PENGALAMAN MERAWAT DITANAH SUCI
Kisah ni saja aku tulis untuk kenang kenangan...., tapi jangan panggil aku pak hj pulak lepas ni, tak brutal gitue hehe
Musim haji tahun 2005/2006, tahun 2006 ni ada 2 kali haji, masa aku menjalani wukuf di Arafah pada awal januari 2006, dan ada yg wukuf pada disember 2006. Masa aku pergi tu Ada kejadian rempuhan ketika pergi dan balik melontar jamrah, bukan diterowong tapi disimpang 3 berhampiran jamrah, lebih 300 orang mati ketika itu, tapi aku di kem Msia ni selamat sebab ikut jadual pergi melontar bukan masa kemuncak, belah malam...
Selain kejadian rempuhan tersebut, ada juga tragedi dimana bangunan hotel buruk runtuh tiba tiba berhampiran masjidilharam... macam macam dugaan lah tapi semua tu angkara kesilapan manusia....
Aku pergi bersama seorang rakan karib, anak isteri tak ikut sebab nak jadi bujang, hehe .. tak lah, anak kecik lagi, lagipun wife lum bersedia, muda lagi katanya hehe, rakanku tu pun sama macam aku..hehe.... ada la peluang nak melaram di sana oppss...
Ok, memulakan cerita, ketika berada dilapangan terbang senai, aku lihat seorang jiran berhampiran rumahku yg aku memang kenali tapi tak rapat (dah hj dan ni kali kedua hjnya) kelihatannya mengalami kesakitan, terutama ketika berjalan, lantas aku bertanya, kenapa ji? Dia pun selak seluarnya dan menunjukkan kakinya yg bengkak merah menyala.... katanya denah, dah beberapa hari sakit.... ohhh kataku so aku biarkan saja, ialah nak berlepas terus ke Madinah kejap lagi..
Sampainya dimadinah, aku ditempatkan disebuah hotel 5 orang sebilik, aku biasalah dengan rakanku tu, disertai 3 orang yg lain, kami berdua ni kira muda remaja la diantara pak pak hj yg ramai ramai tu... hehe perasan... ok, aku sampai pagi jumaat, so dapatlah berjumaat di Mesjid Nabawi.
Hampir 10 hari di Madinah, kerjanya manjang dok mesjid, dah macam wali wali je... kawasan Raudah tu manjang aku book je, tak kasi peluang jemaah lain nak masuk, pentingkan diri sendiri la tu... tak la... kalau ada peluang je aku masuk.. Di ruang tu dan diseluruh ruang dalam mesjid tu sama je, kalau kita ikhlas berdoa atau beribadah, sama je Allah dengar..atau kabulkan
Masa masa lain aku manjang lepak kat bilik, ialah aku ni bukan suka no meronda ronda dan shoping shoping, ialah kalau ronda pun bukan nak beli apa kan kan, makan pun dah tersedia, pakaian pun pakai jubah je... alahmak kalaula aku kat Mesia ni manjang pakai jubah, alamat semua orang panggei aku ustaz la hehe, nasib baik di sana tu kalau tak pakai jubah tu jadi pelik, tu yg aku manjang pakai jubah je tu, ikut sunnah la kata... eh ye ke nabi dulu pakai jubah macam tu? Entah nabi pun aku tak pernah jumpa!hehe
Memandangkan aku ni suka lepak je dibilik bersama rakan yg bujang tu, member sebilik yg lain tu datang bersama isteri memasing, tu yg asik dating je mereka hehe... ok bermulalah episod rawatan pulak... bermula dengan isteri rakan sebilik aku, bukan aku yg offer, tapi dia dah manjang cerita masaalah sakit isterinya, apa lagi rakan ku tu pun beritaulah yg aku ni leh merawat, so kene la rawat pasal dia minta... so dia bawa isterinya kebilik kami, dan aku rawat la dengan cara aku... tak de sentuh sentuh tau! Aku kata ah ni saka saka je, so aku minta izin zasst je yg ada dalam tubuhnya dan minta alamat di Johor untuk aku zasst dari sana... dan selepas itu isterinya tu terus lega dan tak mengadu sakit lagi...
Tau lah bila dah sembuh tu, dia pun cerita kat teman sebiliknya yg juga suaminya pula teman sebilik aku, dah suaminya minta aku tolong cuba selesaikan permasaalahan isterinya, sakit mata yg dah lama, keluar nanah dan darah dalam mata, dah banyak berobat tak settle jugak, banyak dah keluar duit dan bila jumpa doktor pakar, doktor pakar nak buat pembedahan selepas beliau balik hj nanti, kosnya boleh tahan tinggi, ialah pakar la kata.... aku tanyalah agaknya berapa kos tu, dia kata paling kurang 5k, tu paling kurang tak termasuk luarjangka... dan kawan aku berseloroh, tak pe, kalau tom leh pulihkan, hj bayarlah kos tu pada tom ni.. hehe berseloroh.. tapi pak hj tu selambe je tak kata apa pun... alah bukan aku nak pun!
So dibawa isterinya jumpa aku dibilik la, tapi kes sebegini kalau tak sentuh macamana? Ye tak, kawasan bawah mata tu bengkak, urat matanya tu macam dah tak betul, tu yg manjang ada nanah dan darah tu.. aku minta izin la untuk urut sinus dan pipi isterinya tu, dia izinkan la, kalau tak izinkan, lagi bagus hehe, tak payah dirawat! Ok aku urut matanya tu sambil sembur sembur konon konon hehe, aku minta alamat rumah dan tempat dia berniaga di kastam jb, dia ni pegawai kastam... aku zasst je dari jauh... dan lepas tu si isteri tu terus sembuh, tak de lagi bengkak mata dan darah nanah lagi sampailah kami pulang ketanah air... dan si suami ni kalau aku rawat pesakit lain lepas tu dia siap boleh cakap, kalau tom yg ubat, gerenti sembuh, power tu tangan dia! Aku terus nafikan.... aku hanya minta Allah tolong aku sembuhkan pesakit, tu aje..
Di Madinah tu, aku jarang jumpa pak Hj yg sakit kakinya (jiran aku di Johor Jaya tu) bila terjumpa aku tanya je lama tak nampak? Dia kata tak boleh jalan, sakit sangat kaki tu bila berjalan... aku offer suruh datang bilik aku (sebenarnya walau kami berjiran dia tak tau aku ni leh ngubat) hehe sebab aku mengubat sorok sorok, takut tak terlayan! Tapi pak hj tu tak juga naik bilik aku, tak caya la tu hehe sampailah kami berangkat keMekah, sakit kakinya tu tak juga berkurang... merah membengkak, dahlah badannya gemuk, kaki sakit pulak tu! Hotel tu jauh pulak dengan mesjid, ialah ikut muasasah(maususah) la kata..hehe
Ketika di Mekah, hotel tempat aku menginap punya la jauh dari mesjidilharam, buruk pulak tu, lif dah la kecik, tapi manjang rosak, siap kalau naik tu bergegar macam nak terjatuh... aku yg brutal ni pun kekadang kecut perut! Tapi nak buat camne, bilik aku tingkat 8 tu, kekadang kene naik tangga sebab nak tunggu tu lama sangat kalau serentak ramai ramai nak naik bilik... fuhhh nasib baik masa tu aku muda lagi hehe bujang pulak tu(bujang sementara)..
Lebih kurang hari ke tiga di Mekah tu baru aku terserempak dgn pak hj jiran aku tu, aku pelawa lagi datang la ke bilik, so malam tu lepas solat isyak dimesjid, pak hj tu datang bilik aku untuk aku ubati la konon konon... bila aku sentuh je tubuhnya, terasa berkaren, eh aku cakap, banyak jinnya ni pak hj! Pak hj tu memang kaki bual, tak putus bualnya, dia pun cakap ko buat je la apa yg patut... aku cakap bunuh je ye jin jinnya, dia kata bunuh la... aku pun zasst lalu aku urut kaki dan tubuhnya.... lepas siap tu dia nak bagi duit, ek eleh aku ikhlas la.. aku tak nak... dan esoknya dia jalan punya la laju, siap isterinya ngadu kat aku, kaki hj tu dah baik, kita pulak manjang ditinggalnya! Hehe.. lepas tu sapa sapa yg agak tak sihat, pak hj tu terus suruh mereka naik bilik aku... dah macam doktor pulak aku hehe.. yg ada tu demam pun rujuk kat aku... manja betul le depa depa tu...
Selama tinggal di Mekah tu, teman sebilik aku dah berubah, aku biasa la dengan teman rapat tu, yg lain tu kira veteran la juga...hampir 60 atau lebih gitue.. salah sorangnya Pak Imam besar ditempat asalnya, banyak ilmunya termasuk ilmu ilmu tasauf, usul dan makrifat... sebab semasa dia berbual dengan roomate yg veteran juga kekadang berkisar kepada ilmu ilmu tersebut.. kekadang aku menyampuk juga.. ialah dah teman sebilik la kata.. tapi nampak sangat dia perlekehkan aku.. hehe aku ni muda lagi, banyak tak tau apa apa.... bual pasal bab makrifat ni dia anggap aku ni tak reti apa apa la.. no hal hehe.. tapi pak imam ni sebenarnya ada tekanan darah tinggi, itu masaalahnya..
Satu hari tu, lagi beberapa hari nak gi wukuf, pak imam tu gi cek doktor, tapi didapati tekanan darahnya amat tinggi dan amat merbahaya.... aku offer la nak tolong, tapi dia buat bodo.. ialah nak buat camne, aku Cuma nak bantu.. tu je. Lagi 2 hari nak gi Arafah untuk wukuf tekanan darahnya amat tinggi, doktor kata amat bahaya, dan doktor pesan, kalau tekanan tu masih tinggi juga, doktor tak benarkan gi Arafah tu bersama jemaah lainnya.. Dah tension pak imam tu, so lepas asar tu aku offer lagi, sini imam, biar saya usahakan, akhirnya dia setuju untuk aku picit, so biasanya kalau untuk rendahkan tekanan darah ni aku kene urut tubuhnya, biasanya guna losyen je...
Ketika mula nak urut tu, aku nak pegang je tubuhnya dah terasa ada sesuatu... aku cakap ji, banyak hantunya kat badan hj ni! Terkejut dia tak percaya, imam la katakan hehe... aku cakap tak pe lah kalau hj tak caya, tapi saya akan habiskan juga.. aku pun zasst dan urut terutama bahagian tengkuknya... aku minta alamat kg nya dan zasst dari jauh... banyaknye jin dampingan! Ah pedulilah, org brutal macam aku ni mana kira, asal jin dampingan tak kira islam ke tak islam, aku henjut habis... tak lama lepas tu aku ke mesjid maghrib dan isyak...
Malamnya kami semua tertunggu tunggu pak imam ni, kenapa lambat... dah malam baru sampai dengan muka cerianya sambil ketawa ketawa... dia cakap aku baru balik dari jumpa doktor ni.. nak tau apa cerita? Tanyanya... kamipun anggukkan kepala...
Tekanan darah aku normal!!!! Doktor tu pelik macamana boleh turun mendadak macam tu, dia tanya makan ubat apa, pak imam tu kata saya makan ubat yg doktor bagi tu la (walaupun ubat tu dah berminggu dimakannya) hehe tak nak pula dia cakap yg dia aku urut! Hehe.. lepas tu confirm leh bersama jemaah lain wukuf di Arafah...
Semasa wukuf, seterusnya bermalam di musdalifah kemudian berada di Mina untuk melontar jamrah, tak de kes kes rawatan berat, simpoi simpoi tu banyakla, mintak urut la mintak zasst la dll... Cuma ada satu kes tu ketika di Musdalifah, ketika menunggu bas untuk ke Mina, ada satu kes sorang pak hj yg agak dah sangat berumur sesak nafas, sedangkan aku ni voluntier untuk tunggu bas terakhir, jadi aku dok jauh dari tempat menunggu tu... tu la tiba tiba aku terdengar suara pak imam teman sebilik aku tu jerit dari jauh, tom tom tom tolong kedepan, ada orang sakit!! Berulang kali...lantang benor suara pak imam tu, imam la kata! lalu aku kene la berhimpit kedepan dan orang ramai beri laluan kerana disuruh oleh pak imam tu.. aku jumpa pakcik tu, aku minta orang disekelilingnya beri laluan dan aku bawa dia berhampiran bas dikawasan lapang, aku urut sikit dadanya kerana darah tak lancar sebab suhu amat sejuk ketika itu, hembus sikit sikit hingga dia beransur pulih dan boleh bernafas normal... dah lega tu aku bergerak kembali kebelakang tapi ditegur orang ramai, tak pe tom ko kat situ je, tak yah keluar balik... aku kata tak pe, beg aku pun jauh kat belakang, dia orang sanggup nak tolong ambilkan pun aku kata tak payah la tak pe... orag muda la kata hehe mengalah..
Banyak banyak rukun haji ni, bermalam di Musdalifah ni la yg aku rasa agak payah, ialah dengan keadaan dengan pakaian ikhram yg banyak pantang larang tu, keadaan disitu pula berhabuk dan debu lepas tu anginnya cukup sejuk, sangat sejuk bagi aku! Tapi terpaksa demi menjalankan perintah agama tu... mengigil gigil aku! Tau aje la kan, dah subuh aku masih disitu dan dapat solat subuh disitu je. Bersejuk sepanjang malam dengan pakaian ikhram je, siksa beb!
Aku pergi kan tak bawa bini, so biasalah senang sikit nak bergerak, tu yg aku kene jadi sukarelawan untuk jaga jemaah ketika perjalanan melontar ketiga tiga jamrah tu.. pun banyak juga pengalaman, ialah yg ikut muasasah kan banyak yg dah agak lanjut umur, jauh pulak jarak perjalanan kene tempuh.. biasala kan... Semasa di Mina ni pun ada kes juga dimana tandas terjerumus kebawah dan ada yg meninggal, tapi bukan di kem kami lah...
Ok, siap kerja melontar, kami pun ke mekah semula untuk menyiap kerja hj seperti tawaf wajib, saie dan bercukur... tapi aku saja melambatkan masanya sebab banyak lagi masa kerana penerbangan aku tak terlalu awal, tapi awal juga la... malas nak bersesak sesak!
Siap semua rukun dan wajib haji tu, aku bersiap pula untuk pulang, biasala cari juga buah tangan, tapi biasalah di sana mana ada buah tangan yg betul betul dari tanah arab, harap kurma aje la, yg lain tu made in indon, pakistan dan yg paling banyak made in china... beli juga la sikit sikit untuk cenderahati...
Ketika pulang, kene transit di Jeddah, kene bermalam di jeddah tu... dan pada petang tu ketika lepak lepak diberanda bilik(dorm) beramai ramai sambil sembang sembang... seorang makcik lalu sambil menolak suaminya yg duduk diatas kerusi roda untuk ke tandas, kami semua terpegun sebab rupa pakcik tersebut amat teruk melelas hampir seluruh muka dan kepalanya! Merah kuning seperti darah dan nanah! Kami pun bertanya apa yg terjadi pada makcik itu.
Makcik tu bercerita, sakit tu bermula di Musdalifah, iaitu padang tandus yg amat sejuk tu, mulanya Cuma gatal sikit dikepala, lantas digarunya... dalam masa yg singkat gatal tu bertukar jadi kudis/kayap ular, so dia ditahan di wad hospital Mekkah selama 4 hari (maksudnya dia hanya berada di mina sekejap) tapi doktor tak tau nak rawat macamana... doktor dihospital tersebut tak pernah jumpa kes kayap ular yg amat cepat merebaknya tu... ialah masa aku tengok tu seluruh muka belah kiri dah habis bernais dengan darah/nanah sampai dalam dalam telinga dan mulut sampai bawah dagu dan sebelah kanan pun dah nak jejak kebawah, dan dalam hidung pun dah dijangkiti juga! Mengerikan beb! Gua yg brutal ni pun ngeri! Kira tak brutal sangat lagi la yek! Hehe..
Biasa la, pak pak hj tu terus tunjuk aku! Ni ha dia boleh ubat! Makcik tu tanya, ye ke, aku kata inshaAllah! So aku suruh dia terus kebilik air tapi aku minta dia singgah ketika nak pulang kebiliknya yg kene lalu depan bilik aku dulu... tapi aku pesan jangan sekali kenakan air pada bahagian yg sakit, tak payah ambil wudu’, boleh tayamum je kalau nak sembahyang!
Setelah siap, makcik tu singgah, lalu aku zasstkan apa yg patut lalu aku sapu sikit cream gatal yg kebetulan memang aku bawa.. aku sendiri yg sapu diseluruh kawasan yg bernais tu, makcik tu kelihatan amat sedih kerana semasa diospital tu, semua doktor dan jururawat pun tak berani nak sentuh dan rawat sakit tu, ni aku pula yg brutal memandai mandai ngalahkan doktor! Lepas tu makcik tu minta aku doakan air, aku pun buat la lebih kurang......
Malam tu aku sibuk menguruskan menimbang beg beg bagasi, untuk semua jemaah la! Aku kan tak tau malu hehe... abis kalau aku tak buat, sapa nak buat, harapkan petugas tu, waduh payah! Slow sangat, bila nak siap... agak lewat baru siap, berpeluh peluh juga la aku...
Sampai dibilik, rakan sebilik terus kata, tom, makcik tadi nak jumpa ko, jumpa? So aku pun pergi kekatil pakcik tu, so makcik tu kelihatan amat gembira! Sambil menghulurkan wang kerana aku dah bantu suaminya... biasa la aku ikhlas membantu, tak mau aku! Dan makcik tu tunjuk kemuka suaminya, ye, 85% kulit yg bernais petang tadi dah tukar kaler coklat tua, dah kering! Alhamdulillah!!!! Tinggal sikit lagi, tu pun yg bhg dalam seperti dlm telinga, kelopak mata, dlm hidung dan mulut.... so aku tinggalkan dan pesan lagi jangan kenekan air...
Keesokannya kami pun menaiki pesawat untuk pulang... biasalah pesawat tu 2 tingkat dan besar... bila dah agak lama tu aku dah boring duduk, so aku jalan jalan meronda didalam pesawat sambil berborak dengan kekawan satu demi satu... sehinggalah aku jumpa semula pakcik yg kena kayap ular tu.. yes. Dah 100% kering dan berkopeng tebal tanda dah hampir sembuh! Alhamdulillah syukur... aku pun tak sangka boleh membantunya! Dia peluk aku sambil mengucapkan ribuan terima kasih.... so aku ronda lagi sampailah ketempat duduk aku semula... dan selamat sampai ke lapangan terbang senai...
Berita terkini yg aku dengar, Pak imam tu dah arwah, lum lama, ialah usianya pun dah lebih 70 ketika tu... teman teman hj lain aku putus hubungan, kecuali teman rapat ku itu yg kesana kemari tolong aku merawat pesakit kalau aku call! Dia tu leh merawat juga, tapi malas dan tak yakin! hehe