Isnin, 29 Ogos 2016

IBLIS.......... SATU KAH???

Iblis berkata: "Berilah tempoh kepadaku hingga hari mereka dibangkitkan (hari Kiamat)".Al A'raf 14

Iblis berkata: "Berilah tempoh kepadaku hingga hari mereka dibangkitkan (hari Kiamat)".As Syu'ara 95

Setelah diketahui demikian maka tidaklah patut disamakan Allah Tuhan yang berkuasa mengawas tiap-tiap diri dan mengetahui akan apa yang telah diusahakan oleh diri-diri itu, (dengan makhluk yang tidak bersifat demikian). Dalam pada itu, mereka yang kafir telah menjadikan beberapa makhluk sebagai sekutu bagi Allah. Katakanlah (wahai Muhammad): Namakanlah kamu akan mereka (yang kamu sembah itu). Atau adakah kamu hendak memberi tahu kepada Allah akan apa yang tidak diketahuiNya di bumi? Atau adakah kamu menamakannya dengan kata-kata yang lahir (sedang pada hakikatnya tidak demikian)? Bahkan sebenarnya telah diperhiaskan oleh Iblis bagi orang-orang yang kafir itu akan kekufuran dan tipu daya mereka (terhadap Islam) dan mereka pula disekat oleh hawa nafsu mereka daripada menurut jalan yang benar dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan oleh Allah (dengan pilihannya yang salah) maka tidak ada sesiapapun yang dapat memberi hidayat petunjuk kepadanya.Ar Raad 33

Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam; lalu mereka sujud melainkan iblis; dia adalah dari golongan jin, lalu dia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. Oleh itu, patutkah kamu hendak menjadikan iblis dan keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripadaku? Sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. Amatlah buruknya bagi orang-orang yang zalim: Pengganti yang mereka pilih itu.Al Kahf 50


Daripada ayat ayat di atas menunjukkan iblis memohon tangguh, berapa iblis yg mohon tangguh??? jawabnya tentulah seekor

siapa yg diberi tangguh??? tentunya yg minta tangguh iaitu yg seekor itu

Adakah dia ada keturunan???  tentulah ada... Al Kahf 50 tu dah beritau..... soalnya siapakah keturunan iblis????? jawabnya tentulah iblis juga.... sebab iblis tu satu golongan jin... al Kahf 50 dah beritau.... kerana apa jawabnya begitu???

Jawabnya ada dalam ayat Ar Raad 33 tu....Allah beritau tiap orang orang kafir dihiaskan oleh iblis akan kekufuran dan tipudaya mereka.... kenapa ramai??? kerana orang kafir tu pun ramai....iblis tentulah ramai untuk hiasi kekufuran kat tiap orang kafir tu. Kalau iblis seekor... tak lah Allah kata iblis dalam ayat tu....Allah akan sebut syaitan atau lainnya... tapi dlm kes ni Allah secara jelas kata iblis yg hiasi kekufuran kat  orang orang kafir tu, bukan jin jin dari golongan lain.



Bila aku kata aku biasa bunuh iblis... tentu ada yg tak percaya sebab jangkaan memasing bahara iblis tu seekor dan diberi tangguh pulak tu.....

Kalau iblis tu seekor... memang la aku x leh bunuh... sebab memang yg seekor tu aku pun tak boleh bunuh.....


Tapi iblis ada keturunan... keturunannya pon iblis juga sebab iblis tu nama satu golongan jin, bukan nama individu.... dan golongan jin ada banyak lagi...

ifrit tu pon satu golongan jin, bukan nama seekor jin. tapi ifrit ni tahap rendah la.... no hal punya nak bunuh dia.



KG MELAYU SHELLOUT