Jumaat, 25 Mac 2011

ROH NABI

DIDATANGI ROH NABI????????

Pada malam 18hb mac 2011, iaitu hari jumaat malam sabtu, dirumahku dihadiri 3 group yg ingin dirawat dengan macam macam masaalah mereka, masaalah jin le...

Group yg pertama hadir awal, akibat gangguan saka dan sedikit sihir, so kesnya agak mudah sebab yg sakit 2 lelaki dan tak le sampai meracau dsb, so Cuma bunuh jin dirumah mereka dan dirumah ibubapa dan mertua dari jarak jauh barulah hapuskan jin ditubuh, tak banyak sangat, tapi belasan ekor juga la dalam tubuh memasing.... ada yg menyebabkan rosaknya buah pinggang beliau.... biasalah kes sakit yg dah melibatkan sakit zahir ni, aku tak leh rawat, lagipun buah pinggangnya dah rosak teruk, dah kene dialisis beberapa tahun pun.... so aku bagi je amalan zikir yg boleh dilakukan sebagai memulihkan salah satu buah pinggangnya yg masih ada sikit harapan untuk pulih..... mudah mudahan dia mampu mengamalkan zikir tersebut hanya semata mata kerana Allah, bukan untuk pemulihan tu aje....

Group yg kedua juga dari batu pahat tapi disertai saudaranya di JB yg juga ingin dirawat.... Yg dari Batu Pahat, Masaalahnya saka, iaitu dah lebih 3 tahun berkahwin tapi lum dikurniakan zuriat, badan yg sentiasa sakit sakit, demam yg berpanjangan...Masaalah saudaranya yg dari JB tak de sangat, Cuma sakit badan dibahagian bahu yg dah lama tak hilang hilang walau dah banyak kali berubat merata tempat.....

Biasalah cara aku, zasst jin yg ada dirumah beliau, ibubapa, mertua dari jauh, barulah hapuskan semua jin jin yg ada ditubuh.... keduanya yg wanita terpaksa aku picit bahagian belakang badannya terutama bahagian tengkuk yg selalu dideritai kesakitan yg berpanjangan...meraung juga kesakitan, sebab aku picit agak kuat, ialah dah jadi sarang jin dan darahpun dah sumbat...kene alirkan le darah tu semula......

Semasa merawat group yg kedua, datang pula group yg ketiga, tapi yg nak dirawat yg anak dara, pompuan le, takkan anak dara lelaki pulak..hehe, sebelum group ni datang aku dah beritau pada kedua group tadi, kalau nak tengok kes rawatan yg agak berat, tunggulah, yg aku maksudkan ialah merawat minah ni le, hehe, tapi minah ni kenal pulak salah sorang dari group yg kedua tu.. setempat kerja, rupa rupanya minah ni yg rekemen suruh datang pada aku untuk merawat bininya...

Minah ni sebenarnya kes ulangan, ni kali kedua dia datang, sebelum ni pernah datang sekali, pun lebih 3 jam aku rawat, sebab terlalu banyak jin jin ditubuhnya, dari sihir tak sengaja(saka kawan kawan sekolahnya), jin dari perawat perawat sebelumnya, jin dari jiran jirannya, tapi yg paling banyak jin saka, macam macam jenis, hampir semua jenis dewa-dewa api(kelembai), dewa angin, dewa air dll, semua jenis hantu-(ponti, jembalang, polong, pocong, hanturaya, apa tu yg perut berjurai tu... alah... oh penanggal dll), jin jin ifrit, islam.....tapi tak le sampai jin dari jenis azazil, iblis.... kalau tu pun ada, yg lain ni tak berani, manjang kene buli... jumlahnya? Entah terlalu lalu banyak, ratus ribu kot, semuanya berhimpit dalam badan minah ni, lama dah, dari kecil lagi! Tapi tak disedari mereka semua sebab tak menyakitkan dan tak de apa apa petanda...

Tiba giliran minah ni aku rawat, semua tak balik lagi sebab nak tengok aksi, siap ada yg rakam lagi, tapi sikit la sebab terlalu lama, dan terlalu banyak aksi! Dia duduk disebelah aku yg berutal ni, aku biasa la just suruh dia letak tapak tangan tepi kerusi, aku kene kan jari aku atas tapak tangannya untuk renjatan/cas elektrik, tak sampai 3 saat, bergegar tangan dan tubuh minah tu, jadi harimau, mencakar cakar..entah apa lagi aku tak ingat tapi aku zasst mati tergolek, lepas tu minah tu bangun dan duduk sebelah aku lagi, aku sentuh je tangan dia terus menjerit,mengilai ngilai, aku pun jerit, hoi jangan jerit kuat sangat, nanti jiran aku kata apa pulak! So dia senyap la sikit hehe... dia terus bangun menuju kat emaknya, dan berkata kata... hoi makcik, kenapa ko bawa budak ni kerumah dia(ditunjuknya aku) dia tu pembunuh hantu, aku dah halang dia dari datang sini, tapi dia kuat dan ko pulak bawa dia... ah macam macam lah dia cakap pada mak dan adiknya, dan bapanya juga.. tapi yg melampau dia lempang ibunya dengan kuat sekali, kesakitan makcik tu, telinga yg memang sakit pulak tu, bekas hanturaya yg sakitkan (aku dah bunuh sebelumnya)... napa tak elak atau tepis tanya aku, makcik tu kata tak sangka pulak, sebab tak pernah dia buat cam tu.. agak beberapa minit aku biar dia bercakap tu, aku datang dan zasst, tombang..... budak tu sebenarnya sedar seratus peratus tapi tak dapat kawal percakapan dan pergerakan tubuhnya ketika dirasuk tu, dan dia akan ingat segala apa yg berlaku dan apa yg tercakap! Bila dah mati ponti tu, minah tu duduk lagi sebelah aku, dan aku bagi lagi renjatan.. dan berulang episod rasukkan yg disedarinya juga, tapi dari jenis jin yg berlainan....

Ko ni jenis apa pulak? Tanya salah sorang tetamu, aku dewa angin! Aku hindu! Dan bermula lah perbualan dewa dewa tu dengan para tetamu yg mengambil kesempatan untuk berbual dengan jin pada malam tu. Mereka banyak bertanya tentang apa sebab kesakitan mereka, dan dijawab dengan tepat oleh jin jin tu seperti yg aku dah jelaskan pada mereka sebelum merawat minah tu lagi. Dan yg paling tak tahan jin jin tu leh buka rahsia perangai mereka, yg kaki nombor pun tak terahsia lagi, hehe.... yg paling best dia tunjuk sorang pesakit wanita dari group kedua.. ni ni ni, ni dia tak percaya langsung cara ko merawat tadi termasuk merawat dirinya tu yg sakit belakang, dia ingat ko tu pembohong, bukan seperti yg ko kata iaitu bunuh jin ditubuh orang ni semua(ditunjuk kesemua pesakit yg dah aku zasst tubuhnya. Pesakit tu terus cakap ya ya, tapi sakit belakang aku memang dah hilang, kenapa? Jin tu kata memang la dah hilang sebab jin nya dah kene bunuh dengan dia(ditunjuknya aku)...

Dan mereka masing-masing bertanya kesakitan yg mereka alami dan puncanya, so dia cakap le, ni pompuan ni sakit kat peranakkannya, mati dah jin tu kena zasst.... dan macam macamlah semua bertanya....termasuk pesakit buah pinggang tu, sebab dll...... aku pun ada jugak minta tolong scan scan hehehe tengok tipu tak dia...kebanyakannya betul, tapi ada gak yg tipu terus aku jerkah, terdiam jin jin tu, dia cakap dah tau kenapa tanya? Aku jawab aku nak tengok je kejujuran ko, dia kata dah tentu aku dari golongan jin, memang le banyak menipu!

Tapi yg tak tahan tu bila ada pesakit bertanya tentang masa depan (nasib) seperti pertanyaan ni, boleh ke aku jadi jutawan, boleh ke aku kaya dll, kene jerkah balik dengan jin jin tu... aku mana tau masa depan, hanya Allah yg tau, ko ni nama je islam, tu pun ko tak tau! Aku ni kafir tau, tapi aku tau islam tu! Dia ajaran yg benar!

Aku pun bersuara, betul tu, kita tak akan tau masa depan, dan semua makhluk tak akan tau dengan tepat apa yg akan berlaku, Cuma boleh mengagak je... Tapi bila aku tanya nombor ekor untuk bergurau dengan jin jin tu, dia pun jerkah aku, tu kan masa depan juga, mana aku tau apa no yg nak keluar, semua bomoh nombor tu bukan tau pun, semuanya Cuma nak duit dari orang yg datang minta nombor darinya aje, bodoh betul orang yg jumpa bomoh nombor ni!!!!!!!! Hehe jin jin pun ketawakan pemuja nombor hahaha

Sebenarnya terlalu banyak perbualan dengan jin jin tu, sebab tiap jin tu aku bagi masa sikit je untuk berbual, paling lama pun 5 minit tetap aku zasst... dan yg hampehnya bila aku yg tanya dan dia jawab dengan jujur tapi berkata pada aku, ko tanya aku itu ini, tapi ko bunuh aku jugak nanti, aku jawab hehe, dah tugas aku bunuh jin hehe... dan aku tak dapat tulis semua sebab terlalu banyak, mungkin ada hadirin tu yg rakam sedikit gelagat jin tu ketika merasuk...

Entah apa lagi aku tak ingat sangat, tapi bila group pertama dan kedua tu dah balik, aku sentuh lagi tapak tangan, dan bergetar lah dia, sapa pulak ni? Ifrit katanya... Ifrit.... dan biasalah bual bual dulu.. mak bapak budak tu pun minta lah ifrit scan scan keluarganya yg lain... tapi dia boleh tau tiap nama, alamat, sakit apa dll pada nama orang yg ditanya tu dengan tepat! Hehe jin kan banyak kawan, tentulah kawan kawan dia beritau....lagipun mata jin mana ada sempadan, kecuali ditutup oleh jin jin lain...baru dia tak nampak orang yg nak discan!

Bila dah agak lama tu, tiba tiba ifrit tu menjerit sambil berselawat nabi ALLAHUMA SOLLI ALA MUHAMMAD berulang kali sambil meraung raung minta keampunan ampunkan aku ya nabi ampunkan aku ya nabi sambil menuju kerusi panjang yg kosong sebab dihujung yg satu lagi bapa minah ni duduk. Sambil menunduk meraung minta ampun ke kerusi yg kosong tu (sebab aku pun bukan nampak roh nabi@jin pun) Kemudian dia menoleh kepada kami semua, ni, ni, ni nabi Muhammad ni, nabi Muhammad! Jeritnya, dia datang sini, beruntung rumah ni dan budak ni(minah tu) sebab sanggup nabi datang, cepat semua memberi salam pada Rasullullah, kemudian kami semua mengucap salam dengan niat mengucap salam pada rasullullah, kemudian ifrit berkata, nabi telah jawab salam kalian, waalaikumsalam!

Ifrit menunduk lagi di kerusi, kemudian berpaling, dia kata nabi terlalu sedih melihat ummatNya sekarang (maksudnya kita ni dah teruk sangatlah segala galanya) dan nabi berpesan kembalilah pada kalimah Laillahaillauloh! Nabi juga berkata tetap akan memberi syafaatnya pada ummatnya. Dikesempatan itu aku minta ifrit bertanya nabi apa pesanan pada aku... tak lama ifrit menoleh pada aku, nabi berpesan pada ko...... nabi berpesan..... oh aku tak mau cakap, aku tak mau cakap, aku ugut, kalau ko tak cakap, aku bunuh sekarang! Akhirnya dia bercakap dengan tersekat sekat, nabi pesan pada ko, TERUSKAN MEMBUNUH JIN YANG MENGGANGGU MANUSIA!!! Oh patutlah ifrit tak mau cakap, sebab amanat tu untuk membunuh jin yg sepertinya... kejap je dia terus berselawat lagi dan seolah oleh melepaskan orang yg dalam pelukan bepergian, nabi dah pergi, nabi dah pergi! Ucapkan salam! Kami pun ucapkan salam pada nabi(ROH) kemudian ifrit bercakap lagi, Nabi Muhammad rupanya sangat bercahaya, dia sangat menyayangi ummatnya, dia sangat lemah lembut, dia tetap akan memberi syafaat pada umatnya.... Aku bertanya lemah lembut? Ya dia amat lemah lembut, aku tanya dia, tapi dulu nabi pun ada membunuh jin kan, ya jawabnya tapi sikit, dia amat pemaaf pada semua walaupun jin, aku tanya lagi maksudnya jauh sangat lah bezanya dengan aku? Tentulah, macam langit dengan bumi bezanya!!! Sedih aku dengar!!

Aku bertanya lagi, ni bukan pertama kali roh nabi hadir rumah aku kan? Ifrit pun berkata ya, dah 3 kali, untung ko....aku pun tak tau untung apa, duit tak banyak juga..hehe....

Aku dah islam sekarang, aku tanya bila? Tadi baru sekejap, nabi dah islamkan aku bersama lebih kurang 10000 lagi yang dalam budak ni... so aku kata kalau ko dah islam, ko keluarlah, sebab aku ni jauh sangat dengan perangai nabi, aku brutal, tak kira islam ke kafir, jin yg duduk dalam badan manusia akan aku bunuh, so dia pun kata nak keluar, aku suruh bawa semua yg dah islam tu, dia pun seakan akan mengeluarkan semua jin jin yg ada dalam badan minah tu dengan gerakkan tangan menghala keatas dan aku bantu hingga minah tu sedar.....

Bila sedar dia duduk sebelah aku lagi, kami berbual seketika..berkisar tentang kehadiran roh nabi tersebut..Aku sentuh lagi tangannya, tiba tiba menggeletar kuat, dan diterajangnya pintu rumah aku, dan nak diterajangnya aku sekali, terpaksa aku elak dan terus zasst sikit untuk melemahkannya, sebab ganas sangat! Aku tanya sapa ni, ifrit! Katanya, aku pelik tadi kan ifrit dah bawa ramai yg dah diislamkan oleh nabi keluar? Ya! tapi aku yg degil, aku tetap kafir, ramai lagi dalam tubuh badan budak ni yg kafir macam aku, puluh puluh ribu lagi! Aduh terduduk aku, ingat dah nak settle, tapi beribu lemon lagi.... leceh nih...sian budak ni... dia pun cakap apa tah lagi dengan bapa dan ibu budak ni, kebetulan sepupu aku call, dan terdengar rasukan jin tu, pas tu sepupu tanya ada kes baik, beritau la, aku cakap ni kes tengah baik ni, siap roh nabi datang tadi.. dia pun kata ok aku datang...dan bila stop bual, aku zasst je ifrit tu tombang...

Biasalah berulang lagi, duduk sebelah aku, sentuh tangan, menggelupur, siap menari bagai... dewa la, langsuir la... ah macam macam sehingga sampailah sepupu aku tu anak beranak.... menonton teater free hehe...

Bila dalam rasukan entah apa masa tu, aku tanya, hoi ko tolong aku tengok ni semua.. aku tunjuk semua sepupu dan keluarganya... jin tu tunjuk sorang sorang, dia ada jin duduk kat kepala, yg tu ada jin dalam perut, yg tu kat bahu, yg tu kat kepala, yg tu kat entah manalah lagisemuanya 5 orang tu, aku terus tiup@hembus tiap mereka... aku tanya lagi jin tu, ada tinggal tak, abis katanya... abis? Hehe power beb tiup tiup aku tu.. hehe, jin tu cakap abis, ko dah bagi petir kat dia!

Entah berapa kali kerasukan dan zasst-mengezasst lagi aku tak ingat, tiba giliran ifrit lagi merasuk.. ada lagi, keluh aku, dia cakap beribu ribu lagi dalam badan ni! Camne nak abis nih!! Akupun terus zasst banyak kali dari belakang tubuhnya, tergolek golek minah tu.. banyak sangat yg mati sekaligus.... tapi bila sentuh tangan... ada lagi.. ifrit lagi!... dan masa ifrit ni merasuk tu tiba tiba dia menuju ke kerusi kosong sebelah aku yg minah tu duduk tadi sambil menjerit ya NABI SULAIMAN, ya nabi sulaiman, ya nabi sulaiman, ampun kan aku ampunkan aku....dia seperti bercakap cakap dengan yg tak nampak dikerusi sebelah aku....dia pusing cakap pada hadirin, beri salam pada nabi sulaiman, beri salam pada nabi sulaiman, dan kami semua sekali yg ada disitu memberi salam dengan hakikatkan beri salam pada nabi sulaiman.. ifrit berkata lagi...waalaikumsalam nabi jawab salam kalian... Nabi pesan pada kalian, kembalilah pada kalimah LAILLAHAILLAULOH!!BERULANG KALI.. aku tanya apa pesan khas pada aku.. ifrit menjawab... nabi pesan pada ko, ko teruskan bunuh jin..... sama macam nabi Muhammad pesan!

Nabi sulaiman ni pun tak lama, dalam 2 minit je lepas tu ifrit tu seperti melepaskan pelukan, nabi dah pergi dibawa malaikat, nabi dah pergi.... aku tanya ko islam ke kafir, islam katanya, diislamkan nabi Muhammad tadi tapi tertinggal, ada lagi yg islam tertinggal dalam budak ni.... alahhai.....penat....diapun keluar, tak sempat aku zasst.... ialah dah islam kan!

Rasukan seterusnya, entah apa apa lagi bertukar-tukar dan zasst2, agak dlm 10 minit tiba ifrit lagi....heran jugak, segala hantu jin ada dalam budak ni....saka apa ni semua!......bila tiba ifrit yg merasuk, keadaan seperti berulang lagi, tapi kali ni ifrit yg ni menuju pintu masuk rumah aku, di berkata YA NABI MUSA, YA NABI MUSA, ampunkan aku ampunkan aku....sambil melutut di pintu masuk rumahku tu iaitu disebelah kerusi yg aku duduk.... Aku pun tak ingat sangat, tapi yg nyata Nabi pesan pada hadirin, kembalilah kepada kalimah LAILLAHAILLAULOH, seperti nabi Muhammad dan Sulaiman tadi, pesanan khas pada aku hanya teruskanlah kerja membunuh jin...... fuhhhhhhhh berat tanggungjawab aku!!!!!!!!

Ada yg rakam dengan hp gelagat jin jin yg merasuk ketika nabi Sulaiman, nabi musa dan yg seterusnya nanti.........rakaman pendek, aku pun tak tengok..hehe

Seperti biasa, aku sentuh je tapak tangan, menggeletar dan terasuk, macam macam hantu lagi, hantu raya la, dewa angin la, dewa kristian la siap ajak hadirin masuk kristian... yg ni aku ingat sikit, aku tanya dari mana ni, dari st.. apatah kat JB, tapi tuan dia nama Paul (india la), aku minta alamat tuan dia.. fuh memang banyak dewa dewa yg bertujuan mengkristiankan org islam, apa lagi zasst dari jauh semua dewa dewa tu dan yg dlm badan orang yg nama paul tu..hehe teknik kotor le.... dan dewa tu cakap... habis, habis, habis kawan kawan aku, habis!!! Kemudian dia aku zasst pun habis hehehe...

Bila ifrit lain yg merasuk, macam tu la lagi berlaku, jam dah pukul 12 lebih malam, banyak lagi jin dalam badan minah tu, masih ribu ribu... dalam berbual bual dengan hadirin tu terutama ibu bapa minah tu, tiba tiba ifrit tu menuju kekerusi yg kosong, sama tempat masa Nabi Muhammad duduk tadi... dia seperti yg sebelumnya meraung minta ampun, dan memberi signal pada hadirin supaya memberi salam pada Roh Nabi Hidir, beri salam pada nabi Hidir!!! Assalamualaikum kata hadirin pada nabi Hidir, ifrit kemudian berkata nabi Hidir telah menjawab salam kalian!!!Waalaikum salam!!, Dan pesanan nabi hidir pada hadirin juga kembalilah pada kalimah LA ILLA HA ILLAULOH.... DAN pada aku juga seperti amanah nabi sebelum tu, teruskan bunuh jin yg mengganggu manusia! Tak sampai 2 minit tiba tiba ifrit berkata nabi dah nak balik, beri salam... kamipun beri salam... ialah kami bukannya nampak betul ke tu Nabi, tapi tak mustahil kan, so kami buat je... Malaikat telah membawa nabi naik ke atas, kata ifrit sambil menangis, aku dah bertobat, nabi Muhammad dah islamkan aku dan ramai lagi dalam tubuh budak ni, dia tunggu kami di Mekah.. Ok kalau macam tu ko keluarlah... dan dia menolak nolak tangannya dari bawah tubuh menghala keatas seolah mengeluarkan jin jin lain keluar dari tubuh budak tu, dan aku bantu menolak nolak dari jauh hingga habis dan minah tu sedar.... jam dah dekat pukul 1.30 malam.. kami masih berbual... dan aku berniat untuk menangguhkan rawatan atas beliau... entah bagaimana aku dapat rasakan akan ada kehadiran nabi yg lain, aku cepat cepat panggil minah tu duduk sebelah aku lagi, aku cakap nak pinjam badan lagi, ada nabi lain nak datang, sapa entah,Nabi Illias kot, kataku... aku menjangka je....rupanya.. lain..

Bila sentuh je jari ke tapak tangan minah tu, ifrit lagi, tapi dah islam tapi tak juga keluar, dia kata dah diislamkan nabi Muhammad tadi, tapi tak sempat keluar, sebab ramai sangat.... Tiba tiba dia bangun menuju kepintu rumah aku, melutut lutut sambil minta ampun... YA NABI ADAM YA NABI ADAM, AMPUNKAN AKU... kamu sekelian, (sambil menoleh pada hadirin) ni nabi Adam bapa segala Manusia datang ni, beri salam pada baginda, kamipun beri salam, ifrit berkata Nabi dah jawab salam Kalian, waalaikum salam... dia sambung lagi, nabi berkata nabi sedih tengok manusia sekarang ni....(entah sedih apanya...kajilah kita), dan dia pesan kembalilah kepada kalimah LAILLAHAILLAULOH, BERBUAT BAIKLAH SESAMA MANUSIA!!!!! Ya, itu pesan bapa kepada segala manusia.....ingatlah yg membaca blog ni akan pesanan ni....


Aku minta ifrit menyampaikan kata pada roh nabi adam, ko tolong beritau nabi, kami yang ada disini minta nabi doakan akan keselamatan kami semua didunia dan akhirat.. tak lama ifrit pun berkata, ya aku dah sampaikan, dan nabi telah mendoakan kalian...

Tiba tiba ifrit menuding jarinya tepat kemuka aku dari jarak dekat, ko ko, nabi pesan khas pada ko, teruskan kerja membunuh jin! Adussss, lagi satu amanah dari nabi!!! Bapa segala manusia... beratnya tanggungjawab aku! Dalam 2 minit juga Roh nabi Adam tu disitu, barulah ifrit berkata nabi dah diambil malaikat, beri salam, beri salam!!! Kamipun beri salam pada nabi....

Bila dah tu, aku pesan kat ifrit, ko dah islam kan, baik ko pergi, kalau tak aku bunuh ko, aku ni dah di amanahkan bunuh jin yg ganggu manusia... ye ye.. dan dia keluar... dan tersedarlah minah tu...

Akupun malas dah, dah 1.30 pagi... so aku kata ok lah cukup sampai sini malam ni... lain kali InshaAllah kita cuba habiskan mana yg termampu... banyak sangat lagi tu!...

Minah tu bersama keluarganya pun baliklah, tapi sepupu aku tinggal lagi bersama sama keluarganya sembang sembang tentang peristiwa yg tak masuk akal tadi.... dalam 1 malam boleh 5 orang nabi datang sekaligus untuk menyampaikan amanah....

yg penting iaitu


KALIMAH: LA ILLA HA ILLAU LOH

BERBAIK SESAMA MANUSIA (tak kira walau berlainan agama dan fahaman)

Khas untuk aku ; TERUSKAN KERJA MEMBUNUH JIN YANG MENGGANGGU MANUSIA( MAKSUDNYA TERMASUK YG GANGGU ORANG KAFIR PUN)

Dalam pukul 2.30 sepupu aku sekeluarga pulang....

Sekian untuk renungan, kalau nak percaya bagus, kalau tak percaya pun tak pe(bagus)... ini hanya ringkasan cerita dari rawatan yg aku lakukan.... dan kisah ni juga ada sedikit ditulis oleh minah tu dalam forum : m.forum cari...bertajuk tak mau cakap, tak leh kontrol , pg 11, oleh Juliet the orange (minah tu le) hehehttp://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=528369&extra=page%3D1&page=11


Aku nak download sikit rakaman dia tapi bukan aku yg rakam, so tak de le...

Rabu, 23 Mac 2011

DIGANGGU AZAZIL

DIGANGGU AZAZIL & ROH MOYANG


Kes ni tak le berat mana, tapi aku tertarik pula nak kongsikan disini....

Pada pertengahan mac 2011, selepas maghrib, ketika itu aku merawat beberapa pesakit, tapi kes simple aje le...semasa dalam proses membuang jin jin yg ada ditubuh pesakit, aku didatangi dua orang gadis manis untuk berubat, aku persilakan naik kerumah kampungku, hehe rumah kampung kan ada tangga, tentulah kene naik, baru leh masuk....

Aku persilakan duduk dan aku settlekan dulu pesakit yg awal hingga selesai, oleh kerana yg datang tu comel lote, anak aku pompuan yg no 3, diana namanya (darjah 2) dah bisik kat aku, papa, jaga ye, jangan nak menggatal awek tu.. hehe sebab aku selalu menyakat dia...

Aku pun duduk dikerusi disebelahnya, bertanya apa permasaalahannya... sebab aku bukan tau scan penyakit orang atau masaalah orang pun! Hehe... Aku pun tak berapa ingat la, sebab dah tua kot, atau banyak sangat makan kepala ikan mancing sendiri.. hehe... nampak dia segar bugar je, tapi aku tegur, ramainya ko bawa... dia tak faham.. hantu le maksud aku! Hehe..

Dia pun bercerita dia dah sakit dalam lebih 6 bulan, dan dah dirawat oleh perawat lah, dan memang dah banyak perubahan, kiranya dah sembuh lah, sebab dulu masa kene teruk, dia siap meracau dan sebagainya ketika dirawat....

Bila aku tengok, dia memang kene sihir, dari bekas pakwe... tapi tujuan mengapa dia boleh bersusah payah jumpa aku tu ialah walau pun dia dah hampir pulih, dua minggu sebelum dia datang kerumahku tu, dia didatangi satu makhluk yg mengacaunya, dan memberitau namanya Azazil, siap mengaku dia malaikat!!! Nasib baik dia tak percaya bulat bulat!

So memandangkan dia tak pernah dengar apa tu azazil, dan didorong keinginan yg meluap, diapun bertanyalah dengan orang-orang tapi tiada jawapan, lalu dia search lah di Internet ... tapi tak jumpa..sehinggalah dia ternampak perkataan azazil tu ada diblog hantukiller.blogspot.com, lalu dia melawat kesana dan faham sedikit sebanyak apa tu azazil.... Sebab tu dia ingin berjumpa aku untuk pengesahan.. hehe

Rupa rupanya dia masih belum pulih yg sebenar benarnya pulih, sebab yg aku tengok masih ada gangguan ditubuhnya, dan dia mengaku, memang ada dan dia selalu berbual dengan yg ada ditubuhnya tu... Makhluk tu masukpun disebabkan ingin ‘menjaga’ dia dari terus disihir... tapi makhluk tu tak beritau siapa dia sebenarnya.... Dan bila aku selidik selidik, sihir sihir tu (jin sihir termasuk azazil) masih banyak sangat Cuma tak boleh mengacau dia sebab adanya makhluk didalam tubuh tu yg tentunya lebih kuat dari azazil dan jin jin sihir tu sendiri... aku pun biasalah akan menghapuskan segala jin jin sihir termasuk azazil yg bukan ada kat rumah aku tu pun, tapi dikejauhan.. ah biasalah aku guna teknology yg advance, tak de yg terlepas punya, berkecai hehe.. lagipun azazil yg ada tu yg tak power, kira cicit jauhlah dari ketua azazil tu...

Yang menjadi masaalah pada aku ialah yg ada ditubuhnya tu, dalam aku zasst jin jin tu pun dia berbual dengan minah tu... dia leh confirmkan lagi jin jin sihir tu semua dah mati, dan benar yg hantar adalah bekas pakwe budak tu..., siap dia cakap lagi, power juga sihir tu... sebenarnya ikut perawat yg merawatnya sebelum tu mengatakan bukan pakwe tu yg buat, tapi ada orang lain... ye la juga, tapi yg kuat dari pakwe tu sebab leh guna khidmat Azazil tu kira bukan guna bomoh sebarangan, dia guna khidmat bomoh handalan tu! Nasib baik makhluk yg ada ditubuh tu cepat bertindak menghalang jin jin sihir tu dari terus menyakiti minah tu.

Oleh kerana aku ni bukan nampak pun jin jin ke apa dalam tubuh pesakit, Cuma gerak hati je, so aku terus bertanya minah tu, ko tanyakan dia, dah berapa lama dia dalam badan ko tu, dan dari jenis apa... makhluk tu tak mau cakap, dia kata biar dia rahsiakan identitinya, yg penting dia nak minah ni selamat dan dia akan terus menjaga minah ni sampai bila bila! Aku cakap lagi, ni bukan jenis malaikat, sebab malaikat tak akan masuk dan berbual macam tu kat tubuh sesaorang, aku kata lagi kalau bukan jin, pasti roh, dan kalau roh pula, pastinya roh yang tak diterima alam barzakh(roh gentayangan)... aku suruh minah tu tanya lagi, tapi makhluk tu stiil tak mahu dirinya dikenali... aku pun berkata, walauapapun tujuan dia, walaupun untuk protex minah tu, tapi tak secara langsung akan merosakkan juga minah tu, akan lebih dahsyat iaitu akan merosakkan akal(boleh jadi gila) kerana roh manusia gentayangan ni panas dan amat mudah merosakkan sistem saraf otak manusia yg ditumpangnya..

Aku cakap lagi, kalau betul roh, roh siapa, biasanya roh gentayangan tak ganggu manusia kecuali dipuja oleh pemuja roh manusia(bomoh hitam).. dan satu lagi roh roh nenek moyang sendiri yg kononnya untuk menjaga anak cucu...

Untuk pengesahan, aku letak jari aku kat tapak tangannya... tapi minah tu tak rasa apa apa, dan roh tu cakap padanya, takpayahlah buat apa apa, tak de kesannya pun pada dia... aku cakap juga, memang le tak berkesan, tapi sakit tetap sakit juga, ialah roh mana boleh dibunuh.... akupun suruh minah tu duduk depan aku dengan membelakangi aku, aku zasst dari belakang bertalu talu... dan berkata pada minah tu, ko tanya dia, apa rasa? Tak lama minah tu jawab, dia dah letih sangat... kira zasst tu sebenarnya kena tapi ialah roh, tak akan mati, dan perlu zasst yg betul betul power baru boleh mengeluarkan dari tubuh sesaorang, biasanya perlu berganding 3 atau 4 orang zasst serentak dari depan dan belakang baru roh tu boleh tercampak keluar..... aku tak de geng zasst masa tu pulak tu....

Aku bila dah tak mampu mengeluarkan dengan kaedah zasst tu, terpaksalah beri cadangan untuk dia buat sendiri untuk mengeluarkan roh tersebut, tapi memang susahlah orang nak buat.. hehe berat sangat tu... abis tu aje caranya yg aku tau, nak buat macamana, so aku biarkan ajelah roh tu dan terus berbual... aku cakap lagi... macamana rasanya sekarang? So minah tu tanya dan dijawab roh tu, dia ok je... siap cakap tak payah la ko susuah susah keluarkan dia dari minah tu, bukan dia buat jahat pun, dia amat sayangkan minah ni, dan tak mau terus disihir.. sebab tu dia kekal didalam tubuhnya... aku cakap lagi kalau dia sayang minah ni, baik dia keluar secara sukarela, tak payah susah payah untuk aku keluarkan, tapi dia tetap tak mau...

Aku beritau minah tu, roh gentayangan memang macam tu, kalau dah masuk tubuh sesaorang walaupun cucu cicit dia sendiri, tetap tak mau keluar semula sebab kalau diluar tu ia akan menderita, ialah roh kan perlu berumah, masa hidup dulu, rumahnya lalah tubuh dia sendiri, kalau mati tentulah rumah yg sepatutnya ialah alam barzakh, tapi bila alam barzakh tak terima, so tentulah dia tak ketentuan bergentayangan ibarat kene hujan panas tak de tempat berteduh..(Dalam Alquran ada juga menyebut roh ada yg tak lepas kealam barzakh-roh orang berhutang- maksud hutang tu pulak???)

Bila aku perhatikan baik baik, baru aku cakap balik, roh yg ada dalam tubuh awak adalah roh moyang awak sendiri, tapi bukan moyang tu, iaitu moyang punya moyang punya moyang.. 7 keturunan, dan ia perempuan...

Barulah minah tu beri tau, ia memang dia perempuan sebab dia dah beritau yg ia perempuan... lepas tu minah tu cakap lagi roh dalam tu kata,”MALUNYA AKU, MACAMANA ‘DIA’ BOLEH TAU SIAPA AKU SEBENARNYA!, HI MALUNYA!!... dan roh tu mengaku kata kata aku memang benar... dan dia memang sangat sayang minah ni... Aku cakap lagi dia jadi gentayangan ni pun sebab masa hidupnya dulu dia menundukkan suaminya dengan ilmunya...

Tak lama minah tu berkata pula, eh nenek saya baru meninggal beberapa bulan yg lalu, dan dia pun dah berada dalam tubuhnya... alahai, kesiannya.... lepas tu giliran neneknya berbual dengannya, dan menyampaikan pesanan pada makuda nya minta ubah perangai (mak uda ialah anak nenek tu yg bongsu) sebab utama dia beritau ialah dia sedih tengok perangai mak uda tu yg dah teruk sangat(bebas)... hehe permasaalahan keluarga.. aku suruh minah tu tanya neneknya keluarlah dan jangan ganggu dia, roh nenek tu kata, hanya minah ni yg boleh dia berhubung pada warisnya, sebab tu dia masuk untuk memberi pesanan... aku cakap lagi, macamana kalau kami usaha untuk lepaskan dia dan moyang tu ke alam barzakh, roh nenek tu tak mau kerana takut lebih tersiksa jika masuk kesana.... abis macamana, takkan nak bergentayangan selama lamanya? Dan menghuni tubuh anak cucu pula??

Aku sarankan pada minah ni, kalau nak bantu roh nenek tu, banyakkan sedekah (tapi tentunya bukan sedekah fatehah, sebab sedekah fatehah payah nak sampai!, tentulah sedekah... sedekah!!) Cuma nilainya mungkin banyak, dan berilah sedekah tu pada majlis agama..kalau malas nak kesana, aku leh uruskan sebab aku ni amil korporat....

Akhirnya minah tu baliklah dengan dua roh nenek dan moyang atas moyang tu masih ada dalam badan... tak taulah dia nak usahakan ke tidak keluarkan roh tu.. Cuma beberapa hari yg lepas aku dapat rasa ada 3 roh tu datang pada aku yg sedang merawat pesakit lain, apa lagi dengan kesempatan tu aku terus tangkap ketiga tiganya dan kuncilah disuatu tempat.... tak tau berapa lama, terserah Allah nak lepaskan.... aku pun minta pada Allah juga buat benda tu....

OK, kalau tak percaya cerita ni, anggap sebagai dongengan aje... sebaiknya minta Allah yg beri petunjuk pada kita.... dan jangan tuduh aku beri ilmu sesat pulak... tak de ilmu disini... hanya penceritaan ketika proses rawatan...Waulohualam

KG MELAYU SHELLOUT