Rabu, 8 September 2010

ROH GI MELEPAK TAK RETI BALIK

ROH PERGI TAK RETI PULANG

Kes ni berlaku dalam tahun 2004 lebih kurang, aku pun dah tak berapa ingat..

Satu hari tu, aku diajak oleh kekawan 2 orang untuk merawat seorang rakan perempuan yang kerasukan. Masa ni aku dah terer sikit(hehe) sebab pengalaman bunuh iblis dah ada... so kalau setakat jin ifrit, bunian, hantu jembalang, pocong, pontianak, bajang, dewa dewa aku dah confident la leh settle! Ni setakat aku perasan je la.. hehe

Masa sampai dirumahnya di Taman Johor Jaya, sebuah rumah teres setingkat coner lot dan dibelakang rumah ada longkang yg besar, ada 2 pokok pelam yg besar dihadapan rumah.... kami pun memasuki rumah setelah dipelawa oleh pesakit yg pada masa tu ok lagi, Cuma rasa gundah gulana dan tak tenteram... Dirumah tu ada bapanya yg ketika itu bertongkat kerana kakinya dipotong sebab penyakit kencing manis, ibunya, adik lelaki 2 orang dan suami pesakit. Setelah duduk aku pun bertanya apa masaalahnya, so diceritakanlah masaalahnya tapi taklah berat sangat iaitu setakat rasa something, marah marah dan rasa sering nak pingsan.

So aku minta izin tuan rumah iaitu bapa pesakit tu (pesakit tu tak tinggal situ, kebetulan nak berubat dia datang sebab dekat dengan opis aku) untuk membersihkan seluruh rumah iaitu membunuh segala jin jin yg ada dirumah tersebut. Aku bermula didapur, kemudian bilik air, bilik belakang 2 buah, bilik tengah tetapi tak dapat masuk bilik yg dihadapan kerana berkunci sedangkan kuncinya dibawa oleh seorang lagi adik pesakit (itu bilik dia la tu, sebab tu dikunci) . so bila tak dapat masuk macamana aku nak buek, so aku biarkan je dulu dan tembak guna makrifat je. Perghhh banyak betul jin kat bilik depan tu! Banyak sangat!
Bila aku zasst tu, sipesakit pula yg tak tentu arah, so aku minta air dan konon baca baca, alah baca ayat yg simple je..lepas tu cecah jari telunjuk aku dlm air tu... hehe nak tipu je jin tu... tapi yg peliknya bila di minum je terus pesakit jatuh pingsan! Hehe power juga air sentuhan jari aku ye, kata hatiku dengan perasan... cam gitu je pun leh pingsan..

Tak lama pesakit bangun dan duduk, selama je macam tak apa apa, macam manusia sepenuhnya sambil senyum senyum kat kami semua... tapi aku yg macam terer ni pun perasan, tu bukan sipesakit, tapi hantu yg merasuk... aku pun cakap, hoi ko sapa? Lain macam je aku tengok! Eh ni aku la, dia sebut nama dia... aku pun kata ah bukan, pandai ko menyamar ye... kalau ko handal cuba ko minum air ni, so aku ambil baki air yg dia minum tadi dan aku cecah lagi jari aku, tapi dia dengan selamba minum! Amboi kataku, hebat! Tapi eleh tak sampai 2 minit pengsan lagi.. hehe (Cuma seekor tu je yg ganggu pesakit tu selama ni)

Tak lama bangun balik, dan kali ni aku tengok jin lain pulak, aku tanya ko ni sapa? Dia cakap ah aku dah lama kat rumah ni, ni rumah aku! So marah tuan punya rumah dan dia cakap sapa kata ni rumah ko, ni kan rumah aku! Jin tu cakap aku duduk tu ha, kat bilik depan tu yg berkunci tu haha... ramai lagi kawan aku kat dalam tu! Aduh tension aku bila dengar, dah la bilik tu berkunci, banyak pulak lagi jinnya!

So aku tanya, napa ko leh ada dibilik tu? Dia cakap adik budak ni (yg keluar bekerja tu la) ada belajar dengan sorang guru, so guru tu ajar dia sesuatu ayat AQ, jadi budak tu amal hari hari, setiap kali dia baca, lebih 10 ekor jin datang dan tinggal bersamanya untuk jaga dia... terkejut aku, aku tanya balik, ko kata dia baca AQ? Jin tu kata ye la, mana aku tau dia baca ayat apa, yg aku tau dia panggil kami sebab baca tu (ayat pendinding diri walau ayat AlQuran tapi dibaca bukan kerana Allah tetapi bertujuan dibaca untuk mendinding diri si pembacanya, menghasilkan aura berwarna selain putih berkilau yg mengundang jin).
Aku pun tak bunuh jin tu, sebab aku ni bukannya kashaf pun, aku tak nampak jin jin ni, hehe setakat guna mata hati je... aku tangguhkan sebab nak guna dia jadi ‘mata’ aku hehe... aku pun cakap lagi, kan tadi aku dah bunuh jin kat dalam bilik tu? Dia cakap tak habis sebab banyak sangat, beribu ribu lemon! Banyak lagi yg bersembunyi tu... dan aku terpaksa guna makrifat lagi untuk bunuh yg dalam bilik tu sebab masih berkunci.... dan aku tanya jin tu, macam dah habis lum yg dalam tu, dia cakap, ada lagi, ada lagi dalam kotak! Dalam kotak? Ye katanya... ala kotak tu guru dia bagi, ada apa entah dalamnya tapi ada kawan kawan aku(jin) duduk kat situ... oh ye ke... tak pe aku cuba.. so aku makrifatkan pada kotak dibilik tu walhal kotaknya pun aku tak pernah tengok! Hehe

Lepas tu aku tanya lagi apamacam? Dia cakap ok, dah habis, handal ko ye! Eh mana de handal, aku bukan buat apa pun, dia cakap eleh aku nampak! Dia kata lagi tapi tak habis lagi sebab ada 5 ekor lagi ikut budak tu so aku minta nama budak tu kat mak dia dan zasst dari jauh.. aku tanya apa macam! Dia kata ok, settle... so aku cakap sekarang tiba giliran ko menemui maut, dia cakap, mana boleh, kan aku dah tolong ko tengokkan jin jin tu untuk ko bunuh, aku cakap lagi terima kasih, tapi aku tak janji pun nak lepaskan ko, ni aku bagi pilihan, ko nak keluar dari badan dia atau mati... dia cakap, jin kalau dah masuk badan manusia, mana nye nak keluar, best dalam ni, aku pun baru dapat merasa ni! Ceh! Cilaka punya jin! Aku ugut ko sanggup mati? Dia mengangguk! So aku tujukan tangan aku dalam larak 5 kaki dari tubuh dia dan zasst, tergolek pengsan! Kira mati lah tu.

Tak lama bangun balik, ala leceh, mana pulak ko datang ni! Dia kata tadi masa ko tembak rumah ni, aku sembunyi dalam badan dia (ditunjuk mak sipesakit)! Adoi! Aku tanya ko sapa pulak, aku ni jin yg satu apek tu hantar sebab orang tu (ditunjuknya bapa pesakit) mulut celupar suka suka maki orang, aku terdiam tapi bapa pesakit pula bertanya, apek mana? Jin tu cakap ko tak ingat ke, apek yg berniaga makanan tu, yg buang tulang babi dan lebihan makanan dalam longkang belakang rumah ko ni! Terkejut pakcik tu, tapi dia menengking, dah tentu apek tu buat benda tak betul, mana boleh buanh tulang babi ke apa ke kat dalam longkang suka suka, jin tu jawab ye la, tapi ko tak de budi bahasa, kalau ye pun cakap la elok elok, tu yg apek tu pergi jumpa tokong kasi hantam ko, tu kaki ko yg kodong tu, tu kerja aku la! Ni ko tengok kaki makcik ni, ada kudis yg tak baik baik dah bertahun walau jumpa pakar pun tak baik, ko tau apa sebab? Sebab tiap hari aku hisap darah dia lalu situ!

Baru makcik tu cerita dan tunjuk kakinya yang sentiasa sakit tu, sebesar syiling 50cen .... dah puas berobat tak pulihnya... baru dia tau penyebabnya, jin sedut darah lalu tu! Aku pun cakap pulak, teruknya ko, sanggup menganiayai manusia, apa upah yg ko dapat? Dia cakap ada la, ni salah satunya.. ditunjuk kaki makcik tu! So aku cakap.. oleh kerana ko dah kasi anaya ini keluarga apa kata ko pulak pergi makan kaki apek tu! Jin tu cakap mana boleh, aku jin, setia pada tuan aku (tokong) dia tuan aku aku Cuma ikut arahan dia.... ak kalau gitu ko mati, dia cakap tak pe, mati matilah, aku puas dapat kacau manusia! Gitu???

Akupun zasst tergolek dog hehe, kira power la aku rasa aku time tu, ye la penonton ramai le juga! Hehe, mana orang lain leh buat cam gitu! Hehe... tapi yg lecehnya sipesakit tak bangun bangun, dikejut, disiram air dll adalah setengah jam pun tak sedar pingsannya! Yg ni aku pening, ye la kalau setakat jin, aku zasst mampos, tapi kalau dia pengsan terus tak bangun macamana? Pening betul aku masa tu...

Aku guna mati hati aku yg tak berapa clear ni cari roh budak ni keliling rumah, tak jumpa, pusing sana pusing sini tak de juga, atasp pokok, bawah pokok pun gitu juga... tarik je sana sini pun tak mengena! Las last minta tolong sorang teman yg leh scan, ko tengokkan mana roh minah ni, merayau tak reti balik!

So teman tu pun merondalah dengan mata pejamnya dialam bati mancari roh siminah... tak lama dia cakap... tom, belakang ni ada longkang besar, aku dah susur dan sampai dekat dengan bangunan hypermarket giant tu, ada sebatang pokok tombang kayunya merentang longkang (anak sungai) tu, aku jumpa dia terbaring kat situ atas batang pokok bersantai/tidur, aku cuba panggil dia tak sedar, aku tarik tak kuat, ko buat lah!

Oh ye ke... so aku pejam mata, dan betul roh minah tu bersantai atas dahan! Ceh! Aku sentap dan henjut je masuk tubuh minah tu, tersentak dia... hehe lega aku... aku pun baru tau yg aku leh tarik roh orang macam tu mudah!!! Tapi roh yg kat luar tubuh la.. kalau tarik roh dalam tubuh, dah jadi malaikat maut nanti hehe... tapi cerita ni memang tak logik la, tak leh diterima akal mahupun hukum! Tapi nak buek camno? Memang maso tu den leh buek! Hehe

Settle.. minum minum dan balik

KG MELAYU SHELLOUT