk menatang ape yg datang. “Oi..oi…” kate aku kat sepupu aku. Mase ni sepupu aku tu tgh dirasuk pocong. Sepupu aku angguk2 pale die mcm mengiyakan panggilan aku. Aku pi kat die, pastu aku tepuk2, cuit2, usik2. “Oi pocong. Cube kau bangun, pastu lompat”. Tak semena2 sepupu aku bangun, wat gaya2 nak lompat tp tak terlompat. Almaklumla badan semangat. Aku gelak ngekek2 mase tu. “Eee aku suke! Selama ni azazil buli aku. Ni aku nak buli diorang ni pulak”. Kate aku. 4 Hantukiller amek tempat, mcm 4 penjuru gitu la. Tgh dorg sibuk zasstt mengezasstt, aku boleh gelak2. “Hei yang tu tak kene la petir die”. Kebetulan mase tu mak aku dok dkt2 ctu, aku halau mak aku “Hei makcik. Kau duduk kat kerusi sebelah la. Kau ni sibuk jer dorang nk wat keje la. Nanti kang api tu kene kau baru tau. Aku yang duduk tepi2 ni pun kene tempias tau!” Sume HK yg ade pon wat zasstt beramai2. Mengeletar2 badan sepupu aku mase tu. Kire mase tu, aku tlg tgkkan ape yg merasuk jin aku ni.



Tibe2……… “Hihihihihihihihihihihihi…eee ape la dewa ni. Perut boncet…perut boncet pusat terkeluar. Hihihihihihihihihi” aku gelak ngekek2. Tu pun abis kene zasssttt sume. Dh berpeluh2 mengerjakan sepupu aku, tibe pulak mase utk nenek sedare aku. Bile aku scan2, ternyata nenek ni ade azazil, mcm2 saka dan hantu serta susuk di kakinye. Susuk dh abes dikeluarkan… azazil pon abis juge.. yang tinggal saka dan hantu. Tapi oleh sebab nenek ni tak reda dirinye diubat, HK pon xleh wat ape dah. Sekadar wat yang termampu aje. Pastu jin dlm badan aku pun dizassttnye juge.



HK pinjam lg tangan. Kali ni langsuir kacuk pocong merasuk. Die kate dpt rase ade org nak dtg. Dan org tu adelah mad (boleh refer pd citer aku sblm ni). Bile terdengar je nama mad disebut, sepupu aku menjerit “Hahhh!! Mad nak datang??!!!!” Trus jadik balik semule. Ape lagi, sesi zasstt mengezasstt… yg si HK ni lak punye dengki, die pi potong kuku panjang org tu. Meraung2 la org tu meratap kepotongan kukunye yg panjang…Tetibe aku bertukar karakter. Kali ni tak ingt jin ape. jin aku pon kene zasstt (langsuir + pocong yg tertunggu2 kedatangan mad belum dizasstt sbb die dh lari dulu). Sepupu aku yg keletihan pon mintak tumpang baring dlm bilik HK. Mase tu mmg suasana aman damai. Tak lame pastu mad, kak haidi n husband pon sampai.



Bile dorg dh smpi, HK pon pggil. Nak pinjam tgn lagi katenye …Langsuir kacuk pocong “Mad….dh lame aku tunggu kau mad……..” kate aku. HK kate “Ha mad ni aku kasik khas utk kau bunuh. Dari tadi dok tggu kau”. Tetibe aku bergerak terbongkok2, pi jenguk kat bilik yg sepupu aku baring tu. “Pocong datang lagi……………..” kate aku. Tetibe sepupu aku yg tgh baring ni trus bangun, berlari dan melompat2 kat hall yg dikelilingi org rmai tu. Ape lagi, 4 HK la zassttt. Aku bagi instruction, bile mane ade serangan nk dtg, dr mane dtg etc. “Eh ni jenis ape pulak ni?” Kate HK. “Campur2 la.. kepala anjing, kaki lembu” Kate aku, merujuk pade dewa yg merasuk sepupu aku. Mase tu aku dok betul2 dpn kak haidi, tp kak haidi tak mau pun pandang aku. Mcm larikan pandangannye. Aku pun tanye akak tu “Kau nampak aku eh?” kak haidi pon kate iye. Siap HK tanye “Kau ni jenis ape aaa?” Aku pun ckp “Aku langsuir kacuk pocong. Kau nampak ni kaki aku…… (mase tu tgh tgk kak haidi). Susah la nak terbang, kaki berbungkus. Heeeee ni sume bapak aku la ni salah” kate aku lagi. Tak lame pastu, sepupu aku dirasuk pulak dengan dewa api, pastu dewa angin. Mase ni aku tgk jer dorg sume wat keje. Tekun nampaknye. HK no 2 tu ckp “Dah la kau mati la”. Aku cepat2 bantah. “Nanti laa.. aku nak tolong budak ni dulu. Mane la tau aku mati dalam iman ke…”



Aku pandang je dewa angin tu. Pastu HK wat ape tah, pastu die tanye “Kau tgk ni ape aku nk wat” pastu aku gelak mengekek2, mcm geli hati sangat. Siap tekup2 muke kat lantai, pastu bile tgk muke sepupu aku tu, sambung gelak balik. “Ape kau nampak?” tanye HK. Aku jawab “Kau ni tak baik la conteng muke die. Hihihihihihih. Tapi kelakar la. Tadi muke ganas, sekarang muke kelakar. Hihihihihihi”. Dh setel sume HK menangkis serangan bertubi2 ke sepupu aku tu, keadaan pun jadik reda sket. HK pon panggil mad.. “Mad nah ni aku tinggalkan utk kau ni. Dari tadi dok sebut name kau. Kau la yang bunuh”. Mad pon pegi ke arah aku, dok blkg aku. Terus aku lari pi kat tv, menyorok kat ctu. Ape lagi, mad datang trus kasik sembelih la. Pastu mad tepuk2 utk sedarkan aku, maknanye sudah abis la jin yg tersebut tu.



Pastu aku pon disuruh dok kat tgh2, dikeliling 4 HK… mase tu la dorg wat acara zasstt mengezassstt.. mengeletar2 badan aku mase tu.. Berpeluh2 ketiak ni. Tgh2 mcm tu, tetibe kak haidi kene serang. Mase tu HK mtk tangan. Aku ulur, trus dirasuk. Jadik ape aku tak ingt. HK soh tgk sape yg serang, ape bende yg menyerang, kat rumahnyer ade ape. Dan aku bgtau la sume2 skali. Mcm2 yg dorg bualkan dan tanye sebelum jin aku mati. Yg HK no 2 tu kene komplen janggutnye “eee mcm janggut jin jek…” pastu dorg tanye, jin ade kapal terbang tak? Nak tau ape jawapan jin? “Dah tentu ktorang pi memane terbang je. Ape gune pkai kapal terbang. Jimat sikit tak payah bayar tambang” Dh abes menabur bakti dan berbual2, jin aku pon mati kene zasstt. Takde ampun punye. Tu la sape soh kacau manusia?



Dah pukul 12.30 tgh mlm. Mase tu tinggal sikit jer jin dlm badan aku. HK pinjam tangan, jin ifrit yg merasuk. Ni ifrit kafir. HK tanye “ni dah last2 ni, kau taknak ke jadik islam?” geleng pale. “Betul kau taknak masuk islam? Aku bagi peluang ni” diam… lame… “Kalau kau nak masuk islam, kau pegi la Mekah. Jumpe Nabi Muhammad” Tibe2….. “Allahummasolliala sayyidina Muhammad.. waala ali sayyidina Muhammad”. Diam… lame… “Asyhadu alla ilahaillallah. Waasyhadu anna muhammadarrasulullah”. “Aku dah islam”. Kate HK “Bagus la. Kau jumpe Nabi Muhammad kat mekah? Nabi yang islamkan kau?” Aku mengangguk. Aku ckp lagi “Dah la aku nak keluar la. Nak beribadat kat mekah”. HK pon angguk pale “Kau tolong la aku nak keluar ni”. “Yelah yelah aku tlg la ni. Kau janji ngan aku, jangan kacau2 lagi manusia!” “Yelah aku janji. Aku nak keluar ni”. Badan aku pon bergegar2, seakan2 ade benda nk keluar dr tubuh. Selamatla jin tu dr dibunuh.


Begitu juga jin ifrit yg kedua, pon masuk islam juge dan dilepaskan dr hukuman bunuh. Tibe jin ifrit yg ketiga…………. “Hihihihi…” Tersipu2 malu. “Mad……….. hihihihhi” Sambil tutup2 muka. “Dah kenape pulak ni. Jantan ke betina?” Tanye HK yg lain. “Betinaaaa” jawab HK. La… jin ifrit ni suke kat mad. Sikit2 panggil mad, pastu tersipu2 malu. Tapi tak boleh nak dekat ngan mad. “Panasss” katenye bile dekat. Tu yg dok jejauh je dr mad, tp terpanggil2 mad. Kak haidi dah bantai gelak2 dah. “Yang mad tu boleh panggil die ustaz mad. Cahaya die lain dr yg ade kat sini. Ustaz mad…………………..”.



“Kau masuk islam laaa” kate HK, ifrit no. 4: “Taknak lah. Masuk islam susah. Nak kene tutup2. Malas aku” Oleh sbb degil, jin tu pon slmat la kene bunuh. Pastu serah tgn lagi, bergetar lg. kene rasuk dgn jin ifrit kafir lg. “Eeee takutnye!” kate aku. “Kenape? Kau dh takut tinggal sorg2 kan? Sume kawan2 dah mati kan?” Diam……….. “Kau ketua?” tanye HK. “Iye aku ketua. Umur aku dah 7300 tahun. Nampak ni tanduk aku?” kate aku sambil menggayakan tanduk besar dan melengkung atas kepala. Kali ni, agak lame la sesi berbual2. Mcm2 yg dibualkan. Pasal dajjal, yakjuj makjuj, segitiga Bermuda, iskandar zulkarnain, Alexander the great dan freemason. Freemason tu adelah dr dajjal dan amat berbahaya. Ia bukan kristian, bkn buddha dan bkn hindu. HK tanye “Lubang yg dikorek dajjal tu dah sebesar mane?” Lalu aku pon wat gaya jari telunjuk melengkung kene pd ujung ibu jari. Org2 yg ade kat ctu pon tny, Dajjal rupe cemane, yakjuj makjuj rupe cemane. Aku pon jawab, Dajjal berkaki dua.. bkn manusia, bkn jin, bkn binatang. Die ade kelompok die sndiri. Dulu iskandar zulkarnain yg berperang dgn dajjal ni dan dikurung di gunung ape tah aku tak ingt. Dan katenye, alexander tu BUKAN iskandar zulkarnain krn alexander adelah kafir. Dan yakjuj makjuj ni adelah binatang. Aku pon bercerita la pasal kehidupan zaman Nabi Sulaiman dulu. Ketampanan Nabi Yusuff. Tapi Nabi Muhammad tak pnah jumpe. “Aku kat Parsi mase tu. Jadi tak sempat berjumpa dgn Nabi Muhammad” jawab aku. Tp sepanjang aku kene rasuk ngan ifrit yg ni, rase badan ni lemah sgt. Mcm gaya badan org tua gitu. Tak bersemangat. Nak jerkah HK no. 4 yg mtk ramalan mase dpn pon dh tak berdaya dh. Gasak duduk, pastu kalau dh penat, baring. Pastu duduk balik.



Dh lame berbual2, slamat la jin tu kene zasstt. HK mtk tangan lagi. “Nak tgk ade lg ke tak. Jin ni suke menipu. Jangan pecaye sgt. Rupenye ade lg… tp sekadar hantu2 dan dewa2 aje. Yg ni HK mtk kwn2 die yg tlg zasstt. HK juz bg direction jer “Dah mati dh..xyah zasstt lg” Kekadang aku yg ckp “Ok dah” Sbb aku mmg terase bile bende tu dh mati.



Alhamdulillah, dh clear dh sume.. Selama 3x dok berulang, akhirnye abis dah. Tp kene la wat ape yg HK pesankan. Rawatan aritu amek mase 5 jam. Dari pukul 9mlm smpi 2pagi.



ULASAN:

‘Saudara @ sepupu’ si juliet yg dirawat tu sebenarnya disihir oleh jirannya sejak beliau kecil lagi, dah lebih 20 tahun menderita “sawan babi”, dan merata berubat tapi tak mampu di’clear’kan oleh perawat kerana sebab utamanya jin yg digunakan dalam sihir tersebut ialah dari jenis AZAZIL-banyak, berpuluh puloh ekor, biasanya jin jenis ini memang tak mampu dihadapi oleh ramai perawat terutama yg hanya menggunakan ‘ruqyah’ sahaja.... kekuatan azazil ini berlipat kali ganda berbanding iblis, sedangkan iblis itu pun kekuatannya dibandingkan ifrit berkali ganda...... inikan pula bomoh yg hanya guna dampingan dari jenis dewa atau hantu dan jin islam, tentulah tak digeruni langsung oleh azazil tersebut.

Sumber:

http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=528369&extra=page%3D1&page=15

KG MELAYU SHELLOUT